Saturday, June 25, 2011

~~ Bulan Biru ~~

~~ puisi sederhana ~~ by: aslinahali



Sentuh hati ku dari jauh.....


 Maaf kan Hawa....


Adam....maafkan Hawa,
akan ke lubuk tenteram
mencari damai jiwa
di sini tiada bahagia

120211


Sentuh


sentuh lah hati ku dari jauh
usah kau datang mendekat
kerna nanti
kau pasti kesali akan daku
hanya wajah tak berupa
lemah tak berdaya
kau kan hampa....

130211


Tumbuh


tumbuh lah benih-benih cinta
yang merekah di hati
agar mekar subur
di jiwa yang kerontang sepi

130211


Ada kah....?


segala cinta yang punya cerita
segala cerita yang punya cinta
aku hanya ingin cinta tanpa dusta
tanpa airmata...

030311


Semusim

perlukah hati
untuk terus berharap
sedang tak pernah
ku temu bait-bait rindu
semusim yang lalu
dan denting getar mu
tak lagi merdu.....

180311


Bulan Biru 


bila bulan
tak kuning keemasan
bagai selalu
tetapi bertukar biru
ada kah faham hati mu......?

100311


Tak Perlu...


tak perlu kau berjanji
bulan madu di awan biru
yang pasti aku hanya mampu
memakai pakaian berwarna biru
dan terkadang biru juga di hati ku.......

100311


Layar 


di pentas lakon
layar hidup terkadang
rebah di hempas gelombang
hanyut terbuang

060311



Sentuh hati ku dari jauh.....
 

Thursday, June 23, 2011

~~ perlu kah begitu ? ~~

~~ perlu kah begitu ? ~~



kata seseorang kepada ku,
" Andai kau ketemu satu yang kau setuju,
pergi lah....
hidup ini singkat, kita berhak merasa bahagia."
dan aku pun membiar kan orang itu
pergi berlalu..........jauh......
hingga saat ini aku bertanya.......ada kah perlu begitu ?

240311



Wednesday, June 22, 2011

~~ puisi sederhana ~~ by: aslinahali

~~ puisi sederhana ~~ by: aslinahali



Ingin

subuh hening....ku dakap dingin
Tuhan, kuat kan aku dalam ingin
yang tak kan pernah kering.....

saat semua nya pergi
aku lah yang masih
terpaku di sini
kaku mendakap diri
tegap kah hati
untuk berdiri
bila kaki ini
seakan tak mampu lagi
terasa goyah kini

 240211


Seribu Rupa 

 tiap kata bermakna
sering wajah berkisah
aku menelan kata
dalam payah rasa
memandang wajah
dengan seribu rupa
hingga tak berdaya
hendak di cerita.

andai dapat ku henti kan kata
akan damai kah jiwa
andai aku tak lagi memandang rupa
akan tenteram kah rasa

050311


Adam Dan Hawa

Hawa, maaf kan lah Adam
semalam Adam terlupa
termakan hasutan syaitan
dengan tidak sengaja
memakan buah larangan
di syurga Tuhan
tapi......bukan kah
itu juga kerna pujukan Hawa
yang teringin untuk merasa nya......?

050311


Malu

apa kah yang aku cari
siapa pula yang menanti
sedang terlena di ulit mimpi
bagai ada suara mengejut kan diri
mengapa kah kau tidur di sini
bangkit lah duhai hati
Dia sedang menanti
pengabadian suci
lalu tiap simpuh ku
menghadap Nya
aku malu sendiri.

070311


Suara mu

aku mendengar
suara mu sayu
seakan tersekat segala kata
tertahan sebak di dada
aku harus bagaimana
menahan rasa
tak tertanggung hiba
lalu tumpah lagi
buat kesekian kali
airmata pilu ku untuk mu.....

080311


Yakin lah

sukar kah untuk membaca
sulit kah untuk mengenal
setiap kata yang tertera
setiap wajah yang terpamer
telah aku persembah kan
hampir setiap detik waktu
yang terluang bersama mu
masih kah perlu untuk ku
meyakin kan hati mu
dengan apa yang tak aku mampu.

080311


Teman

tangan yang ku hulur kan
ikhlas tanpa paksaan
terima lah dengan tenang
usah ada bimbang dan walang
kerna aku tak mahu balasan
hanya sekadar ingatan
bila kelak kau senang
aku jangan kau lupa kan
sejati sebagai teman.......

100311




nikmati kataku jiwaku.......pasti akan kau ketemu apa yang di hati ku....









Tuesday, June 21, 2011

~~ intai kami antara nampak ~~





rasa

kadang kala aku terkenang
yang telah jauh dari tatap pandang
berjauhan bukan halangan buat kita
bila rasa mu ada buat ku
begitu juga aku merasa yang sama seperti mu.

aku kembali dengan harapan
yang kau di sana tak pernah melupa kan
masih kah setia menanti aku.....?

180211




topi koboi pak andak

kemana hilang mu
aku rindu basikal tua mu
rindu topi koboi mu
bau baju lusuh mu
rindu bau asap
dari rokok pucuk mu
aku rindu
gelak tawa mu
yang dulu berderai
aku mau masak kan mu
dengan air tangan ku
tapi kau tak lalu lalu....
  
120210







dedaun

dedaun gugur lagi
satu demi satu
di bawa angin lalu
jauh meninggalkan aku 
yang masih menunggu
dalam debar waktu
sayu....
hujan pun mengiringi pemergian nya

dalam penantian meniti hari 
laluan ini menakut kan
debar menanti waktu
seiring denyut nadi 
dalam darah yang mengalir
termampukah untuk berhadapan
ku pohon di permudah kan dalam perjalanan
kembali kepangkuan Mu......

penantian yg kian hampir ke hujungnya,
dalam debar hati berdoa
moga dipermudahkan
perjalanan menuju redha dan Syurga Mu

dedaun dibawa angin lalu.....tak kembali lagi pada ku
dan aku pun menunggu dalam debar waktu
bilamana nanti di jemput untuk berlalu
menurut jejak yang terdahulu
ada kah kau akan pilu
seperti mana aku
merela kan dedaun itu dalam sendu....

081210 




dedaun 2

dedaun gugur lagi
di bawa angin
kemana kah pergi
tinggalkan hati hati
meratap hiba
menangisi
aku bagai tak terpandang
kepiluan mu
namun kau harus tahu
segala sesuatu
telah bagai di janji waktu
biar kan dedaun berlalu
redha kan nya
duhai kalbu yang sendu...

190211







Sunday, June 19, 2011

~~ romantis ~~








ucap kan kata-kata sayang
mesra bisikan kata hati
selami jiwa raga
akan kau temui satu makna
dalam nya cinta......

230311



rindu

ketika rindu ini 
marak menyala
hujan badai tak bisa
memadam kan nya.....

290311


indah

puisi mu indah
seindah hati mu
dan aku tahu
aku ada
di tempat yang indah itu....

300311

rahsia

sembunyi kan lah rahsia mu
jangan ramai yang tahu
rai kan cinta kita
walau tak sebahagia mana

310311

 warna

aku hiasi dinding ku
dengan warna-warna
dari hati mu......

090411


dia

dia mengambil hati
dia sungguh berbudi
dia menenang kan setiap kali
dia aku sayangi.....dalam hati...

 130411
hadir

hadir ku seketika
membelai mu mesra
bisik hati ku
kau rindu

290411


sapa

dinihari
sapaan mu lembut
bertanya khabar
namun aku tegar
tak mau mengerti
ada rindu yang kau pendam
dalam diam semalam....

3004l1







Saturday, June 18, 2011

Rabbani - Pergi Tak Kembali

KISAH JUANA IDA ( 10 )


Akhirnya Juana Ida berkahwin juga dengan Abang Man, seorang sarjan polis yang hampir pencen. Agak lama juga dia mengambil masa untuk berkahwin semula. Mungkin takut untuk menghadapi kegagalan buat kali ketiga. Dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana usia yang semakin lanjut dan Abang Man pun tidak mahu dia terus bekerja di kilang. Abang Man sanggup membiayai semua keperluan Juana Ida. Kali ini Juana Ida masih sanggup untuk hidup sebagai isteri kedua kerana Abang Man memang sudah mempunyai isteri dan keluarga sewaktu mereka menjalin kan hubungan percintaan. 

Ini lah yang di kata kan " ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan".......segala nya sudah Allah persiapkan untuk hambaNya. Terima lah dengan redha apa jua ketentuan dari Allah.....siapa lah kita untuk menghindari segala takdir yang tak pernah mungkir. Andai takdir itu dapat kita sendiri yang menulis kan , pasti akan kita tulis kan yang terbaik saja bagai yang kita impi kan.

Waktu itu saya sudah hampir lima tahun bekerja di kilang tersebut. Saya juga akhir nya membuat keputusan untuk berhenti bekerja di kilang sebelum saya mendiri kan rumah tangga....bukan kerana kerja yang tidak bagus dan gaji yang tidak mencukupi,  tapi saya tidak tertahan lagi di ganggu hampir setiap pagi oleh Encik S.
Ketika itu bakal suami saya turut merasa tidak senang hati membiarkan saya di ganggu....maklom lah masa bercinta bukan main cemburu....hehehe...siapa yang tak risau kalau buah hati selalu kena kacau.......hmmm......:)

Setelah saya dan Juana Ida mempunyai keluarga masing-masing, perhubungan saya dengan nya agak terbatas. Memang susah nak berjumpa selalu kerana kesibukan saya dengan urusan perniagaan dan rumahtangga. Namun kami masih berhubungan sesekali melalui telefon....dia yang selalu menelefon saya bertanya khabar. Sebab dia menjadi suri rumah sepenuh masa di samping meneruskan mengambil upah membuat bunga telur dan hantaran perkahwinan. Manakala saya pula, membantu pendapatan keluarga dengan berniaga kecil-kecilan. Cukup lah untuk makan pakai kami anak beranak....Allah tidak mempersia-sia kan hamba Nya yang berusaha dan tak putus asa berdoa agar di permudah kan jalan mencari rezeki di muka bumi ini. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu daya tak hendak seribu bahasa.....berniaga sudah menjadi darah daging saya kini........hmmmm.....sesekali untung , pernah juga ada rugi nya, sudah terbiasa tak boleh nak buat kerja lain dah selain berniaga.

Masa terus berlalu, saya mendapat berita Abang Man sudah kembali kerahmatullah...dan Juana Ida pula tinggal di rumah arwah emak nya bersama-sama dengan seorang abang nya yang tidak pernah berkahwin, Abang Ali. Dia dua beradek saling bergantungan, maklom lah masing-masing tidak mempunyai anak, hendak menumpang di rumah adik nya agak jauh dan adik Juana Ida pula sudah tidak berapa memperdulikan keluarga sendiri kerana melebih kan keluarga di sebelah pihak suami nya. Usia yang semakin tua, membuat kan Juana Ida mula sakit-sakit, pernah juga saya dapat tahu dia terjatuh di bilik air sampai tidak mampu untuk berjalan....agak lama juga dia terbaring di atas katil. Mujur ada Abang Ali yang tinggal bersama, dapat lah menolong menjaga dia. 

Begitu lah nasib diri nya, suami yang ketiga pergi dulu sebelum dia, anak pula tiada....namun ada juga insan lain yang berhati mulia, yang memberi kan perhatian dan bantuan semasa Juana Ida menghabis kan sisa-sisa usia nya.....insan mulia yang tidak mempunyai zuriat itu bernama Miza.
Miza adalah anak kepada kawan Abang Ali, walau pun ayah Miza sudah tiada, Miza masih berhubungan baik dengan Abang Ali. Jadi secara tidak langsung dia mengenali Juana Ida dan menganggap Juana Ida seperti saudara sendiri. Apa yang Juana Ida teringin nak makan, Miza lah yang sering membelikan makanan yang di idam kan oleh Juana Ida, kadang-kadang teringin nak makan pizza lah, KFC lah....dan macam-macam lagi....maklom lah Juana Ida memang seorang wanita yang agak manja, sampai ke tua masih nak bermanja-manja lagi......:))

Keadaan Juana Ida yang tidak mempunyai anak telah membuat kan Miza kini mengambil seorang anak angkat , bayi yang baru beberapa hari di lahir kan oleh seorang wanita bisu, datang dari keluarga yang susah...mungkin Miza terbayang nasib diri nya bila tua kelak tanpa anak........Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati suami Miza juga untuk mempunyai seorang anak angkat setelah berbelas tahun usia perkahwinan mereka tidak di kurnia kan cahaya mata.

Kesibukan mengejar waktu membuat kan saya tidak langsung dapat menjengok Juana Ida beberapa tahun kebelakangan ini. Cuma telefon lah yang menghubungkan kami berdua, macam biasa....nasihat dan teguran nya tidak pernah putus buat saya. Ada saja pesan dan ingatan yang di berikan , " Jaga anak baik-baik As, kalau boleh biar lah anak-anak As kemudian hari dapat jaga As, Kak Jun happy bila As ada anak, bukan macam Kak Jun, hidup sorang, nasib baik lah Abang Ali ada, kalau tak entah-entah Kak Jun sekarang ni duduk kat rumah orang tua agak nya."

" Alah...jangan cakap macam tu Kak Jun, ada anak ke atau tak bukan boleh menjamin hari tua kita kak. Mak mertua abang As tu, anak dia sepuloh orang, sorang pun tak ada yang duduk dengan dia di kampong. Tinggal sorang jugak kak. Ini kan dah nasib kita, masa depan As pun tak tau macam mana nanti kak, entah-entah nanti anak-anak hantar As kat nursery orang-orang tua jugak kan....harap tak lah, tapi kalau ya pun apa nak kata. As terima jer...." balas saya , memang saya juga pernah terfikir, mana lah tahu suatu hari nanti apa yang berlaku bukan bagai yang saya impi kan. Saya harus redha apa yang di beri Tuhan, walau pahit sekali pun harus saya telan.....bukan saya berdoa untuk meminta kehidupan akan datang menjadi sedemikian, cuma saya rasa kan anak-anak di masa akan datang pasti sibuk dengan kehidupan dan urusan seharian, ada kah mereka mempunyai masa untuk menjaga saya sekira nya kelak saya terbaring tak boleh bangun dan berjalan, makan harus di suap kan...pasti nya Nursery lah saya akan di tempatkan.........Ya Allah...mohon di jauhkan segala kesulitan, semoga anak-anak tidak berbuat sedemikian terhadap ibu bapa yang telah melahir dan membesarkan mereka.

Hubungan baik saya dengan Juana Ida tidak pernah putus, namun apa yang saya tidak menyangka sama sekali...sebelum selesai  menulis tentang Kisah  Mazainah, saya pernah menyuara kan hasrat hati saya untuk menulis tentang Juana Ida pula. Tetapi alangkah sedih nya hati saya, berita yang saya terima dari adik saya yang berkawan baik dengan Miza sangat mengejutkan saya.......  pada  10hb April 2011.........ini lah status saya di Facebook........hasrat saya ingin meminta beberapa keping photo nya semasa dia muda dan semasa kini, tidak kesampaian......

"dulu pernah saya berjanji
untuk menulis tentang seorang " JUANA IDA "
selepas menamat kan " KISAH MAZAINAH "
tapi semalam berita sedih saya terima
" JUANA IDA " telah pergi buat selama-lama nya
AL-FATIHAH untuk arwah...... 10 April at 21:09"


Saya tidak sanggup untuk menerus kan lagi kisah ini, cukup lah setakat di sini yang dapat saya perbuat kan untuk teman-teman yang mengikuti kisah Juana Ida....seandai nya dia masih hidup, saya ingin sekali mempamirkan wajah asal Juana Ida, namun kini saya rasa sudah tidak perlu, apa yang saya harap kan dari teman-teman semua, sudi lah kira nya kalian mendoakan agar roh Juana Ida Binti Ahmad, di ampuni dan di cucuri rahmat oleh Allah SWT.

Akhir kata dari saya.....

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Kalau di hati kita teringin untuk berjumpa dengan sesiapa, jangan lah kita menunggu dan mengambil masa yang lama, sementara masih bernyawa rebut lah peluang yang masih ada, andai kelak salah seorang dari kita sudah tiada, menyesal kemudian tidak berguna. Hargai dan sayangi lah setiap insan yang di hati kita, andai kelak insan itu sudah pergi, airmata darah sudah tak bererti lagi.

Salam sayang setulus hati, dari saya buat teman-teman yang di kasihi, andai tersilap dan terkasar bahasa saya, sepuluh jari saya susun memohon ampun.......Jumpa lagi di lain waktu :))




Monday, June 13, 2011

KISAH JUANA IDA ( 9 )






Akhirnya Juana Ida selamat bernikah di Thailand kerana isteri pertama tidak merestui perkahwinan itu. Alahai....." kawin seberang "  pun ok juga dari tak berakad langsung....maksud saya " kawin sudah nikah belum "......Nauzubillah, minta di jauh kan ..... Bukan nya salah di sisi agama kalau nikah di Thailand cuma salah di sisi undang-undang dalam Malaysia. Saya tidak memandang hina dan salah nya perkahwinan mereka, malahan rasa bersyukur, Juana Ida sudah ada suami yang menemani, walau pun cuma menumpang kasih suami orang.Tapi satu yang saya suka sikap nya, sepanjang beberapa tahun menjadi isteri kedua, belum pernah saya mendengar sebarang sungutan nya terhadap isteri pertama.
Walau pun dia jarang dapat bersama dengan suami nya, kadang-kadang hanya di hujung minggu tapi dia tetap gembira. Bayang kan ....mereka masih seperti orang yang sedang bercinta, rindu-rinduan.....seminggu sekali baru dapat bersama melerai kerinduan mereka......hehehe....pasti sesuatu yang amat di tunggu-tunggu.....aduhhh....ops ! saya merapu ni.......zip mulut ya :)


Pada awal perkahwinan mereka, Juana Ida tidak menghadapi masaalah, namun bak kata orang " ku sangka panas hingga ke petang, rupa nya hujan di tengahari "......ribut dan badai datang melanda rumahtangga yang pada mula nya bahagia. Mujur lah pada waktu itu Juana Ida belum lagi berhenti kerja di kilang. Hampir setahun usia perkahwinan mereka, Juana Ida di bomoh kan oleh isteri pertama. Dia jatuh sakit, agak teruk juga ketika itu. Isteri pertama tidak pernah merestui perkahwinan mereka walau pun sudah mengetahui yang suami nya telah bernikah dengan Juana Ida dan telah pun di daftar kan di Pejabat Kadi. Rasa tidak puas hati dan tidak meredha kan apa yang Allah telah tentu kan. Dia berusaha mencari bomoh untuk membuat kan suami nya dan Juana Ida saling membenci antara satu sama lain.


Abang Din pula sudah tidak senang untuk pulang ke rumah Juana Ida lagi. Duit belanja serta nafkah batin sudah  tidak di pedulikan nya. Namun begitu Juana Ida masih bertahan dengan dugaan hidup yang di hadapi nya. Untung lah dia masih bekerja dan masih mampu menyara hidup sendiri tanpa perhatian dari suami. Bukan nya Abang Din tidak mampu memberi perbelanjaan buat Juana Ida, sebab dia bergaji besar, bekerja sebagai seorang  engineer di MAS....namun dia seperti sudah membenci dan melupakan Juana Ida. Sedangkan sebelum itu dia seorang yang penyayang, murah hati dan dia selalu membawa saya juga sesekali makan-makan dan jalan-jalan sekira nya dia pulang ke rumah Juana Ida pada hujung minggu. Saya juga sayang kan Abang Din seperti pakcik saya sebab dia pernah mengambil berat tentang hal-hal saya. Perhatian yang di beri kan pada saya tak ubah seperti seorang ayah kepada anak nya. Namun tidak siapa menduga, segala nya berubah sekelip mata, tiada lagi kemesraan antara kami, setelah dia jarang pulang hujung minggu untuk bersama isteri nya Juana Ida yang juga kekasih nya semasa mereka bersekolah di sebuah sekolah yang sama.


Dalam pada itu Juana Ida pula telah berkenalan dengan seorang polis, kali ini dia tidak merahsia kan hal tersebut dari saya. Dia memberitahu saya yang dia sering keluar ber"dating" dengan anggota polis tersebut yang bernama Man. Saya menasihati Juana Ida supaya jangan bermain kayu tiga dengan suami, itu ada lah dosa yang amat berat....namun siapa lah saya ketika itu....hanya seorang budak hingusan agak nya di mata dia. Kata nya pada saya " Salah ke kalau Kak Jun keluar dating dengan abang Man, dah husband sendiri tak peduli lagi. Dia pun tak kisah hidup ke mati akak ni. Lepas ni apa nak jadi pun biar lah terjadi. Kak Jun tekad nak mintak cerai dari dia....lepas edah Kak Jun kawin dengan Abang Man secara sah. Bini pertama dia pun dah macam-macam bomoh kan Kak Jun. As tengok lah keadaan akak sekarang ni, dulu ada tak akak macam ni ? Benci lah kalau pandang muka dia. Memang tak boleh nak terus kan hidup bersama lagi."
Saya tidak dapat berkata apa-apa ketika dia menyuara kan hasrat nya untuk bercerai dengan suami dan berkawin dengan anggota polis yang berpangkat sarjan itu.


" Apa yang Kak Jun rasa baik buat lah, kalau dah itu keputusan akak. " lemah suara saya membalas dan di dalam hati terdetik......kalau macam ni lah susah bersuami lebih baik hidup sendiri macam dulu,tak lah nak pening-pening kepala.....cari penyakit nak buat apa ?
ops ! bukan maksud saya tidak percaya pada sebuah ikatan perkahwinan, tapi ada sedikit kebimbangan....hehehe.....kalau ok tak apa lah kawin, kalau tak ok....sia-sia jadi janda semula....jangan ada yang marah saya lepas ni sudah la ya.......:))
Tapi itu dulu, fikiran semasa saya budak-budak lagi, tapi sekarang saya tidak berfikiran negative ya....dah tua, saya dah banyak tahu.....


Setelah hampir beberapa tahun menjalin hubungan dengan anggota polis tersebut dalam diam, akhir nya suami Juana Ida telah mendapat tahu juga rahsia nya. Pertelingkahan terjadi dalam rumah tangga yang sudah sedia retak menanti belah itu. Kesudahan nya Juana Ida di ceraikan oleh suami setelah dia juga berkeras meminta di jatuh kan talak dan mencabar suami nya  dengan mengata kan dayus kalau seorang suami sudah mengetahui isteri nya bermain kayu tiga tapi masih nak simpan juga. Itu lah alasan yang paling kukuh untuk dia meminta cerai, dan lepas bebas dari seorang suami yang sudah tidak memperdulikan diri nya lagi......begitu ketetapan yang tertulis di azali....siapa lah kita untuk mempertikai kan apa yang telah Allah tentu kan.....?


Setakat ini dulu yang dapat saya perbuat kan , andai berkesempatan lagi, akan saya sambung kan kisah ini di lain waktu.....mungkin kalian ingin mengetahui kesudahan cerita Juana Ida ini, sabar lah menanti ya.....:))


Akhir kata dari saya, 


" kalau ada jarum yang patah
jangan di simpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
maaf kan saya setulus hati "


Salam sayang buat kalian teman-teman yang saya kasihi ....semoga kalian di rahmati dan di redhai  Ilahi Rabbi......Amin Ya Rabbal A'lamin.


Thursday, June 2, 2011

Erti Pertemuan

KISAH JUANA IDA ( 8 )

Sepanjang bekerja bersama-sama dalam satu seksyen dengan Juana Ida, saya telah mula berkenalan dengan ramai technician dan line leader serta supervisor di kilang tersebut. Mereka terdiri dari berbagai bangsa, Melayu , China , India, Benggali, Serani dan Chindian. Kami berkawan dengan baik dan mesra dalam satu pasukan. Kebanyakan nya lelaki, di line tersebut, hanya saya dan Juana Ida serta beberapa orang saja perempuan. Yang ramai nya terdiri dari kaum lelaki.

Waktu rehat di kantin kami bergilir-gilir, ada yang dulu ada yang kemudian. Selalu nya kalau di satu meja panjang, ada dua belas lelaki tapi cuma saya seorang budak perempuan terselit di antara yang ramai. Apa nak buat, tak kan saya nak duduk makan sorang-sorang pulak, terpaksa lah   " join   " dengan mereka sekali. Mula-mula bergaul dengan mereka saya kekok dan malu, nak makan pun segan-segan nak suap makanan dalam mulut. Tapi bila dah lama dan biasa ......hehehe....tak ada makna nya nak segan lagi, saya pulun jer semacam......sebab dah rasa macam bapak dan abang pulak.

Antara yang saya sering terkenang sehingga kini, dan melekat di hati saya ialah Pakcik Sulaiman yang baik budi dan tinggi pengajian nya tentang ilmu agama....sangat alim orang nya. Halim yang lincah dan kelakar, kuat mengusik saya....sehingga kini kami masih berhubung dan masih mesra walau pun dia sekarang dah bermenantu. Raja...anak Chindian yang menaruh hati pada saya dalam diam, akhir nya memeluk Islam, dah berkeluarga juga. Arwah abang Am......pergi buat selama nya....kali terakhir saya bertemu dia di majlis perkahwinan anak lelaki sulong Halim. Ramai lagi yang masih di hati saya, namun apa kan daya kami untuk sering berjumpa, jarak dan waktu memisah kan....jauh di mata di hati tidak terlupa kan.

Berbalik pada kisah saya dan Juana Ida yang masih kena berhadapan dengan En.S. Ada saja jalan nya nak mengenakan kami. Mentang-mentang lah dia bos, kami ni dia pandang macam semut jer. Jangan ada silap sikit, teruk lah kami kena marah cukup-cukup dengan dia. Ya lah kan....kami terima lah apa yang dia kata, salah kami juga sebab kadang-kadang tak berhati-hati dalam kerja. Tapi satu perangai dia yang saya sangat benci.......sungguh jelek saya rasakan......sering saya jadi mangsa gangguan nya. Bukan orang nya yang saya benci tapi perangai tak senonoh nya yang saya sakit hati. Sering muncul dari belakang saya dan mengejut kan saya dengan mengucapkan   " Morning As......  " sambil sempat tangan nya menyentuh peha atau punggung saya !!!

Betul-betul itu satu gangguan bagi saya, dan prestasi kerja juga. Selalu saya menarik muka masam di pagi hari....dalam hati menyumpah seranah dan memaki dia. Hendak saya jerit kan saja dia, tapi saya bimbang akan di kata orang yang saya ni perasan pula, sebab dia sangat licik dengan perbuatan nya, sambil berjalan memeriksa line sambil dengan pantas pandai dia   " cover line   "......Masa itu saya tak sempat nak berbuat apa-apa.....kalau saya sempat mungkin saya tolak dia jatuh tertiarap atas simen . Tapi badan saya ni dulu,  dah lah kurus kering sedang kan dia tegap walau pun pendek dan katik........aduhhh..........tak baik saya mengutuk orang , dosa kannnn......dia juga ciptaan ALLAH....cuma masa menulis ni geram saya pada dia terasa kembali. Ahhh........menyakit kan hati !

Setiap kali saya di ganggu oleh En.S....Juana Ida lah tempat saya mengadu. Kadang-kadang saya menangis tak tahan dengan gangguan yang berterusan. Saya bekerja sebab nak bantu keluarga, nak cari makan.......tapi bila di ganggu sedemikian , selama mana dapat bertahan ? Juana Ida selalu mereda kan perasaan saya ,   " Sabar lah As, kalau As berani cuba lah report kat Mr.Dzial. Silap-silap dia kena buang kerja, tapi As kena ingat, En.S tu baik dengan Mr.Dzial, kaki bodek, kan dia selalu saja pergi German, company hantar, tu Mr.Dzial lah yang punya kerja. Kak Jun pun tak lama lagi jer ni, kalau Kak Jun jadi kawin dengan abang Din, Kak Jun berhenti. As cuba lah cari kerja kat tempat lain lepas ni.  "

Rupa-rupa nya Juana Ida sudah mendapat bakal pengganti suami.........dalam diam-diam berisi, tanpa pengetahuan saya yang begitu rapat dengan nya. Pandai juga dia sembunyi rahsia kali ini. Saya tidak lah terlalu terkejut dengan berita yang saya terima, kerana dia memang masih cantik dan kalau dia berkahwin lagi pun tidak hairan lah kan.....kata orang saham belum jatuh ......masih laku......:))
Malahan saya gembira kerana Juana Ida akan ada suami yang menemani, tidak lah dia sunyi lagi, dan ada lah orang yang akan menjaga nya kelak....kalau dia berhenti kerja pun ada yang akan menanggung makan pakai dan menjaga sakit pening nya.

Untuk mengetahui kisah seterus nya saya harap teman-teman bersabar ya, akan saya sambung kan sedikit lagi kisah Juana Ida ini, di samping saya menyelitkan kisah silam saya juga. Bukan nya saya nak mengata orang tetapi saya hanya ingin kisah ini di jadi kan tauladan andai di hati kalian ada terkesan.

Akhir kata dari saya....

" pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
walau pun jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan  "

Salam sayang buat semua yang saya kasihi.........andai terkasar bahasa saya di sini, izin kan saya menyusun sepuluh jari , memohon maaf tulus dari hati.........:))




Wednesday, June 1, 2011

Kenny, Remy & Martin - Suratan Atau Kebetulan Versi II

KISAH JUANA IDA ( 7 )

  

Selepas peristiwa yang menyakit kan hati itu terjadi dalam hidup saya, saya mulai belajar mengerti dengan sifat lelaki "buaya darat". Rupa-rupa nya Juana Ida juga pernah di perlaku kan sedemikian rupa. Lebih teruk lagi, nama Juana Ida di jaja sana sini gara-gara gagal mendapat kan tubuh Juana Ida. Begitu lah perangai manusia yang tak tahu nak beza kan antara dosa pahala. Senang nak kata, dunia ni seolah tak akan kiamat, rasa dalam genggaman mereka........hmmmm....

Juana Ida begitu tertekan dengan asakan "buaya darat".....hendak berhenti kerja , nanti dia nak makan apa ? Nak cari kerja di tempat lain, tak mungkin di terima kerana usia nya sudah tua...... mahu tak mahu kena bertahan untuk menerus kan kehidupan yang masih bersisa. Berbahagia atau tidak bukan orang lain akan mengerti bagai yang kita hendak. Peduli apa kata orang keliling kalau masa kita susah tak ada yang datang membantu hal makan pakai dan sakit pening.

Selama hampir setahun saya bekerja, terpaksa menahan hati dengan berbagai hal yang tak pernah saya sangka dan duga sama sekali. Lama kelamaan saya menjadi lali dengan keadaan yang saya lalui. Saya belajar bersabar dan Juana Ida pula tidak mahu saya berhenti kerja, kata nya " Sementara As tak dapat kemana-mana, baik lah kerja kat sini saja. Kalau rajin usaha, mana tau nanti Mr. Galler rekomen kan As jadi Quality Controller pada Mr. Dzial. Dulu Kak Jun pun dia yang rekomen kan. Baik orang German ni dari orang kita As. Dia orang pandang kerja kita, bukan pandang body kita."

Saya pun bersemangat dengan kata-kata Juana Ida. Tidak lama selepas itu, dia memperkenal kan saya dengan seorang yang berpangkat agak besar di kilang iaitu Mr. Rudolf Galler. Saya pada mula nya agak malu dan kekok bila berbual dengan Mr.Galler, sebab dia kurang fasih berbahasa Inggeris, dan dia lebih banyak mengguna kan bahasa German bila berbual. Saya dan Juana Ida tersenyum jer dengan perkataan-perkataan yang saya rasa memang susah saya nak faham .....tapi Mr.Galler tak kisah, dia selamba jer terus bercakap dalam bahasa ibunda nya. Saya tabek dengan sikap nya, dia bangga dengan bahasa ibunda nya, tapi kita orang Melayu malu nak bercakap bahasa kita, konon jatuh standard lah......tak ada kelas lah........hmmmmmmm.....memang lah Melayu mudah lupa, walhal makan sambal belacan ulam dengan petai, busuk bukan lah main........hehehe....kencing pun haring.......aduh........ops...saya terlebih cakap nih......zip la mulut ni ya.....:))

Setelah Juana Ida memperkenal kan saya dengan Mr.Galler, dia pula rekomen kan saya dengan Mr.Dzial untuk jawatan sebagai Quality Controller di bahagian mesin yang dia kawal. Kira ketua besar lah dia di situ.....jadi saya di panggil untuk temuduga sekali lagi tapi bukan lah sebagai kerani. Kerja di bahagian mesin yang sangat bising, kalau nak bercakap di situ kena kuat kan suara lah kira nya. Saya tak kisah, asal kan saya cari rezeki yang halal, bukan nak senang hidup dalam saraan orang, maksud saya, kalau saya setuju dengan En.S....memang lah senang, apa nak saya boleh dapat, sebab dia duit mewah, perempuan pun dia ingat boleh beli sebab murah......hmmmmmm......maaf jer lah.....!

Saya berjaya dalam temuduga dengan Mr.Dzial, manager paling berkuasa dalam kilang tersebut. Bukan rupa dan gaya saya yang di pandang nya tapi dia memandang kegigihan saya. Kesungguhan saya untuk terus bekerja di kilang walau pun payah sebenar nya untuk masuk bekerja di bahagian yang terlalu banyak mesin-mesin dan kerja di situ juga perlu berhadapan dengan risiko "pekak" kerana kebisingan yang terlampau. Tak hairan lah kalau saya kata kan Juana Ida , saya perhati kan kadang-kadang tak berapa dengar apa yang saya cakap dengan dia. Sebelum itu saya ingat dia buat-buat tak dengar bila saya bercakap, tapi sebenar nya dia mungkin sudah ada sedikit kurang pendengaran akibat bunyi mesin yang kuat.

Mr.Galler memang seorang yang baik, dia sangat rapat dengan Juana Ida, nak-nak lagi bila dia lihat Juana Ida mirip wajah wanita Inggeris. Kami berdua semakin hari semakin rapat dengan Mr.Galler, saya jatuh sayang pada lelaki German yang sangat tinggi, kacak , baik hati ....walau pun dia sudah berusia hampir lima puluh tahun ketika itu. Tua tapi menawan hati ku.......aduh....bukan nak buat teman lelaki ya, tapi saya menganggap dia seperti bapa saya, jatuh hati kerana baik budi nya, manis senyuman nya, sering membantu dan mengajar saya dalam banyak hal kerja yang saya tidak tahu ketika mula-mula masuk kebahagian mesin. Saya di ajar beberapa perkataan German oleh Mr.Galler, antara perkataan yang saya tak pernah lupa dari dia ialah......." Ich liebe dich ".........bermaksud, " aku sayang kamu ".........hehehe....siapa yang tak suka kalau hampir setiap hari dia mengucapkan kata-kata itu ....biasa nya dia akan mengucap kan ...." Guten morgen liebe.....".........sambil menepuk-nepuk bahu saya yang hanya setakat bawah ketiak dia saja.......sebab dia terlalu tinggi, enam kaki....berbeza saya cuma lima kaki tiga inci saja.

 Aduhai Mr. Galler.......terkadang saya rindu pada dia....sering bertindak sebagai seorang guru yang mengajar murid nya, sebagai bapa yang mengajar anak nya...... sedang kan kami berlainan bangsa dan agama, tapi kerana budi bahasa dan sikap yang baik, kasih sayang wujud tanpa di paksa. Tidak pernah sekali pun dia memarahi saya dan Juana Ida sekira nya kami tersilap dan berbuat salah dalam kerja, cuma kata nasihat dan dengan bahasa yang lemah lembut tapi berkesan untuk kami memperbaiki mutu pengeluaran produk di kilang kami. Sebenar nya kerja saya dan Juana Ida sebagai Quality Qontroller memang memening kan jika kami berbuat silap, mutu tak terkawal......hmmmm....puas nak berjawab dengan En. S sebab En. S adalah manager di bahagian pengeluaran. Hmmmmm.....saya dan Juana Ida sebenar nya masih berdepan dengan "sang buaya" setiap hari !

Rasa nya cukup dulu setakat ini saya bercerita, mungkin di lain waktu kalau di izinkan ALLAH kita pasti bersua jua. Akhir kata dari saya, 

" orang memberi kita merasa
orang berbudi kita berbahasa
berbudi bahasa orang suka
budi bahasa budaya kita "

Salam sayang buat semua yang saya kasihi dan hormati, teman-teman yang baik budi dan hati......senyum lah selalu agar wajah kita berseri tapi biar lah senyuman yang ikhlas dari hati :))



Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...