Monday, July 26, 2010

~~~ Jauh Tapi Dekat....Tak Terpandang.....~~~








jauh tapi dekat
tak terpandang....
dekat tapi jauh
tak tersentuh....

indah dalam rasa
dalam jiwa
berbayang di mata
tanpa kata
tak bersuara....

biar kan segala kata
tersimpan di jiwa
hati  merasa
betapa dalam cinta....

pada siapa segala nya
menjadi rahsia....
lara jiwa....


aslinahali
270710



Saturday, July 24, 2010

salah kah aku......?







salah kah aku
kalau aku masih mahu
dan yang aku mahu itu kamu

salah kah aku
kalau aku masih rindu
dan yang aku rindu itu kamu

salah kah aku
kalau aku masih perlu
dan yang aku perlu itu kamu

salah kah aku
kalau aku sudah tahu
dia telah memiliki mu
salah kah aku......


aslinahali
04.07.10




Thursday, July 22, 2010

~~~ ada kah aku dalam hati mu......~~~









pernah kah dalam hari mu
engkau menangis kerana ku
tidur mu tiada lena
memikir kan aku....

seperti aku.....
sering merintih dalam kalbu
pilu mengenang mu.....

aku selalu ada untuk mu
setia membelai sayu mu
merenda manis bisikan mu.....

ada aku bila kau perlu
setia aku  bicara hati mu
rajuk mu ada aku memujuk.....

dalam bahagia
juga sengsara mu
selalu akan ada aku.....

sayang.....
ada kah aku dalam hati mu.....?
bila engkau
selalu ada dalam hati ku.....


aslinahali
1205am
230710




Saturday, July 17, 2010

~ ku curi bayang mu ~





ku curi bayang mu
sorok kan di penjuru mata
simpan di sudut hati
buka kala sepi


pecah berderai 
bersepai
kala rindu
tak bertemu


sang penakluk
merintang di jalan terang
cinta lalu terhalang ...


aslinahali
18.07.10





Wednesday, July 14, 2010

mengapa kau tak datang.....?





mengapa kau tak datang
bagai selalu 
kau biasa bertandang
lama sudah tak ku pandang
kemana kau menghilang ?

ahh...fikiranku membayangkan
aku sudah kau lupa kan
bila kau tak lagi berpesan
pada angin dan juga awan

kini aku melawan
rasa curiga dan rawan
sendirian
jauh di dalam
aku memendam
rindu yang menikam


aslinahali














Friday, July 9, 2010

Rossa - Hey Ladies





anak dara jalan berlenggang
bagai kan itik pulang petang
lelaki mana tak mahu memandang
apalagi yang mata keranjang

jalan berlenggang diatas titi
mengatur langkah berhati-hati
hendak di tegur tak sampai hati
takut pula di caci di maki

langkah di atur satu persatu
takut nanti tersepak batu
belum di sapa sudah tersipu
memang dasar tak tahu malu

tersepak batu sakit nya kaki
berjalan perlahan berhati-hati
dara sekarang tidak peduli
ramai nya lelaki di layan sekali

jalan perlahan berhati-hati
takut pula terpijak duri
dara jangan terlalu berani
bimbang kelak merana diri

terpijak duri sangat lah bisa
bila nak sembuh memakan masa
kalau dara sudah terpedaya
menyesal kemudian tidak berguna


aslinahali
09.07.10

pantun ini aku buat sekadar untuk di kongsi bersama dan jadi kan panduan kalau di hati ada terkesan.

anak dara zaman ini  ramai yang sudah tidak mahu lagi menerima teguran dari orang-orang tua yang telah banyak pengalaman.

mereka terlalu terbawa-bawa arus perubahan zaman. kata-kata nasihat sudah kurang berkesan di hati dan sikap mereka. suka berpeleseran, mencari hiburan....lupa akan masa depan sendiri.

namun demikian , bukan semua anak dara zaman ini yang bersikap begini. masih ramai lagi yang pandai menjaga kehormatan diri dan nama baik keluarga sendiri

. masih ramai lagi yang patuh pada perintah Tuhan dan menjaga tatasusila dan adab berkawan. bukan semua anak dara zaman ini yang suka mengikut nafsu dan perasaan.

anggap lah ini satu pesanan juga dari ku , buat semua yang yang sudi dan mahu mengerti.
 ini juga adalah untuk mengingat kan diri ku sendiri , kerana aku juga mempunyai anak dara yang harus aku jaga dan awasi.

dan akhir sekali, aku mohon maaf sepuluh jari pada kaum lelaki kerana mungkin ini menyentuh sikap segelintir lelaki, namun bak kata lirik dalam lagu penyanyi dari Indonesia ( Rossa ) yang bertajuk " Hey Ladies " sangat menarik hati ku, ialah  "memang lah tak semua laki-laki busuk".....nak kata juga , ramai lagi yang BAIK.





Thursday, July 8, 2010

" hanya kamu......"






hanya kamu.......


yang aku mahu dari mu
kasih sayang sejati
bukan hanya di bibir
tapi tiada di hati

yang aku mahu dari mu
lembut kata menghias bicara
bukan dusta dan nista
membuat duka nestapa

yang aku mahu dari mu
selautan rindu pada ku
bukan rayu palsu 
hanya mengikut nafsu

yang aku mahu dari mu
setulus cinta
yang bukan buta
hanya pada mata

yang aku mahu dari mu
hanya lah kamu
untuk diri ku 
seada nya kamu

hanya itu yang aku mahu dari mu
tiada lagi mahu ku selain diri mu
hanya kamu
yang teguh di hati ku......


aslinahali
08.06.10






Wednesday, July 7, 2010

terbiar berlalu.....







terbiar berlalu......


waktu berlalu
terlalu cemburu
tak mampu menunggu
tak tercapai mahu ku
terlepas pandang ku
tercicir aku....
termanggu kaku
terbiar berlalu....


tak akan kembali waktu
dan aku pun merindu
pada waktu lalu
bila segala nya 
terlepas saja begitu......


aslinahali
27.06.10





Tuesday, July 6, 2010

melawan rasa.....







sejahtera lah kau di sana
aku....?
sedang melawan rasa
apa lah daya
tak upaya

kata tak terungkap
menanti penuh harap
meragu dalam rindu
sesak terbuku di kalbu

waktu berlalu
terbiar dalam  pilu
pecah esak ku
sendu
kian berlagu sayu

 mampu kah terus
menunggu...?


aslinahali
06.07.10

Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...