Thursday, May 14, 2015

~ Surat Tak Bersetem ~






~ Surat Tak Bersetem ~

....entah mengapa Allah temukan kita semula , 
namun kali ini ianya amat berlainan dengan pertemuan tiga puluh empat tahun yang lalu.

pernah aku bertanya  , apakah ianya hanya untuk keseronokan mengulangi percintaan yang terputus atas kehendak mu dulu ?
atau kali ini kau bersungguh untuk kembali menjadi kan aku insan kesayangan di hati ?

sedangkan perbezaan kini amat ketara ... aku adalah seorang yang biasa bercakap dengan dinding  dan kau telah pun memiliki segala-gala nya , lengkap sempurna ,  tiada apa yang kurang dalam hari-hari mu.
kau punyai ramai insan kesayangan dalam lingkaran mu.


namun jawapan yang aku terima di luar jangkaan sama sekali.
biar pun terlalu lama masa memisah kan kita , tak kuduga yang aku tidak pernah di lupakan sekian lama ini.
masih indah di hati mu.

setelah hampir setiap malam aku bercakap dengan dinding , akhir nya aku akur kehendakNya , jalan yang telah di bentangkan olehNya terpaksa aku redah biarpun langkah terasa amat payah, lenguh jiwa , semakin lelah tak berupaya .

aku redha ...takdir bagi ku tidak pernah kejam ...dan hanya pada Allah tempat aku menyerah diri , semua yang terjadi kini bukan kemahuan fikiran tapi qada dan qadar yang telah di tentukan.

biar pun aku pernah mahu lari jauh dari semua 'kegilaan ' ini , 
namun harus kemana pergi ?
mahu atau pun tidak aku harus akur akan kehendak Allah.

*hidup adalah tentang keberanian menghadapi yang tanda tanya, 
aku cinta pada mu dan cinta lah jua yang menjadi kan aku tabah mengharungi apa jua yang datang.
tiada yang akan dapat memisahkan kita kecuali atas izin Allah , 


Sayang , 
surat ini mungkin tak terbaca oleh mu , kerana tak pernah aku mempunyai setem lagi untuk ianya sampai kepadamu.


aku yang benar, 
*bulanrimau




~ hanya cangkul dan tanah yang akan memisah kan ~





Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...