Saturday, October 24, 2015

Biar masa menentukan .

 a



Sedang kan pantai lagi berubah , ini pula manusia yang hati nya di pegang oleh Allah SWT.
aku tetap bersabar dan berdoa semoga suatu hari yang manis itu akan tiba jua.
hanya Allah yang tahu apa yang terkandung di hati ku.
biar lah seteruk apa pun anggapan mu pada ku , itu bukan hal yang membuat aku bersedih melayani hati .

kita manusia , sekejapan hati akan berubah jika dibalikkan oleh Allah.
hari ini kebencian amat ketara , kemarahan beraja di mata , kemahuan fikiran bersultan dihati.
setiap apa yang aku lakukan bukan hal yang baik bagi pandangan mata mu.
seringkali kata-kata ku , kau salah mengerti.
setiap coretan ku kau tatapi dengan penuh kebencian dan keji.

itu yang menghairankan ku , engkau membenci namun tak berhenti mengintai setiap apa yang aku bentangkan untuk tatapan orang lain.
cemburu atau apakah di hati mu ?
kali ini  memang sengaja aku bertanya pada mu ... 
yang jawapan nya hanya engkau sendiri yang tahu !

tidak menjadi hal yang penting jika kau membenci diri ku .
aku bukan minta untuk di sanjung setinggi langit namun jangan pula untuk sesuka hati kau menghina tanpa usul periksa yang nyata.

sebenar nya aku tahu banyak hal yang telah berlaku namun seperti ramai yang sedia maklom  aku seorang yang perahsia.
bukan mudah untuk mencungkil rahsia yang tersembunyi diam di hati selama bertahun-tahun ini.

jika kemarahan mu itu baik bagi mu , maka silakan untuk terus memarahi ku.
tapi harus di ingat , sejauh dan selama mana hati akan membenci ?

aku akan terus berdiam ...pun selama mana ?
dan aku tidak berjanji untuk selama nya menyimpan rahsia hati.

hanya yang ingin aku kata kan  pada mu , 

@ Setiap yang membaca Al-Quran ,  yang telah menjadi makanan jiwa nya ... mengapa hati nya ada yang masih tidak dapat di bersihkan ?

Jika setiap manusia yang mengakui Islam agamanya , mengapa dalam kehidupan harian tidak mengikut dan mengamalkan ajaran Al-Quran ?

Banyak orang hanya pandai cakap dan tak tahu buat apa yang dia cakap.
Banyak orang yang hipokrit.
Di luar nampak cantik tapi didalam tersangat jelek.
Nampak alim dan warak , tak kira lelaki mahu pun perempuan ... hati di dalam kotor dan busuk !!!


#Jane ... selaraskan rasa dalam apa jua ketika ... biar masa menentukan kan sebuah kebenaran ...itu pun  jika di izinkan Tuhan.



Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...