Friday, February 12, 2016

ALONG UCOP





Kadang-kadang dunia lebih indah dalam hitam putih.

" kan aku cakap berenang , bukan nya menyelam sambil telan air "
kata Along .

hari tu aku hampir lemas kerana nak belajar berenang .
puas Along ajar , aku tetap tak pandai berenang.
namun Along tak putus asa , walau pun dia penat mengajar aku ,  dia sabar.

Along seorang yang pandai belajar , dia handsome ,
dan dia lah abang aku yang tak pernah marah kan aku selama hayat nya.
belum pernah sekali pun tangan nya naik pada ku.
walau pun aku selalu nak ikut dia pergi sungai , dia tak marah .
kadang-kadang aku hanya duduk di tebing memerhatikan dia berenang .
itu lah kepuasan aku , dapat selalu ikut dia .

oleh kerana desakan hidup , Along hanya dapat belajar di sekolah KGV sehingga LCE.
dia fasih berbahasa Inggeris , tapi sayang cuma dapat belajar sehingga tingkatan tiga.

pada usia enam belas tahun , Along sudah bekerja di Pasar Minggu dengan seorang tauke restoran Nasi Padang .
dengan gaji yang sangat kecil , dia membantu Abah menyara keluarga kami.
Along berkorban demi keluarga.
sehingga dia berusia sembilan belas tahun , Along memohon kerja dengan LLN iaitu TNB sekarang ini ( Tenaga Nasional Berhad ).
Dia di terima sebagai buruh , pasang kabel dan di hantar sebagai pelatih di Selangor.

setiap bulan dia tak pernah lupa kan duit untuk keluarga.
barang-barang keperluan makanan kami sudah mulai mewah.

Along seorang yang rajin bekerja dan dia berjaya mencipta model untuk kabel yang masih di guna kan sehingga sekarang .

aku ingat bagaimana dia memegang tanganku saat jenazah arwah Alang di mandi kan.
sesaat pun tidak di lepas kan sehingga jenazah selamat di uruskan.

tapi , Allah lebih sayang kan Along , sepuloh bulan setelah pemergian Alang , Along menyusul pula.
Along pergi tak kembali , sebagaimana ucapan nya yang terakhir ...

" Nab , mak ni pesan banyak sangat , aku bukan nya apa , aku takut tak dapat bawa nanti ..."

itu lah kata-kata terakhir nya ketika emak tak putus memberi kan nasihat dan ingatan kepada kami.

semoga roh nya di cucuri rahmat dan di ampun kan segala dosa nya oleh Allah SWT.

Along Ucop tak pernah hilang dalam ingatan , susah senang hidup kami sekeluarga hanya Allah jua yang menentukan .

anak-anak Along semua telah berjaya ... Alhamdulillah.


#Jane ... jangan di hina orang yang kamu tak kenal sebenar nya siapa , kelak malu nak angkat muka .
















BUDI

perniagaan kedai makan aku memang terkenal satu ketika dulu. tak menang tangan aku memasak dan melayan pelanggan . setiap malam aku "...