Monday, December 27, 2010

Cinta Di Usia Senja ?????









Apabila isteri nya meninggal dunia, Dato' "S" seorang bekas Menteri Besar sungguh sunyi. Anak-anak nya sibuk dengan hal masing-masing, ada yang tinggal di luar negeri. Hari-hari di lalui nya sama sahaja. Pagi ke malam , berseorangan tanpa teman.


Manakala Kak Long pula seorang janda yang di cerai kan suami kaki dera. Dia bekerja mencari rezeki sebagai tukang cuci, dan juga orang gaji di rumah Dato'S, untuk menampung perbelanjaan seharian nya demi anak-anak seramai enam orang yang terpaksa di tanggung.


Kak Long bukan lah seorang yang sangat cantik jelita, cuma seorang perempuan kampong. Bersolek jauh sekali, pakaian juga tidak lah yang di beli sendiri kerana dia pakai apa yang ada, di beri oleh jiran-jiran nya.
Nak bermewah-mewah jauh sekali, anak ramai.....cukup makan pun dah di kira beruntung. Anak lelaki nya , terpaksa berhenti sekolah sebab Kak Long tak mampu menanggung perbelanjaan persekolahan nya. Dia beralah demi adik-adik nya yang lain. Anak perempuan nya juga begitu, terpaksa menamatkan zaman persekolahan sebab nak bekerja di kilang membantu Kak Long menampung perbelanjaan keluarga.


Bekas suami Kak Long pula berkahwin lain dengan seorang perempuan yang jauh lebih muda dan mereka kelihatan sangat bahagia. Kak Long menahan derita dan sengsara jiwa yang sangat menekan perasaannya. Berendam airmata mengenangkan nasib anak-anak nya. Apa lagi daya nya untuk lari dari semua penderitaan yang perlu di tanggung sendiri akibat keinginan bekas suami yang buas dan ganas. Kak Long teruk di dera mental dan fizikal, kalau nak kata bila di lihat dia seperti sudah tak berperasaan. Murung dan jarang tersenyum, nak melihat dia ketawa susah sangat. Tak berseri lah kata orang, "wajah tak berupa, pudar seri tak bermaya"........


Dato'S pula, setiap hari melihat Kak Long bertungkus lumus bekerja di rumah nya. Mungkin juga dalam hati nya berdetik, mengapa tidak dia bertanya Kak Long sendiri....sebab dalam diam-diam Dato'S mula menyimpan hasrat untuk mengambil Kak long sebagai isteri nya. Tapi perasaan malu masih menebal kerana beliau bukan calang-calang orang. Seorang bekas Menteri Besar, punya kedudukan tinggi , harta menimbun, tujuh keturunan pun tak habis makan kalau di ikut kan. Manakala Kak Long hanya seorang tukang cuci dan orang gaji di rumah nya. Sekolah pun tak tinggi, setakat darjah enam pun tak lepas ke menengah....nak bercakap bahasa "orang putih" jauh sekali, sebaris ayat pun Kak long tak faham. Setakat "yes, no, alright, thank you" jer yang dia tahu. Malu juga Dato'S kalau di fikir kan semula, maklom lah kalau nak di banding kan dengan diri nya "jauh panggang dari api" lah kata orang.


Namun kuasa Allah tak siapa dapat menduga dan menegah. Dato' S berani kan hati untuk bertanya Kak Long, apa kah sudi nak di jadi kan isteri.....hilang rasa malu bila cinta mula menguasai hati. Kak Long tergamam saat Dato'S meluah kan hasrat hati nya, menitis airmata ...bukan kerana terlalu suka nak bersuami kan seorang bekas menteri sebalik nya merasa sungguh sedih bila diri nya yang tak punya apa-apa tapi bererti di mata Dato' S. Apa lah yang ada pada diri nya, apa lah yang terlihat di mata Dato'S tentang seorang perempuan kampong yang sangat daif seperti nya. Rupa tak secantik mana, pelajaran tak seberapa, harta jauh sekali, sangat naif dalam serba serbi.


Setelah memikir kan dengan semasak-masak nya, akhirnya Kak Long mengambil keputusan yang di luar jangkaan. Bersetuju untuk menjadi isteri kepada Dato'S. Anak-anaknya terkejut, macam tak percaya...."betul ke mak nak kahwin dengan Dato' ? Tak ke nanti mak kena buli ? anak-anak Dato' yang kaya raya tu semua nya handal dan hebat, mak nanti kut jadi alat jer.? " Begitu lah takut nya anak-anak Kak Long bila mendengar keputusan Kak Long untuk menerima lamaran Dato'S. Macam-macam tanggapan timbul dan bermain di fikiran dan hati mereka.


Tapi Kak Long dengan tenang menjawap satu persatu soalan yang di ajukan oleh anak-anak nya dan keluarga nya juga. "Mak dah lama kenal Dato'. Dah lama mak kerja dengan dia. Sejak arwah Datin ada sampai lah Dato' jadi duda, mak bergantung hidup dengan dia. Mak layan makan minum Dato', cuci kain baju dia, siap kan semua untuk dia. Lama sangat mak kerja dengan dia, dah faham perangai dan kerenah dia.
Tak payah korang risau, mak dah fikir masak-masak apa patut mak buat."
Itulah jawapan yang di beri kan pada anak-anak nya. Betul ke itu jawapan yang sebenar nya ?


Sebenar nya itu bukan jawapan yang tepat. Di dalam hati Kak Long, sudah ada berputik bunga-bunga cinta......nak tahu bila ? Bila saat Kak Long melayani kerenah Dato'S, ada waktu nya masa mengemas-ngemas rumah, dia terasa seakan-akan mengemas rumah nya sendiri. Bila Dato' demam, dia menolong merawat Dato'. Semasa memberikan Dato' ubat, mata nya memandang Dato' penuh rasa kasih sayang, walau pun ketika itu Dato' belum menyatakan apa-apa pun perasaan kepada nya.


Bibit-bibit cinta sebenar nya telah ada di dalam hati mereka berdua, cuma belum terluah kan saja. Lama-lama
cinta itu mekar dan berkembang di hati mereka berdua. Terlalu lama mengenali hati budi , kenal baik buruk perangai masing-masing maka mereka sudah merasa mesra dan akhir nya timbul rasa cinta di hati.
Tidak dapat di nafi kan lagi cinta ini. Usia yang jauh berbeza antara kedua nya, bukan penghalang bagi mereka untuk bercinta dan saling berbagi rasa. Dengan rasa cinta yang mula hadir, di tambah pula pertanyaan Dato' untuk menikahi nya, Kak Long akhirnya bersetuju menjadi isteri kepada seorang bekas Menteri Besar yang sangat di kagumi oleh seluruh rakyat. Satu keputusan yang ramai orang tak menjangka kan akan terjadi.


Kehidupan mereka bahagia, walau pun bukan lama mana, sebab tidak lama selepas beberapa tahun kemudian, Dato'S meninggal dunia. Kak long kembali menjadi janda, namun kali ini sebagai seorang janda yang kematian suami. Bukan lagi janda yang di tinggal kan oleh suami. Di mata masyarakat kita, janda yang di tinggal suami berbeza dengan janda yang kematian suami. 
Setakat hari ini Kak Long tidak ingin berkahwin lagi, kerana cinta nya pada arwah Dato'S berbeza dengan cinta nya pada suami pertama nya dulu. Walau pun Dato'S jauh lebih tua dari bekas suami pertama nya, tapi bagi Kak Long cinta Dato'S pada dirinya sangat hebat, tiada galang ganti nya. Cinta di usia senja bukan satu yang mustahil kerana cinta akan hadir di hati sesiapa yang mahu dan merasa kan kehadiran CINTA.


Bagaimana pula dengan CINTA di hati kita ? Adakah kita bercinta kerana nafsu ? Atau kerana harta ? Dan mungkin kerana rupa ? Jawapan nya ada di hati kita masing-masing......tepuk dada tanya hati, apa kah yang kita ingini dan kita cari.




aslinahali
281210













Monday, December 13, 2010

buah hati ku........





buah hati ku merah di kalbu
marak menyala bara nya
hangat membakar
dalam jiwa
tidak tersentuh merah nya
namun membara
dalam dada
nafas ku hela 
dengan sepuas-puas rasa
panas nya
membelai mesra

aslinahali
141210




Sunday, December 12, 2010

Sebenarnya....aku cemburu....






sebenar nya aku cemburu
walau tak pernah ku ucap kan itu
di depan mu
kerna sayang begitu dalam
cemburu biar ku pendam
panas membakar rasa di dada
kerna cinta rela kan saja
gelora jiwa 
gejolak rasa
selama mana bisa menahan
pahit cemburu 
biar ku telan




aslinahali
131210


ASMARADANA......CINTA yang tak kesampaian....tiada kesudahan....SEDIH





antara dua budaya ada satu jalinan rasa dalam CINTA.....Hang Tuah dan Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah.
CINTA yang tak kesampaian.....tiada kesudahan....SEDIH....


cinta terhalang angkara raja
tiada lah Tuah di gelar derhaka
hati terluka melara hiba
tak kesampaian apa di cita


merajuk Puteri membawa diri
ke puncak gunung diam sembunyi
setia mengharap kekasih hati
beribu tahun tetap di nanti


di dunia nyata tidak bersama
mungkin kah di syurga akan bersua
memadu kasih cinta setia
tak terpisah untuk selama nya


aslinahali
131210






















Thursday, December 9, 2010

alahai....ustaz.......???



Angah, seorang anak kecil yang sangat bijak. Dia baru 6 tahun jer...baru tadika, belum pun masuk sekolah biasa. Sangat rajin mengaji dan selalu tanya kat mama dia pasal bab-bab agama , mana yang dia tak faham...maklom lah kanak-kanak lagi. Macam-macam lah dia nak tau...mama nya kadang-kadang tak larat nak jawab....tapi tetap melayan dia walau macam mana penat sekali pun.


Satu hari, Angah dengan mama nya berjalan kaki untuk ke surau, nak mengaji. Panas terik bukan main lagi, tapi kata nya...."tak apa lah mama....kita jalan kaki jer lah...bukan jauh sangat kan ma...? "
Wal hal kereta abah nya menjalar....ada dua buah lagi..satu Estima, satu lagi Mazda. Tapi dia tak nak naik kereta, sebab nak dapat pahala lebih kata nya pada mama dia......hmmmm.....budak kecil pun dah pandai nak cari pahala....apa hal dengan kita yang dah tua ni.....?


Masa sedang berjalan dalam panas terik tu, tiba-tiba lalu seorang lelaki menaiki motosikal. Berserban, berjubah...berjanggut....nampak alim lah gamak nya. Angah dengan segera mengangkat tangan nya lalu memberi salam......"Assalamualaikum Ustaz ! "...sambil tersenyum pada lelaki tu. Angah cukup kenal dengan lelaki tersebut, sebab Angah rajin ke surau, jadi dia kenal dengan ramai pakcik-pakcik yang ada di surau tempat dia mengaji tu.


Tetapi alangkah sedih nya....lelaki tersebut tidak langsung menjawap salam Angah. Malah membeliak kan biji matanya pada Angah. Tajam merenung anak kecil itu....seolah-olah hendak menelan kanak-kanak tersebut. Mama Angah yang memandang nya rasa sangat terkejut. Rupa lelaki tu sangat marah....jadi terasa lah mama si Angah yang orang tua tu memandang jengkel pada anak nya. Mungkin dia merasa anak kecil itu seperti memerli diri nya atau pun entah apa yang ada dalam hati lelaki tersebut....menjadi tanda tanya pada dua beranak tu.


Angah bertanya pada mama nya...."mama, kenapa ustaz tu tak jawap salam Angah ? Dia macam marah kan ma ? Angah tak buat salah kan ma ? "....sambil merenung mama nya yang juga sedikit bingung perangai *ustaz* tersebut. " Tak apa lah Ngah....agak nya ustaz tu tak terdengar salam Angah kut..." jawap mama Angah cuba memberi kan alasan sebaik mungkin. Angah pun diam dan mereka dua beranak menerus kan perjalanan ke surau pada hari tersebut.


Nak jadi kan cerita pada satu hari yang lain pula selepas peristiwa itu.....Abah Angah sedang membersih kan halaman rumah di satu pagi. Memang Abah Angah seorang ayah yang rajin bekerja. Kalau di rumah dia tak duduk diam saja macam sesetengah ayah yang lain...asyik nak baca paper jer....kerja rumah isteri jer yang buat. Dia sangat rajin menolong kerja-kerja rumah, tak membiarkan isterinya penat sorang. Pendek kata beruntung lah Angah , ada ayah yang Hebat seperti Abah nya....Bapa Mithali lah boleh di kata kan.


Tiba-tiba satu suara memberi salam...."Assalamualaikum !"....lalu dengan segera di sambut oleh abah Angah..."Waalaikumsalam....apa khabar bang...? Hai ...pagi-pagi datang ni ada hajat apa bang...nak menjemput ke..? " gurau mesra abah Angah pada tetamu tak di undang tersebut. " Sila lah masuk bang..." jemput nya pada lelaki yang bertandang tu. Rupa-rupa nya *ustaz* kelmarin yang datang...memang abah Angah kenal sangat sebab mereka berjiran, rumah pun tak lah jauh sangat. Ustaz tu bukan nya nak masuk kerumah....lain pulak hal nya pagi-pagi buta tu....nak bersyarah!


" Engkau tau tak...kereta kau yang besar ni, rumah engkau yang cantik ni...semua bukan boleh engkau bawak masuk ke kubur nanti ? Tak payah lah engkau nak megah dengan semua yang ada ni. Tak boleh bawak mati, kain putih lah yang kau bawak dalam kubur tu besok ! " Tiba-tiba ustaz tu kata begitu pada abah Angah. Terkejut berok lah abah Angah bila kena sembur macam tu pagi-pagi buta....apa dah jadi ?" Apa salah saya tiba-tiba abang cakap macam ni bang ? " tanya abah Angah dengan lembut. " Saya berniaga carik rezeki halal untuk keluarga saya, tak ganggu sesiapa . Rezeki lebih Allah nak beri pada saya, saya belanja untuk anak bini saya tak mintak sesiapa pun bang. Ini hasil usaha saya selama saya berniaga. Apa yang abang tak puas hati dengan saya tiba-tiba kata macam ni pada saya ? " bingung pulak abah Angah di buat dek ustaz tu.


" aku tak suka tengok engkau ni macam nak berlagak dalam taman ni" kata ustaz tu dan kemudian berlalu pergi dengan muka masam mencuka. Abah Angah tak kata apa dah....dalam hati nya terdetik tanya...ini kah rupa nya orang yang selalu di hormati dan di sanjungi...? Apa dah jadi dengan ustaz yang satu ni ? Perangai busuk hati boleh ke dan layak ke di panggil ustaz ?


Kesimpulannya di sini....apa agak nya yang patut kita semua pelajari ? Layak ke seorang yang berserban di kepala, berjubah, berjanggut dan penampilan nampak hebat kita hormati dan sanjungi walhal dalam hati nya tidak lah sesuci mana pun......Rasa nya hal ini memalu kan USTAZ lain yang benar-benar seorang USTAZ.
Seorang manusia itu tidak boleh kita ukur dan nilai hanya pada penampilan luaran yang hebat . Usah terpedaya hanya pada paras rupa yang nampak ada gaya tapi di dalam kotor dan busuk sebenar nya. Manusia dalam dunia punya cerita.....macam-macam ada.....JAGA-JAGA, YA.




aslinahali
091210
















Monday, December 6, 2010

Janji




janji ku pada mu
tetap kan teguh
walau apa yang datang
dalam pelayaran panjang
janji ini terpatri di hati
tak tergugah lagi
andai taufan melanda kencang
usah ada bimbang
ikatan ini ku jalin rapi
bagai tali tersimpul mati
surut pasang nya laut
sisih kan rasa takut
pelayaran ini bakal meragut
dan kita tetap erat berpaut
bila tangan mu ku sambut


aslinahali
061210














Saturday, December 4, 2010

Usah Bertanya Lagi





aku masih di sini menanti mu
tiada istilah jemu
menunggu mu hanya ruang waktu
terbiasa dalam rindu
biar lama begitu
rasa rindu
bersarang di dada ku
tanpa ragu dengan cinta mu
dan telah kau mengerti
usah bertanya lagi
mengapa aku setia di sini.....


aslinahali
051210




ANAK........Selamat Datang ke ALAM BARU !






Selamat Datang Ke Alam Baru Wahai ANAK....


"ASSALAMUALAIKUM  wahai  UMIE HUMAIRA...."


itu lah ucapan dari ku saat pertama kali menatap wajah seorang lagi anak yang baru di lahir kan sebulan yang lalu.
ini lah baru dapat ku tatap wajah nya Umie Humaira kerana tak berkesempatan menziarahi dia dan ibu nya kelmarin.
Seorang anak yang sangat comel, suci bersih ibarat sehelai kain yang putih tak tercela kan oleh kotoran.
Alhamdulillah....dia sihat dan tiada banyak meragam sejak di lahir kan hingga sekarang.
Semoga dia akan membesar dengan baik menjadi seorang anak yang solehah aku doakan. 
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi nya sepanjang perjalanan yang akan di tempuhi ini.




"Wahai Umie Humaira ku sayang,
Harapan ku agar dirimu terpelihara dari segala sifat-sifat yang terkeji, di jauh kan dari segala kemungkaran, jauh dari segala kemaksiatan yang menyesat dan menggoncang kan iman mu kelak.
Jadi lah seorang anak yang menyayangi kedua ibu bapa dan keluarga serta insan lain yang di sekeliling mu wahai anak. 
Balas lah segala jasa mereka terhadap mu apabila engkau meningkat dewasa kelak. 
Janganlah engkau menjadi seorang anak yang menderhaka terhadap kedua ibu bapa mu. 
Membesar lah sebagai seorang anak yang berbudi bahasa, patuh dan taat terhadap kedua ibu bapa dan seorang anak yang mentaati agama Islam serta menuruti perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya.
Doa ku akan selalu mengiringi mu wahai Umie Humaira ku sayang......



pertama kali dalam dakapan ku....Assalamualaikum Sayang......
masih lena tak terganggu dengan suara ku......
langsung tak mahu membuka mata nya.....




Mak Lang dah nak balik sayang......buka lah mata tu......




Selamat tinggal wahai Umie Humaira....Mak Lang dengan Mak Teh asyik berceloteh tapi awak tak terganggu langsung dengan suara kami......Tidur lena sampai kami semua pergi....Mak Lang rasa sungguh bahagia dapat mendakap dan mencium mu.... harum  mewangi dan suci....hilang segala rasa gundah di dalam jiwa ku.....
Assalamualaikum sekali lagi wahai anak ku Umie Humairah.........



Thursday, December 2, 2010

Wanita.....Tercipta Dikau Dari Tulang Rusuk Lelaki







"Tercipta di kau dari rusuk lelaki....."
hakikatnya wanita di lahirkan dari tulang yang bengkok.

Seorang laki-laki jika dia kesakitan,
maka dia akan membenci.
Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan,
maka semakin bertambah sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga,
pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya,
hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur,
agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga,
melihat kematian dihadapannya,
namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan
bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok
yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani).
Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu.
Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. 

Sementara Adam diciptakan dari tanah,
dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati,
dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang,
seorang saudari yang penyayang,
seorang puteri yang manja,
dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,
seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, 
“jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 
Maksudnya dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita
yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.





Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa,
dia memang diciptakan seperti itu.
Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitikkan airmata,
itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,
lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.


di petik dari MUSLIM 24 JAM TM. Buat renungan kita bersama.







Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...