Thursday, October 26, 2017

Antara Temasik Dan Siam ... aku jatuh sayang !

lama sungguh ruang ku ini terbiar sunyi .
suntuk betul waktu dan terkadang langsung tak punya waktu untuk meninjau dan bermain-main disini.
oh rindu hebat melanda , sehingga menyesak dada .... hahaha
kelakar kan ?
ada pulak rindu yang begini , pada ruang yang sesempit ini.
ya , memang aku rindu untuk mengetik jemari menari-nari lagi.
ini ruang ku , disini aku lah RATU !
kini aku kembali , ruang ini bagaikan sudah menjampi diri ku.

hai semua , ada kah kalian sehat ?
adakah di sana kalian baik-baik saja ?
aku harap para pelayar ruangan ini sejahtera walau dimana saja berada.

aku sehat , sesekali memang sakit-sakit sikit-sikit lah.
itu sudah biasa , sehat orang tua lah kata kan.
tak kan macam orang muda pulak ( aku tengah senyum ni )
hehehe dan pasti semua tahu sign ini   :)

aku memang sibuk sedikit , kebelakangan ini menjaga emak kesayangan , jaga suami , jaga anak-anak .
itu rutin ku sekarang , dan tak perlu panjang lebar bercerita tentang insan-insan kesayanganku .

oh ya nak selit gambar dulu , gambar terbaru aku dengan Chef Nick Michael Imran yang popular tu !



jangan jealous pulak sebab kedai aku dah di pilih oleh Chef terkemuka ni ... hahaha
ok lah , jangan marah ya sebab aku memang suka bergurau :)







sebetul nya aku dah pun pulang dari Singapore dan Thailand .
seperti biasa , ALLAH menolong aku walau dimana saja aku pergi , ALHAMDULILLAH.
di Singapore aku di temukan dengan Ridzwan , yang tak pernah aku kenal sebelum ini .
dia satu bas dengan ku , dan membantu aku dan sahabat baik ku Masni serta Alya anak nya.
siap belanja breakfast lagi.
syukur YA ALLAH , tak terucap kata-kata bila bertemu dengan insan yang berhati mulia.


ini Clarie , dan gambar di bawah ni Marie ,  
pramugari yang melayan aku berborak sakan :)


ini Ridzwan yang baik budi bahasa nya walau pun dia nampak ganas semacam jer ... hehehe


di Thailand , aku di bantu oleh Jina seorang yang mempelawa aku naik " tut tut " dengan nya .
ini Jina yang sangat baik budi bahasa nya , 
walau pun English kami lintang pukang gedak  tapi dia masih sudi membantu kami.


aku tak akan pernah melupa kan jasa insan-insan ini , aku akan ingat selagi masih bernyawa .
bagaimana Ridzwan dan Jina  membantu kami .
YA ALLAH , hanya ENGKAU yang membalas segala kebaikan mereka :)
sewaktu menaip ini aku teringat akan mereka berdua , 
aku terbayang saat kami bersama Jina  di  Hatyai menuju Bangkok selama 14 jam di dalam bas .
sampai di Bangkok hari sudah malam , Jina mencari kan kami teksi dan siap menghantar kami ke hostel tempat penginapan .
terharu dan rasa nak menangis saat kami berpelokan untuk berpisah sebab Jina akan meneruskan perjalanan ke kampong halaman nya di Bang Na.

aku sudahi dulu coretan perjalanan ini , InsyaAllah akan di sambung nanti.

Jane ... 12.45
27 Oct 2017





Friday, September 15, 2017

Payakumbuh 2


semasa menulis ini , fikiran aku masih berada di Payakumbuh .
aku terfikir , bagaimana Taufik tahu yang aku akan sampai di Padang.
bagaimana dia masih mengenali aku yang telah lapan belas tahun tak berjumpa.
rupa-rupa nya Ita telah memberitahu yang abang saudara nya telah berangkat menaiki pesawat .
dan Ita juga memberitahu yang Kak As pun ada .

patut lah Taufik terus memanggil aku semasa di airport.
terus dia mempelawa aku menaiki kereta nya .
kami menuju Bukit Tinggi dimana aku telah menempah hotel penginapan.
kami singgah makan di sebuah restoran.

aku menolak pelawaan Taufik untuk menginap dirumah nya , dengan alasan aku telah menempah dan membayar bil hotel.
sebetul nya aku senang bersendirian , dan lagi aku tak mahu antara mereka berkecil hati jika aku memilih salah satu dari rumah mereka .
empat keluarga yang rapat mempelawa aku dan semua nya aku menolak dengan baik.











aku suruh Taufik membeli kan simcard Indonesia , supaya senang aku menghubungi nya.
Jam lima petang Taufik menjemput aku di hotel dan kami terus menuju Payakumbuh yang mengambil masa kurang lebih sejam untuk sampai jika jalanraya tidak macet.

aku sempat singgah di rumah Upik dan Nasrul , dimana sebelum nya aku sering menghubungi anakanda Yandi iaitu anak Nasrul dan Upik.
sedeh melihat kan keadaan Nasrul yang mendapat strok , dia dulu nya seorang yang kuat bekerja.
kini lemah tidak berdaya.
aku insaf , sangat-sangat insaf , bagaimana ALLAH menarik nikmat yang diberi pinjam sementara.

" abang sihat ? " tanya ku pada Nasrul.
" tempang As " itu lah sepatah perkataan nya sepanjang aku disana.
dia tidak bercakap , hanya menangis melihat aku.
beberapa kali dia menangis , dan hati aku begitu hiba .
Upik juga kerap menangis bila bercerita kisah lama kami.
Yandi dan dua lagi anak nya Rico dan Roby pernah membesar di Seremban.


InsyaAllah , aku akan sambung cerita ini di lain waktu.


Payakumbuh ... Jane
5.43 am


Thursday, September 14, 2017

Payakumbuh


aku masih disini , cuma tidak berkesempatan menulis diruang sempit ku kerana kesuntukan masa.
September ini musim hujan telah bermula , ia riuh dengan sunyi dan dingin .
suara sumbang telah lama tidak kedengaran , dan aku seperti merindukan suara-suara sumbang itu.
apa kah aku benar-benar merindukan nya ?
aaahhh  , mengelikan telinga pabila terdengar suara sumbang kan ?
hehehe , sebenar nya aku sihat , aku masih berpergian kemana saja hati teringin.
catatan perjalanan masih rapi tersimpan dan kini masa untuk aku kongsikan bersama.








lebih kurang lapan belas tahun aku merindui Delfi Elvida Binti Sair , seorang gadis comel yang bekerja dengan ku semasa aku berniaga . Apabila waktu telah tamat tempoh dan permit nya tidak lagi dapat disambung setelah tujuh tahun berkhidmat , Depi kembali kenegara asal Indonesia.
Depi adalah panggilan biasa untuk nya. Dia berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Perasaan aku mengelodak di dalam , menahan rindu yang kian mengharu kalbu.

Atas rasa itu , aku berusaha menghubungi saudara mara nya di Malaysia , dan akhir nya aku terbang ke Padang , singgah bertenggek di Bukit Tinggi dan bermain di Payakumbuh tempat Depi tinggal.
Terkejut apabila di KLIA aku di sapa seseorang ,
" Kak As tak kenal saya ? "
aku mengamati wajah wanita tersebut , akhirnya aku dapat mengingati kembali , dia Ita saudara sekampung dengan Depi .
Ita meminta aku menolong menemani abang saudara nya yang sakit dan mahu pulang ke kampung , lelaki tersebut seumur hidup belum pernah menaiki pesawat.
Jadi aku tidak dapat mengelak nya , walau pun niat aku untuk pergi seorang diri tapi terpaksa menemankan orang lain pula.
Dalam otak aku berfikir untuk menaiki teksi ke hotel yang telah di tempah .
Jadi tidak terfikir hal lain , namun tetap melunaskan tanggung-jawab yang di amanah kan oleh Ita kepadaku.

Setiba di Minangkabau Airport , aku berjalan sambil memerhatikan lelaki tua yang diamanahkan . Dia terlalu perlahan dalam pergerakan dan perkataan nya sukar di fahami.
Akhir nya aku pun keluar dan ingin mengambil teksi bersama dua orang wanita dari Bukit Tinggi  yang sempat berkenalan dengan ku .
Namun segala nya di dalam perancangan ALLAH AZZA WAJJALLAH , perancangan NYA maha hebat.
Aku terdengar seseorang memanggil " Kak " dengan jelas tapi tak terfikir aku yang di panggil rupa-rupa nya !
Tiba-tiba berdiri seorang lelaki muda berusia lebih kurang 40an , itu lah Taufik bekas pekerja di kantin kilang YANO tempat aku berniaga dulu. ALLAHU AKBAR , maha besar Tuhan sekalian alam.
Kami bertemu dalam suasana yang tak terduga , tak disangka , tak ada dalam fikiran aku si Taufik ini !
Hanya yang aku ingin sangat bertemu ialah dengan Depi. Tapi ALLAH temukan aku dengan ramai bekas pekerja ku di sana .
Sekampung itu semua saudara terdekat dan aku bertemu mereka , dengan linangan airmata sedih bercampur gembira .
Tak terucap kata-kata , terbenam di dada semua yang nak aku ucapkan.
Saat bertemu Depi , kata-kata yang aku ingat ialah " akak rindu kau Pi " dan aku pelok erat Depi sambil kami menangis .
Masuk ke rumah , Mak Bayuh terus memeluk ku , sambil menangis Mak Bayuh berkata " sampai juo anak amak ka siko , ALLAHU AKBAR "
Kami berbual bertanya khabar masing-masing.
Cukup kalau aku kata kan ini pertemuan jejak kasih . Pertemuan jiwa-jiwa yang kembali bersatu mengeratkan tali silaturrahmi yang sejak lama terpisah .

Aku akan sambung cerita ini , sebab masa begitu mencemburui .

Payakumbuh  ... Jane
12.21 am









Thursday, July 6, 2017

Lebaran Di Hari Kemenangan .



















Lebaran tahun ini tetap datang , walau pun aku tidak mahu ianya datang .
aku senang dan bahagia dengan Ramadhan , namun Syawal tetap datang bila berakhir nya Ramadhan.
berpuasa tahun ini tak kurang hebat dengan ujian .
ujian yang sebenar nya hanya membawa kegalauan jiwa jika aku melayan semua kegilaan manusia.

setiap hari selepas berbuka puasa dan solat maghrib , aku akan ke masjid untuk solat isyak dan bertarawih ,  di sana lah tempat aku menumpahkan airmata kerana ketakutan pada dosa-dosa yang aku lakukan tanpa sedar dan mungkin dalam sedar ianya terjadi .
setiap hari manusia akan melaku kan dosa tanpa di sedari .
terkadang dalam  sedar pun manusia sengaja mengundang dosa.

setiap kali airmataku tumpah di rumah ALLAH , aku sedar diri yang banyak melakukan dosa .
apakah ALLAH akan menerima solat ku , puasa ku , sedekah ku dan segala ibadah ku ?
terlalu takut bila memikirkan yang ALLAH tidak menerima ibadah ku.
terlalu sedikit amalan baik yang aku lakukan .
memang tak terbanding dengan segala anugerah yang ALLAH berikan .
" Fabiaiyiallaa irabbikuma tuqazziban "
bila Imam membaca kan Surah Ar Rahman , airmata ku memang tak dapat di seka.
ianya mengalir dan terus mengalir sehingga selesai solat tarawih.
nikmat Tuhan yang mana kah yang aku dusta kan ???
semua nikmat di berikan ALLAH , bila di timpa dengan sedikit  ujian mana mungkin aku menyalahkan Tuhan ???
ALLAHU AKBAR , Tuhan maha besar , segala pujian hanya untuk MU YA ALLAH !
apabila aku memikirkan manusia perlu bersangka baik dengan Pencipta Nya , aku menjadi reda dan redha atas ketentuan ALLAH SWT.
semua kegalauan ku hilang sekelip mata , pergi dan terbang seperti terbawa angin !

nikmat ALLAH juga apabila aku mendapat ketenangan jiwa.
semua nya kerana ALLAH , LILLAHI TAALA.

dan lebaran kali ini , aku tetap lalui seperti biasa .
tiada satu pun kuih-kuih raya yang aku beli tahun ini.
untung ada anak-anak yang rajin membuat serba sedikit kuih raya.
semua di buat sendiri oleh mereka.
langsir yang hampir dua puloh tahun masih aku gantungkan dan tak mahu menukar dengan yang baru.

tahun ini aku tetap demam seperti tahun-tahun sudah.
mungkin kerana tidak cukup tidur agak nya.
dan dua hari sebelum lebaran , aku menziarahi maqam arwah suami pertama selepas solat subuh di masjid bersama anak perempuan ku Nadia.
waktu itu suasana masih hening , aku menangis , aku hanya mampu menyentuh nisan nya yang kaku.
bunga melur siam yang aku tanam berbunga lebat.
dan aku lihat anak ku begitu kuat dan tabah hati nya , sedang kan arwah "papa" nya meninggal sewaktu dia masih menanti keputusan SPM.
memang dia sangat tabah , dia seorang yang cekal hati .
tidak seperti aku , yang selalu tidak dapat menahan rasa sedih .
kata-kata nya yang tidak dapat aku lupa kan di hadapan kubur arwah suami ku ialah ,
" kita tak akan dapat menentang kehendak Tuhan , ini semua dah tersurat , kita jalan jer mama "
begitu lah sikap anak perempuan ku , dia seorang yang tabah hati .

dan aku pun tak menafikan kata-kata nya , aku mengangguk kan kepala sambil memimpin tangan nya untuk pulang .

" Alang , As tak mampu menentang kehendak Tuhan , As redha , Alang kepunyaan ALLAH yang As pinjam sementara dan ALLAH ambil Alang semula tanpa mengira remuknya hati As "
ini kata-kata yang aku ucapkan dalam hati , aku gagal bersuara di depan kuburnya .

ALLAHU AKBAR , ini ujian MU , aku harus tahu !











Thursday, June 8, 2017

Indah Masih Di Hati ( 4 )

hari terakhir di Yogyakarta , aku masih belum puas sebenar nya melawat bandar ini.
namun kerana waktu yang terhad aku terpaksa pulang ke Malaysia ,
kampong laman nan di tinggal kan seketika .
dan Yogyakarta tidak mungkin terlupa dengan mudah dari jiwa.

pagi sesudah sarapan di hotel , Pak Totok siap menanti di lobi untuk membawa aku melawati Chandi Borobudur.
sebelum ke Borobudur , aku di bawa ke Kraton untuk melihat istana Sultan yang dulu.
tempat yang masih penuh dengan budaya dan kerjatangan orang-orang istana.







sewaktu menunggu masa untuk mengisi perut yang lapar dan tekak yang dahaga .


 ini Ending , salah seorang yang tinggal di kawasan istana yang telah menjadi kawan aku .
Alhamdulillah , ALLAH temukan aku dengan nya , seorang yang sangat baik hati yang sanggup menemani kami ke Masjid Bawah Tanah di Kraton.
InsyaAllah , kami akan bertemu lagi jika dengan izinNYA.


cuaca sangat panas waktu itu.
sesampai di Borobudur kena lah sewa payung untuk mengelakkan panas yang memerit.
di sini memang terlalu ramai peniaga berjualan ,
aku sudah di pesan oleh Pak Totok supaya jangan memperdulikan mereka kerana mereka disini akan mengikuti pelancung sampai jualan mereka di beli.
hehehe , aku tak biasa mengabaikan orang berjual , jadi terpaksa lah aku menahan hati .






Yogyakarta memang sangat indah , pasti aku akan kesana lagi InsyaAllah jika dengan izinNYA.
orang-orang di sana baik-baik dan suka menolong .
biar pun di kampong yang sangat terpencil , mereka sangat suka dengan kedatangan pelancong.
untuk sampai di Yogyakarta  , aku perlu masa yang lebih namun kekangan tak dapat di elakkan.
bertemu dengan orang yang baik membuat aku merasa senang hati .
aku teringat kata-kata Pak Totok , walaupun sedang marah orang Jawa masih berbahasa dengan lembut.
lenggok suara tak meninggi , tak perlu itu semua .
kunci pada ketahanan hati ialah SABAR .
tak ada yang lebih indah jika manusia dapat bersabar dalam banyak hal yang terjadi tanpa diduga .

aku dapat belajar dari orang-orang yang baru aku kenal dan itu adalah pelajaran berharga yang tak akan dapat aku belajar di sekolah.


Saturday, June 3, 2017

Indah Masih Di Hati ( 3 )




ini lah Pak Indro Suwarto Hadi Purnomo yang mesra dengan panggilan Pak Totok 
( Totok itu adalah tempat asal nya )

hari ketiga kami berangkat sejurus solat subuh .
suasana masih gelap ketika kereta menuju merapi di Kaliadem.
Kali bermaksud sungai dan adem membawa maksud sejuk ( jadi nya Sungai Sejuk )
hehehe , kadang-kadang lucu juga bila berada di tempat orang .
banyak perkataan Jawa yang aku pelajari .

walaupun aku ramai kenalan di Facebook yang berasal dari serata Indonesia ,
aku hanya sempat bertemu dengan seorang dua saja di Yogyakarta.
masing-masing ada tugasan dan hal sendiri yang perlu diuruskan.
jadi tidak sempat kami bertemu.

salah seorang kenalan aku di Facebook iaitu Donny Santoso .
walau pun sekejap saja Donny masih sempat meluangkan masa bertemu aku di lobi hotel tempat aku menginap.
Alhamdulillah , ALLAH izinkan kami menjalin tali silaturahmi /silaturahim dan kami serasa seperti sudah biasa berjumpa.
perbualan langsung tidak kaku , kerana Donny juga seorang yang begitu peramah dan berbudi bahasa.

InsyaAllah , jika diizinkan Nya , aku mahu lagi ke Yogyakarta , bertemu dengan orang-orang yang baik-baik.
Yogyakarta boleh di katakan seratus peratus penduduk nya berbangsa Jawa , dan orang Jawa terkenal dengan sifat sabar paling maksima.
tidak terdengar bunyi hon kereta di jalan raya walau pun keadaan jalan begitu sibuk.
tidak pernah terdengar suara merungut dan mereka bukan jenis memaksa jika berniaga.

dengan Pak Totok , aku senang berbual , bertanya itu ini dan beliau juga senang menjawab setiap pertanyaan ku.
dengan Donny juga begitu mesra biar pun kami cuma sempat berbual hanya seketika.





ini Donny Santoso yang baik budi , sanggup datang berjumpa dengan ku .

Indah Masih Di Hati ( 2 )


hari seterus nya di Yogyakarta ,  sebelah pagi aku ke Kalibiru ( Kali bermaksud Sungai jadi ianya membawa nama Sungai Biru ) .
di sini juga sukar untuk sampai , perlu menaiki jeep .
tempat ini ramai orang yang berkunjung , tiba-tiba waktu hendak pulang aku terlihat sepasang suami isteri yang aku kenal.
mereka berasal dari Gedong Lalang , Ampangan , tempat aku membesar.
aku tegur isterinya dan kami sempat berbual mesra.
kata nya mereka sudah mahu pulang ke Malaysia petang itu juga.
tapi aku masih mempunyai dua hari lagi disini.

sedang di Seremban kami jarang bertemu , tapi ALLAH temukan kan kami di tempat orang dan begitu jauh pula.
ini lah keajaiban Nya.
MasyaAllah , begitu lah kehendak Tuhan yang Maha Esa.
bagaimana aku mahu menidakkan kuasa ALLAH ?

petang ,  kami dua beranak ke Parangtritis Beach , aduhai sangat indah dan menawan hati pantai nya.
sesuai untuk melihat terbenam nya matahari .








 kuda yang membawa kami , nama nya Cemplok .













Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...