Thursday, July 6, 2017

Lebaran Di Hari Kemenangan .



















Lebaran tahun ini tetap datang , walau pun aku tidak mahu ianya datang .
aku senang dan bahagia dengan Ramadhan , namun Syawal tetap datang bila berakhir nya Ramadhan.
berpuasa tahun ini tak kurang hebat dengan ujian .
ujian yang sebenar nya hanya membawa kegalauan jiwa jika aku melayan semua kegilaan manusia.

setiap hari selepas berbuka puasa dan solat maghrib , aku akan ke masjid untuk solat isyak dan bertarawih ,  di sana lah tempat aku menumpahkan airmata kerana ketakutan pada dosa-dosa yang aku lakukan tanpa sedar dan mungkin dalam sedar ianya terjadi .
setiap hari manusia akan melaku kan dosa tanpa di sedari .
terkadang dalam  sedar pun manusia sengaja mengundang dosa.

setiap kali airmataku tumpah di rumah ALLAH , aku sedar diri yang banyak melakukan dosa .
apakah ALLAH akan menerima solat ku , puasa ku , sedekah ku dan segala ibadah ku ?
terlalu takut bila memikirkan yang ALLAH tidak menerima ibadah ku.
terlalu sedikit amalan baik yang aku lakukan .
memang tak terbanding dengan segala anugerah yang ALLAH berikan .
" Fabiaiyiallaa irabbikuma tuqazziban "
bila Imam membaca kan Surah Ar Rahman , airmata ku memang tak dapat di seka.
ianya mengalir dan terus mengalir sehingga selesai solat tarawih.
nikmat Tuhan yang mana kah yang aku dusta kan ???
semua nikmat di berikan ALLAH , bila di timpa dengan sedikit  ujian mana mungkin aku menyalahkan Tuhan ???
ALLAHU AKBAR , Tuhan maha besar , segala pujian hanya untuk MU YA ALLAH !
apabila aku memikirkan manusia perlu bersangka baik dengan Pencipta Nya , aku menjadi reda dan redha atas ketentuan ALLAH SWT.
semua kegalauan ku hilang sekelip mata , pergi dan terbang seperti terbawa angin !

nikmat ALLAH juga apabila aku mendapat ketenangan jiwa.
semua nya kerana ALLAH , LILLAHI TAALA.

dan lebaran kali ini , aku tetap lalui seperti biasa .
tiada satu pun kuih-kuih raya yang aku beli tahun ini.
untung ada anak-anak yang rajin membuat serba sedikit kuih raya.
semua di buat sendiri oleh mereka.
langsir yang hampir dua puloh tahun masih aku gantungkan dan tak mahu menukar dengan yang baru.

tahun ini aku tetap demam seperti tahun-tahun sudah.
mungkin kerana tidak cukup tidur agak nya.
dan dua hari sebelum lebaran , aku menziarahi maqam arwah suami pertama selepas solat subuh di masjid bersama anak perempuan ku Nadia.
waktu itu suasana masih hening , aku menangis , aku hanya mampu menyentuh nisan nya yang kaku.
bunga melur siam yang aku tanam berbunga lebat.
dan aku lihat anak ku begitu kuat dan tabah hati nya , sedang kan arwah "papa" nya meninggal sewaktu dia masih menanti keputusan SPM.
memang dia sangat tabah , dia seorang yang cekal hati .
tidak seperti aku , yang selalu tidak dapat menahan rasa sedih .
kata-kata nya yang tidak dapat aku lupa kan di hadapan kubur arwah suami ku ialah ,
" kita tak akan dapat menentang kehendak Tuhan , ini semua dah tersurat , kita jalan jer mama "
begitu lah sikap anak perempuan ku , dia seorang yang tabah hati .

dan aku pun tak menafikan kata-kata nya , aku mengangguk kan kepala sambil memimpin tangan nya untuk pulang .

" Alang , As tak mampu menentang kehendak Tuhan , As redha , Alang kepunyaan ALLAH yang As pinjam sementara dan ALLAH ambil Alang semula tanpa mengira remuknya hati As "
ini kata-kata yang aku ucapkan dalam hati , aku gagal bersuara di depan kuburnya .

ALLAHU AKBAR , ini ujian MU , aku harus tahu !











Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...