Sunday, May 29, 2016

Surat Bulan untuk Mawar





Mawar ,
kehidupan adalah tertulis
pada kehendak Ilahi Rabbi
sebuah ketentuan tak mungkin dapat kita elakkan
tak mungkin dapat kita tulis sendiri
sehingga menjadi begitu cantik
seperti kehendak kita

aku menulis surat ini
untuk kau memahami apa yang terbuku di dalam isi hati
sekian lama aku hanya berdiam
enggan membalas kata-kata mu
kerana aku yakin dan percaya
Allah menentukan segalanya

dan aku pun percaya
jika Allah menguji kita kerana kasihNya
mengapa harus kau dan aku menentang ketentuan ?

aku sering bertanya sendiri
mengapa sukar manusia menerima takdir ?
bukan kah kita dalam genggamanNya ?
sehingga hujung jari pun jika tidak dengan kehendakNya tak akan tergerak .

mampu kah kita menukar takdir ?
siapa yang mahu kan takdir buruk yang datang ?
aku pun tidak mahu terjun dalam masaalah
namun aku tak mampu
samada suka atau tidak
aku terima semua tanpa tanya dan bantah
segala yang di anugerahkan oleh Nya.

mungkin mudah bagi mu menuduh aku
dengan berbagai kata sesuka hati
tapi pernah kah kau terfikir
bagaimana aku menerima segala nya ?

pernah kah kau meletakkan dirimu di dalam diriku ?
sebagaimana aku meletakkan diriku dalam dirimu ?
pernah kah kau terfikir bagaimana aku menelan segala tohmahan
yang tidak benar terhadap seorang aku ?
pernah kah kau membayang kan
bagaimana aku menelan airmata supaya tak terlihat oleh sesiapa ?

memang Allah berikan aku kesabaran yang tinggi
anugerah kan aku keimanan yang kuat
untuk terus bertahan atas segala macam cacian dan penghinaan.

aku sudah pun terima segala nya dengan redha
dan untuk peringatan kita bersama
untuk menjadi sabar itu sukar
untuk redha itu payah

aku akhiri surat ini dengan ucapan maaf jika sekira nya kata-kata ini menggores hati mu.
sesungguh nya aku hanya manusia biasa yang tak sempurna segala.


yang benar ,
Bulan








Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...