Posts

Showing posts from October, 2011

~ dalam kesepian ada keindahan ~

Image
lewat dinihari aku kembali
walau kau tiada lagi
aku tetap kesini
daerah ini menanti 
masih begini...sepi


telah aku tinggalkan
hiruk pikuk di sana
sengit membosankan


tanpa kau di sisi
dalam terasing di sini
aku gagahi hati
pekat malam tak ku peduli...



aslinahali
011111


~ dalam kesepian ada keindahan ~







~ Amarah ~

Image
pernah kah anda MARAH ?
apa kah sebab nya anda marah 
tekanan perasaan yang hebat
atau syaitan yang merasuk dalam darah ?


pernah tengok ada orang tiba-tiba marah ?
kadang-kadang kita naik takut
bila tiba-tiba seseorang naik marah


kalau marah bersebab , kita masih boleh terima
tapi kalau kita di marah tanpa sebab, apa kita rasa ?
tentu kita tertanya-tanya
dalam hati meneka-neka...apa kah punca ?


hendak kita tanya orang yang sedang marah itu
takut bertambah naik angin pula
dalam hati kita fikir, apa nak buat dengan dia
kalau kita cuba nak tenteram kan hati nya
takut pulak tak di terima
silap-silap kita jadi mangsa, dapat "penampar percuma"


nak di biarkan saja tak tahan rasa jiwa
marah nya "beraja di mata bersultan di hati"
akhirnya orang yang lembut hati akan makan hati...


sering yang jadi mangsa , orang yang tak berdosa
bila orang yang marah tak tahu nak membeza
yang mana intan yang mana kaca
di anggap serupa dan sama saja
akhirnya semua orang tak suka


pasti orang yang cepat marah
buruk dan …

... aku , dia , mereka...

Image
Aku Anak Bangsat


aku anak bangsat
melarat merempat
aku bukan siapa siapa
tak punya apa apa, tak berharta
aku hanya mau hidup
mau terus hidup


di sini aku menumpang sekejap
di lorong gelap
bertilamkan kotak yang aku songlap
aku mau lelap...
dengan perut ku yang kosong
hanya menelan air liur di kerongkong
ahhh...di dalam ada lagu berkeroncong
tolong...!


siapa yang mahu tolong ?
kalau pun aku terjerit , meraung
engkau malah mencemuh
memandang aku pun tak acuh !


sebab engkau manusia angkuh
punya harta tak habis sampai keturunan yang ke tujuh
kau langsung tak memberikan aku tumpang berteduh
manusia seperti ku akan kau cemuh !


dimana kah rasa belas kasihan
mana hilang rasa kemanusiaan
bila manusia seperti ku, tak ada siapa yang berkenan
bersepah di jalanan...menyemakkan !


aslinahali
090710












Bila kah Sudah...Bunda ?


engkau kah itu
di hadapan ku
saat ku tatap wajah tua mu
kedut kedut seribu
tak berupa bagai dulu


bertanya dalam diri
masih kah gigih
mengerah tulang empat kerat
memercik keringat
melawan penat, menahan tenat


langkah tak …

~ Aku Bukan Penari ~

Image
~ Aku Bukan Penari ~
lentik jemari ku tak berseni lagi...aduh...! bisa kah aku menari mengikut rentak ini ? terasa perih dan letih meningkah tari dan aku cuma bisa  bernyanyi di dalam hati cukuplah setakat ini pentas ini bagaikan api memanas telapak kaki gendang yang kau palu bagai meragut jantung ku rela kan aku berhenti sampai di sini kerana aku bukan seorang penari hanya mencuba beberapa kali namun aku gagal lagi di pentas tari beraksi
aslinahali 281110


~ Aku Bukan Penari ~ 2
bukan kah sudah aku membilang henti kan saja paluan gendang mu kerana aku bukan tak mahu menari mengikut irama itu begitu keras dan kaku lenggok ku tak serupa tingkah mu rentak mu keras memukul gegendang sedang aku hanya lebih senang berdondang sayang engkau pasti merasa jemu aku berlagu terus mendayu kerana berkali-kali ku cuba untuk menari setiap kali itu lah aku gagal beraksi di pentas tari tak berseni
aslinahali 241210
~ bertembang ...seorang...~






~ dusta ~

Image
cinta ku hanya satu namun cinta mu beribu mahu ku hanya kamu tapi mahu mu lebih dari aku
sayang ku buat mu selalu sayang ,  kamu cuma  membeku setia ku pada mu tulus rupa nya setia mu telah pupus
pinta ku penuh ikhlas malang nya pinta mu ingin berbalas harap ku bersama bahagia nyata harap mu sekadar bersuka
hati ku penuh redha sayang... di hati mu penuh dusta
aslinahali









... biru hati ku...

Image
remang senja itu terlalu berat melepas mu mampu kah aku gengaman mu pun kukuh tak sesaat melepas ku
apa pun yang hadir terima lah segala takdir yang tak pernah mungkir pesan mu yang terakhir
dan aku pun merelakan dalam keterpaksaan terlerai genggaman tangan mu lalu biru hati ku...
aslinahali








~ bila meminjam usah di peram ~

Image
Nia berkahwin dengan Zul setelah dua tahun kematian suami nya. mereka memang pasangan kekasih semasa remaja. namun cinta mereka tidak sampai ke jinjang pelamin, kerana dalam waktu yang sama Zul bermain cinta dengan gadis lain, Tina. Tina pula telah mengandungkan anak Zul, perjudian dalam cinta tiga segi itu di menangi oleh Tina yang bertindak melulu. sanggup menyerah kan kesucian diri hanya kerana mengejar cinta seorang lelaki. maka demi kerana rasa tanggung jawab, mereka berkahwin akhir nya, di saat perut Tina sudah memboyot hampir nak melahirkan.
Tinggal lah Nia terkapai-kapai sendiri tak tentu kemana nak bawa hati. kekasih yang di cintai memungkiri janji. namun begitu keluarga Zul kalau boleh nak kan Nia sebagai menantu. jadi hubungan mereka tetap berterusan masih baik dan sering Nia mengunjungi rumah keluarga Zul.
Apabila Nia bertemu jodoh dengan arwah suami nya hubungan mereka masih juga berterusan. Tina pun tidak kisah, kerana dia menganggap Nia sebagai saudara nya pula. masing-masing sudah berke…

~ bau harum sundal malam ~

Image
siang tadi aku lewati tanahmu di situ berdebu ada busuk terhidu sungguh aku bersyukur di sini di tanah ku ini masih sama bunga-bunga ku mekar menawan tanahku terbau haruman


~ bau harum sundal malam ~






di sini  bagai kemaren dingin angin menyepuh wajah harum bau sundal malam masih menyapa di laman tika begini
~ tanah ku masih sama ~







tika lena mu aku hadir lewat dinihari embun mula menitis semilir angin membelai harum sundal malam