Posts

Showing posts from August, 2012

~ LATIF ~ ( 2 )

Image
... selama hampir 3 bulan aku bekerja sementara di kilang kasut itu , keputusan SPM pun sudah di tangan , aku dan Ijot berhenti kerja.
kami sibuk mengisi borang permohonan untuk melanjut kan pelajaran di mana-mana pusat pengajian tinggi.
malang nya aku dan Ijot gagal untuk meneruskan pelajaran ke universiti atau maktab perguruan.
yang pelik nya kawan-kawan aku yang agak kurang bijak di sekolah dan gred mereka pun lebih kurang sama macam gred aku , berjaya pulak masuk ITM , dan di beberapa buah maktab perguruan , nak tahu kenapa ?
'kabel' lah ... anak orang kaya , mak bapak boleh 'jolok' bawah meja  ... hehehe

... tapi bukan semua lah , ada yang memang nasib dan gred mereka betul-betul baik ... aku bukan cemburu , tapi 'berbulu' jugak lah , sebab 'kawan-kawan' aku yang ramai jadi cikgu sekarang ni aku tengok , banyak perkara yang mereka tak tahu ... cikgu apa kalau macam tu ?
sepatutnya , semakin lama bekerja sebagai guru , semakin banyak yang mereka tahu , ka…

~ LATIF ~

Image
... sekian lama aku simpan 'kataku' menjadi  rahsia 'jiwaku' ...
dan sekian lama juga aku simpan satu nama yang pernah mendapat tempat pertama di tahkta hati ku.
tidak ramai yang tahu , kerana aku dulu sebenar nya seorang yang sangat 'berahsia'.
namun kini aku ingin berkongsi rahsia yang 'rasa' nya tidak perlu di simpankan lagi.
biar ramai yang tahu , betapa satu 'nama' itu pernah mengajar aku tentang erti 'cinta' yang sebenar nya.

ya ... nama yang sungguh indah , ' Abdul Latif ' ...
seindah  dan setenang rasa ku ketika bersama dengan nya 32 tahun yang lalu.
selama  kurang lebih 4 tahun bersama nya ,  banyak mengajar aku erti 'cinta'.

ketika aku habis menduduki peperiksaan SPM , usia aku hampir mencecah 18 tahun.
sementara menanti keputusan peperiksaan , aku bekerja di sebuah kilang yang terletak di pinggir bandar sebagai seorang operator menjahit kasut.
kebetulan seorang kawan sekolah aku , Ijot ( nama sebenar dia Halijah ) sama-s…

~ setia bersalut dusta ~

Image
.... sudah terlalu lama aku tidak menulis di sini , 
ruang sempit dan pengap ini  semakin sepi , sunyi tak terisi ... 
ketandusan kata kah aku ?
kering kah sudah jiwa ku ?
tiada sebaris kata pun yang aku titipkan sejak lama ... 
terbiar begitu saja tanpa sedar , 
masa menjangkau kurang lebih tiga purnama berlalu percuma.

aku kah yang terleka , atau sengaja membiarkan masa berlalu sia-sia ?
ingin saja aku meluah kan semua yang terbuku di hati selama berdiam diri ini.
saat jari jemari ku melentik menari lagi , aku semakin di datangi segala 'silam 'yang terpendam.
satu demi satu , ianya bagai kan persembahan lakon layar yang sedang aku tontoni , 
jelas dan nyata depan mata hati saat ini.

... permainan sandiwara manusia durja yang bertopeng kan sifat mulia , menjadi kan kata jiwa lara....
hanyut dan lemas dalam alunan indah yang lembut mempersona namun akhir nya Sang Pemilik Jiwa
 menyedarkan , betapa hebat nya sebuah lakonan , hingga terfana di alam nyata.

... apa yang telah aku laku kan sejak …