Posts

Showing posts from September, 2016

~ KASIH MAMA UNTUK MU ~

Image
21 September 1991 , ada lah hari yang mama berjuang sekali lagi dalam hidup ,
saat akan melahirkan kan mu duhai anakanda tercinta .
setelah dua hari di klinik , kamu di lahir kan dengan selamat dan mama pengsan sesudah itu.
berkembar darah , tumpah darah , itu yang mama alami .
kamu lahir , sangat cantik , putih bersih dan berat hampir mencecah 4 kg.

tak perlu mama cerita kan bagaimana  kepayahan mengandungkan mu ,
bagaimana susah nya mama melahirkan mu ,
itu semua sudah terpadam saat tubuh mu kudakap erat.

kamu anak manja , sangat di manja kan oleh Papa mu.
apa sahaja kemahuan mu dituruti.
selalu mama melarang Papa memanjakan kamu berlebihan ,
sebab mama tidak mahu kamu terlalu mua.
oh ya , mua tu makna nya besar kepala ...hehehe

tapi mama bersyukur , kamu membesar dengan baik , menjadi anak yang berjaya dalam pelajaran terutama Bahasa Inggeris .
berbelit lidah mama nak bercakap Inggeris dengan kamu dulu , sebab mama dari aliran Melayu.
Alhamdulillah , kamu tidak pernah mencontengka…

Citra Ilmu mu ... pelihara lah ia dengan baik

Image
susah payah kita belajar ilmu ,
sanggup kesekolah , sanggup kemasjid , biar pun jauh kita tetap mahu pergi .
hanya kerana mahukan ilmu.

emak bapak berhabis belanja kerana kita yang mereka mahu kan hidup berilmu .
tapi mengapa setelah kita berjaya memiliki ilmu , kita selalu lupa diri.
siapa asal kita , dari mana kita datang , kepada siapa kita hendak pulang ?

orang yang mengaku berilmu , tidak akan mendabik dada dengan bangga.
ikut lah resmi padi , semakin tunduk ketika berisi.
jangan megah bila kita berjawatan tinggi sehingga kita memandang rendah orang lain yang kekurangan.
rumah besar , kereta mewah , ada anak-anak , cukup segala makan pakai dan tidak perlu meminta-minta seperti pengemis , itu kah yang kita bangga kan ?
bukan kah itu semua hak ALLAH yang kita pinjam sementara ?
kalau kita mati , semua itu akan kita bawa masuk kedalam kubor ?
tak mungkin kan ?
apa yang kita bawa hanya lah amalan didunia , samada baik atau jahat.
ALLAH tidak suka orang yang bangga , tidak sedar diri…

~ Pengorbanan ... bertabah lah hati

Image
ini spaghetti oleo yang aku buat malam tadi ,  tidak habis kerana selera ku ghaib


Aidil Adha datang lagi , tahun ini seperti biasa aku masih seperti dulu.
cuma tahun ini aku tidak sihat , hanya berdiam dirumah sebab ALLAH beri cuti.
tidak kemasjid bergotong -royong bagai tahun-tahun sebelum ini .
aku terbaring di katil , tidak berdaya untuk bangkit , anak-anak faham aku sakit .

suami kerumah isteri pertama , aku memang tak kisah jika dia di sana.
bersama anak-anak nya merayakan Aidil Adha.

entah mengapa , ALLAH beri ujian sakit ini ,
aku bertahan kerana sakit itu penghapus dosa , kifarah .
ada orang yang jarang dapat sakit , sentiasa sihat dan sihat itu juga rezeki.
Alhamdulillah , apa yang ALLAH beri aku terima ,
tidak pernah sedikit pun aku membantah walau dalam hati.
cuma hanya aku kasihan kan anak-anak yang pulang , waktu aku tidak sihat.

menjelang petang , baru lah aku pulang kerumah Mak bersama anak-anak.
sebelum nya aku masih sempat masak spaghetti oleo untuk di makan di rumah…

Aku Terima Nikah nya .

Image
aku tutup semua ,
pintu dan tingkap
aku tak apa-apa
biasa tak berhubung dengan sesiapa
biasa sendiri
jadi tak perlu rasa bersalah

aku tidak pernah takut
tidak pernah ragu dengan sikap ku
sebab hanya aku yang tahu siapa aku

aku tak akan apa-apa
tak akan mati kering
tak bermaya

sebelum pintu terhempas pecah
jangan memaksa lagi
untuk ia nya terbuka

sebelum kalimah maut terucap
biar kan saja aku

masa akan menentukan
takdir yang tidak pernah mungkir
pada akad yang terucap
aku terima ...

By Aslinah Ali

apabila kamu telah membina dua kediaman
berlaku baik dan adil lah
jika tembok batu yang kukuh tertegak disana
disini jangan hanya kayu buangan
jika di sana intan berlian
disini jangan hanya gelang rotan


Surah An -Nissa' ayat 129

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu ,
sekali pun kamu bersungguh-sungguh  ( hendak melakukan nya )
oleh itu jangan kamu cenderung dengan melampau-lampau
( berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi )
sehingga kamu biarkan isteri …

belum berakhir

Image
terkejut aku semasa habis makan di kedai ,
tiba-tiba terpandang seorang lelaki sedang berjalan sambil memerhati ku.
aku amati rupa nya , sebab dia agak jauh .
oh , rupa-rupa senior sekolah aku , Jamaludin.
dia tersenyum dan datang ketempat duduk aku.

apa khabar As ?

Alhamdulillah , baik jer , u macam mana ?

I pun ok ,  I cari kedai u tapi kawan u kata u dah tak berniaga lagi.

Oh , I suruh anak buah I jalan kan perniagaan I sekarang sebab I dah kaya ... hehehehe

kawan aku Kak Mah yang duduk disebelah ketawa sama .

lama juga kami berbual , sehingga tercerita hal rumah tangga nya pada kami.
Jamal beristeri dua , dia seorang guru dan sekarang pencen awal sebab dah jemu .

Jamal ni peramah orang nya , rupa ada , ada gaya ,
bak kata handsome juga lah sebab tu masa sekolah dia ramai girlfriend.
tapi aku bukan girlfriend dia ya sebab masa sekolah aku tak pernah ada boyfriend.
lepas SPM baru nak menggatal dating dengan suami aku yang sekarang.
itu kisah masa budak-budak , perasaan nak punya bo…

Jom Masak-Masak ... dengan kasih sayang ya !

Image
aku memang dilahir kan sebagai tukang masak.
walau pun sebelum nya aku bekerja sebagai seorang Quality Controller di Kilang Kim Fashion ,
lama dah tu , lima tahun aku kerja kat situ.
selepas di Kim Fashion aku belajar gunting rambut di Fong Fong Hair Salon.
dan bekerja sebagai kerani cabuk di syarikat orang China , satu  company besar juga di Seremban.
lepas tu aku belajar mengandam pengantin dengan pusat kecantikan Seniwati Dato Sarimah Ahmad.
itu dulu punya cerita , yang telah mengajar aku banyak hal dan aku rasa banyak orang pun belajar untuk hidup masing-masing.

hidup ini kena belajar , selagi belum tutup mata sehingga ke liang lahad .
aku pernah menjadi Mak Andam yang agak terkenal suatu ketika dulu semasa muda.
jadi jangan hairan kalau seorang bekas mak andam kelihatan cantik macam aku ... hahahahaha
perasan jugak kan ?
maklom lah manusia biasa ...

aku memang suka bergaya , sebab itu ada orang kata usia aku bukan 54 tahun tetapi 40an kata mereka.
Ya ALLAH , ampun kan lah aku bi…

~ Masam - Masam Manis ~

Image
hari Sabtu lepas aku ke Melaka ,
menghadir kan diri di dua undangan perkahwinan anak rakan.
kenduri pertama di Dewan Penjara Sungai Udang ,
dan yang kedua di Kampong Tangga Batu .
meriah suasana perkahwinan di Melaka ,
dengan makanan dan ramai nya para jemputan yang hadir.

tak perlu aku cerita kan semua nya .
cukup lah kalau aku kata kan bahawa orang Melaka memang terbaik.
keramahan mereka ketara dengan senyuman dan perbualan.
bahasa mereka memang agak keras dan kasar ,
tapi itu lah keistimewaan mereka.

aku memang berasal dari Bukit Baru , Melaka .
arwah Abah memang orang sana.
ramai saudara mara yang menetap di Melaka.
hanya Abah seorang yang merantau di Negeri Sembilan.

Bukit Baru memang dalam kawasan bandar.
aku selalu pulang kampung dulu semasa remaja.
rumah arwah Pak Long menjadi tempat penginapan tetap bila kesana.

terkenang arwah Mak Long yang kelakar , baik dan peramah.
pahit kopi nya masih aku terasa hingga kini.
mee rebus arwah terkenal di Bukit Baru , menjadi jualan terlar…

Hasbunnallahu wanikmal wakil.

Image
jauh terpisah
itu tak bermakna hati turut jauh
waktu tak menjanjikan kepulangan
namun aku tetap menunggu

bila saat nya bersama
aku tak peduli
tentang lolongan anjing di malam hari
tentang sang punggok memesan rindu

persetan kan semua itu
hanya membuat galau dan igau
tak tentu meracau

telah pun aku padamkan
semua yang mengaruk maruk
yang mabuk bagai penunggang arak
hati yang gelimpangan
mencari jawapan tak ketemu

biar kan lah pecah
bersepai menyepah
tak akan kubersihkan  lagi
apa jua anggapan
apa jua makian
pada hal saat itu aku mampu
memaki dan mencarut kan
semua dusta .

biar kan lah
bukan menjadi kudis menanah
sebab hanya Tuhan yang akan mewakili .


Hasbunnallahu wanikmal wakil.


~ Zainab
10.44 p.m