Thursday, August 18, 2016

~ KASIH NYA MAMA ~





Hari ini , tiga puloh tahun yang lalu , mama berjuang setelah hampir lima hari di klinik .
Sakit yang mama tanggung hilang tiba-tiba apabila kamu selamat di lahirkan.
Begitu payah dan susah untuk melahirkan mu duhai anak.
Tak perlu mama cerita kan bagaimana rasa nya,
kerana sebaik kamu lahir semua tak terasa lagi.
Alhamdulillah , susah payah yang mama dan papa tanggung berganti ceria.

Kamu  membesar sama seperti kanak-kanak lain , lincah dan nakal.
Namun kamu seorang anak yang cerdik dan bijak.
Seawal usia sepuloh bulan sudah mula bercakap , walau pun pelat.
Mula melukis di usia dua tahun.
Mama tahu kamu anak yang pandai melukis , lantaran darah yang mengalir di tubuh mu berasal dari darah seni yang mama dan papa miliki.

Cinta kami menyatu , lahir lah kamu duhai anak.
Hari ini  , kamu sekali lagi menyambut hari lahir tanpa mama di sisi.
Kamu anak yang mendengar kata , tidak pernah melawan cakap .
Paling-paling pun hanya diam dan menangis apabila berbuat salah dan di marahi.
Kamu tidak seperti anak orang lain , yang menderhaka tidak mendengar kata .

Kamu memang anak yang baik, menjadi remaja yang bersopan santun.
Disayangi saudara mara dan sahabat handai
Dewasa mu menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Itu lah impian mama sejak kamu dalam kandungan.

Hari ini , airmata mama mengalir bila kita berbual.
Ucapan mama tersekat di kerongkong , namun mama tetap mahu bercakap dengan mu.

Happy birthday my beloved Ijart Emir La,
Semoga ALLAH selalu mengasihi mu , melindungi mu dan merahmati mu didunia hingga akhirat.
Mama selalu mendoakan mu .

Ingat pesan mama , jangan menderhaka , jangan memusuhi sesiapa ,
berbuat baik dengan semua orang , jaga diri dan hatimu.
Berbakti pada sesiapa tanpa meminta balasan.

Akhirat kelak , ALLAH tidak memandang rupa mu tapi DIA menilai amal kebajikan mu.
Solat jangan tinggal kan kerana itulah yang akan di persoalkan nanti di sana.
Selamat panjang umur , di murah kan rezeki , disayangi semua , di berikan kesihatan yang baik.

Tidak ada kasih sayang yang lebih besar melainkan kasih sayang mama yang mengandung dan melahirkan mu .
Alhamdulillah , syukur kehadrat ALLAH SWT , sudah tua kamu anak ku.
Satu saja soalan yang belum terjawap sampai sekarang ,
"Bila Ijart nak kawen ya ... ? "

Hehehehe ... itu kerja siapa ?
Kerja ALLAH yang telah pun disiap aturkan di Luh Mahfuz.
Dengan siapa , di mana , bagaimana , itu lah yang menjadi tanda tanya .
Mama tidak pernah mendesak untuk kamu berumah tangga ,
sampai masa nya semua akan baik-baik saja.
Asal kan kamu sihat , dan tidak pernah menyusahkan orang lain itu sudah cukup baik.

Akhir kalam , jadi lah insan yang berguna untuk agama , keluarga , bangsa dan negara.

Mama sayang kamu Mohd. Izad Emir Bin Abdul Rashid.













Wednesday, August 17, 2016

Bulan Pucat





Bulan pucat
sehingga hilang seri
pudar ke pagi

sepanjang malam
menyendiri
di selimuti  awan

lolongan anjing
kedengaran tak berhenti
seolah pukulan gendang
yang diulang-ulang
memual rasa

By Ali Aslinah


Ini puisi spontan ku , namun malam ini sebenar nya Bulan sangat cantik di atas sana.
Selepas keluar dari masjid  , aku memandu sendiri untuk pulang kerumah.
Makan seorang di rumah , nasi lemak ayam yang di beri kepada para jemaah masjid .
kerana malam ini  aku mahu cepat pulang .

Sepanjang jalan Bulan menyinari malam ,
aku bahagia memandang nya
seluruh keresahan ku hilang.

Terfikir di benak ku,
mengapa orang lain tak ambil peduli tentang kejadian alam ?
Mengapa Allah ciptakan Bulan yang sebegitu indah ,
namun ada yang tidak langsung mengendahkan nya ?

Walau pun ada yang kata aku seorang yang kuat berangan-angan ,
sebab tu aku suka melihat Bulan.
Tapi bagi ku , itu bukan sebab nya , yang nyata memang Bulan itu sangat cantik dan memberikan cahaya .
Kejadian alam ini penuh rahsia , Allah menciptakan nya dengan kuasa yang tak mampu kita sebagai manusia untuk menandingi ciptaanNya.
Aku belajar mengenal alam , bagaimana aku belajar itu juga rahsia Allah.
Yang penting aku masih belajar walaupun seusia tua begini.

Pengalaman hidup banyak mengajar aku erti *DIAM*
bermonolog sendiri dengan hati.
biar pun aku sering di hujam dengan kata-kata nista , aku tetap diam .
namun sesekali aku terlangkah batas diam itu sendiri.
pernah aku melantunkan semula kata-kata nista.
tetapi setelah sedar , aku kembali diam.

teringat sewaktu aku berniaga ,
siapa orang yang di daerah ku tidak kenal dengan aku.
malah yang datang dari jauh pun ada .
yang membawa bekal makanan yang aku masak juga ramai.
pramugara pramugari menjadi pelanggan setia.
doktor , guru , peguam , engineer ,
sehingga kan serendah-rendah jawatan pernah menjadi pelanggan.
anak-anak mereka membesar dengan airtangan ku.
ini lah hasil nya ,
mereka membesar menjadi insan berguna dengan masakan yang penuh kasih sayang.
Alhamdulillah , setelah mereka besar , tidak pernah lupa kan aku.

berbagai ragam manusia aku jumpa.
ada yang baik dan ada yang suka mengata.
aku berbuat baik dengan semua orang , namun ada yang tetap tidak menyenangi ku.
ini lumrah manusia , Allah dah jadikan mereka begitu ,  aku terima semuanya.
lebih tiga puloh tahun lama nya aku bertemu dengan ramai orang.
dan sekarang aku senang diam sendiri.
mungkin juga faktor usia yang menyebabkan aku begini.

tapi aku ada ramai kawan yang baik-baik.
yang membantu memberi sokongan dan dorongan untuk kelangsungan hidup.
diantara mereka ini , ada yang terlalu rapat denganku.
di masjid kami selalu bertemu.
selesai solat kami akan makan dan minum bersama-sama.
ini lah dunia ku sekarang.

biarpun solat dirumah itu bagi wanita ,
namun seperti yang disebut ustaz , wanita yang solat berjemaah di masjid itu *istimewa.
jangan kata wanita yang solat di masjid itu akan menimbulkan fitnah ,
sebab di masjid ruang solat bagi lelaki dan wanita berasingan ,
mana timbul nya fitnah bila yang bersolat menutup aurat ?
kata ustaz  lagi ,
wanita kalau ke mall atau ketempat-tempat lain mengapa tidak di kata kan timbul fitnah ?
dengan pakaian yang bermacam-macam fesyen ,
dengan alat solek , dengan wangi-wangian ,
bercampur lelaki dan perempuan ,
itu lah sebenar nya yang menimbulkan fitnah.

aku tak akan kemana-mana kerana aku bahagia dengan hidupku kini.
mengenal diri sendiri , mengenal Allah , mencari redha Allah itu tujuanku.
biar apa orang kata , itu tidak akan aku peduli lagi.
yang aku tahu hidup ini bertunang mati.
bila masa nya akan sampai aku tak tahu tapi janji Allah itu amat pasti.
aku akan berpulang jua pada Nya apabila tiba saat nya nanti.

oleh itu , apa pun orang kata tentang aku , aku tak peduli.
biar berbuih mulut mengata , sampai masa terkedu jua.
penat nanti , berhentilah sendiri.

Takdir menentukan perjalanan ku , dengan siapa aku bertemu ,
dengan apa aku merasa suka duka .
Pada siapa aku mengadu tanya , dengan apa aku berpegang erat ...?
Semua yang aku sayang pasti pergi dan hilang.
Semuanya hanyalah pinjaman sementara aku hidup di alam ini.
Begitu sayang sekali pun , tiada satu yang akan kekal abadi.
Nyawa aku pun aku tak pasti entah bila ditarik kembali.

Aku harus banyak bersabar , belajar redha , terima apa jua ketentuan Allah untuk ku.
Aku belajar untuk tidak menyalahkan diri sendiri dan menyalah kan  orang lain  bila takdir buruk yang datang.
Belajar bahawa didunia ini Allah tidak akan hanya memberikan kesenangan , tapi setiap ujian itu adalah kasih sayang Nya .
Yang pasti jangan berhenti untuk belajar dari *ALAM.


~ Zainab ... bertalu-talu di uji sehingga tak terasa lagi.




















Tuesday, August 16, 2016

Surat Tak Bersetem





lihat , dengar dan rasakan
bunyi-bunyian tergaduh dari relung mu
lalu , untuk rindu terindah
kau pasti relakan hati mu untuk patah
seperti hujan di luar sana

tak ada yang mustahil
untuk Tuhan kembalikan
sekali pun itu remuk redam

semoga amarah lebih kecil dari ikhlas
sebentuk harapan kan selalu mampu menyemangati
untuk tetap bergerak
dan terus bermimpi .

@ by Ali Aslinah & Elang Megananda


Sayang,
surat ku tak pernah lagi bersetem untuk sampai kepada mu
di ruang kecil dan sempit ini , seluruh mata hati akan mencari makna yang tersembunyi .
setiap kunjungan aku tatang bagai minyak yang penuh ,
tak rela jika terserakkan , meremah sana sini
jangan pernah kau kotori ruang ini

ini ruang ku
disini aku ratu nya.


#Salina ... terima kasih pada setiap pelayar yang mengunjungi ku di sini , semoga sejahtera .









Monday, August 15, 2016

Surat Bulan Untuk Mawar (3)





Mawar ,
malam ini aku menulis lagi untuk mu.
supaya kau lebih mengerti hidup ini bukan untuk diri sendiri.
setiap kita punya hak untuk bahagia.

jangan mengharap terlalu lebih
kerana ,
semakin tinggi pengharapan maka semakin lebar ruang untuk dikecewakan.
jangan berharap mendapat pujian dari manusia
kerana ,
Tuhan tidak memandang rupa kita tetapi menilai hati kita.
jangan menghina dan mencerca orang lain dengan kata-kata kesat
kerana Tuhan lebih mengetahui siapa kita

biar pun kita orang yang menutup aurat
tak perlu lah kita membuka aib orang
biar saja Tuhan yang menghukum
kita hanya manusia tak berupaya.

jangan kita terlihat insan yang beragama di mata orang
namun kerana riya' nya kita lalu Tuhan tidak sedikit pun memandang

ingat Mawar ,
satu jari telunjuk yang kita tuding kepada orang
empat jari lagi mengarah kepada kita.
satu doa kita yang tidak baik untuk orang
Tuhan akan kembalikan kepada kita .

jika kita tidak mahu di keji
maka jangan kita mula kan untuk mencaci maki
jangan kita sedap kata berbicara
kerana orang yang kita kata itu juga punya lidah untuk bersuara

aku harap kau faham Mawar ,
hidup kita amat singkat sebenar nya
apa akan terjadi jika kita tak sempat untuk bertaubat ?
apakah kita mahu timbangan dan titian kita kelak terlewat
kerana keengganan kita meminta dan memberi maaf ?
mampukah kita menongkat langit
sedang janji Tuhan itu pasti
bila-bila sahaja akan tercabut nyawa dari jasad.

Mawar ,
hidup ini tentang perpindahan,
dari mana kita berasal sehingga kita berpulang nanti
semua sudah di tentukan Tuhan.
sebagai insan biasa ,
kita tinggal menjalani kehidupan saja dan berbuat yang terbaik semampunya.
usah risau tentang hal-hal duniawi
yang akan merunsingkan kepala dan membuat kita sakit.

InsyaAllah , sejahteralah kehidupan bila kita yakin ALLAH tidak akan mempersia-siakan hambaNYA.

aku sudahi dahulu surat ini dengan harapan kau mengerti bahawa dunia ini sementara dan akhirat kekal selama nya.



yang benar

Bulan








Thursday, June 23, 2016

Cinta Harus Memiliki !!!






dulu aku rasa kita tak akan bertemu kembali
dulu aku mengalah kerana merasa kekurangan diri
dulu aku membiarkan kau berlalu pergi
dulu aku menahan kesakitan hati
itu dulu ...

sudah kubekukan diri
untuk terus mencintai
untuk terus berharap kau kembali
itu dulu ...

setiap kali kita terjumpa di mana-mana
aku menahan airmata
untuk tidak terlihat oleh sesiapa

setiap kali kau memandangku
aku mencuba mengalihkan mata
namun sering aku gagal mencuri pandang
bila kau memimpin seseorang
dengan mesra dan bangga
itu dulu ...


dulu , semua nya aku pendam dan peram
hingga menjadi masam
dulu , aku mencuba untuk membencimu
ternyata aku menipu
ternyata cinta tak harus terus menerus menipu



#Jane ... cinta sejati harus memiliki , biar pun kita hampir menuju mati !





Saturday, June 11, 2016

Surat Bulan untuk Mawar ( 2 )





Mawar ,
kali ini aku menulis lagi
dengan harapan kau semakin mengerti tentang ujian Ilahi Rabbi.
aku di uji , kau juga di uji

aku tidak pernah berdoa dalam hidup sebelum ini untuk di pertemukan kan dengan nya.
namun tidak lah aku sangka , Allah empunya rencana
bertahun lama aku telah melupa kan dia
walaupun ada ketika nya dia menjelma dalam kenangan
yang aku lipat baik-baik di sudut hati

aku mencuba menolak takdir yang datang tiba-tiba
sebaik mungkin tidak mahu ada yang terluka
namun siapa aku untuk menolak takdir yang sudah tertulis di Luh Mahfuz ?
perjanjian dengan Maha Esa telah pun aku setuju rupa-rupa nya.
hanya sebagai manusia , aku terlupa janji ku dengan Nya.

munajat di sepertiga malam , mohon pada Nya
apakah aku memilih jalan yang salah atau tepat ?
dan ini lah takdir tentang kehidupan
Ilahi Rabbi tidak pernah salah merencana
tidak pernah siapa mampu menentang Nya.

aku pasrah  Mawar
jika aku memang tercipta untuk dia
kami tak akan terhalang lagi

aku pernah beralah buat kali pertama ,
lama dulu
aku redha bila aku bukan di takdir kan bersama dengan nya
namun kini mengapa Allah pulangkan apa yang aku hilang sekian lama ?

kehidupan tanpa nya pernah memudarkan cahaya hidupku
namun aku gagahi untuk terus menyinar lagi
aku mampu melupa kan dia yang telah pergi bersama yang lain
mengapa ketika itu kami tidak bersatu ?
kau mampu untuk menjawab apa yang Allah tuliskan ?
aku sendiri keliru dan dia ku biarkan berlalu

Mawar ,
kehidupan ini singkat
aku tidak mencari dia
namun dia kembali buat ku
di saat aku sendiri menjalani hari-hari
dan Allah membuka pintu hati ku
buat kali kedua menerima semula
walau pun dia pernah mengecewakan yang terlalu
mengapa aku memaafkan nya ?
aku tak bertemu jawapan nya dan kau pun begitu juga

aku tahu kau amat kecewa dengan setiap keputusan
aku tahu kau amat membenci aku
dari dunia sehingga akhirat
tapi kau lupa satu hal
hati kita manusia di pegang siapa ?
bukan kah Allah yang mampu membolak balik kan sekeping hati ?

aku terima dengan redha jika aku di benci
namun aku tak akan memusuhi mu
biarlah keadaan dan masa menentukan nasib kita
yang tertulis sejak azali.
sebab aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini
dan itu ku serah kan hanya pada Ilahi Rabbi.


sampai disini dulu Mawar,
mungkin kata-kata ku tak seindah ucapan mu
namun aku juga manusia yang punya hati.


yang benar
Bulan


@ aku mengagumi seorang mukmin
bila memperolehi kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur.
bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar.
seorang mukmin di beri pahala dalam segala hal,
walaupun dalam sesuap makanan yang diangkat nya ke mulut isterinya.

( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud )






Sunday, May 29, 2016

Surat Bulan untuk Mawar





Mawar ,
kehidupan adalah tertulis
pada kehendak Ilahi Rabbi
sebuah ketentuan tak mungkin dapat kita elakkan
tak mungkin dapat kita tulis sendiri
sehingga menjadi begitu cantik
seperti kehendak kita

aku menulis surat ini
untuk kau memahami apa yang terbuku di dalam isi hati
sekian lama aku hanya berdiam
enggan membalas kata-kata mu
kerana aku yakin dan percaya
Allah menentukan segalanya

dan aku pun percaya
jika Allah menguji kita kerana kasihNya
mengapa harus kau dan aku menentang ketentuan ?

aku sering bertanya sendiri
mengapa sukar manusia menerima takdir ?
bukan kah kita dalam genggamanNya ?
sehingga hujung jari pun jika tidak dengan kehendakNya tak akan tergerak .

mampu kah kita menukar takdir ?
siapa yang mahu kan takdir buruk yang datang ?
aku pun tidak mahu terjun dalam masaalah
namun aku tak mampu
samada suka atau tidak
aku terima semua tanpa tanya dan bantah
segala yang di anugerahkan oleh Nya.

mungkin mudah bagi mu menuduh aku
dengan berbagai kata sesuka hati
tapi pernah kah kau terfikir
bagaimana aku menerima segala nya ?

pernah kah kau meletakkan dirimu di dalam diriku ?
sebagaimana aku meletakkan diriku dalam dirimu ?
pernah kah kau terfikir bagaimana aku menelan segala tohmahan
yang tidak benar terhadap seorang aku ?
pernah kah kau membayang kan
bagaimana aku menelan airmata supaya tak terlihat oleh sesiapa ?

memang Allah berikan aku kesabaran yang tinggi
anugerah kan aku keimanan yang kuat
untuk terus bertahan atas segala macam cacian dan penghinaan.

aku sudah pun terima segala nya dengan redha
dan untuk peringatan kita bersama
untuk menjadi sabar itu sukar
untuk redha itu payah

aku akhiri surat ini dengan ucapan maaf jika sekira nya kata-kata ini menggores hati mu.
sesungguh nya aku hanya manusia biasa yang tak sempurna segala.


yang benar ,
Bulan








Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...