... aku nak berkisah kali ini , tentang LELAKI .
mungkin selepas ini aku akan di 'hentam' hebat , kerana aku dah buat 'lelaki-lelaki' dan 'perempuan-perempuan' yang di dalam dan di luar lingkaran ku , sakit hati , marah , benci , sampai meluat dengan aku ... tak kisah lah ... kan aku ni 'telus' dalam kata yang terbit dari jiwa ... ?
bukan tujuan aku nak 'provok' atau nak timbul kan 'kontroversi' ... tapi ini adalah kenyataan yang aku lihat hampir saban hari berlaku di sekitaran dalam dan luar lingkaran ku.
aku kenal ramai lelaki , muda, tua , berbagai bangsa.
Melayu , China , India , Mat Saleh, Mat Bangla , Mat Myanmar , Mat Nepal ... pendek kata ramai lah ... he he he ... jangan salah sangka pulak ya , aku bukan nya banyak boyfriend , cuma aku ni orang berniaga , jadi aku sentiasa berjumpa dengan ramai 'manusia' di luar lingkaran ku juga.
ramai yang baik-baik , tak kurang juga yang tak berapa nak baik.
ada yang 'gatal' , miang keladi , makin tua makin menjadi , mengalah kan remaja-remaja lelaki ... he he he ... jangan marah ya ... kalau marah nanti 'kena jual' bak kata P. Ramlee dalam filem Tiga Abdul.
tak kurang juga , ramai duda yang mengada-ngada ... kalau di layan memang sakit kepala di buat nya.
mentang-mentang duda , nak pulak yang pandai bergaya , pasang badan , tayang motor besar , kereta besar , dia orang tu ingat semua perempuan boleh terpikat.
bila ada perempuan yang layan sikit , mula lah tak ingat , 'perasan' sangat hebat.
setakat nak main-main kan perasaan perempuan , dia orang sangat 'pakar' ... sampai ada perempuan yang hati nya 'terbakar' sebab di permainkan oleh duda-duda yang tak guna tu ... he he he ... mesti ramai yang marah kat aku !!!
budak-budak lelaki yang masih bujang , aku tak kisah sangat kalau dia orang pasang girl friend sampai dua tiga empat.
adat lah tu kan ?
dia orang masih muda , masih banyak masa dan peluang memilih mana satu perempuan yang betul-betul sesuai dan berkenan di hati , serta di restui oleh mak ayah masing-masing.
maka tak hairan lah , kalau hari ni dia keluar 'date' dengan si A , besok dengan si 'B' , lusa dengan si 'C' dan seterus nya ... ada yang pagi keluar date dengan Joyah, petang dengan Bedah , malam dengan Senah ... he he he ... layan jer lah ... selagi terdaya , kalau dah tak larat nanti , sendiri mau ingat nak lagu mana ?
jangan pulak nanti bila dah kawin ,buat perangai macam masih belum kawin sudah lah ... kesian orang rumah , setia tunggu laki balik , ingat kan kerja overtime ker , kut-kut ada meeting tapi rupa-rupa nya dating ... he he he ... haaa ... kalau baca jangan melenting !
laki orang pun satu hal jugak ... ramai yang aku kenal , bila depan bini , pijak semut tak mati .
meling jer mata bini dia ... amboiii banggg ... he he he ... bukan main lagi .. ?
kalau nak ikut kan , memang aku nak cerita panjang-panjang bab laki orang nih ... tapi biar aku pendek kan cerita saja lah ya ... ?
ada ramai di kalangan kawan-kawan lelaki aku , pasang banyak 'spare tyre' di luar pengetahuan bini masing-masing.
aku tengok tabiat dia orang ni pun naik pening.
kalau setakat 'sms' dengan 'mms' , toksah nak cerita ... macam-macam ada ... he he he ... aku menaip ni pun aku gelak sorang-sorang bila terkenang.
ada satu kes tu , pernah lah sorang kawan lelaki aku 'terkantoi' dengan bini dia , bila dia terlupa off handset satu malam tu sebelum dia nak tidur.
biasa nya dia 'smart' ... mesti off HP sebelum tidur.
apa lagi ... bila msg masuk , bini dia pulak yang terbaca ... tak ker haru ?
bersoal jawap lah malam tu , sampai perang besar pulak dah jadi ... alahai... kih kih kih !!
pandai makan , pandai lah simpan , ni tak pulak , orang nak skandal , awak pun nak jugak , tapi bengap , otak lembap , tindakan tak cekap ... ehhh ... aku sokong ker nih ?
he he he ... jangan marah ya orang perempuan ... aku adil , sebab aku rasa LELAKI yang mampu zahir dan batin , dia tak sepatut nya takut .
LELAKI memang di benar kan berkahwin empat dalam ISLAM , agama tak menghalang , hukum ALLAH jangan di tentang !!!
Jadi , aku rasa ramai juga perempuan lain yang bersetuju dengan aku kalau betul-betul kita nak ikut hukum ALLAH , tak kurang juga , ramai yang akan marah dan tak setuju dengan aku , sebab mereka-mereka yang tak setuju dan sependapat dengan aku ni , sebenar nya HIPOKRIT, TAMAK , nak 'memunya' sendiri sedang kan mereka tak sedar , 'seorang suami' itu hanya lah 'pinjaman' sementara sahaja.
bila-bila Allah boleh tarik balik apa yang telah di beri pinjam ... jadi jangan marah bila aku berkata begini , sebab ini bukan aku yang kata ikut suka hati sendiri ... dah siap-siap tertulis dalam ISLAM .
konon kita kata nak jadi wanita Muslimah yang sejati , yang mithali , tapi hukum Allah mengapa di tolak ke tepi ?
akhir nya aku nak pesan pada LELAKI , yang berada di sekitar lingkaran ku atau yang di luar sana , jika kalian mampu , berkeinginan memiliki isteri lebih dari satu , jangan bimbang dan ragu , jadi lah LELAKI YANG BERANI demi menurut hukum ALLAH , jangan takut pada isteri , sampai sanggup simpan 'kekasih gelap'... pandangan ALLAH lah yang harus kita semua TAKUT , bukan pandangan manusia .
sampai berjumpa di lain masa dan ketika , seperti biasa ada serangkap pantun yang di tinggal kan buat kalian , dan izinkan lah aku menyusun jari sepuluh , memohon ampun , jika ada tersalah dan tersilap pada kata-kata yang terbit dari dalam jiwa ... :)
~ lurut-lurut batang selasih
selasih lebat di laman tuan
turut-turut sang kekasih
usah putus separuh jalan ~
aslinahali
05.10 a.m
19092012
~ pandangan manusia ... nak takut apa ? ~