Thursday, July 6, 2017

Lebaran Di Hari Kemenangan .



















Lebaran tahun ini tetap datang , walau pun aku tidak mahu ianya datang .
aku senang dan bahagia dengan Ramadhan , namun Syawal tetap datang bila berakhir nya Ramadhan.
berpuasa tahun ini tak kurang hebat dengan ujian .
ujian yang sebenar nya hanya membawa kegalauan jiwa jika aku melayan semua kegilaan manusia.

setiap hari selepas berbuka puasa dan solat maghrib , aku akan ke masjid untuk solat isyak dan bertarawih ,  di sana lah tempat aku menumpahkan airmata kerana ketakutan pada dosa-dosa yang aku lakukan tanpa sedar dan mungkin dalam sedar ianya terjadi .
setiap hari manusia akan melaku kan dosa tanpa di sedari .
terkadang dalam  sedar pun manusia sengaja mengundang dosa.

setiap kali airmataku tumpah di rumah ALLAH , aku sedar diri yang banyak melakukan dosa .
apakah ALLAH akan menerima solat ku , puasa ku , sedekah ku dan segala ibadah ku ?
terlalu takut bila memikirkan yang ALLAH tidak menerima ibadah ku.
terlalu sedikit amalan baik yang aku lakukan .
memang tak terbanding dengan segala anugerah yang ALLAH berikan .
" Fabiaiyiallaa irabbikuma tuqazziban "
bila Imam membaca kan Surah Ar Rahman , airmata ku memang tak dapat di seka.
ianya mengalir dan terus mengalir sehingga selesai solat tarawih.
nikmat Tuhan yang mana kah yang aku dusta kan ???
semua nikmat di berikan ALLAH , bila di timpa dengan sedikit  ujian mana mungkin aku menyalahkan Tuhan ???
ALLAHU AKBAR , Tuhan maha besar , segala pujian hanya untuk MU YA ALLAH !
apabila aku memikirkan manusia perlu bersangka baik dengan Pencipta Nya , aku menjadi reda dan redha atas ketentuan ALLAH SWT.
semua kegalauan ku hilang sekelip mata , pergi dan terbang seperti terbawa angin !

nikmat ALLAH juga apabila aku mendapat ketenangan jiwa.
semua nya kerana ALLAH , LILLAHI TAALA.

dan lebaran kali ini , aku tetap lalui seperti biasa .
tiada satu pun kuih-kuih raya yang aku beli tahun ini.
untung ada anak-anak yang rajin membuat serba sedikit kuih raya.
semua di buat sendiri oleh mereka.
langsir yang hampir dua puloh tahun masih aku gantungkan dan tak mahu menukar dengan yang baru.

tahun ini aku tetap demam seperti tahun-tahun sudah.
mungkin kerana tidak cukup tidur agak nya.
dan dua hari sebelum lebaran , aku menziarahi maqam arwah suami pertama selepas solat subuh di masjid bersama anak perempuan ku Nadia.
waktu itu suasana masih hening , aku menangis , aku hanya mampu menyentuh nisan nya yang kaku.
bunga melur siam yang aku tanam berbunga lebat.
dan aku lihat anak ku begitu kuat dan tabah hati nya , sedang kan arwah "papa" nya meninggal sewaktu dia masih menanti keputusan SPM.
memang dia sangat tabah , dia seorang yang cekal hati .
tidak seperti aku , yang selalu tidak dapat menahan rasa sedih .
kata-kata nya yang tidak dapat aku lupa kan di hadapan kubur arwah suami ku ialah ,
" kita tak akan dapat menentang kehendak Tuhan , ini semua dah tersurat , kita jalan jer mama "
begitu lah sikap anak perempuan ku , dia seorang yang tabah hati .

dan aku pun tak menafikan kata-kata nya , aku mengangguk kan kepala sambil memimpin tangan nya untuk pulang .

" Alang , As tak mampu menentang kehendak Tuhan , As redha , Alang kepunyaan ALLAH yang As pinjam sementara dan ALLAH ambil Alang semula tanpa mengira remuknya hati As "
ini kata-kata yang aku ucapkan dalam hati , aku gagal bersuara di depan kuburnya .

ALLAHU AKBAR , ini ujian MU , aku harus tahu !











Thursday, June 8, 2017

Indah Masih Di Hati ( 4 )

hari terakhir di Yogyakarta , aku masih belum puas sebenar nya melawat bandar ini.
namun kerana waktu yang terhad aku terpaksa pulang ke Malaysia ,
kampong laman nan di tinggal kan seketika .
dan Yogyakarta tidak mungkin terlupa dengan mudah dari jiwa.

pagi sesudah sarapan di hotel , Pak Totok siap menanti di lobi untuk membawa aku melawati Chandi Borobudur.
sebelum ke Borobudur , aku di bawa ke Kraton untuk melihat istana Sultan yang dulu.
tempat yang masih penuh dengan budaya dan kerjatangan orang-orang istana.







sewaktu menunggu masa untuk mengisi perut yang lapar dan tekak yang dahaga .


 ini Ending , salah seorang yang tinggal di kawasan istana yang telah menjadi kawan aku .
Alhamdulillah , ALLAH temukan aku dengan nya , seorang yang sangat baik hati yang sanggup menemani kami ke Masjid Bawah Tanah di Kraton.
InsyaAllah , kami akan bertemu lagi jika dengan izinNYA.


cuaca sangat panas waktu itu.
sesampai di Borobudur kena lah sewa payung untuk mengelakkan panas yang memerit.
di sini memang terlalu ramai peniaga berjualan ,
aku sudah di pesan oleh Pak Totok supaya jangan memperdulikan mereka kerana mereka disini akan mengikuti pelancung sampai jualan mereka di beli.
hehehe , aku tak biasa mengabaikan orang berjual , jadi terpaksa lah aku menahan hati .






Yogyakarta memang sangat indah , pasti aku akan kesana lagi InsyaAllah jika dengan izinNYA.
orang-orang di sana baik-baik dan suka menolong .
biar pun di kampong yang sangat terpencil , mereka sangat suka dengan kedatangan pelancong.
untuk sampai di Yogyakarta  , aku perlu masa yang lebih namun kekangan tak dapat di elakkan.
bertemu dengan orang yang baik membuat aku merasa senang hati .
aku teringat kata-kata Pak Totok , walaupun sedang marah orang Jawa masih berbahasa dengan lembut.
lenggok suara tak meninggi , tak perlu itu semua .
kunci pada ketahanan hati ialah SABAR .
tak ada yang lebih indah jika manusia dapat bersabar dalam banyak hal yang terjadi tanpa diduga .

aku dapat belajar dari orang-orang yang baru aku kenal dan itu adalah pelajaran berharga yang tak akan dapat aku belajar di sekolah.


Saturday, June 3, 2017

Indah Masih Di Hati ( 3 )




ini lah Pak Indro Suwarto Hadi Purnomo yang mesra dengan panggilan Pak Totok 
( Totok itu adalah tempat asal nya )

hari ketiga kami berangkat sejurus solat subuh .
suasana masih gelap ketika kereta menuju merapi di Kaliadem.
Kali bermaksud sungai dan adem membawa maksud sejuk ( jadi nya Sungai Sejuk )
hehehe , kadang-kadang lucu juga bila berada di tempat orang .
banyak perkataan Jawa yang aku pelajari .

walaupun aku ramai kenalan di Facebook yang berasal dari serata Indonesia ,
aku hanya sempat bertemu dengan seorang dua saja di Yogyakarta.
masing-masing ada tugasan dan hal sendiri yang perlu diuruskan.
jadi tidak sempat kami bertemu.

salah seorang kenalan aku di Facebook iaitu Donny Santoso .
walau pun sekejap saja Donny masih sempat meluangkan masa bertemu aku di lobi hotel tempat aku menginap.
Alhamdulillah , ALLAH izinkan kami menjalin tali silaturahmi /silaturahim dan kami serasa seperti sudah biasa berjumpa.
perbualan langsung tidak kaku , kerana Donny juga seorang yang begitu peramah dan berbudi bahasa.

InsyaAllah , jika diizinkan Nya , aku mahu lagi ke Yogyakarta , bertemu dengan orang-orang yang baik-baik.
Yogyakarta boleh di katakan seratus peratus penduduk nya berbangsa Jawa , dan orang Jawa terkenal dengan sifat sabar paling maksima.
tidak terdengar bunyi hon kereta di jalan raya walau pun keadaan jalan begitu sibuk.
tidak pernah terdengar suara merungut dan mereka bukan jenis memaksa jika berniaga.

dengan Pak Totok , aku senang berbual , bertanya itu ini dan beliau juga senang menjawab setiap pertanyaan ku.
dengan Donny juga begitu mesra biar pun kami cuma sempat berbual hanya seketika.





ini Donny Santoso yang baik budi , sanggup datang berjumpa dengan ku .

Indah Masih Di Hati ( 2 )


hari seterus nya di Yogyakarta ,  sebelah pagi aku ke Kalibiru ( Kali bermaksud Sungai jadi ianya membawa nama Sungai Biru ) .
di sini juga sukar untuk sampai , perlu menaiki jeep .
tempat ini ramai orang yang berkunjung , tiba-tiba waktu hendak pulang aku terlihat sepasang suami isteri yang aku kenal.
mereka berasal dari Gedong Lalang , Ampangan , tempat aku membesar.
aku tegur isterinya dan kami sempat berbual mesra.
kata nya mereka sudah mahu pulang ke Malaysia petang itu juga.
tapi aku masih mempunyai dua hari lagi disini.

sedang di Seremban kami jarang bertemu , tapi ALLAH temukan kan kami di tempat orang dan begitu jauh pula.
ini lah keajaiban Nya.
MasyaAllah , begitu lah kehendak Tuhan yang Maha Esa.
bagaimana aku mahu menidakkan kuasa ALLAH ?

petang ,  kami dua beranak ke Parangtritis Beach , aduhai sangat indah dan menawan hati pantai nya.
sesuai untuk melihat terbenam nya matahari .








 kuda yang membawa kami , nama nya Cemplok .













Thursday, May 25, 2017

Indah Masih Di Hati ( 1 )















Mei 2017 aku berlepas meninggalkan Malaysia sekali lagi , menuju Yogyakarta.
jam 6.30 pagi  pesawat terbang membawa kami dua beranak .
setiba nya di Adisutjipto International Airport jam sudah 9.30 pagi kurang lebih kerna Indonesia cepat sejam dari Malaysia.

sudah tersedia menunggu kami di lapangan , Pak Totok supir yang telah di tugas kan oleh Pak Nizam .
oleh kerana aku hanya berdua dengan anak ku , kami tidak banyak karenah.
setelah berkenalan serba sedikit , kami di bawa menuju Timang Beach .
susah nya nak sampai ke pantai tersebut , harus meninggalkan kereta dan kami memilih menaiki ojek.
wah ! tak sangka jalan yang penuh berbatuan menyulit dan menyukarkan perjalanan.

Budi , nama budak lelaki yang membawa aku kata ,
 " Mak  , bukan neraka sahaja yang jahanam , jalan ini juga jahanam Mak "
aku tergelak gelihati , tapi dalam hati berfikir , lepas ke tidak nak ke pantai sebab seumur hidup aku belum pernah menaiki motor dengan laluan berbatuan sepanjang dua kilometer .
rasa macam boleh kurus kalau setiap hari mengikuti jalan tersebut.
akhir nya sampai juga ke tepi pantai , dan ternyata untuk melihat sesuatu yang indah harus bersusah payah .
memang sangat cantik pemandangan di sini , ombak sangat kuat dan sesekali ianya tinggi dan menghempas tepi pantai .

belum pernah aku menyaksi kan ombak setinggi itu di depan mata , maka nya pantai tersebut tidak untuk bermandi-mandian , cuma untuk melihat keajaiban Tuhan sahaja.
di sini orang-orang nya bekerja dengan menangkap lopster .
selain baru untuk membangun sebagai tempat perlancongan.

disini aku bertemu beberapa pelancong dari Malaysia , yang datang dari Kelantan dan sempat berkenalan.
di mana saja aku pergi pasti bertemu dengan orang yang mesra menyapa dan bercerita.
Alhamdulillah , sebegitu luas bumi ALLAH , terasa sangat kecil diri ini.
aku sempat berfikir , bagaimana ALLAH pertemukan aku dengan orang yang sama negara di negara yang lain.
ajaib rasa nya bila aku renung sedalam-dalam nya.
sedang yang dekat tidak pernah aku temui , namun yang jauh ALLAH pertemukan dan melekat dihati.

tengahari aku di bawa menuju hotel penginapan , Neo Awana  di Depok .
hotel yang selesa untuk merehat kan badan yang agak keletihan .

Okay lah , setakat ini dulu catatan aku , oleh kerana line internet tidak sangat bersahabat maka tidak dapat aku memuat turun gambar-gambar buat masa ini.
InsyaAllah , lain masa aku akan edit semula dan menyelitkan beberapa gambar kenangan di sana.

oh ya , jangan lupa , catatan ini InsyaAllah akan aku jadi beberapa siri sepanjang Ramadhan selepas pulang dari solat terawih.

ahhhh , rindu nya dengan Ramadhan , Alhamdulillah bertemu jua Ramadhan tahun ini .
tahun hadapan entah ada atau tidak , itu semua urusan ALLAH AZZA WAJJALLAH .
semoga Ramadhan akan mengajar aku erti sabar dan sabar dan sabar .
tak ada keindahan selain indah dalam sabar.









Kerana Kau Lelaki


duhai 
kau terlahir sebagai lelaki
punya satu nafsu 
sembilan akal
kau tetap lelaki
yang mewarnai dan melengkapi
hidup seorang wanita

kau mencintai 
menginginkan wanita
yang menghiasi dunia mu

terima kasih duhai lelaki
tanpa mu wanita tak berarti.

aslinahali
11.17 pm
25/5/2017





wanita tanpa lelaki bukan tak boleh hidup tapi kehidupan mereka sunyi.
ALLAH menjadi kan manusia berpasang-pasangan ,
dari kalangan suku kaum dan bangsa supaya manusia berkembang biak .
ada nya lelaki dan wanita , hidup akan lebih indah .
jangan wanita mendabik dada boleh hidup sendiri , sebab satu masa pasti mahu berumah tangga .
pasti mahu punya zuriat , dan itu lah sebab nya ALLAH menjadikan lelaki hadir dalam hidup wanita.
saling lengkap melengkapi , saling menyayangi dan saling mencintai antara sesama.

adalah satu pembohongan besar jika wanita tak memerlukan lelaki dalam hidup.
berapa ramai wanita yang tidak berkahwin melahir kan rasa kesunyian mereka.
aku mempunyai beberapa kenalan yang masih menanti lelaki yang akan hadir sebagai suami untuk melengkapkan kehidupan mereka.
walau pun berjawatan tinggi tapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan berbanding jika mempunyai suami yang baik disamping sebagai teman hidup , tempat mengadu dan tempat untuk bermanja.

namun jodoh , ajal dan rezeki tetap di "tangan" ALLAH.
menjerit lah sekuat hati jika ALLAH tak mengizinkan maka tidak lah manusia bertemu jodoh nya.
ini kerja ALLAH , bukan kerja manusia.
jangan sombong dengan ALLAH , jangan berkata sesuatu yang boleh memesongkan aqidah.

aku mendoa kan rakan-rakan , saudara mara dan kenalan yang masih belum mempunyai "Lelaki" yang bergelar suami , akan bertemu jodoh nya satu hari kelak.
tidak cepat , lambat pun tetap ALLAH pertemukan masing-masing dengan pasangan yang sesuai.
berdoa lah supaya bertemu dengan jodoh yang terbaik .
jangan meminta pada ALLAH hal yang bukan-bukan .
sebab ALLAH suka mendengar rayuan manusia yang lemah dan tak berdaya ini meminta hal yang baik-baik .
semoga kalian berbahagia di dunia dan di akhirat hendak nya.
sempena Ramadhan yang bakal tiba sehari lagi izinkan aku menyusun jari sepuluh memohon maaf atas salah dan silap ku selama ini .

RAMADHAN KAREEM , MARHABAN YA RAMADHAN.











Sunday, March 26, 2017

| ماهر زين - يا نبي سلام عليك...LELAKI TERAGUNG




hampir dua puluh tahun dia menyimpan rindu yang mendalam , rindu yang sukar di lafazkan .
semenjak itu cinta nya semakin kuat hari kehari .
apabila menyebut nama nya , dia menitiskan airmata .
apa bila rindu itu bertandang tanpa diundang , dia menangis seperti anak kecil kehilangan Mak.
hanya beberapa orang saja yang tahu siapa Lelaki Teragung yang menjadi kekasih senyap nya.

tidak semua orang tahu siapa orang nya.
tidak dia mencerita kan pada sebarang orang.
kerana kebimbangan nya tentang fitnah yang datang dari mereka yang tidak memahami.

pernah dua orang kawan rapat , yang telah pun menjadi arwah memberitahu kan hal yang mengejutkan nya.
tentang Lelaki Teragung itu , jika dia benar-benar melihat wajah nya bermakna dia akan menemui ajal .
maka tersimpan lah dengan rapi tentang Lelaki Teragung yang dikasihi nya.

malam itu , sebenar nya dia bermimpi ... di dalam sebuah masjid , ramai orang yang menyesakkan .
dia berdiri untuk solat , disebelah tabir hijau pekat itu lah, betul-betul berdiri nya Lelaki Teragung yang menjadi kecintaan pada banyak orang .
dia hendak menyelak tabir kerana ingin menatap wajah Lelaki Teragung itu.
namun tidak terselakkan .
dia ralat , kesal dan kecewa.
apakah dia tidak layak menatap wajah Lelaki Teragung ?
apa kah dia manusia yang terlalu berdosa sehingga tidak layak bertemu ?
apakah dia manusia paling hina ???

semenjak hari itu dia memendam rindu yang terlalu.
berhari-hari dia memikirkan tentang Lelaki Teragung yang sangat dirindui nya.
hanya ALLAH yang tahu kerinduan yang teramat ...

namun baru-baru ini dia terlihat sebuah video tentang mimpi seorang ulama terkenal , yang telah pun meninggal dunia telah  bertemu Lelaki Teragung tersebut.
memang sama seperti mimpi nya , dia tidak dapat menatap wajah sebenar Lelaki Teragung yang dicintainya.
ulama tersebut juga merasa sama seperti dia , tidak layak bertemu ...

ALLAHU AKBAR , bagaimana sebenar nya rupa wajah Lelaki Teragung ?
dari khabar yang dia terbaca , wajah nya sangat cantik dan berambut ikal .
benar kah ???
Wallahua'lam, hanya ALLAH yang tahu .

semenjak itu , cinta dan rindu pada Lelaki Teragung tidak menjadi rahsia besar nya.
dia bercerita tentang nya pada teman-teman rapat dan dia tidak lagi malu-malu mengakui cinta pada Lelaki Teragung itu sangat hebat , melebihi cinta nya pada yang lain.
Alhamdulillah , dia menemui cinta nya dan rindu yang lain rasa nya dari rindu pada kekasih sementara di dunia.

ALLAHUMMASOLLIALLA SAIDINA MUHAMMAD

#Zainab




Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...