Posts

Showing posts from 2017

Indah Masih Di Hati ( 4 )

Image
hari terakhir di Yogyakarta , aku masih belum puas sebenar nya melawat bandar ini.
namun kerana waktu yang terhad aku terpaksa pulang ke Malaysia ,
kampong laman nan di tinggal kan seketika .
dan Yogyakarta tidak mungkin terlupa dengan mudah dari jiwa.

pagi sesudah sarapan di hotel , Pak Totok siap menanti di lobi untuk membawa aku melawati Chandi Borobudur.
sebelum ke Borobudur , aku di bawa ke Kraton untuk melihat istana Sultan yang dulu.
tempat yang masih penuh dengan budaya dan kerjatangan orang-orang istana.







sewaktu menunggu masa untuk mengisi perut yang lapar dan tekak yang dahaga .

 ini Ending , salah seorang yang tinggal di kawasan istana yang telah menjadi kawan aku . Alhamdulillah , ALLAH temukan aku dengan nya , seorang yang sangat baik hati yang sanggup menemani kami ke Masjid Bawah Tanah di Kraton. InsyaAllah , kami akan bertemu lagi jika dengan izinNYA.

cuaca sangat panas waktu itu.
sesampai di Borobudur kena lah sewa payung untuk mengelakkan panas yang memerit.
di sini …

Indah Masih Di Hati ( 3 )

Image
ini lah Pak Indro Suwarto Hadi Purnomo yang mesra dengan panggilan Pak Totok  ( Totok itu adalah tempat asal nya )
hari ketiga kami berangkat sejurus solat subuh .
suasana masih gelap ketika kereta menuju merapi di Kaliadem.
Kali bermaksud sungai dan adem membawa maksud sejuk ( jadi nya Sungai Sejuk )
hehehe , kadang-kadang lucu juga bila berada di tempat orang .
banyak perkataan Jawa yang aku pelajari .

walaupun aku ramai kenalan di Facebook yang berasal dari serata Indonesia ,
aku hanya sempat bertemu dengan seorang dua saja di Yogyakarta.
masing-masing ada tugasan dan hal sendiri yang perlu diuruskan.
jadi tidak sempat kami bertemu.

salah seorang kenalan aku di Facebook iaitu Donny Santoso .
walau pun sekejap saja Donny masih sempat meluangkan masa bertemu aku di lobi hotel tempat aku menginap.
Alhamdulillah , ALLAH izinkan kami menjalin tali silaturahmi /silaturahim dan kami serasa seperti sudah biasa berjumpa.
perbualan langsung tidak kaku , kerana Donny juga seorang yang begitu…

Indah Masih Di Hati ( 2 )

Image
hari seterus nya di Yogyakarta ,  sebelah pagi aku ke Kalibiru ( Kali bermaksud Sungai jadi ianya membawa nama Sungai Biru ) .
di sini juga sukar untuk sampai , perlu menaiki jeep .
tempat ini ramai orang yang berkunjung , tiba-tiba waktu hendak pulang aku terlihat sepasang suami isteri yang aku kenal.
mereka berasal dari Gedong Lalang , Ampangan , tempat aku membesar.
aku tegur isterinya dan kami sempat berbual mesra.
kata nya mereka sudah mahu pulang ke Malaysia petang itu juga.
tapi aku masih mempunyai dua hari lagi disini.

sedang di Seremban kami jarang bertemu , tapi ALLAH temukan kan kami di tempat orang dan begitu jauh pula.
ini lah keajaiban Nya.
MasyaAllah , begitu lah kehendak Tuhan yang Maha Esa.
bagaimana aku mahu menidakkan kuasa ALLAH ?

petang ,  kami dua beranak ke Parangtritis Beach , aduhai sangat indah dan menawan hati pantai nya.
sesuai untuk melihat terbenam nya matahari .








 kuda yang membawa kami , nama nya Cemplok .












Indah Masih Di Hati ( 1 )

Image
Mei 2017 aku berlepas meninggalkan Malaysia sekali lagi , menuju Yogyakarta.
jam 6.30 pagi  pesawat terbang membawa kami dua beranak .
setiba nya di Adisutjipto International Airport jam sudah 9.30 pagi kurang lebih kerna Indonesia cepat sejam dari Malaysia.

sudah tersedia menunggu kami di lapangan , Pak Totok supir yang telah di tugas kan oleh Pak Nizam .
oleh kerana aku hanya berdua dengan anak ku , kami tidak banyak karenah.
setelah berkenalan serba sedikit , kami di bawa menuju Timang Beach .
susah nya nak sampai ke pantai tersebut , harus meninggalkan kereta dan kami memilih menaiki ojek.
wah ! tak sangka jalan yang penuh berbatuan menyulit dan menyukarkan perjalanan.

Budi , nama budak lelaki yang membawa aku kata ,
 " Mak  , bukan neraka sahaja yang jahanam , jalan ini juga jahanam Mak "
aku tergelak gelihati , tapi dalam hati berfikir , lepas ke tidak nak ke pantai sebab seumur hidup aku belum pernah menaiki motor dengan laluan berbatuan sepanjang dua kilometer .
ras…

Kerana Kau Lelaki

Image
duhai  kau terlahir sebagai lelaki punya satu nafsu  sembilan akal kau tetap lelaki yang mewarnai dan melengkapi hidup seorang wanita
kau mencintai  menginginkan wanita yang menghiasi dunia mu
terima kasih duhai lelaki tanpa mu wanita tak berarti.
aslinahali 11.17 pm 25/5/2017




wanita tanpa lelaki bukan tak boleh hidup tapi kehidupan mereka sunyi.
ALLAH menjadi kan manusia berpasang-pasangan ,
dari kalangan suku kaum dan bangsa supaya manusia berkembang biak .
ada nya lelaki dan wanita , hidup akan lebih indah .
jangan wanita mendabik dada boleh hidup sendiri , sebab satu masa pasti mahu berumah tangga .
pasti mahu punya zuriat , dan itu lah sebab nya ALLAH menjadikan lelaki hadir dalam hidup wanita.
saling lengkap melengkapi , saling menyayangi dan saling mencintai antara sesama.

adalah satu pembohongan besar jika wanita tak memerlukan lelaki dalam hidup.
berapa ramai wanita yang tidak berkahwin melahir kan rasa kesunyian mereka.
aku mempunyai beberapa kenalan yang masih menanti lela…

| ماهر زين - يا نبي سلام عليك...LELAKI TERAGUNG

Image
hampir dua puluh tahun dia menyimpan rindu yang mendalam , rindu yang sukar di lafazkan . semenjak itu cinta nya semakin kuat hari kehari . apabila menyebut nama nya , dia menitiskan airmata . apa bila rindu itu bertandang tanpa diundang , dia menangis seperti anak kecil kehilangan Mak. hanya beberapa orang saja yang tahu siapa Lelaki Teragung yang menjadi kekasih senyap nya.
tidak semua orang tahu siapa orang nya. tidak dia mencerita kan pada sebarang orang. kerana kebimbangan nya tentang fitnah yang datang dari mereka yang tidak memahami.
pernah dua orang kawan rapat , yang telah pun menjadi arwah memberitahu kan hal yang mengejutkan nya. tentang Lelaki Teragung itu , jika dia benar-benar melihat wajah nya bermakna dia akan menemui ajal . maka tersimpan lah dengan rapi tentang Lelaki Teragung yang dikasihi nya.
malam itu , sebenar nya dia bermimpi ... di dalam sebuah masjid , ramai orang yang menyesakkan . dia berdiri untuk solat , disebelah tabir hijau pekat itu lah, betul-betul b…

Janji Yang Terlupa kan ...

Image
KITA , manusia yang sering terlupa , sering engkar , sering enggan mematuhi JANJI . kita leka dengan dunia yang tak menjanjikan kebahagiaan di akhirat. kita engkar dengan janji pada Tuhan sewaktu menandatangani perjanjian sebelum kita terlahir didunia. kita mungkir janji pada Tuhan.
sebelum kita lahir didunia , semua nya telah kita tandatangani dengan Sang Khaliq. pada hari sekian , masa sekian , kamu akan menempuhi sekian hal , ada kah kamu setuju ? Ya , aku setuju Ya ALLAH ! itu janji kita dulu sebelum ada didunia. itu yang kita ucapkan pada NYA. namun apabila kita semakin tahu sedikit tentang hal dunia , kita mula melupai Pencipta kita . hal-hal remeh menjadi tarikan untuk hidup. harta , pangkat dan kedudukan menjadi keutamaan , menjadi rebutan. kita terlupa tentang Tuhan.
kekayaan membuta kan kita. kita kejar dunia yang sementara. kita merebut benda dan perkara yang menjauhkan kita dari Tuhan. kita sebenar nya pelupa , terlupa dan terkadang sengaja melupa kan !
ALLAH tidak pernah…

ALANG ...

Image
tanggal 24.01.2009 , tarikh yang tak pernah aku lupa kan . setiap hari , setiap usai solat ,  doa ku untuk nya tetap ada . nama nya tak pernah hilang walau sehari. Abdul Rashid Abdul Rahman , satu nama yang indah , yang pernah bertahkta di hati sejak lama . dia pengubat duka lara ku , dia guru ku , dia suami ku yang pertama.
petang itu , di wad kecemasan hospital KPJ , aku mengusap dada nya dan berkata perlahan ,  " Alang , kalau lepas ni doktor nak bedah , As sign ya ? " dia tersenyum sambil mengangguk kan kepala . tiba-tiba dia  memeluk ku  dan saat itu lah hembusan nafas nya yang terakhir terdengar kuat . ALLAHU AKBAR  ! Alang pergi saat dia sedang memeluk ku ...

dia telah lama pergi namun tidak pernah dalam sehari aku melupa kan nya . kata seorang sahabat baik ku Aisyah ,  " As , redha kan dia , As kena teruskan hidup . Jangan terlalu mengingati yang telah tiada. " tapi aku kata pada Aisyah ,  " As hidup dengan kenangan bersama nya , dengan kenangan itu A…

aku tahu asal ku ...

Image
ALLAH sentiasa menerima taubat hambaNYA yang memohon bersungguh-sungguh. biar buruk dipandang manusia asalkan ALLAH memandangku dengan kasih NYA. tidak aku  mengimpikan penghargaan manusia atas perbuatanku  kerana itu semua tidak bermakna . sikap manusia memang selalu berubah , jika hari ini aku di sanjung kerana sesuatu kejayaan , esok mungkin akan di hina jika aku tersilap dengan hanya satu kesalahan. ini lah hidup , keras dan mencabar !
aku pernah mempunyai seribu keinginan ,  tetapi keinginan ku untuk mengenal ALLAH mencairkan seluruh dunia. bukan bermakna kini aku membuang duniawi ,  cuma keinginan mendapat cinta sejati dari Sang Khaliq meleburkan semua hasrat yang bersifat sementara . jika aku mengejar dunia , dunia akan berlari jauh dari ku. namun jika selangkah aku merapat pada NYA , seribu kali DIA mendekat.
aku jalani kehidupan ini dengan rasa syukur seadanya . ujian di beri kan ALLAH tidak sama bagi setiap hambaNYA. untuk menjadi diri sendiri perlu kenal diri ,  kenal diri…

Dari ALLAH engkau datang , kepada ALLAH engkau berpulang .

Image
disini  telah mekar berbunga kuntum-kuntum cinta
beribu kali menyebut nama mu tanpa jemu
bergema lah suara-suara kalbu yang merindu terbawa angin , semakin jauh sayup-sayup tinggi kelangit .
aslinahali 15.03.2012

Innalillahi wainnailaihi rojiun , Al-Fatihah buat guru ku Sheikh Mohd. Murtadza Sheikh Ahmad , mantan mufti Negeri Sembilan. pemergian nya aku terima dengan rasa sebak di dada. dia guru ku di Tarekat Ahmadiyah , yang membimbing beribu-ribu jemaah dalam majlis zikir di Pondok Rasah.  aku hanya insan kerdil yang terselit dalam ribuan jemaah lain. Kalimah LAILLAH HAILLALLAH seribu kali yang bergema dari suara jemaah , Ya Lattif , Ya Wadud , Ya Haiyun Ya Qaiyum  Ya Dzaljalal liwalikram... suara yang bergema itu terngiang-ngiang segar di ingatan.
ALLAHU AKBAR , telah sampai janji yang terpatri , engkau tetap pergi jua. kami mendoa kan semoga ALLAH meredhai mu guruku. tidak akan sesaat tercepat mahu pun terlambat , apabila ALLAH telah memanggil kita untuk berpulang kepada NYA , ma…

Jalan Masih Terbuka .

Image
apa-apa pun hidup harus terus .
hidup bukan sekadar berdiam diri dan terus meratapi takdir.
mengharapkan langit menurunkan hujan emas.
kita manusia mahu makan , mahu pakai ,
mahu selesa walau pun tidak kaya.
dan justeru kerana itu , yang berlalu biarkan lah berlalu.
segala kepahitan , segala kemanisan sudah pun kita cecap dan telan.
itu semua pelajaran berharga buat kita.

jika pun takdirnya tertulis bahawa yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti .
namun bagi sesetengah banyak orang , yang patah tak pernah mahu tumbuh lagi .
dan yang hilang sukar untuk bertukar ganti kerana ianya tak akan sama dengan apa yang pernah kita ada pada sebelumnya.

maka ... adalah lebih baik kita bertanya hati sendiri .
apa kah kita mahu terus dengan hanya memandang
dan membiarkan peluang yang datang berlalu percuma dengan sia-sia ?
tanpa memberi sedikit ruang untuk kita berfikir mungkin ada sinar menanti di penghujung hari ?

muhasabah diri , tanya hati berkali-kali apa yang kita mahu dalam hidup i…

BUDI ...NOTA UNTUK RAZLINA

Image
awal December 2016 , aku memandu kereta menghala ke utara Semenanjung Malaysia.
seorang diri memandu , menikmati keindahan negara sendiri .
tiada perancangan awal , hanya entah mengapa hati ku rasa ingin ke utara .
setelah siap memasuk kan pakaian dalam bag aku meminta izin suami untuk mengembara sendirian.

tempat pertama yang aku tuju ialah Cameron Highlands.
sampai di Tanah Rata hari sudah hampir maghrib.
aku check in di hotel Parkland.
usai solat , aku memandu kereta menyusuri pekan kecil yang sangat sibuk sebenarnya.
setelah perut terasa lapar aku pulang ke hotel dan makan malam seorang di gerai berhampiran sebelum naik untuk tidur .

Cameron Highlands banyak menyimpan kenangan bersama arwah suami pertama dan anak-anak ku.
di sana lah tempat aku dan suami melepaskan lelah setelah penat berniaga .
kami sering bercuti kesana semenjak anak pertama masih kecil.
sehingga lah kali terakhir aku bercuti dengan nya di Cameron Highlands pada tahun 2006.
semenjak arwah suami pergi untuk sela…

Selat Melaka menyambung tali saudara ...

Image
December 2007 aku meninggalkan Malaysia menuju Jakarta , Indonesia .
itu lah kali pertama aku menjejakkan kaki di Indonesia ,  bumi asing bagi ku.
dengan berat hati arwah suami melepas kan aku dan Nadia serta yang lain nya ,
sebab kami tak pernah berpisah semenjak berkahwin.
kemana-mana selalu bersama tetapi kerana tugas nya menguruskan perniagaan jadi terpaksa juga dia merelakan kami pergi.

waktu itu aku bersama anak ku Nadia dan adik ku membawa tiga anak lelaki nya .
kami ke Jakarta kerana adik ku setiap cuti sekolah hujung tahun akan bercuti di tempat suami nya bekerja.
penerbangan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ,
kerana pesawat yang kami naiki mengalami kerosakan sewaktu baru 10 minit berada di udara...
itu pengalaman pertama terkandas bila menaiki pesawat..
saat pesawat bergegar di udara aku lihat penumpang mula gelisah , tapi aku dan adikku tenang saja sambil berdoa semoga semua nya akan baik-baik kembali.
akhir nya pesawat  kembali mendar…