Thursday, August 27, 2015

Selamat Ulang Tahun ...Sayang








Selamat hari ulang tahun buat insan tersayang Abdul Latib ...
semoga Allah merahmati dan meredhai mu di dunia juga akhirat hendak nya. 
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat mu , 
kuat kan hati dan semangat walau apa jua yang berlaku.

Kita telah lalui bersama segala macam hal yang bahagia dan sedikit sengsara di jiwa.
Itu bukan lah perkara yang membuat kan semangat terpatah dan berdarah.
Apa yang penting ialah kita melalui kehidupan yang ada sekarang dan menempuh masa hadapan yang entah bagaimana nanti , kita sendiri pun tidak pasti.

Bagaimana pun ianya telah terjadi , pernikahan yang sah , halal disisi Allah SWT.
Itu lah yang terpenting sekali dalam hubungan kita yang terpisah begitu lama.
Alhamdulillah , kamu anugerah Allah yang terindah buatku.

Terima kasih Sayang, telah menjadi suami yang baik .
Walau pun malam ini aku keseorangan namun kau sentiasa ada di hati menemani.


#Jane ... tiada hadiah selain doa yang terindah buat mu .







BUDI

perniagaan kedai makan aku memang terkenal satu ketika dulu. tak menang tangan aku memasak dan melayan pelanggan . setiap malam aku "...