Wednesday, November 14, 2012
... Langit Menangis ...
basah lah hati mu
tak kering jua garis mata ku
duhai airmata
sembuhkan lah segala duka
telah remuk meredam jiwa ...
aslinahali
12.13.a.m
14112012
Monday, November 12, 2012
~ datang lah ... aku rindu ... ~
engkau hadir malam itu
aku mencium semerbak harum
tak sempat menatap wajah mu
begitu banyak tangan yang menolak
terlalu ramai yang mengasak
tabir hijau pekat menghadang
untuk mata kita bertentang
andai malam itu tersingkap hijab
kata mereka ,
aku pasti sudah tiada
di sini lagi
kau akan membawa aku pergi
duhai kekasih
terlalu lama aku meredam duka
kira nya apalah salah dan dosa
hingga tak layak kah aku
melerai rindu
yang terpendam sekian waktu
datang lah
sekali lagi di mimpi ku
aku rindu bau harum mu ...
aslinahali
04.29 a.m
13112012
... tidak termampu ... berat rindu ...
Friday, November 9, 2012
~ Ya Allah , ampuni lah ~
aku terbiasa alpa
asyik terhanyut kan rasa
terhidang pilihan yang banyak
tentang pemberian Mu
sering aku memilih
mahu yang lazat
manis itu likat memikat
mabuk dalam rasa
menyesat kan jalan pulang
hilang punca
kemana arah terbawa ?
zahir tak lagi terucap
nama Mu
batin ingkar tentang janji setia
sedang dulu itu sumpah ku
sebelum kau melepas kan perjalanan ku ...
Ya Allah ,
ampuni lah segala salah
dalam laku dan tingkah ...
aslinahali
04.15 a.m
10112012
~ malu di dalam 'rasa'ku ~
Wednesday, November 7, 2012
~ Lagu Busu ~
belum pernah aku cerita kan tentang 'Busu' ...
tetapi malam ini bila aku membelek-belek , menyingkap semula yang lama tersimpan ,
ingatan ku begitu kuat terhadap nya.
dia sangat tegas , jarang sekali memberi muka pada sesiapa.
walau pun dengan Nah adik nya sendiri.
Nah sering kena tegur dengan Busu ,
sebab Nah anak manja , memang selalu kena bebel kalau Nah silap.
walau pun Nah anak bungsu tapi Nah tak dapat gelaran Mak Busu.
sebalik nya Busu sebagai kakak di panggil Mak Busu.
ini kerana dalam keluarga mereka , empat orang anak-anak Mak Nyonya adalah anak angkat.
Along dan Unggai adalah cucu Mak Nyonya yang kematian ibu masing-masing sewaktu masih bayi ,
Busu pula anak saudaranya yang bungsu , juga menerima takdir yang sama.
manakala Nah anak angkat yang lahir dari rahim wanita China Peranakkan Baba Nyonya Melaka.
Busu seorang kakak yang pandai memasak , rajin mengemas rumah.
belum pernah aku jumpa masak asam pedas sesedap masakan nya
malah bukan sekadar itu , semua yang dia masak , aku akan makan dengan berselera.
tapi Busu kurang minat buat kuih-muih.
kalau dia teragak nak makan 'kuih sepit' , Nah akan diarah untuk membuat kan untuk nya.
begitu juga , kalau dia nak makan 'bubur som-som' .
bila hari raya , Along dan Nah lah yang akan membuat kan kuih bahulu untuk Busu.
aku sering di rumah Busu masa kecil ,
perkara pertama dia akan tanya bila nampak aku ialah ,
" kau dah makan ?
mak kau dah masak ke belum ? "
kalau aku kata belum ,
dengan segera dia akan suruh aku makan apa saja yang ada dalam tudung saji diatas meja nya.
kadang-kadang kalau aku dah makan pun , aku akan kata ,
" dah , tapi lapar lagi lah , ada nasi ke Su ?
masak asam ada ?
nak makan sikit , boleh tak ?
" aahhh ... kau memang ,
kalau datang rumah Busu ni , tak makan tak sah kan ?
tu , ada dalam tudung saji tu ,
nasi dalam periuk ada lagi , pergi ambil sendiri. "
balas nya dengan senyum tapi aku tetap takut walau pun dia senyum.
pernah satu hari tu , aku masih ingat lagi ...
Busu sedang duduk di pangkin rumah nya, sambil membaca surat khabar.
dia tak boleh kalau sehari tak dapat membaca surat khabar.
aku masuk ke dalam rumah , lalu dengan selamba 'buka radio' ...
kan aku suka dengar lagu , suka menyanyi ...
kalau pergi kerumah nya pasti aku akan tumpang mendengar radio nya sekali.
dan lagu ini lah kebetulan sedang keudara ... 'Cinta Sejati'
nyanyian seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar.
sedang aku khayal mendengar lagu ini , tiba-tiba aku terdengar Busu ikut menyanyi sama.
" eehh ... Busu nyanyi ya ?
sedap lah suara Busu ... hehehekkk "
aku tergelak , dan kemudian tersengeh-sengeh.
" haaa ... kau ingat Busu tak pandai nyanyi ke ?
bakat terpendam tau ?
jawap nya selamba , tapi kemudian dia senyum , lama ...
itu lah pertama kali aku mendengar Busu menyanyi ,
kata nya lagi , dia minat akan suara seniman Aziz Jaafar.
dan bila aku terdengar semula lagu ini ,
ingatan ku menerawang kembali pada waktu dulu ,
dimana aku banyak belajar dari Busu cara-cara memasak yang menambat hati orang .
terima kasih Busu , walau kita tak lagi tertatap pandang , wajah mu tak hilang ...
engkau tidak meninggal kan aku dengan wang tapi dengan ilmu yang tak mungkin 'luak berkurang'.
aslinahali
04.27 a.m
08112012
Tuesday, November 6, 2012
~ Teman Pengganti ~
aku ingat , masih kuat ingatan ku walau bertahun berlalu ...
empat tahun bukan waktu yang singkat untuk aku mengenali mu ,
malam itu hujan terlalu kuat ,
kerana rindu yang terlalu pada mu,
aku meredah hujan menuju pondok talipon awam,
dua puluh sembilan tahun yang lalu,
semata-mata ingin bertemu kerana hampir dua bulan kita sibuk dengan kerja.
waktu itu , kau sudah memiliki sebuah honda civik berwarna biru.
sedang aku masih belum punya apa-apa.
masih menaiki bas ketempat kerja.
kita bertemu juga malam itu ,
kau sampai dengan wajah yang tidak ceria,
bukan bagai sebelum nya,
kita tak pernah bergaduh dan bermasam muka.
tiada gurau senda ,
aku tertanya-tanya mengapa ... ?
" maaf kan aku ,
kita tak dapat lagi bersama selepas ini ... "
kata-kata mu terhenti disitu .
" kenapa ?
tiba-tiba saja , masaalah apa ?
aku mendesak ingin tahu mengapa kau berkata begitu.
" sebenar nya berat nak bagitau kau ,
aku nak bertunang , dengan pilihan emak ,
sepupu aku yang duduk di Johor Bahru.
aku tak tahu nak buat macam mana lagi , tak boleh tolak ... "
lantas kau genggam tangan ku bila aku tak dapat lagi berkata apa-apa ,
hanya airmata ku yang tumpah tak dapat di seka ...
malam itu , jika sekira nya aku sedang berdiri ,
sudah pasti aku rebah jatuh kebumi.
mujur kita hanya berbual dalam kereta ,
kerana hujan yang sangat lebat.
dan selebat itu juga lah airmata ku
selepas kau melafaz kan kata-kata yang tak ku duga.
" buka lah mata luas-luas , pandang ke depan ,
ramai lagi pengganti jika aku tak ada dengan kau lagi.
jangan kecewa , tolong lah jangan menangis lagi ,
aku tak boleh hantar kau balik dengan keadaan kau begini ..."
pujuk mu bila aku tak berhenti menangis dan terus menangis.
akhir nya setelah sekian lama menjalin cinta , kita terpisah jua ...
aku tak punya apa-apa harta , berbanding 'dia' yang memang dari keluarga berada.
aku tak menyalah kan kau sama sekali tapi aku yang merasa bersalah ,
tidak pernah sekali pun aku mencuba untuk mempertahan kan 'cinta' yang sekian lama terbina ,
hanya menurut saja apa kata mu ,
dan aku merasa amat tidak berbaloi berkorban perasaan dan hati sendiri ,
hanya kerana ingin melihat orang yang aku cintai hidup bahagia ,
namun perkahwinan mu berakhir dengan perceraian
setelah 'dia' bertemu yang lebih berada dari diri mu.
bukan bermakna aku menyesali apa yang pernah terjadi ,
masih ada ingatan manis antara kita berdua ,
dan malam ini aku teringat kad undangan persandingan mu ,
sengaja aku tidak menghadir kan diri di majlis meriah itu.
walau pun setelah kata putus terucap dari bibir mu ,
kita masih berhubung hingga kini .
ternyata benar juga kata mu dulu,
antara kita tiada jodoh,
namun aku masih di hati mu.
Semoga kau berbahagia dengan kehidupan mu yang baru ,dan aku masih begini , dengan dunia ku sendiri , masih 'bercakap dengan dinding' ...
aslinahali
05.01 a.m
07112012
Sunday, November 4, 2012
~ mimpi Si Tukang Masak ~
Alhamdulillah , saat ini aku sudah pun kenyang menikmati sepinggan nasi goreng.
pulang rumah , aku terlalu lapar ...
mula lah aku menyelongkar apa yang ada di dalam peti ais ,
waahhh , ada sebungkus nasi kosong yang di beli kelmarin ,
tapi tidak pun di makan ,
sebiji telor , dua tiga batang karet ,
dan sebotol 'kimchi' yang di buat sendiri.
apa lagi , jam dua pagi , aku menggoreng nasi.
aduhhh ... nyum nyum nyum ... sedap pulak ' nasi goreng kimchi' ...
sebenar nya seharian aku tak berselera untuk makan nasi ,
hanya makan mee goreng sahaja petang tadi.
banyak perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran ,
semakin memikirkan nya semakin susah aku nak makan.
kadang-kadang hanya minum segelas nescafe dan sekeping karipap.
ramai kawan-kawan yang menegur dan bertanya ,
" kenapa kau kurus sekarang ni ?
dulu kau berisi lah jugak aku tengok. "
" eh , ye ke aku kurus ?"
aku tanya balik soalan pada yang bertanya.
" ya lah , aku tengok kau tak macam dulu,
kau jaga makan ke ?
oh ... ni mesti kau nak 'maintain' kan ?
takut gemok ... ? "
kata nya lagi..
" tak lah , aku biasa saja , aku makan banyak tau ...
tapi tak gemok kan ?
hehehe ... "
sambil ketawa aku membalas kata-kata kawan aku tu.
" eh , kau makan apa sebenar nya ,
bagitau lah aku , aku ni makan sikit pun dah naik badan,
macam mana nak maintain macam kau ni ... ? "
dia sibuk nak tahu , bagaimana aku makan banyak tapi tak gemok.
mungkin dia ingat aku ada mengamalkan makan supplement atau apa-apa rahsia lain.
dengan selamba aku balas pertanyaan nya,
" ohh ... senang jer ,
jadi lah macam aku , makan banyak 'hati' tau ... hehehe "
kawan aku yang bertanya terus melopong , lepas tu terbarai gelak nya ... aku terus ketawa dan senyum.
kami sama-sama ketawa ...
sebenar nya dia orang senang , apa pun yang di ingin kan dari suami nya akan di perolehi.
tiada yang sukar bagi nya , malah beruntung kerana mempunyai seorang suami yang baik ,
penyayang dan cukup pandai mengambil hati isteri , berlemah lembut serta berbudi bahasa.
mungkin sebab itu juga lah , walau pun dia makan sedikit , badan nya cepat naik.
berbeza dengan aku , makan pakai harus berusaha lebih mencari sendiri .
bukan mudah bagi aku untuk mendapat kan apa-apa pun yang aku impi kan.
namun aku bersyukur ,
masih di berikan kekuatan dalam mengharungi perjalanan yang penuh dengan ranjau dan duri ,
yang begitu mencabar 'kekuatan hati' ...
Alhamdulillah ,
selagi bernyawa aku akan terus berusaha walau pun 'kekuatan tenaga' sudah tidak seberapa.
aku hanya berpegang pada 'tali Nya' ... Dia ada bila yang lain tiada bersama.
InsyaAllah , semoga suatu masa kelak mimpi ku jadi nyata ...
walau pun ketika itu nanti ,
aku sudah hampir ke penghujung jalan dan akan menemui sebuah 'perhentian'.
~ hendak menyemai si benih padi
sayang lalang penuh sebendang
hendak ku capai segala mimpi
sayang hilang menjelang siang ~
aslinahali
03.51 a.m
05112012
~ rezeki secupak tak kan jadi segantang ? ~
Thursday, November 1, 2012
~ aku menyanyi ... Nyanyian Jiwa ~
aku membesar dengan lagu-lagu lama sekitar lewat 60an sehingga 80an.
memang aku suka menyanyi , walau pun ketika awal 70an di rumah kami tiada radio dan televisyen,
namun dengan mendengar radio jiran-jiran aku menjadi pandai menyanyi .
mungkin juga kerana darah seni yang sedia mengalir dalam diri.
darah seni dari keturunan abah.
abah ku memang pandai menyanyi, dan bila aku salah pada sesebuah lagu,
spontan dia akan betulkan cara nyanyianku. dengan menyanyikan lagu itu semula ,
dan aku akan ikut cara abah menyanyi.
kata pak long , abah ikut jejak emak nya yang berdarah seni.
nenek pandai bermain accordian.
pak ngah pula pandai bermain biola.
dan antara kami adik beradik , tiga orang adik-adik ku pandai bermain gitar.
aku pernah cuba belajar bermain gitar , namun tak pernah pandai hingga sekarang.
sebab nya aku tak tahan luka di hujung jari kerana tali gitar.
oleh sebab itu juga aku tak mahu lagi mencuba untuk memetik gitar.
tak mengapa lah , sebab aku pernah pandai meniup seruling dan bermain drum.
aahhh ... itu di zaman sekolah rendah dan menengah rendah ,
masa aku dalam tingkatan tiga , aku diajar dengan tegas oleh seorang senior.
orang nya sangat garang tapi baik hati , walau pun selalu aku kena sergah dengan dia,
namun dia lah 'abang' yang paling menyayangi aku satu ketika dulu.
sekarang aku sudah lupa untuk meniup seruling dan memukul drum.
cuma sesekali akan mengambil kesempatan jika terjumpa alat musik tersebut.
itu pun sudah sumbang dan tak sedap di dengar lagi.
tapi kalau menyanyi aku selalu suka dan terus suka walau pun sudah lanjut usia.
siapa pun tak akan berani untuk melarang aku menyanyi kecuali emak.
tapi emak faham , dia tahu aku akan lebih kerap menyanyi jika aku susah hati.
keadaan jadi terbalik , orang lain menyanyi jika senang hati,
tapi aku akan kerap menyanyi jika aku sedang bersedih.
pada aku , nyanyian adalah bahagian terindah dalam jiwa ku.
dengan menyanyi , aku lebih tenang dan dapat mengawal rasa hiba.
bukan bermakna aku lupa pada Yang Maha Esa ,
namun itu lah rasa yang di anugerahkan oleh Nya pada ku.
dan aku bersyukur , dengan menyanyi aku dapat merawat hati ,
tak perlu ada orang lain yang harus membantu aku dalam mengendalikan 'rasa'ku.
dan ... aku paling suka menyanyi lagu ini , Nyanyian Jiwa ...Iwan Fals.
nyanyian jiwa
bersayap menembus awan jingga
mega mega
terburai di terjang halilintar
mata hati
bagai pisau merobek sangsi
hari ini
kutelan semua masa lalu
biru biru biruku
hitam hitam hitamku
aku sering di tikam cinta
pernah di lemparkan badai
tapi aku tetap berdiri
nyanyian jiwa harus lah di jaga
mata hati harus lah dirasa
nyanyian jiwa harus lah di jaga
mata hati harus lah di rasa
mata hati harus lah di rasa
menjerit lah
menjerit lah selagi bisa
menangislah
jika itu dianggap penyelesaian
biru biru biruku
hitam hitam hitamku ...
aslinahali
05.20 a.m
02112012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dzikir Penenang Hati
Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...
-
perniagaan kedai makan aku memang terkenal satu ketika dulu. tak menang tangan aku memasak dan melayan pelanggan . setiap malam aku "...
-
Bismillah hir rahman nir rahim ... Assalamualaikum buat semua pelawat-pelawat blog kataku jiwaku . ( sebenar nya aku lebih suka menye...

.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)