Sunday, July 26, 2015

AnugerahNya ...









Bismillah hir rahman nir rahim .
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

malam ini saya punyai masa senggang ... untuk menukilkan dan mewarnai dinding senyap ini.
apa pun yang berlaku sebelum ini hanyalah sebahagian kecil dari kehidupan yang setiap orang akan mengalaminya termasuk diri saya.

saya tidak mahu mengungkitkan nya , cuma saya ingin berkongsi beberapa lagi foto-foto saya dan keluarga semasa menyambut hari lebaran .

saya sudah pun cuba untuk meredhai apa yang berlaku dan telah membuang jauh segala yang telah membuatkan fikiran dan hati menjadi tidak menentu .

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah SWT kerana ianya tidak akan berlama-lama mengganggu kehidupan saya .




ini lah suami saya , seorang yang telah pun saya kenal tiga puluh empat tahun yang lalu ...cukup lah jika saya hanya sekadar meletakkan gambar nya sahaja .
dia bukan seorang yang ternama dan terkenal namun hadirnya kali ini telah membuatkan saya merasa tenang dan ada sedikit ketakutan tentang perkara yang mendatang.
tetapi itu semua bukan lah penghalang terbesar dalam hidup saya , kerana hidup adalah keberanian tentang yang tanda tanya .





Jadi lah ya ... cukup sampai disini dulu ... InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di lain waktu.
Jaga diri dan hati , salam sayang ,  untuk semua pelayar-pelayar .


#Jane ... ini sebahagian lagi foto-foto yang sempat saya kongsikan untuk semua .



terima kasih Salina Arifin .



Thursday, July 23, 2015

Lebaran di hari Kemenangan












Bismillah hir rahman nir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua pelayar-pelayar blog *kataku jiwaku.
selamat hari raya aidil fitri minal aidil walfaidzin.
mohon maaf kan saya zahir dan bathin atas segala salah dan khilaf sekiranya ada.

kepada pelayar-pelayar dari jauh mahu pun dekat , 
saya berharap kita bersama menghayati arti lebaran yang membawa kemenangan buat kita selama sebulan melalui Ramadhan yang penuh ujian ... yang menguji kekuatan iman dan kesabaran serta keredhaan kita untuk berubah dari yang biasa kepada iman yang luarbiasa.
memang sukar mengekal kan nya selepas sejurus kita menyambut ketibaan Syawal kerana syaitan sudah pun bebas lepas , dan apa yang kita perlu kekal kan ialah apa yang telah pun kita praktik kan semasa di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah , saya yakin yang kita semua mampu dan berusaha mengekal kan kekebalan dan keteguhan iman di dada untuk melawan godaan syaitan yang sentiasa akan menggoda kita.

baiklah , saya tidak punya cukup masa kali ini untuk menukil dan mewarnai ruang senyap ini , cuma saya mahu kongsikan beberapa foto saja yang di rakam semasa kita semua menyambut Syawal yang tiba beberapa hari lepas dan ada beberapa coretan akan menyusul kemudian nanti di lain waktu senggang saya.

rasa nya cukup sampai disini dulu ya ... ini ada lah sebahagian peristiwa gembira yang sempat di rakam ... suasana bahagia yang seada nya ... cukup dan memadai bagi saya walau pun kegembiraan ini saya lalui tanpa insan-insan yang tersayang samada yang telah pergi buat selama nya dan yang tak sempat pulang untuk bersama meraikan nya kerana berada di tempat lain dan jauh dari mata .
hanya ucapan dan doa saya pohonkan pada Ilahi Rabbi semoga yang tak tertatap pandang akan tetap di lindungi Allah walau di mana berada.

Salam Sayang , salam lebaran buat semua .


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar 
Allahu Akbar Walillah hilhamd .

Taqabbalallahu minna waminkum , minnal aidil walfaidzin.





























Sunday, July 12, 2015

tiada lagi hadir mu ...






entah mengapa 
rindu kembali datang 
menerjah ruang sepi ...
malam terasa lambat berlalu
ranting hati pun patah 
jatuh satu demi satu

hingga terkaku  kelu
tak beranjak 
menatap lipatan semalam
kenangan  pun terbuka
mencarik luka 
merobek dada

duhai hati
bertahan lah lagi 
dia tak akan pernah kembali
pada sisi diri ...

Al-Fatihah ... 









Saturday, July 11, 2015

Kita Mampu Mengindahkan nya ...








Bismillah hir rahman nir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah , sudah pun kita lalui Ramadhan yang semakin akan tiba ke penghujung nya , 
dan tidak berapa hari saja lagi Syawal akan menjelma pula.
tentu ramai yang sudah bersibuk-sibuk untuk mengemas rumah , 
menggantikan yang lama dengan yang baru ...contohnya langsir dan sofa , 
paling tidak pun jika tak berganti akan di cuci agar nampak bersih ... kannn ?

hehehe ... aku percaya ramai yang risau bila nak raya .
mana nak siap kan kuih muih dan sebagai nya ... 
penat lah nak taip semua , 
tapi aku rasa orang Melayu sangat faham dan tahu apa maksud aku .

namun bagi aku , itu semua tidak lah begitu penting dan menggusarkan hati , 
aku tidak pun menukar barang-barang lama kepada yang baru ,
tapi menggantikan barang-barang sudah rosak dan sudah patut di buang dalam tong sampah. 
dan selebihnya cukuplah sekadar membersihkan semula supaya nampak kembali *bercahaya ... 

apa yang membuat rusuh hati aku ialah tentang amalan dan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.
apakah telah sempurna dan di terima oleh Allah ?
apakah ianya sekadar  tonggang-tonggek beramal namun sia-sia ?
cukup menakutkan aku jika amalan yang aku lakukan beriya-iya namun Allah tak pandang sebab mungkin masih ada terselit kekotoran hati ... maksudnya masih ada perasaan dengki dan iri , masih mengumpat dan mengeji , masih busuk hati.
maklomlah ...aku bukan manusia yang benar-benar alim dan warak .
dan aku pun menyedari bahawa aku bukan baik sangat , 
masih ada kekurangan dan kelemahan di sana sini.
namun seperti insan lain juga , 
aku mencuba memperbaiki dan menampal segala #kecacatan dan #kebocoran yang mungkin ada dalam amal dan iman sendiri.

Allahu Rabbi , sesungguh nya Engkau Maha Mengasihani , 
aku berharap segala nya tidak akan jadi sia-sia , 
terima dan redhai aku insan yang lemah lagi tidak berdaya ini Ya Allah ...

apa pun aku yakin , sebagai hambaNya , kita manusia kena bersangka baik dengan Pencipta yang memiliki seluruh semesta alam.
kadang-kadang dalam hati kita ada syak dan was-was , seolah-olah bisikan syaitan yang menghasut , walhal terkadang kita lah sendiri yang beraja di mata bersultan di hati.
Syaitan yang tergari namun kita menjadi syaitan dalam diri sendiri ... aduhai ... 

oleh itu , lebih baik kita bertanya hati sendiri , 
apa khabar iman ku  ?
apa khabar amal ku  ?

daripada sibuk dengan nak membeli itu ini sebab nak berhari raya sakan , 
lebih baik kita pertingkatkan lagi amalan dan perbaiki iman .

hidup ini indah kalau kita tahu dan mahu mengindahkannya , 
cukup ala kadar saja nak menyambut raya.
bahagia itu pun pada aku seadanya saja.
semua ini hanya dunia , 
apa nak heboh bagai nak rak ... kannn ?

#Jane ...jadi , ingat pesan orang lama ... dan pantun lama yang Mak aku selalu suka ulang-ulang semula , 

~ halia ini tanam-tanaman
kebarat jua akan condong nya
dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat jua akan hujung nya. ~


terima kasih Hajjah Mazainah Yusuf yang aku sayangi dunia akhirat ...tanpa Mak aku tak ada dalam dunia ini dan tidak menjadi *orang...






Al-Fatihah buat Mak , Hajjah Mariam Shaari 










Wednesday, July 8, 2015

Hikmah Nya ...




Bismillah hir rahman nir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah , sudah sampai kita di sepuluh malam-malam terakhir Ramadhan 

dan tidak berapa lama saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita , 
entah masih dapat bertemu atau tidak Ramadhan yang akan datang lagi tahun-tahun hadapan ...? 
aduhai ...terlalu pantas waktu berlalu sehingga kita merasa seperti tak sempat untuk memburu nya .

apa yang kita mahu dalam hidup ini ?

apa yang kita kejar selama ini ?
kadang waktu kita biar kan saja ianya berlalu dengan sia-sia bila terlalu asyik dengan hal-hal lagha dunia.

bukan berkata tentang orang lain , 

tetapi ini tentang rasa yang aku sendiri alami nya.
kadang-kadang hidup ini *keras , 
memaksa aku sedaya upaya memenuhi keperluan kehidupan yang semakin meningkat.
kalau dulu ketika aku belum begitu tua seperti sekarang ini , 
semua kerja aku laku kan asal halal dan rezeki yang aku cari bukan hanya untuk *tekak sendiri.
anak-anak masih belajar dan memerlukan perbelanjaan yang agak banyak bila mereka mula melanjutkan pelajaran di universiti.
dengan yuran nya , duit makan , duit sewa rumah , duit poket ...itu semua lah yang membuat kan aku harus kerja keras sehingga pernah terlalai hal-hal akhirat.
Ya Allah , begitu hina nya aku dengan hal-hal dunia ini , 
namun kata seorang sahabat lama yang sudah tiada lagi di alam yang fana ini membuat kan aku berlapang dada dan menerima ketentuan Allah .

" As , kerja itu juga ibadah , 

asal kan kau tidak meninggal kan lima fardu yang wajib itu sudah cukup baik. 
Allah tahu kemampuan kau , 
tak mengapa kalau kau tak sempat untuk sering datang setiap malam di masjid , 
bertarawih bersama jemaah yang lain , 
sebab kesibukan kau itu pun Allah yang beri ..."

Itu lah aku yang dulu ... bila mengenang semula silam semalam , aku malu pada Allah ...semoga Allah ampun kan aku dan meredhai aku di dunia juga akhirat hendak nya .

semoga Allah terus *memandang aku ,
jika lah kelak aku tidak di pandang Nya bagaimana jika aku mati dan Allah tak peduli ?





Jadi sempena hari baik bulan baik ini , 

mari kita tingkatkan amalan kita yang cuma tak seberapa ...
rebut peluang yang masih ada tersisa .
kalau dulu jahil dan tak berapa kisah tentang hal-hal akhirat , sekarang lah masa nya kita kembali kepada jalan *putih , 
iaitu jalan yang harus kita pilih.

teringat pula tentang satu nota kecil yang pernah aku terbaca lama dulu , 


~ jangan menilai saya dengan masa lampau saya 

kerana kini saya sudah tidak duduk di situ lagi ~

nota aku malam ini bukan lah untuk membuka pekung di dada  

cuma aku berharap kalian ambil ikhtibar dari cerita benar yang terlahir dari jiwa.
dan aku penuh yakin , semua kan ada hikmah Nya ...mudah-mudahan ...


#Jane  ... usah buka aib orang , nanti Allah akan tutupkan aib kita.

aib orang lagi kan di jaga , ini kan pula aib saudara .
setiap orang punya harga diri dan hati maka jaga lah diri dan hati itu sendiri.

As Salam ... salam sayang , salam kemaafan tulus dari hati...



basah kan bibir dan tenangkan hati dengan kalimah Subhanallah , 
walhamdulillah , astaghfirullah , hasbi Allah...
***terjumpa semula foto lama ......







Sunday, July 5, 2015

Kerana aku kasih kan mu ...





Bismillah hir rahman nir rahim .


dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang , 
malam ini aku bersyukur  kerana masih di beri keupayaan untuk meneruskan solat sunat tarawih walau pun sedikit keletihan dengan tempahan makanan dari Kuala Lumpur.

dan malam ini aku dapat menunaikan nya di sebuah masjid tempat aku membesar , 
di situ lah rumah Allah yang selalu di kunjungi oleh arwah Abah .
sedih dan sayu sangat bila terbayang kan arwah Abah ...
dan aku rasa tidak perlu aku berkongsi kesedihan ini sebenar nya kerana rasa ini hanya aku yang tahu.
bagaimana payah nya aku menerima ketentuan Allah ketika arwah di jemput untuk berpulang dan tidak lagi pernah kembali di rumah Mak , kekasih sejati nya.

Al-Fatihah untuk Abah ...semoga Allah mencucuri rahmat dan redha Nya ...Ameen Ya Rabb.

Dan malam ini aku ingin berkongsi sedikit nota yang aku terbaca di dinding mukabuku seorang rakan atau lebih tepat lagi seorang adik sebenar nya .
sangat membuatkan  aku insaf dan betapa selama ini aku telah berlaku kejam dalam bisu terhadap nya ...*membeku yang terlalu ...sehingga sangat sukar untuk di pecahkan kebekuan itu.

*** ini nota yang aku terbaca , dari adik ku Razz yang jauh di Langkawi ...

~ sedikit keluhan (maaf) ... untuk wanita di akhir zaman.

Bila mengenangkan kata-kata Rasullullah SAW tentang ramainya wanita ke neraka, 
tertanya-tanya kenapa ?
kita wanita , tidak saling mengasihi sesama wanita .
Dan lelaki pula ( maaf bukan menyalahkan ...) 
kenyataan nya gagal memimpin wanita agar memahami tujuan Allah mencipta mereka .

Yang mana satu hak kepada diri , 
dan yang mana hak kepada Allah , 
dan sesama insan tidak lagi kita peduli 
asal kan kepuasan hati sendiri kita penuhi , di tahap maksimum sekali.

Kita banyak membohongi Allah dan hati sendiri. ~

serta merta aku terpanggil malam ini untuk menyapa dia kembali , 
setelah sekian lama aku menyepikan diri .
rasa nya tidak perlu untuk di cerita kan mengapa ... biar aku simpan kan segala rahsia ...
dia tidak bersalah dan aku pula harus beralah dengan keegoan yang ada dalam hati .
Alhamdulillah , terjalin semula ikatan yang terputus seketika ...
( sebenar nya agak lama juga ... sebab kekerasan *rasa )

dan ini lah balasan aku kepada nota nya semalam yang aku hanya sempat menjawab nya malam ini... aduhhh , sibuk nya aku mengalah kan menteri .... he he he ... sorry Razz ya ...?

*** sudah lama tidak ke ladang
tinggi rumput dari nya lalang
sudah lama tidak ku pandang
mulut tersebut hati terkenang.

sempena Ramadhan yang mulia ini , akak mohon maaf kan akak zahir dan batin jika selama ini akak *membeku ...
hati ini memang tidak mungkin dapat di tipu , masih ada rindu ku pada mu duhai adik ...

*** balas nya , 

"  Razz pun sama kak As .
Terima kasih kerana kembali ...semua nya dari kebaikan Allah , syukur ... "

dan akhir nya , kata ku , 
" Alhamdulillah ... terima kasih Razz ."





dan satu lagi yang aku ingin kongsikan dengan kalian , 
yang aku terpandang di mukabuku seorang lagi adik ku Anis yang berada jauh di Cardiff.
terima kasih Anis , kerana berkongsi ilmu yang bermanafaat.

Ramadhan 15 .

Pembersihan jiwa yang banyak sampah sarap ... Audit diri ...

" Kamu tahu ...apa yang paling menakutkan ketika bulan Ramadhan ?
saat kamu sedar yang hakikat kejahatan datang daripada diri kamu , 
bukan daripada syaitan ."
- Dr. Anwar Fazal -


Ya Allah , sesungguh nya Engkau masih mengasihi kami , masih ada ruang waktu untuk aku memohon maaf kepada nya , dan masih ada kesempatan yang tersisa untuk aku muhasabah diri dan membuang segala kekotoran hati.

#Jane ... segala yang aku rasa dan segala yang terlintas di minda akan aku bentuk menjadi aksara-aksara agar semua yang aku kasihi , suami , anak-anak , adik , kakak , abang , rakan-rakan  dan pelayar-pelayar blog kataku jiwaku yang setia , dapat melihat dan membaca serta memaknai nya jika kelak aku sudah tiada di dunia ini lagi .

Salam sayang , salam kemaafan ... dendam yang terindah adalah satu kata MAAF yang tulus dari hati.

As Salam , Ramadhan Kareem .





Friday, July 3, 2015

Cinta Sejati








manakala hati menggeliat
mengusik renungan
mengulang kenangan 
saat cinta menemui cinta
suara sang malam dan siang
seakan berlagu
dapat aku dengar 
rindu mu memanggil nama ku

saat aku tak lagi disisi mu
kutunggu kau di keabadian

aku tak pernah pergi
selalu ada di hati mu
kau tak pernah jauh 
selalu ada di dalam hati ku

sukma ku berteriak
menegarkan ku cinta pada mu
terima kasih pada Maha Cinta
menyatukan kita

saat aku tak lagi disisi mu
kutunggu kau di keabadian

cinta kita melukiskan sejarah
menggelarkan cerita
penuh suka cita
sehingga siapa pun insan Tuhan
pasti tahu cinta kita sejati

lembah yang berwarna
membentuk melekuk memeluk kita
dua jiwa yang melebur jadi satu
dalam kesucian cinta

saat aku tak lagi disisi mu
kutunggu kau di keabadian



#Bunga Citra Lestari





**Tazkirah

Abdullah Bin Masud pernah mengucapkan , 
"seandainya umurku hanya tinggal sepuluh hari sahaja untuk aku hidup, 
nescaya yang aku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah SWT (mati) dalam keadaan aku bujang. "

Sufian Bin Uyainah berkata , 
"memperbanyakkan isteri bukan lah perkara sia-sia kerana Saidina Ali R.A merupakan seorang sahabat yang paling zuhud , mempunyai empat orang isteri dan tujuh belas orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiya' dan akhlak mereka. "



#Jane ... dapat kah manusia menolak takdir Allah tentang *jodoh pertemuan ?
kita hanya mampu merancang namun perancangan Allah maha hebat , 
jadi untuk apa berdebat ?


Salam Ramadhan , rebut lah peluang di sepuluh malam-malam terakhir nanti , ianya lebih baik dari seribu bulan .







BUDI

perniagaan kedai makan aku memang terkenal satu ketika dulu. tak menang tangan aku memasak dan melayan pelanggan . setiap malam aku "...