Thursday, April 30, 2015

~ LATIF 3 ~




Assalamualaikum buat semua pelayar "kataku jiwaku".
sekian lama aku tak menulis di ruang senyap ini.
bukan niat untuk menyepi hanya kerana kekangan waktu yang terlalu
dan itu lah yang membuat kan aku seakan beku dan membisu.

masih kah ada yang ingat tentang kisah cinta yang pernah aku coretkan ?
atau mungkin kah sudah terlupa kerana telah terlalu lama aku tidak menyambung kisah tentang seorang yang bernama Abdul Latif ?

entah mengapa semenjak kali terakhir aku mencoret kan kisah Latif , 
ianya terhenti setakat episod 2.
tapi malam ini aku terasa ingin berkongsi lagi tentang nya.
seorang yang mendapat tempat pertama di tahkta hati.

bagaimana aku boleh menjalin hubungan percintaan dengan Latif selama kurang lebih empat tahun.
apakah kerana aku seorang yang sangat setia atau adakah aku memang seorang yang sangat naif tentang cinta ?

Mari ... ikuti lagi kisah Latif  ... walaupun sebenar nya aku sudah tidak tahu bagaimana mahu menyambung semula kisah cinta lama ini .

setelah menghantar aku pulang malam itu dengan motosikal  , dia mengucapkan selamat malam dan aku membalas  dengan senyuman yang tidak dapat dilihat oleh nya kerana waktu itu kampung ku belum ada lampu jalan.
Latif mempelawa aku untuk berjumpa lagi di hujung minggu berikut nya.
aku tanpa banyak alasan menerima pelawaan nya dan memang itu yang aku tunggu-tunggu.
maklom lah ... orang yang kita suka tentu kita tak akan banyak bertanya .

maka berjanji lah kami untuk bertemu ... dating lah ...dan aku  sangat gembira tak terkata ,
pucuk di cita ulam pun tiba ... sepanjang jalan menuruni anak bukit ke halaman rumah aku tersenyum gembira.
mujur juga suasana agak gelap sebab sudah hampir jam sepuluh malam , kalau tidak tentu ada yang ternampak aku berjalan sambil tersenyum seorang diri ... 

mengapa nama dan wajah nya tak pernah dapat aku padamkan dari kotak ingatan setelah sekian lama ini ?
pasti lah jawapan nya tidak lain ... it's all about love ... kata orang putih  ... dan saat aku mengetik-ngetik keyboard lappy ini aku sedang tersengeh seorang diri.

masih sahaja aku suka bercakap dengan dinding ... jangan tanya kenapa sebab ini lah kegiatan aku jika merasa sendiri dan tiada teman bicara disisi.


InsyaAllah ... akan ada sambungan nya nanti ... lagu cinta lama yang terus bersenandung di hati ... 
tak akan pernah terpadam sebuah melodi... selagi aku belum lupa , sampai nanti aku pergi menyahut panggilan  Ilahi Rabbi.


~ terbang helang tinggi diawan
tempua jua bersarang rendah
kasih mu tuan rasa nak tawan
sayang diri ku tidak di endah ~




Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...