anak dara jalan berlenggang
bagai kan itik pulang petang
lelaki mana tak mahu memandang
apalagi yang mata keranjang
jalan berlenggang diatas titi
mengatur langkah berhati-hati
hendak di tegur tak sampai hati
takut pula di caci di maki
langkah di atur satu persatu
takut nanti tersepak batu
belum di sapa sudah tersipu
memang dasar tak tahu malu
tersepak batu sakit nya kaki
berjalan perlahan berhati-hati
dara sekarang tidak peduli
ramai nya lelaki di layan sekali
jalan perlahan berhati-hati
takut pula terpijak duri
dara jangan terlalu berani
bimbang kelak merana diri
terpijak duri sangat lah bisa
bila nak sembuh memakan masa
kalau dara sudah terpedaya
menyesal kemudian tidak berguna
aslinahali
09.07.10
pantun ini aku buat sekadar untuk di kongsi bersama dan jadi kan panduan kalau di hati ada terkesan.
anak dara zaman ini ramai yang sudah tidak mahu lagi menerima teguran dari orang-orang tua yang telah banyak pengalaman.
mereka terlalu terbawa-bawa arus perubahan zaman. kata-kata nasihat sudah kurang berkesan di hati dan sikap mereka. suka berpeleseran, mencari hiburan....lupa akan masa depan sendiri.
namun demikian , bukan semua anak dara zaman ini yang bersikap begini. masih ramai lagi yang pandai menjaga kehormatan diri dan nama baik keluarga sendiri
. masih ramai lagi yang patuh pada perintah Tuhan dan menjaga tatasusila dan adab berkawan. bukan semua anak dara zaman ini yang suka mengikut nafsu dan perasaan.
anggap lah ini satu pesanan juga dari ku , buat semua yang yang sudi dan mahu mengerti.
ini juga adalah untuk mengingat kan diri ku sendiri , kerana aku juga mempunyai anak dara yang harus aku jaga dan awasi.
dan akhir sekali, aku mohon maaf sepuluh jari pada kaum lelaki kerana mungkin ini menyentuh sikap segelintir lelaki, namun bak kata lirik dalam lagu penyanyi dari Indonesia ( Rossa ) yang bertajuk " Hey Ladies " sangat menarik hati ku, ialah "memang lah tak semua laki-laki busuk".....nak kata juga , ramai lagi yang BAIK.