Posts

Payakumbuh 2

Image
semasa menulis ini , fikiran aku masih berada di Payakumbuh .
aku terfikir , bagaimana Taufik tahu yang aku akan sampai di Padang.
bagaimana dia masih mengenali aku yang telah lapan belas tahun tak berjumpa.
rupa-rupa nya Ita telah memberitahu yang abang saudara nya telah berangkat menaiki pesawat .
dan Ita juga memberitahu yang Kak As pun ada .

patut lah Taufik terus memanggil aku semasa di airport.
terus dia mempelawa aku menaiki kereta nya .
kami menuju Bukit Tinggi dimana aku telah menempah hotel penginapan.
kami singgah makan di sebuah restoran.

aku menolak pelawaan Taufik untuk menginap dirumah nya , dengan alasan aku telah menempah dan membayar bil hotel.
sebetul nya aku senang bersendirian , dan lagi aku tak mahu antara mereka berkecil hati jika aku memilih salah satu dari rumah mereka .
empat keluarga yang rapat mempelawa aku dan semua nya aku menolak dengan baik.











aku suruh Taufik membeli kan simcard Indonesia , supaya senang aku menghubungi nya.
Jam lima petang Taufik menje…

Payakumbuh

Image
aku masih disini , cuma tidak berkesempatan menulis diruang sempit ku kerana kesuntukan masa.
September ini musim hujan telah bermula , ia riuh dengan sunyi dan dingin .
suara sumbang telah lama tidak kedengaran , dan aku seperti merindukan suara-suara sumbang itu.
apa kah aku benar-benar merindukan nya ?
aaahhh  , mengelikan telinga pabila terdengar suara sumbang kan ?
hehehe , sebenar nya aku sihat , aku masih berpergian kemana saja hati teringin.
catatan perjalanan masih rapi tersimpan dan kini masa untuk aku kongsikan bersama.








lebih kurang lapan belas tahun aku merindui Delfi Elvida Binti Sair , seorang gadis comel yang bekerja dengan ku semasa aku berniaga . Apabila waktu telah tamat tempoh dan permit nya tidak lagi dapat disambung setelah tujuh tahun berkhidmat , Depi kembali kenegara asal Indonesia.
Depi adalah panggilan biasa untuk nya. Dia berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Perasaan aku mengelodak di dalam , menahan rindu yang kian mengharu kalbu.

Atas rasa itu , aku b…

Lebaran Di Hari Kemenangan .

Image
Lebaran tahun ini tetap datang , walau pun aku tidak mahu ianya datang . aku senang dan bahagia dengan Ramadhan , namun Syawal tetap datang bila berakhir nya Ramadhan. berpuasa tahun ini tak kurang hebat dengan ujian . ujian yang sebenar nya hanya membawa kegalauan jiwa jika aku melayan semua kegilaan manusia.
setiap hari selepas berbuka puasa dan solat maghrib , aku akan ke masjid untuk solat isyak dan bertarawih ,  di sana lah tempat aku menumpahkan airmata kerana ketakutan pada dosa-dosa yang aku lakukan tanpa sedar dan mungkin dalam sedar ianya terjadi . setiap hari manusia akan melaku kan dosa tanpa di sedari . terkadang dalam  sedar pun manusia sengaja mengundang dosa.
setiap kali airmataku tumpah di rumah ALLAH , aku sedar diri yang banyak melakukan dosa . apakah ALLAH akan menerima solat ku , puasa ku , sedekah ku dan segala ibadah ku ? terlalu takut bila memikirkan yang ALLAH tidak menerima ibadah ku. terlalu sedikit amalan baik yang aku lakukan . memang tak terbanding dengan segala anu…

Indah Masih Di Hati ( 4 )

Image
hari terakhir di Yogyakarta , aku masih belum puas sebenar nya melawat bandar ini.
namun kerana waktu yang terhad aku terpaksa pulang ke Malaysia ,
kampong laman nan di tinggal kan seketika .
dan Yogyakarta tidak mungkin terlupa dengan mudah dari jiwa.

pagi sesudah sarapan di hotel , Pak Totok siap menanti di lobi untuk membawa aku melawati Chandi Borobudur.
sebelum ke Borobudur , aku di bawa ke Kraton untuk melihat istana Sultan yang dulu.
tempat yang masih penuh dengan budaya dan kerjatangan orang-orang istana.







sewaktu menunggu masa untuk mengisi perut yang lapar dan tekak yang dahaga .

 ini Ending , salah seorang yang tinggal di kawasan istana yang telah menjadi kawan aku . Alhamdulillah , ALLAH temukan aku dengan nya , seorang yang sangat baik hati yang sanggup menemani kami ke Masjid Bawah Tanah di Kraton. InsyaAllah , kami akan bertemu lagi jika dengan izinNYA.

cuaca sangat panas waktu itu.
sesampai di Borobudur kena lah sewa payung untuk mengelakkan panas yang memerit.
di sini …

Indah Masih Di Hati ( 3 )

Image
ini lah Pak Indro Suwarto Hadi Purnomo yang mesra dengan panggilan Pak Totok  ( Totok itu adalah tempat asal nya )
hari ketiga kami berangkat sejurus solat subuh .
suasana masih gelap ketika kereta menuju merapi di Kaliadem.
Kali bermaksud sungai dan adem membawa maksud sejuk ( jadi nya Sungai Sejuk )
hehehe , kadang-kadang lucu juga bila berada di tempat orang .
banyak perkataan Jawa yang aku pelajari .

walaupun aku ramai kenalan di Facebook yang berasal dari serata Indonesia ,
aku hanya sempat bertemu dengan seorang dua saja di Yogyakarta.
masing-masing ada tugasan dan hal sendiri yang perlu diuruskan.
jadi tidak sempat kami bertemu.

salah seorang kenalan aku di Facebook iaitu Donny Santoso .
walau pun sekejap saja Donny masih sempat meluangkan masa bertemu aku di lobi hotel tempat aku menginap.
Alhamdulillah , ALLAH izinkan kami menjalin tali silaturahmi /silaturahim dan kami serasa seperti sudah biasa berjumpa.
perbualan langsung tidak kaku , kerana Donny juga seorang yang begitu…

Indah Masih Di Hati ( 2 )

Image
hari seterus nya di Yogyakarta ,  sebelah pagi aku ke Kalibiru ( Kali bermaksud Sungai jadi ianya membawa nama Sungai Biru ) .
di sini juga sukar untuk sampai , perlu menaiki jeep .
tempat ini ramai orang yang berkunjung , tiba-tiba waktu hendak pulang aku terlihat sepasang suami isteri yang aku kenal.
mereka berasal dari Gedong Lalang , Ampangan , tempat aku membesar.
aku tegur isterinya dan kami sempat berbual mesra.
kata nya mereka sudah mahu pulang ke Malaysia petang itu juga.
tapi aku masih mempunyai dua hari lagi disini.

sedang di Seremban kami jarang bertemu , tapi ALLAH temukan kan kami di tempat orang dan begitu jauh pula.
ini lah keajaiban Nya.
MasyaAllah , begitu lah kehendak Tuhan yang Maha Esa.
bagaimana aku mahu menidakkan kuasa ALLAH ?

petang ,  kami dua beranak ke Parangtritis Beach , aduhai sangat indah dan menawan hati pantai nya.
sesuai untuk melihat terbenam nya matahari .








 kuda yang membawa kami , nama nya Cemplok .












Indah Masih Di Hati ( 1 )

Image
Mei 2017 aku berlepas meninggalkan Malaysia sekali lagi , menuju Yogyakarta.
jam 6.30 pagi  pesawat terbang membawa kami dua beranak .
setiba nya di Adisutjipto International Airport jam sudah 9.30 pagi kurang lebih kerna Indonesia cepat sejam dari Malaysia.

sudah tersedia menunggu kami di lapangan , Pak Totok supir yang telah di tugas kan oleh Pak Nizam .
oleh kerana aku hanya berdua dengan anak ku , kami tidak banyak karenah.
setelah berkenalan serba sedikit , kami di bawa menuju Timang Beach .
susah nya nak sampai ke pantai tersebut , harus meninggalkan kereta dan kami memilih menaiki ojek.
wah ! tak sangka jalan yang penuh berbatuan menyulit dan menyukarkan perjalanan.

Budi , nama budak lelaki yang membawa aku kata ,
 " Mak  , bukan neraka sahaja yang jahanam , jalan ini juga jahanam Mak "
aku tergelak gelihati , tapi dalam hati berfikir , lepas ke tidak nak ke pantai sebab seumur hidup aku belum pernah menaiki motor dengan laluan berbatuan sepanjang dua kilometer .
ras…