Wednesday, September 7, 2011

~ sayang anak ku sayang ~

yang aku kandungkan selama sembilan bulan
membesar dalam jagaan
boleh di bilang dengan jari
cuma dua penyeri hati
tapi anak-anak
yang hadir nya terkemudian
kasih sayang tak pernah kurang
tetap lah melimpah aku curahkan
walaupun bukan aku kandungkan.

aslinahali
080911
( ruang sempit padat berisi )



Ijart dan Nadia sedarah sedaging, Asa pula sejak tadika sudah di hati ku.



Sally dan Meerul hadir nya mereka , aku ceria...

 Pedot dan Man....anak-anak paling aku sayangi dalam FB....pertemuan kami amat bererti.....

Syukur, Alhamdulillah.....anugerah Allah amat indah.

Alhamdulillah ~ teman-teman pengubat hati ~

~ teman-teman pengubat hati ~

aku bukan memuji
bukan juga menyanjung tinggi 
tak pandai membohongi
kamu hadir dalam hidup
seorang 'aku'yang sebelum ini
begitu sepi dan sunyi
gelak tawa mu, bicara mu
bisa membuat aku ceria kembali
hilang segala gundah dalam diri
terima kasih duhai teman-teman
aku hargai hadir nya kalian
terima lah ucapan
luhur dari hati
tak terbalas oleh ku 
segala budi.

aslinahali
tanah panchor jaya
080911


   Ali Sobree



 ApokalipXpuyu



 Datuk Arif Makrifah




  


 Awme Heet




 Izan Pad
 Ollie Misbullah
 Irisnur Abdullah

 Wiji Jamal
 Fiza Omar
 Sonny Sendu


 Bunda Annie


 Pak Aji Bani



 Annuar Khai


 Nina Tj


 Aan Dmahesa Misto


 Razzie Razzmatazz




 Izwanda Sofeya

 Hanya Bulan

 Ain Zin
 Jules De Verne





Tee No








Soh Taj
Razif Mat Razif

Tuesday, September 6, 2011

~ bersederhana tapi bahagia ~

~ bersederhana tapi bahagia ~

Ramadhan berlalu pergi
sayu hati tak terperi
kemanisan sepuluh malam terakhir
impian yang belum hadir
namun fajar Syawal tetap di sambut
kemenangan dalam perjuangan
melawan nafsu dan godaan
peperangan tak kelihatan
hanya Allah menentukan
ganjaran yang bakal dihadiahkan
buat hamba yang mendambakan...



Syawal di sambut sederhana tapi tetap bahagia di jiwa.


  juadah rumah Mak tetap enak


Mak sentiasa senyum dan ceria



mama, mummy dan anak suka bergaya tapi tetap sederhana



sepupu setahun sekali jumpa



 biras, Bapak dan Ummi tersayang




Pak Uda di Melaka tidak di lupa



sepupu yatim piatu...



MELAKA.....tanah mu tidak akan terlupa biar pun ABAH sudah tiada.....darah daging kita di sana.


Monday, September 5, 2011

~ Zaki ~ ( 6 )


Rumah Zaki tidak berapa jauh dari rumah mertua aku. Di hari persandingan kami, dia hadir , aku ternampak dari jauh, cukup kenal dan cam wajah nya...wajah yang pernah hadir dalam hidup, pernah aku rindu dan seorang yang pernah aku sayang. Renungan nya tajam, tepat kemata ku, aku hanya tunduk sewaktu di arak dengan paluan kompang. Tidak sanggup untuk memandang nya. Didalam hati seperti mahu menjerit,  menyuruh dia pergi , tapi apa dayaku ? Sudah nya semua gambar-gambar persandingan kami di sebelah pihak suami teruk sangat....muka aku masam, tak ada langsung senyuman......Mengapa begitu, aku pun tak tahu, "pelik bin ajaib", sedangkan dia sudah pun cuba aku lupakan seboleh-bolehnya....ingin membuang ingatan dan kenangan bersamanya....aduhai....memang lah bukan mudah melupakan orang yang pernah kita sayang.

Tahun 1986, aku di kurnia kan seorang anak lelaki," buah hati cinta" hasil perkahwinan aku dan suami tersayang.  Suami aku seorang yang amat memahami. Dia sedia menerima aku seadanya, malahan tahu tentang hubungan aku dan Zaki. Kadang-kadang dia mengusik dan menyakat aku..." eh, As....cuba tengok siapa kat restoran tu, Zaki pakwe kau kan ? " bila dia ternampak Zaki bersama seorang gadis , berkulit putih kuning bertubuh agak montel, masa kami nak pergi makan di sebuah restoran dalam bandar. Merah padam muka aku, marah pun ada, malu jugak...dalam hati rasa nak lari jer , tak mahu masuk kat restoran tersebut. Tapi aku buat-buat selamba sambil membalas kata pada suami tercinta, " alahai...nyampah lah, buat tak nampak dah lah Yang...tak pun moh kita pergi makan kat kedai lain jer lah."
" apasal pulak, kau tak lalu nak makan kalau dia ada ke ha ? hahaha....! " tergelak besar dia menyakat aku.
" ek eleh....tak de makna nya lah Yang, dia dah tak ada dalam hati As pun...." balas aku , walhal memang aku bohong, mana boleh lupa Zaki yang pernah aku sayang ...kata orang "tempat jatuh lagi di kenang".
Sudah nya aku masuk juga dalam "Happy Restaurant" tu hanya semata-mata tak mahu di kata kan masih perasan dengan Zaki. Tak lalu aku makan, mee kari yang paling sedap kat pekan satu ketika dulu tu.

Zaki juga sebenarnya cuba mengelak dari memandang aku, dia menarik tangan gadis tersebut agar berlalu tetapi gadis itu bertanya kan nya soalan yang dapat aku dengar dengan jelas, " apasal u tak nak masuk pulak, tiba-tiba jer, i malaslah nak pergi kedai lain." Sebab masa hendak masuk kedalam restoran tersebut, kami berselisih bahu. Apakah benci atau malu...persoalan bermain di benak ku, namun terpaksa membiarkan saja keadaan berlalu tanpa jawapan pasti.

Sekian lama Zaki membujang, bersilih ganti teman wanita,dan  pernah juga dia bertunang dengan seorang gadis yang agak manis, namun terputus di tengah jalan. Aku tak tahu mengapa hal itu terjadi namun yang pasti Zaki masih belum mendirikan rumahtangga sehingga lah aku sudah melahirkan anak yang kedua ketika usiaku mencecah 29 tahun.
Tapi akhirnya dia kawin juga ketika usia nya sudah pun mencapai awal 30an. Sedangkan anak-anak ku sudah mulai membesar, yang sulong sudah masuk darjah satu, yang kedua sudah berumur 2 tahun. Isteri Zaki seorang yang cantik, berwajah ala-ala peranakan Arab...berkulit hitam manis, bertudung litup, gadis itu adalah  pilihan keluarganya. Mungkin Zaki sudah bosan untuk memilih sendiri calon isteri sebab semuanya tak menjadi.

Seringkali kami terserempak di majlis-majlis yang kawan-kawan kami ada kan. Kadang-kadang di kenduri orang kawin atau rumah terbuka hari raya. Setiap kali terpandang, kami sama-sama mengalih kan mata, memandang ke arah lain, macam lah sebelum ini kami tidak pernah kenal antara sesama. Keadaan ini berlarutan sampai 30 tahun lama nya.

Bukan mudah melupakan, bukan manis saja yang tersimpan, banyak pahit yang harus di telan dalam kehidupan. Pertalian yang terputus di tengah jalan, menyedarkan aku supaya selalu beringat-ingat kata pepatah lama, " manis jangan terus di telan, pahit jangan terus di buang...dalam manis ada racun, pahit pula adalah penawarnya." Begitulah kehidupan mengajarkan aku sampai menjadi siapa aku sekarang ini.

Zaki masih tetap dalam kenangan dan manis tersimpan dalam ingatan, namun hakikatnya kami masing-masing sudah berkeluarga. Sedar akan keadaan yang sudah berubah, aku tak harus hanyut di buai kenangan lama. Cuma memang tidak dapat di nafikan, sesekali dia muncul dalam ingatan tanpa ku undang, tiba-tiba dia akan singgah sekejap di hati dan aku menghalau kenangan dengan rasa berat melepas kan pergi...

Setelah 30 tahun berlalu, pada tahun 2010, aku terserempak sekali lagi dengan  Zaki di sebuah surau di Madrasah Tarekat Ahmadiyah, surau yang selalu aku kunjungi bila ada masa sebab kadang-kadang aku tak cukup masa kerana kesibukan kerja. Kebetulan , pada waktu itu ada majlis makan selepas solat Isyak, jadi kami kaum wanita, berkerjasama menghidangkan makanan. Tiba-tiba dalam sibuk menghulurkan makanan melalui tingkap surau, aku terpandang Zaki sedang berdiri bersama Zul dan Nordin, yang juga kawan-kawan aku semasa remaja sampai sekarang. Kami memang saling berhubung rapat sebab satu kumpulan dalam tarekat. Zaki memandang tepat kearah ku yang sedang mengambil makanan yang di hulurkan. Aku tidak mengalihkan pandangan kali ini, malahan memandang tepat juga kepada nya. 

Alangkah terkejut nya aku, sebuah senyuman manis yang terlalu lama aku rindukan , terukir dari bibirnya. Sebak dada , aku membalas senyuman Zaki...tak sedar bergenang airmata...tapi tidaklah sampai mengalir di pipi,sebaliknya terjun ke dasar hati. Selama 30 tahun aku menyangka dia sudah melupakan aku sekurang-kurang nya sebagai seorang kawan walau pun bukan sebagai bekas teman wanitanya....rupa-rupa nya sangkaan ku salah. Masih ada rasa antara kami berdua. Tapi kali ini bukan lagi rasa sayang sebagai kekasih, hanya rasa sebagai saudara sesama Islam.

Semenjak kejadian malam itu, apabila aku dan Zaki bertembung di mana-mana, kami tidak lagi mengalihkan muka. Zaki sudah mula berbual mesra , seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa kepada kami sebelum ini.
Begitu lah roda kehidupan berputar, kalau dulu mungkin dia merajuk hati dan membenci, tapi kini tidak lagi. Masa merubah segalanya, walau sekeras mana hati, andai sudah tertulis di azali, tetaplah pasti. Takdir Allah tidak pernah memungkiri, begitu ketentuan yang di beri.
Syukur, Alhamdulillah...yang dulu berjauh hati, kini sudah bertaut kembali, ikatan persaudaraan terjalin lebih hebat sebagai saudara sesama Islam.

Kini hubungan aku dan Zaki sudah pulih , tidak lagi sama bagai dulu tapi tetap aku bersyukur dengan segala yang telah Allah SWT aturkan, redha dengan segala yang terjadi. Jan pula, tidak bertegur sapa dengan ku selama hampir 12 tahun, namun ketika dia kematian emak nya, aku hadir di hari tersebut....dan hubungan dengan Jan terjalin semula, pun begitu, ketika ini aku hairan...dia tidak pernah menghubungi aku dan adik beradiknya sendiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengar khabar nya dia seperti tidak mahu menjalin silaturrahim dengan keluarga sendiri, apalagi dengan aku yang hanya kawan lama yang tak punya apa-apa pertalian darah daging.

Apa pun yang terjadi, hidup harus terus hidup, sampai masa nya nafas kan berhenti menghirup, jantung tak lagi berdenyut dan mata akan terus tertutup. Perjalanan kita di dunia yang hanya persinggahan sementara sahaja ini, harus lah pasrah dan redha atas segala ketentuan Nya. Bak sebuah pantun lama...

" halia ini tanam-tanaman
kebarat juga akan tumbuhnya
dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat juga akan sudah nya."

*pantun ini adalah sebuah pantun dari seorang yang sangat saya cintai, sayangi , kasihi dan hormati, tak terbalas segala budi,  dari dunia sampai akhirat , Puan Hajjah Mazainah binti Yusof.*

Saya akhiri kisah Cinta Lama ini ~ ZAKI ~ dengan menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan ikhlas dari lubuk hati, andai saya tersilap kata, terkasar bahasa, terlebih cerita...saya cuma insan biasa.
Salam sayang buat semua yang mengikuti kisah ini sejak dari awal hingga akhir.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.








Saturday, September 3, 2011

~ Zaki ~ ( 5 )



Akhirnya setelah lama tidak bertegur sapa dengan Zaki, aku terpaksa akur, begitu ketentuan Ilahi Rabbi. Tiada lagi harapan untuk aku mendekati nya, kami semakin jauh, bukan jauh dalam ikatan sahaja malahan aku terkedu apabila mendapat tahu dia akan berhenti kerja di kilang. Zaki telah mendapat tawaran bekerja di sebuah bank, dan aku hanya diam membisu apabila mengetahui tentang berita itu dari salah seorang rakan. Sedikit kesal terbit di hati, namun cepat-cepat aku menyedarkan diri sendiri, aku tak mahu hanyut di buai kesalan.....harus kuat kan hati, walau pun sedih dengan segala yang telah terjadi.

Semenjak Zaki tiada, perlahan-lahan, aku sudah boleh menerima kenyataan, bersendirian makan di kantin, sedangkan sebelum terjadi peristiwa pahit itu kami sering makan berdua....mahu tak mahu, aku harus memulakan episod baru sebuah kehidupan. Tanpa berteman....aku mula menjadi seorang yang  agak pendiam, malas berbual dan bergaul dengan orang lain. Aku memilih berdiam diri, bukan benci atau terlalu berjauh  hati tapi aku rasa perlu begitu. Bosan dengan sikap khianat Jan, aku menjauhi nya.... kerana dia adalah punca putus nya hubungan baik aku dengan Zaki. 

Segala nya sudah tertulis, bagai yang telah di janji Ilahi Rabbi, pada 1985 aku mengambil keputusan berhenti kerja di kilang. Lima tahun di sana, banyak yang aku lalui dan pelajari dalam mengenal erti hidup, bagaimana " kawan makan kawan ", dan mengenal sikap manusia yang berpura-pura...di depan kita dia manja ibarat "kucing", di belakang dia bertukar menjadi "singa"....menunggu untuk menerkam dan membaham  mangsa ! 

Masa berlalu, aku bertemu jodoh dengan lelaki pilihan hati, kami mendirikan rumahtangga , dan kebetulan pula suamiku tinggal sekampung dengan Zaki. Aduhai.....aku bagaimana menghadapi semua ini ?

Saya akan sambungkan kemudian jika ada kelapangan , harap bersabar menantikan sambungan kisah ini ya.
Sempena Syawal yang mulia ini, izinkan saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari jauh, andai selama ini saya terkasar bahasa , terlebih kata dalam menulis cerita, maklom lah saya juga "insan biasa"
Salam sayang buat semua .










Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...