Thursday, September 20, 2012

~ 'pemilik kata terakhir' ~





... di luar masih menitis renai , entah mengapa enggan berhenti .
dingin angin terasa begitu kuat menampar raut wajah seorang tua , yang masih terjaga.
asyik dia merenung dalam kelam malam , berkata-kata sendiri dalam hati nya.
 , segala nya bagai mimpi.

wajah-wajah yang melintas di mata  , satu demi satu mengharu hati.
runtun kalbu nya bila dia mula terbayang detik-detik silam .
selama ini segala nya di simpan kan dalam diam.
tidak seorang tahu apa yang berlaku sepanjang laluan yang di tempuhi nya.
dia pernah jatuh , rebah tersungkur namun bangkit kembali dengan payah 
kerana keinginannya untuk terus berdiri ... dia tak peduli calar balar yang memedih.
tak hirau kan hiruk pikuk yang memekak kan pendengaran nya.

di hati nya hanya ada keteguhan , 
keinginan yang harus di capai sejak sekian lama.
impian nya belum terpenuh walau bertahun dia meminta dalam senyap tanpa suara.
telah menimbun menjadi gunung harapan yang di tanggung.
dia masih belum bisa bernafas dengan lega.

... terngiang di telinga nya ... , ' lepas ni kalau apa-apa terjadi , kau terima saja lah ...'
lantas berderai  sekeping hati ,  seiring airmata yang tak dapat di seka lagi.
tika itu dia sudah tidak mampu tersenyum manis pada  'pemilik kata terakhir' ... hiba lara tak terhingga.

bermula detik itu , dia tunduk akur pada ketetapan.
dia harus berjuang bersendirian ... untuk terus sampai keakhir satu titik noktah , tanpa ada tanya , tanpa ada bantah !

malam itu dia berlagu sendu menyeka darah yang enggan berhenti mengalir dari bibir  'pemilik kata terakhir' ... terlalu  payah melepas kan nya  pergi dari sisi diri ...


aslinahali
21092012























Tuesday, September 18, 2012

~ Jadi lah LELAKI ku yang BERANI ! ~





... aku nak berkisah kali ini , tentang LELAKI . 
mungkin selepas ini aku akan di 'hentam' hebat , kerana aku dah buat 'lelaki-lelaki' dan 'perempuan-perempuan' yang di dalam dan di luar lingkaran ku , sakit hati , marah , benci , sampai meluat dengan aku ... tak kisah lah ... kan aku ni 'telus' dalam kata yang terbit dari  jiwa ... ?

bukan tujuan aku  nak 'provok' atau nak timbul kan 'kontroversi' ... tapi ini adalah kenyataan yang aku lihat hampir saban hari berlaku di sekitaran dalam dan luar lingkaran ku.

aku kenal ramai lelaki , muda,  tua , berbagai bangsa. 
Melayu , China , India , Mat Saleh, Mat Bangla , Mat Myanmar , Mat Nepal ... pendek kata ramai lah ... he he he ... jangan salah sangka pulak ya , aku bukan nya banyak boyfriend , cuma aku ni orang berniaga , jadi aku sentiasa berjumpa dengan ramai 'manusia' di luar lingkaran ku juga.

ramai yang baik-baik , tak kurang juga yang tak berapa nak baik.
ada yang 'gatal' , miang keladi , makin tua makin menjadi , mengalah kan remaja-remaja lelaki ... he he he ... jangan marah ya ... kalau marah nanti 'kena jual' bak kata P. Ramlee dalam filem Tiga Abdul.

tak kurang juga , ramai duda yang mengada-ngada ... kalau di layan memang sakit kepala di buat nya.
mentang-mentang duda , nak pulak yang pandai bergaya , pasang badan , tayang motor besar , kereta besar , dia orang tu ingat semua perempuan boleh terpikat.
bila ada perempuan yang layan sikit , mula lah tak ingat , 'perasan' sangat hebat.
setakat nak main-main kan perasaan perempuan  , dia orang sangat 'pakar' ... sampai ada perempuan yang hati nya 'terbakar' sebab di permainkan oleh duda-duda yang tak guna tu ... he he he ... mesti ramai yang marah kat aku !!!

budak-budak lelaki yang masih  bujang , aku tak kisah sangat kalau dia orang pasang girl friend sampai dua tiga empat.
adat lah tu kan ? 
dia orang masih muda , masih banyak masa dan peluang memilih mana satu perempuan yang betul-betul sesuai dan berkenan di hati , serta di restui oleh mak ayah masing-masing.
maka tak hairan lah , kalau hari ni dia keluar 'date' dengan si A , besok dengan si 'B' , lusa dengan si 'C' dan seterus nya ... ada yang pagi  keluar date dengan Joyah, petang dengan Bedah , malam dengan Senah ... he he he ... layan jer lah ... selagi terdaya , kalau dah tak larat nanti , sendiri mau ingat nak lagu mana ?
jangan pulak nanti bila dah kawin ,buat perangai macam masih belum kawin sudah lah ... kesian orang rumah , setia tunggu laki balik , ingat kan kerja overtime ker ,  kut-kut ada meeting  tapi rupa-rupa nya dating ... he he he ... haaa ... kalau baca jangan melenting !

laki orang pun satu hal jugak ... ramai yang aku kenal , bila depan bini , pijak semut tak mati .
meling jer mata bini dia ... amboiii banggg ... he he he ... bukan main lagi .. ?
kalau nak ikut kan , memang aku nak cerita panjang-panjang bab laki orang nih ... tapi biar aku pendek kan cerita saja lah ya ... ?

ada ramai di kalangan kawan-kawan lelaki aku , pasang banyak  'spare tyre' di luar pengetahuan bini masing-masing. 
aku tengok tabiat dia orang ni pun naik pening.
kalau setakat 'sms' dengan 'mms' , toksah nak cerita ... macam-macam ada ... he he he ... aku menaip ni pun aku gelak sorang-sorang bila terkenang.
ada satu kes tu , pernah lah sorang kawan lelaki aku 'terkantoi' dengan bini dia , bila dia terlupa off handset satu malam tu sebelum dia nak tidur.
biasa nya dia 'smart' ... mesti off HP sebelum tidur.
apa lagi ... bila msg masuk , bini dia pulak yang terbaca ... tak ker haru ? 
bersoal jawap lah malam tu , sampai perang besar pulak dah jadi ... alahai... kih kih kih !!

pandai makan , pandai lah simpan , ni tak pulak , orang nak skandal , awak pun nak jugak , tapi  bengap , otak lembap , tindakan tak cekap ... ehhh ... aku sokong ker nih ? 
he he he ... jangan marah ya orang perempuan ... aku adil , sebab aku rasa LELAKI yang mampu zahir dan batin , dia tak sepatut nya takut .
LELAKI memang di benar kan berkahwin empat dalam ISLAM , agama tak menghalang , hukum ALLAH jangan di tentang !!!
Jadi , aku rasa ramai juga perempuan lain yang bersetuju dengan aku kalau betul-betul kita nak ikut hukum ALLAH , tak kurang juga , ramai yang akan marah dan tak setuju dengan aku , sebab mereka-mereka yang tak setuju dan sependapat dengan aku ni , sebenar nya HIPOKRIT, TAMAK , nak 'memunya' sendiri sedang kan mereka tak sedar , 'seorang suami' itu hanya lah 'pinjaman' sementara sahaja.
bila-bila Allah boleh tarik balik apa yang telah di beri pinjam ... jadi jangan marah bila aku berkata begini , sebab ini bukan aku yang kata ikut suka hati sendiri ... dah siap-siap tertulis dalam ISLAM .
konon kita  kata nak jadi wanita Muslimah yang sejati , yang mithali , tapi hukum Allah mengapa di tolak ke tepi  ?

akhir nya aku nak pesan pada LELAKI , yang berada di sekitar lingkaran ku atau yang di luar sana , jika kalian mampu , berkeinginan memiliki isteri lebih dari satu ,  jangan bimbang dan ragu , jadi lah LELAKI YANG BERANI demi menurut hukum ALLAH , jangan takut pada isteri , sampai sanggup simpan 'kekasih gelap'... pandangan ALLAH lah yang harus kita semua TAKUT , bukan pandangan manusia .

sampai berjumpa di lain masa dan ketika , seperti biasa ada serangkap pantun yang di tinggal kan  buat kalian , dan izinkan lah  aku menyusun jari sepuluh , memohon ampun , jika ada tersalah dan tersilap pada kata-kata yang terbit dari dalam jiwa ... :)


~ lurut-lurut batang selasih
selasih lebat di laman tuan
turut-turut sang kekasih
usah putus separuh jalan  ~

aslinahali
05.10 a.m
19092012


~ pandangan manusia ...  nak takut apa ? ~





Saturday, September 15, 2012

~ diam dalam rindu ~





tiada secantik bahasa
untuk meluah kata
sayang
cerita indah kita
simpan kan saja  
menjadi rahsia jiwa

izinkan aku merindui mu 
dalam diam tak bersuara
mencipta bahagia merenda cinta 

akan ku lukiskan
di kayangan indah kita 
warnai hamparan nya 
dengan warna yang kita suka ...


~aslinahali
03.28 a.m
16092012~


~ indah lelap mu ... itu impian ku ~









Friday, September 14, 2012

... mengingat mu ... hancurkan hati ku ...





harus kah di ulangi ... ?
tiga puluh tiga tahun bukan masa yang pendek

ketika kau ucapkan selamat tinggal
aku yang  tertinggal dalam tanya tak bersuara ...

mengapa harus ada tinggal tanda tanya ?

dingin pagi tiga puluh tiga tahun dulu
amat berlainan dengan dingin pagi hari ini
masa merubah terlalu banyak 'tentang kita'

sayang , mengapa di rindu ?

lalu ,  berkata lah kita dalam jiwa

'... yang terindah masih dari dalam hati ku ...'


... pertemuan kali ini apa kah permulaan pada satu titik pengakhiran , kerna antara kita , kini telah jauh 'berbeza' ... walau senyum dan tawa mu masih sama , hakikat nya ikatan ini  hanya indah di hati  ... terima kasih 'Sayang'  ... aku ingat semua tentang diri mu , tapi sayang engkau gagal mengimbas  saat kau memberikan 'jaket' mu demi menghangat kan dingin pagi ku tiga  puluh tiga tahun yang lalu ... 


~ aslinahali
02.30 a.m
15092012~

~  tak lagi sama semua nya ... hanya sama dalam satu rasa ~


Thursday, August 30, 2012

~ LATIF ~ ( 2 )





... selama hampir 3 bulan aku bekerja sementara di kilang kasut itu , keputusan SPM pun sudah di tangan , aku dan Ijot berhenti kerja.
kami sibuk mengisi borang permohonan untuk melanjut kan pelajaran di mana-mana pusat pengajian tinggi.
malang nya aku dan Ijot gagal untuk meneruskan pelajaran ke universiti atau maktab perguruan.
yang pelik nya kawan-kawan aku yang agak kurang bijak di sekolah dan gred mereka pun lebih kurang sama macam gred aku , berjaya pulak masuk ITM , dan di beberapa buah maktab perguruan , nak tahu kenapa ?
'kabel' lah ... anak orang kaya , mak bapak boleh 'jolok' bawah meja  ... hehehe

... tapi bukan semua lah , ada yang memang nasib dan gred mereka betul-betul baik ... aku bukan cemburu , tapi 'berbulu' jugak lah , sebab 'kawan-kawan' aku yang ramai jadi cikgu sekarang ni aku tengok , banyak perkara yang mereka tak tahu ... cikgu apa kalau macam tu ?
sepatutnya , semakin lama bekerja sebagai guru , semakin banyak yang mereka tahu , kalau dah guru pun bengap , jawab nya anak murid pun lembab.
jangan marah kalau aku kata macam ni , ini kenyataan yang aku rasa ramai orang setuju.
dulu-dulu nak belajar bukan mudah macam sekarang ... budak bangang pun boleh masuk universiti , itu yang bila keluar dari universiti , satu apa pun tak tahu ... 'buta kayu' kata orang dulu-dulu.

oleh kerana gagal untuk masuk kemana-mana , aku tak nak buang masa.
keluarga aku bukan kaya , adik-adik aku masih ada 4 orang yang sedang belajar dan abah tak mampu nak menghantar aku untuk menyambung pengajian di kolej swasta.

aku mengambil keputusan bekerja di sebuah kilang lain yang sangat terkenal pada waktu itu.
sebuah kilang yang di miliki sepenuh nya oleh bangsa German.
sebab tu aku boleh ingat lagi beberapa perkataan German , pandai sangat tu tidak lah , tapi satu dua perkataan tu aku faham lah jugak, contoh nya ...
' ich liebe dich ... aku cinta kamu .
guten morgen ... selamat pagi , 
mein geliebter ... kekasih ku ...'
seronok kan , belajar bahasa German ... :))

berbalik semula cerita bagaimana aku boleh menjalin hubungan cinta dengan ' mein geliebter  Latif ' ... :)
selepas pertemuan pertama , aku  masih ingat wajah nya , tapi aku terima hakikat yang aku tak mungkin akan bertemu dengan nya lagi  dan aku pun hampir melupa kan nya.
biasa lah , kan tak ada apa-apa 'talian' nak berhubung , dan lagi nama nya pun aku tak tahu.
boleh di kata kan aku anggap macam angin lalu saja lah ...

... kuasa Allah , siapa sangka siapa menduga ?
tak pernah terlintas pun di benak ku , akan terserempak sekali lagi dengan nya .
malam minggu , aku dan kawan-kawan ke bandar untuk menonton wayang gambar.
selepas membeli tiket terlebih awal , kami ada banyak masa , jadi sempat lah nak cuci mata di 'Emporium' ... hehehe ... tau tak Emporium tu apa ?
dulu nya  itu lah salah satu tempat yang agak besar untuk membeli belah selain 'Supermarket' ... macam-macam ada di jual di bangunan 4 tingkat tu.
mak dengan bapak saja yang tak ada di jual di situ ... cari lah barang-barang apa hendak , boleh di kata kan semua nya ada , lebih kurang kalau sekarang nih sama lah  macam Jusco , Tesco , dan macam-macam 'co' lagi lah ... :)

semasa kami berjalan hendak meninggal kan 'emporium' itu lah , dalam kesesakan orang ramai , tiba-tiba aku terpandang wajah 'anak china' tu sekali lagi !
ber ' t-shirt' merah  , ringkas dan bersahaja , sedang berjalan seorang tanpa memperdulikan orang lain.
aku cepat-cepat mengekori dia , kawan -kawan aku yang lain terpinga-pinga , hairan melihat aku seperti berlari mengejar sesuatu.
rupa-rupa nya , dia menuju ke dalam sebuah bank yang terletak sederet dengan bangunan emporium tu !
selepas aku begitu pasti dia memasuki bank tersebut , aku pun berpatah balik ke arah kawan-kawan aku yang tercengang memandang.

"kau kejar apa tadi ? '
tanya salah seorang dari mereka .

"ada lah ... "
jawab aku selamba.

memang aku malu nak kata apa-apa , sebab nanti kalau mereka tanya lebih-lebih , aku sendiri tak tahu nak jawab apa... tapi dalam hati aku begitu yakin , pasti selepas itu aku akan bertemu lagi dengan Latif.

begitu lah kehendak Allah SWT ... selepas terlihat Latif sekali lagi di malam tersebut , maka bermula lah episod baru dalam zaman remajaku.

kebetulan pula , nak di jadi kan cerita , dua orang rakan sepejabat nya ada lah kawan kepada kawan-kawan aku .
semasa Mas mempelawa aku keluar minum bersama mereka , aku pun di perkenal kan kepada Amat dan Rasul  , mereka berdua adalah kerani di Oriental Bank , tempat di mana aku terlihat  Latif masuk pada malam yang aku terserempak dengan nya sebelum itu.

kami berbual panjang dan di kesempatan itu lah , aku mengambil peluang bertanya pada Amat , samada dia kenal dengan seorang pemuda yang berkacamata , mirip wajah anak China.
dia tanya aku ...
" u maksud kan Latif ke ? "

" i tak tau nama dia lah , tapi yang pasti rupa dia memang macam China."
jawab aku jujur saja ... sebab memang aku tak tahu nama nya.

" ada dua orang kat Bank kita orang yang muka macam China , satu Azman , satu lagi Latif , dua -dua tu pakai spek."
balas Rasul pulak , bila dia lihat aku macam 'blur' ...

" dia tu badan tegap lah , rambut dia lurus , tebal ..."
kata ku lagi pada mereka.

"oh ... betul lah tu , Latif ... sebab kalau Azman tu dia kurus jer . "
balas Amat pula.

wahhhh ...  hati aku melonjak suka , bila dah dapat tahu nama orang yang aku nak sangat kenal.
maklom lah , masa tu aku muda , dah lah  tak pernah ada 'special pakwe' , jadi perasaan ingin mempunyai teman lelaki istimewa macam kawan-kawan aku yang lain , tentu ada . 
naluri manusia yang biasa  lah kata kan , kalau tak ada keinginan tu lah yang aku rasa 'luar biasa' .

selepas pertemuan dengan kawan-kawan sepejabat Latif , hubungan aku dengan Amat dan Rasul menjadi rapat , sebagai kawan biasa .
aku selalu menerima pelawaan Mas untuk sama-sama 'join' mereka , jika nak menonton wayang atau pun sekadar minum petang bila cuti hujung minggu .
setelah agak lama berkawan dengan mereka , aku meluah kan perasaan pada Amat, yang aku  ingin berkenalan dengan Latif dan berterus terang dengan nya bahawa aku meminati Latif sejak mula-mula terpandang dia.
pecah tembelang aku yang selama itu aku simpan , mereka semua gelak kan aku bila mengetahui aku ni pun ada hati juga kat seseorang sebab selama berkawan mereka tahu aku seorang yang agak garang , kasar dan bukan senang-senang nak layan orang .
nak kata sombong tu tidak lah , tapi memang kalau orang tak kenal rapat , akan menganggap aku ni berlagak  , jual mahal , sebab tu tak ada orang yang nak mengurat.

atas jasa baik Amat , pertemuan pertama antara aku dan Latif , telah di atur kan oleh nya secara senyap tanpa pengetahuan aku.
Amat mempelawa aku makan mee mamak di Pasar Malam , kata nya saja nak belanja aku sebab dia dah dapat gaji.
jadi aku pun tak menolak , sebab hujung minggu tak bekerja , duduk di rumah saja pun bosan juga.
aku menaiki bas ke bandar, sebab malu nak membonceng Scrambler Amat , nanti orang kampung aku nampak , macam -macam cerita pulak yang timbul.
sesampai aku di Pasar Malam , aku ingat kan Mas pun ada di ajak bersama , tetapi alangkah merah nya muka aku bila aku ternampak dari jauh , yang duduk semeja dengan Amat di gerai mamak tu ialah Latif !

serba salah aku nak menerus kan langkah menemui mereka , jantung aku berdegup dengan kencang  , semua rasa ada , tak tahu bagaimana aku nak gambar kan ... tapi aku tak sedar bagaimana aku boleh tiba-tiba sampai ke meja tu .

" haa ... As , datang pun  ... jom ... duduk lah , meh aku kenal kan , ni Latif , kawan aku ..."
tegur Amat seolah-olah  aku tak pernah tengok Latif sebelum tu.

pandai betul dia berlakon ... memang 'terkena' aku malam tu ... tapi sebenar nya 'niat' Amat baik , dia tahu aku memang tak ada teman lelaki istimewa , kawan-kawan lelaki memang ramai tapi satu pun aku tak terpikat.
samada aku yang tak pandai memikat , atau pun memang keterampilan aku tak ada yang terpikat , atau mungkin juga memang tak ada yang berani dekat.

aku bukan nya 'ayu' , macam gadis yang lain.
pakaian aku biasa nya t-shirt dan jeans saja , kalau baju kurung tu , cuma hari jumaat saja yang aku pakai , itu pun susah lah aku nak bekerja dengan baju kurung , kain 'megheban' , sebab kerja aku di kilang bukan nya di pejabat.
'make-up' pun tak pandai lah ... ada tak ada  bedak debu 'baby johnson's '  tu jer yang aku pakai kat muka.
'lipstic' pun tak biasa guna.

setelah Amat menarik kan bangku untuk aku duduk , Latif menghulur kan tangan nya untuk bersalaman dengan ku.
aku sambut , dengan perasaan yang teramat lain waktu itu , dan entah mengapa , dia menggenggam tangan ku agak lama untuk melepas kan nya kembali.
rasa nya , muka aku masa tu memang merah padam , malu , terharu , aku pun tak tahu ... ?

" As ni suka makan mee mamak ker ? 
order lah tiga Mat , sup kambing nak tak As ? "
Latif begitu mesra melayan aku, walau pun itu lah pertama kali  kami 'betul-betul' berkenalan  dan  buat pertama kali nya aku mendengar 'suara' yang mempersona ... hehehe ... 'suara' nya memang aku suka.
dan yang paling aku suka bila berbual dengan nya , dia membahasa kan diri nya sebagai 'Lat'.
tapi dengan aku saja lah dia bahasa kan diri nya Lat , dengan Amat , tetap 'kau aku' ... dari situ aku rasa dia memang lembut dan berbudi bahasa bila berbual dengan perempuan.

dia sangat peramah dan rancak berbual , macam-macam soalan yang dia tanya pada aku.
aku pun bertanya juga , dia berasal dari mana , keluarga berapa ramai , tinggal di sini dengan siapa ...
rupa-rupa nya dia datang dari keluarga yang agak 'berada' , jauh beza nya dengan keluarga aku bila di bandingkan ...
selepas agak lama kami bertiga berbual-bual , perut pun dah kenyang ,  akhir nya aku minta diri untuk pulang.

hari pun dah hampir jam 9 malam.
aku takut kalau terlalu lewat pulang kerumah , sebab aku seorang saja , Mas tak ada sama , dan nanti aku terpaksa melalui jalan yang akan menempuh tanah perkuburan lama sebagai jalan paling dekat kerumah aku ...  jalan pintas .
tiba-tiba Latif mempelawa aku menaiki motosikal bersama nya , kebetulan dia tinggal di rumah sewa yang tidak berapa jauh dari rumah aku .

pada mula nya aku menolak ... segan , sebab kami baru saja kenal.
tapi dia kata , 
" tak apa As , malam-malam tak elok jalan sorang , biar Lat yang hantar jer , bahaya lah As .. "

sedangkan sebenar nya , sebelum tu , tak pernah aku terfikir akan bahaya berjalan seorang diri.

kebetulan pula , Amat ada helmet 'spare' , tapi sebenar nya memang Amat sudah merancang semua nya tanpa memberitahu aku .
nak tak nak , aku pun terima lah pelawaan Latif untuk menghantar aku pulang kerumah malam itu.
bayang kan , bagaimana keadaan aku masa tu ... ?
pertama kali berjumpa , pertama kali juga membonceng Honda Panther nya ... dan semenjak dari pertemuan pertama itu , maka berlaku lah  pertemuan kedua , ketiga dan pertemuan selama kurang lebih  empat tahun 'percintaan' kami  berdua ...

aku rasa harus berhenti dulu setakat ini , kalau ada masa senggang, akan bersambung lagi ... semoga setia dan sabar menanti ... 

seperti biasa , aku tinggal kan serangkap pantun buat semua ...  ini pantun lama yang aku ingat sampai sekarang ...

~ kalau lah tidak kelapa bali
burung serindit si lada muda
kalau pun tidak barang sekali
sedikit-sedikit teringat jua ~


aslinahali
06.53 a.m
31.08.2012

~ yang berada ... tidak mengada-ngada ~





















Tuesday, August 28, 2012

~ LATIF ~





... sekian lama aku simpan 'kataku' menjadi  rahsia 'jiwaku' ...
dan sekian lama juga aku simpan satu nama yang pernah mendapat tempat pertama di tahkta hati ku.
tidak ramai yang tahu , kerana aku dulu sebenar nya seorang yang sangat 'berahsia'.
namun kini aku ingin berkongsi rahsia yang 'rasa' nya tidak perlu di simpankan lagi.
biar ramai yang tahu , betapa satu 'nama' itu pernah mengajar aku tentang erti 'cinta' yang sebenar nya.

ya ... nama yang sungguh indah , ' Abdul Latif ' ...
seindah  dan setenang rasa ku ketika bersama dengan nya 32 tahun yang lalu.
selama  kurang lebih 4 tahun bersama nya ,  banyak mengajar aku erti 'cinta'.

ketika aku habis menduduki peperiksaan SPM , usia aku hampir mencecah 18 tahun.
sementara menanti keputusan peperiksaan , aku bekerja di sebuah kilang yang terletak di pinggir bandar sebagai seorang operator menjahit kasut.
kebetulan seorang kawan sekolah aku , Ijot ( nama sebenar dia Halijah ) sama-sama bekerja di kilang tersebut.
kami orang susah , jadi untuk berbelanja , kena lah cari duit poket sendiri.
bukan senang nak dapat duit dari mak abah , sebab adik beradik ramai , ada  antara nya yang masih belajar dan abah bukan bergaji besar... hanya seorang drebar di sebuah kedai mengedar buku .

untuk ketempat kerja , aku menaiki bas ke bandar , kemudian harus berjalan kaki , mendaki bukit , melewati jirat China baru lah sampai ke destinasi.
agak jauh juga , kaedah nya kalau aku memakai kasut tumit tinggi , pasti tak tertahan melangkah kaki , menyiksa diri.
sebab itu , walau pun di hari jumaat aku dan Ijot memakai baju kurung , tapi masih memakai kasut leper sahaja , tak boleh bergaya .

nak di jadi kan cerita , ada sekali tu , Ijot tak datang kerja , jadi aku berjalan kaki ketempat kerja seorang diri.
jalan tu pula sangat sunyi , dulu memang kurang kenderaan yang melalui jalan tersebut.
sebab kawasan itu baru hendak membangun , berbanding sekarang .
sungguh jauh berbeza keadaan nya.

mujur lah Allah pelihara aku , andai lah dulu seperti sekarang ini , rasa nya aku mungkin jadi mangsa ragut atau mangsa keadaan yang tak baik , sebab berjalan kaki seorang diri di tempat sunyi tanpa teman merbahaya kan... ?

bila dapat gaji yang pertama , gaji nya dua minggu sekali tau , aku , Ijot dan beberapa rakan sekerja yang lain , nak 'berjoli katak' di bandar.
tahu tak apa makna 'joli katak' ... hehehe ... enjoy lah kata orang putih ...  :D
masa dulu kalau dapat makan-makan dan jalan-jalan di Pasar Minggu , itu dah dikira cukup bagus.
sekarang ni mana ada lagi Pasar Minggu ...  tapi  dah di ganti dengan Pasar Malam dan Pasar Tani .

pulang dari kerja , kami berlima berjalan kaki ke bandar  , menuju destinasi kami iaitu Pasar Minggu di petang Sabtu.
kami semua pakat-pakat nak makan meehoon sup , kata Kak Nab kawan kami yang paling cantik , ala-ala artis dia bersolek , meehon sup makcik kat situ 'berhantu' ... sedap sangat lah makna nya tu ....hehehe :D

yang seronok nya , makan di situ tak ada meja dan kerusi seperti sekarang ini.
kalau nak makan , kena duduk bersila  atau bersimpuh macam orang Jepun makan.
tapi yang sebenar nya makcik tu asal nya orang Minangkabau dari Indonesia yang telah lama menetap di Malaysia.
adat dan budaya mereka di bawa ke Malaysia , jadi tak luput lah resam dan resmi nya.
tapi aku suka adat mereka , bahasa nya juga , sampai kan aku berusaha belajar dialek Minangkabau sehingga aku mampu  menguasai dan memahami perbualan mereka. 
pendek kata sekarang ni , orang Minangkabau yang ramai di tempat aku , tak boleh nak menipu dan mengumpat aku lah ... hehehe ... tak boleh jual cong , kata orang kampong aku ... :))

kebetulan , semasa kami memesan makanan , dan mula duduk bersimpuh di meja yang ala-ala meja makan Jepun tu , tiba-tiba masuk seorang pemuda , yang berwajah seperti anak China.
mula-mula aku sangka kan dia pemuda China , tapi aku terdengar dia berbahasa Melayu  ketika memesan menu yang sama macam yang kami nak makan , meehon sup berhantu ... hehehe :D

aku nih pelik sikit lah , kalau aku dah mula memandang seseorang , mata aku tak beralih dan berkelip ... agak nya dia terasa dan perasan yang aku sedang memandang dia , lalu dia mengangkat muka dan membetulkan kacamata nya , lantas  memandang aku sambil menghadiah kan satu senyuman paling manis  ... aahhhh ... cair terus aku masa tu ... :))
macam nak gugur jantung  dan limpa  ... terkedu dan terpaku , oleh senyuman nya .

merah padam muka aku , sampai Kak Nab tegur , 
" apa kena muka kau merah tetibe nih  ?

" tu , tu akak ... hensem mak aii ... "
 jawab aku seolah-olah berbisik , sambil mencuit peha Kak Nab , aku tak boleh nak cakap apa lagi sebenar nya , mata aku tak beralih dah kearah lain.

" patut lah ... dah terpikat lah tu ya ? "
Kak Nab memerli aku sambil menjeling dengan hujung mata nya , turut memerhati kan pemuda tersebut.

aku tak peduli dah kawan-kawan yang lain berborak hal masing-masing , sebalik nya aku dan pemuda itu asyik berbalas pandang dan berbalas senyum.

bila mehoon sup berhantu  tu di hidang kan , masing-masing beria-ia mengadap sorang semangkok.
aku makan tapi mata kejap-kejap mencuri pandang kearah pemuda tersebut.
sungguh sopan cara dia menyuap makanan ... nampak perlahan tapi habis semangkok di telan.
sambil  tu kami berbalas tenung dan tersenyum tak sudah-sudah.
aku ni  pula , memang semua kawan-kawan tahu cara makan aku , lambat jugak lah tapi bila dah ada orang yang asyik memerhati kan aku , lagi lah  naik tak lalu ... malu ... tapi tak lah sampai tersipu-sipu sebab aku ni sebenar nya agak kasar sedikit dari remaja perempuan yang lain.

selesai makan , pemuda tersebut membayar harga makanan dan sebelum  berlalu keluar meninggal kan gerai itu , dia sempat memandang tepat ke mata ku , sambil memberikan senyuman yang terakhir.
aku pun senyum kembali pada nya , tapi di dalam hati terasa ralat , sebab masa dulu-dulu bukan macam zaman sekarang ... anak-anak remaja pun  boleh meminta nombor handphone dengan senang tanpa rasa segan sebab zaman dah berubah.

bayang kan bagaimana perasaan aku ketika itu , hati terpikat tetapi malu untuk mendekat.
lagi pun aku perempuan , dulu-dulu kalau perempuan yang memula kan menyapa lelaki , akan di kata perempuan murahan tak ada maruah diri.

lain lah sekarang , ramai yang sudah berfikiran terbuka , ' open minded ' dan bersikap lebih ' sporting ' ... berbeza kan dulu dengan sekarang ? 

bila aku kenang kan masa dahulu , bergenang airmata ku ... susah nya kami masa dulu  hanya orang-orang yang sezaman dengan ku sahaja yang tahu ... aahhh ... terlalu jauh beza nya dengan kesenangan yang di kecapi oleh remaja-remaja masa kini.

balik kerumah petang itu , aku masih terbayang senyuman manis nya.
dia memang kacak , tinggi dan sasa bentuk tubuh nya , berkulit putih , berkaca mata ,  ulas bibir yang merah ,  rambut nya lurus ,  hitam dan tebal , bergaya sederhana ... dan ...  dia telah membuat kan aku jatuh cinta pandang pertama.
oh ya ... satu perangai aku ni , ialah , aku memang suka kalau lelaki berkaca mata , entah mengapa , jangan tanya ... itu naluri masing-masing kan ?

kali ini , bukan 'cinta monyet' seperti aku jatuh cinta pada cikgu sekolah semasa berusia 15 tahun , tetapi ketika aku jatuh cinta pandang pertama ini , usia ku sudah hampir 18 tahun dan sudah mula matang.
dan ianya memang benar-benar telah merubah hampir keseluruhan perwatakan aku dari seorang yang agak kasar kepada seorang gadis yang mula menjaga keterampilan diri.

bagaimana aku boleh menjalin hubungan cinta dengan Latif ?
sedangkan masing-masing tiada 'talian' ... maksud aku , nama nya aku tak tahu , di mana tempat tinggal nya , apa pekerjaan dia ... pertemuan pertama berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tanda akan bertemu semula...

sabar lah mengikuti sambungan kisah ini.
akan ada lanjutan nya nanti ... InsyaAllah ,  akan aku perbuat kan lagi untuk tatapan dan hiburan kalian yang  sudi melayari  halaman ini.

sebelum aku akhiri episod pertama ini , ada serangkap pantun aku tinggal kan buat kalian.
oh ya , aku memang suka menyanyi dan berpantun  selain melukis dan menulis... ini hobi aku sejak di bangku sekolah ...

~  kapal dagang sarat muatan
malam hari melabuh sauh
hati terkenang jiwa terkesan
diri mu tuan semakin jauh ~

aslinahali
03.23 a.m
29.08.2012

~ takdir disini , tertulis di azali ~



















Thursday, August 23, 2012

~ setia bersalut dusta ~




.... sudah terlalu lama aku tidak menulis di sini , 
ruang sempit dan pengap ini  semakin sepi , sunyi tak terisi ... 
ketandusan kata kah aku ?
kering kah sudah jiwa ku ?
tiada sebaris kata pun yang aku titipkan sejak lama ... 
terbiar begitu saja tanpa sedar , 
masa menjangkau kurang lebih tiga purnama berlalu percuma.

aku kah yang terleka , atau sengaja membiarkan masa berlalu sia-sia ?
ingin saja aku meluah kan semua yang terbuku di hati selama berdiam diri ini.
saat jari jemari ku melentik menari lagi , aku semakin di datangi segala 'silam 'yang terpendam.
satu demi satu , ianya bagai kan persembahan lakon layar yang sedang aku tontoni , 
jelas dan nyata depan mata hati saat ini.

... permainan sandiwara manusia durja yang bertopeng kan sifat mulia , menjadi kan kata jiwa lara....
hanyut dan lemas dalam alunan indah yang lembut mempersona namun akhir nya Sang Pemilik Jiwa
 menyedarkan , betapa hebat nya sebuah lakonan , hingga terfana di alam nyata.

... apa yang telah aku laku kan sejak sekian lama menyepi ?
memang aku tak mampu berbuat apa lagi ?

setelah hampir setiap gerak geri di awasi , 
hingga terasa seperti bernafas dalam lumpur
lemas bagai kan diam di dalam kubur yang gelap gelita
tanpa ada segaris cahaya yang menerangi 
tidak mampu untuk bergerak kanan dan kiri ...

namun Tuhan tetap bersama , sentiasa menjaga 
kembali menunjukkan mana yang harus aku pilih
setelah keliru tak menentu mencari jalan mana satu.

hidup bagai kan  roda,  memang benar dan nyata
sedikit pun aku tidak menyangkal nya
saat ia nya berada diatas , mujur aku tak terlupa ia  akan turun kebawah pula.
saat aku bahagia , syukur aku tidak pernah terlupa pasti suatu masa akan datang waktu berhiba ...
dan di saat aku berhiba , aku panjat kan kesyukuran kerana tidak membenarkan 'hiba' itu berlama-lama di jiwa .

... sekian lama ini aku belajar mengenali erti sebenar 'kesetiaan', apa makna kesetiaan yang di persia-sia kan ...bagaimana sebuah kesetiaan itu hancur dan lebur , mengapa sebuah  kesetiaan itu di pertikaikan kebenaran nya , malah di anggap ianya sebuah lakonan dan kepura-puraan untuk menutupi kecurangan.
hebat nya ... kesetiaan itu tidak di anggap sama sekali ...  ?

... dan akhirnya , benar lah kata orang ... setia hanya di depan mata , di belakang lain cerita ... dan  aku masih  tersenyum sambil  mata hati memandang serta menilai erti  'kesetiaan bersalut dusta'... :)

aslinahali
3.33 a.m
24.08.2012










Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...