Posts

Showing posts from July, 2011

~ Zaki ~ ( 4 )

Image
Pada tahun 1980 , salah seorang rakan sekerja kami telah menganjurkan satu rombongan untuk ke Kota Tinggi dan Pantai Lido di Johor. Zaki mengajak aku untuk turut serta, manakala Jan pula mendesak Chandra untuk pergi bersama sebab dia merasa tidak senang hati bila mendengar aku bersetuju untuk pergi bersama Zaki. Seboleh-boleh nya dia tidak mahu kalau tertinggal dari turut serta, cemburu kan aku sangat.  Tak sangka dia akan ikut kemana saja aku dan Zaki ingin pergi, walau pun pada ketika itu aku sudah tidak takut lagi untuk keluar berdua saja dengan Zaki. 
Aku sudah membuat keputusan, bahawa sekiranya Allah mengizinkan hubungan aku dan Zaki menjadi rapat, aku terima dia sebagai teman lelaki, sebab Latib terkadang sangat membosankan,sering mengelak bila aku ingin berjumpa,  tambahan pula aku telah mendengar berita dari kawan-kawan nya yang rapat, mengata kan dia bermain kayu tiga di belakang ku. Dia sebenar nya mempunyai teman wanita lain selain dari aku. Jujur aku katakan, aku tidak suk…

~ Zaki ~ ( 3 )

Image
Tahun baru bermula, tugas di tempat kerja kian bertambah, permintaan dari German kian meningkat,  memerlukan kami di " line " bekerja keras untuk menambah pengeluaran produk kilang. Aku terpaksa bekerja lebih masa di hari ahad.  Kualiti perlu menepati permintaan , aku semakin teruk bekerja, selalu kurang tidur sebab masa berehat di hari ahad telah terganggu. Namun begitu aku gembira sebab bila pagi sebelum jam 8, aku sempat minum pagi bersama Zaki, kerana jam 7 dia telah habis shift malam. Satu jam itu ada lah masa untuk aku berbual-bual dan minum bersama nya, di rumah aku tidak sempat bersarapan pagi kerana mengejar waktu, takut tertinggal bas. Jadi hubungan kami semakin mesra, dia lah juga yang menjumpai semula dompet ku yang hilang pada malam dinner sebelumnya...... terjumpa di dalam tandas lelaki. Ada tercampak di lantai, duit semua sudah tiada, hanya kad pengenalan aku saja yang tinggal. Aku bersyukur walau pun duit yang hilang tidak lah sebanyak mana tapi yang penting k…

~ Zaki ~ ( 2 )

Image
Semenjak di tempat kan dalam satu " line " dengan Zaki  di kilang, hubungan kami semakin rapat. Dia seorang Line Leader yang bekerja tiga shift, mana kala aku pula Quality Controller yang bekerja mengikut waktu pejabat. Namun sering kami akan keluar minum pagi bersama bila dia bekerja jam 7 pagi hingga 3 petang. Dan akan bersama minum petang bila dia bekerja jam 3 petang hingga 11 malam. Cuma waktu yang kami tidak dapat makan minum bersama ialah apabila dia bekerja jam 11 malam hingga 7 pagi. Namun begitu dia akan selalu  meninggal kan nota di locker apabila kami tidak dapat bertemu.  Mengapa dia begitu mengambil berat tentang aku, aku menjadi hairan. Sedangkan dia sudah ada " girlfriend " yang cantik ketika itu. 
Pada aku pula, hubungan rapat dengan nya aku anggap biasa sebagai rakan sekerja. Aku melayan dia dengan baik, sebab dia juga melayan aku baik sekali. Kadang-kadang ada masa nya kerja yang menimbun membuatkan aku pernah juga tidak sempat untuk keluar minum,…

~ Zaki ~

Image
Tiga puluh dua tahun telah berlalu, namun satu nama itu belum terhapus dari ingatan. Kekal hingga ke hari ini. Perhubungan aku dan dia terjalin semasa kami sama-sama bekerja sementara menanti keputusan SPM. Dia seorang yang terlalu kacak pada pandangan mataku, dan pada pandangan ramai orang juga. Memang seorang yang sangat "handsome", berkulit putih kemerah-merahan, ketinggian 5kaki 8 inci, cuma sedikit kurus berbanding sekarang. Maklomlah masa remaja biasa nya badan belum naik seperti orang yang sudah berkahwin. Seorang yang lemah lembut, pemalu, berbudi bahasa dan sangat berhati-hati bila berkata-kata.
Bukan seorang dua yang menaruh hati pada nya, ramai gadis-gadis yang tergila-gilakan dia mentelahan pula dia seorang yang pandai bergaya, penampilan nya sentiasa kemas dan menarik serta sentiasa kelihatan bersih. Aku tidak pernah jatuh cinta kepada "lelaki" ini, sekadar meminati dan menyukai wajah dan keterampilan nya sahaja. Bukan kerana aku jual mahal, tidak...cuma…

~ Keliru ~

Image

~ Keliru ~

Image
Dalam kehidupan ini berbagai ragam manusia telah aku temui. Ada yang baik tak kurang juga yang tidak baik. Terkadang aku penat dan keliru dengan sikap berbagai-bagai dari mereka. Memang aku senang berkawan dengan siapa saja, pernah aku kata kan dulu , aku tak mengira umur samada tua atau muda, mahu pun sebaya. Yang penting bagi aku ialah keihklasan untuk berkawan. Boleh kata kan aku sayang semua rakan-rakan, walau pun ada insan-insan tertentu yang mendapat keistimewaan lebih dari ku. Itu ada lah perkara biasa, HATI manusia bukan nya boleh di paksa. Begitu juga dengan hati aku. Kerana aku insan biasa yang tiada apa-apa kelebihan dan aku tidak maksum maka nya aku bersikap sama dengan manusia yang lain. Bohong lah kalau aku katakan yang aku melayan semua orang sama saja, tiada seorang pun yang terlebih dan tiada seorang pun yang terkurang mendapat perhatian dariku.
Tapi cuma satu yang membuat kan hati aku melekat dengan beberapa orang kawan perempuan dan beberapa orang kawan lelaki ini i…

~ Ice Lemon Tea ~......" lagu ni tak ada kaitan langsung kan, tapi aku rasa memang aku tak harus melawan arus........sakit buat cara SAKIT !

Image

~ Ice Lemon Tea ~

Image
Terjaga dari lena tiba-tiba, aku tidak dapat untuk tidur semula. Kesejukan ini bukan main, aku menggigil dingin, rasa ini sampai ke tulang hitam ku.....kebas jari jemari, untuk menyentuh air di pili juga aku tak tahan sama sekali. Selimut tebal seolah tak mencukupi untuk membalut tubuh ku. Tapi keinginan ku saat demam ini juga bukan main lagi.....teringin segelas ~ Ice Lemon Tea ~.....bayang kan yang dingin........aku mahu minum Ice Lemon Tea saat ini !
Kata orang kalau tekak tak sedap, minuman masam-masam manis memang sesuai. Sangat teringin, mana aku nak cari malam-malam begini Ice Lemon Tea yang sangat sedap. Bubur yang di beli hanya tersimpan dalam peti sejuk. Tak berselera untuk aku jamah lagi, dan sekarang ini aku hanya teringin segelas ~ Ice Lemon Tea ~ 
Semenjak lima hari ini selera ku menyusut, fikiran berserabut, aku cuba melawan sakit namun hakikat nya aku tak mampu melawan ketentuan Tuhan. Ya Allah, sakit yang engkau beri kan ini biar lah menjadi penawar segala dosa-dosa ku.…

~ Dugaan ~

Image

~ Dugaan ~

Image
Bersendirian dalam menempuhi ujian dan dugaan dari Allah memang merupakan satu hal yang bukan senang. Dalam kekentalan jiwa , terkadang hadir jua rasa lemah dan seperti mahu mengalah. Dugaan demi dugaan datang , berkali-kali hingga hampir  ranah sekeping hati. Namun , hidup bukan untuk sehari, belum tentu esok akan mati. Perjalanan  harus di terus kan, tak mungkin terhenti di sini. Biar kaki tersandung batu-batu di jalan, darah luka nya adalah dakwat yang menulis kan sebuah kisah di kanvas kehidupan.
Di rempuh hingga jatuh, masih mampu bangun untuk terus ke hadapan. Bukan sekali tersungkur, malah rebah dan parah, namun tiada mengenal payah dan kalah. Selagi dapat berpaut, onak dan duri di kanan kiri tak di peduli, walau pun luka calar nya amat pedih....demi untuk menerus kan perjalanan yang harus tiba ke destinasi. Bukan mudah bertemu impian, harapan harus kesampaian, tidak hanya separuh jalan !

aslinahali 020711