Friday, September 15, 2017

Payakumbuh 2


semasa menulis ini , fikiran aku masih berada di Payakumbuh .
aku terfikir , bagaimana Taufik tahu yang aku akan sampai di Padang.
bagaimana dia masih mengenali aku yang telah lapan belas tahun tak berjumpa.
rupa-rupa nya Ita telah memberitahu yang abang saudara nya telah berangkat menaiki pesawat .
dan Ita juga memberitahu yang Kak As pun ada .

patut lah Taufik terus memanggil aku semasa di airport.
terus dia mempelawa aku menaiki kereta nya .
kami menuju Bukit Tinggi dimana aku telah menempah hotel penginapan.
kami singgah makan di sebuah restoran.

aku menolak pelawaan Taufik untuk menginap dirumah nya , dengan alasan aku telah menempah dan membayar bil hotel.
sebetul nya aku senang bersendirian , dan lagi aku tak mahu antara mereka berkecil hati jika aku memilih salah satu dari rumah mereka .
empat keluarga yang rapat mempelawa aku dan semua nya aku menolak dengan baik.











aku suruh Taufik membeli kan simcard Indonesia , supaya senang aku menghubungi nya.
Jam lima petang Taufik menjemput aku di hotel dan kami terus menuju Payakumbuh yang mengambil masa kurang lebih sejam untuk sampai jika jalanraya tidak macet.

aku sempat singgah di rumah Upik dan Nasrul , dimana sebelum nya aku sering menghubungi anakanda Yandi iaitu anak Nasrul dan Upik.
sedeh melihat kan keadaan Nasrul yang mendapat strok , dia dulu nya seorang yang kuat bekerja.
kini lemah tidak berdaya.
aku insaf , sangat-sangat insaf , bagaimana ALLAH menarik nikmat yang diberi pinjam sementara.

" abang sihat ? " tanya ku pada Nasrul.
" tempang As " itu lah sepatah perkataan nya sepanjang aku disana.
dia tidak bercakap , hanya menangis melihat aku.
beberapa kali dia menangis , dan hati aku begitu hiba .
Upik juga kerap menangis bila bercerita kisah lama kami.
Yandi dan dua lagi anak nya Rico dan Roby pernah membesar di Seremban.


InsyaAllah , aku akan sambung cerita ini di lain waktu.


Payakumbuh ... Jane
5.43 am


Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...