Posts

Showing posts from September, 2017

Payakumbuh 2

Image
semasa menulis ini , fikiran aku masih berada di Payakumbuh .
aku terfikir , bagaimana Taufik tahu yang aku akan sampai di Padang.
bagaimana dia masih mengenali aku yang telah lapan belas tahun tak berjumpa.
rupa-rupa nya Ita telah memberitahu yang abang saudara nya telah berangkat menaiki pesawat .
dan Ita juga memberitahu yang Kak As pun ada .

patut lah Taufik terus memanggil aku semasa di airport.
terus dia mempelawa aku menaiki kereta nya .
kami menuju Bukit Tinggi dimana aku telah menempah hotel penginapan.
kami singgah makan di sebuah restoran.

aku menolak pelawaan Taufik untuk menginap dirumah nya , dengan alasan aku telah menempah dan membayar bil hotel.
sebetul nya aku senang bersendirian , dan lagi aku tak mahu antara mereka berkecil hati jika aku memilih salah satu dari rumah mereka .
empat keluarga yang rapat mempelawa aku dan semua nya aku menolak dengan baik.











aku suruh Taufik membeli kan simcard Indonesia , supaya senang aku menghubungi nya.
Jam lima petang Taufik menje…

Payakumbuh

Image
aku masih disini , cuma tidak berkesempatan menulis diruang sempit ku kerana kesuntukan masa.
September ini musim hujan telah bermula , ia riuh dengan sunyi dan dingin .
suara sumbang telah lama tidak kedengaran , dan aku seperti merindukan suara-suara sumbang itu.
apa kah aku benar-benar merindukan nya ?
aaahhh  , mengelikan telinga pabila terdengar suara sumbang kan ?
hehehe , sebenar nya aku sihat , aku masih berpergian kemana saja hati teringin.
catatan perjalanan masih rapi tersimpan dan kini masa untuk aku kongsikan bersama.








lebih kurang lapan belas tahun aku merindui Delfi Elvida Binti Sair , seorang gadis comel yang bekerja dengan ku semasa aku berniaga . Apabila waktu telah tamat tempoh dan permit nya tidak lagi dapat disambung setelah tujuh tahun berkhidmat , Depi kembali kenegara asal Indonesia.
Depi adalah panggilan biasa untuk nya. Dia berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Perasaan aku mengelodak di dalam , menahan rindu yang kian mengharu kalbu.

Atas rasa itu , aku b…