Friday, October 27, 2017

~ Diari yang terbuka ~








malam ni aku ada masa untuk menulis lagi .
kali ni aku teringat zaman kanak-kanak dulu.
masa kanak-kanak ada lah masa yang sangat indah.
bermain dengan kawan-kawan yang sudah bersekolah , 
menjadikan aku pandai membaca sewaktu umur ku enam tahun.
aku tak pernah pergi Tadika tapi sudah pandai membaca surat khabar .

walau pun adik beradik kami ramai , aku gembira waktu itu.
tak ada gundah gulana di hati.
makan apa saja yang ada , tidur sentiasa lena.
hahaha ... letak jer kepala , lelap lah mata.

berbeza dengan zaman aku dah tua .
susah tidur itu perkara biasa .
teringat pada arwah Abah , dia susah lena sewaktu dah tua.
selalu aku tanya kenapa Abah tak tidur sedang kan waktu dah hampir jam dua pagi.
jawapan Abah , " dah tua nanti kau tahu lah "
sekarang aku tahu jawapan nya.

aku selalu dengar Abah malam-malam berzikir YA LATIF
dan beberapa zikir ASMA UL HUSNA.
jelas terdengar sebab waktu begitu keadaan sangat hening dan sunyi.


AL - FATIHAH untuk Abah ku  Ali Bin Manap , hiba hati aku terkenang kan Abah.
dia lelaki pertama yang sangat aku sayang.
sudah lah tak usah di cerita kan lagi , bagaimana luluh nya hati mengingati dia.




sepanjang kehidupan ini , perjalanan aku memang penuh dengan kisah suka duka.
aku sudah puas dengan kehidupan ini.
andai lah ALLAH takdir kan umur aku setakat ini , aku sudah bersedia menghadapNYA.
mati itu kata orang "sakit " dan kita jangan asyik sebut nak mati sebab amalan tak cukup lagi.
hehehe ... pada aku , bersedia atau tidak , jika telah sampai hukum TUHAN , kita kena jalan !
sesaat pun tak tercepat dan terlambat .
sampai masa kita di panggil , tak perlu lagi segala yang ada di dunia ini.
tinggal semua nya , tak akan satu pun yang kita bawa bersama.

jadi , kesimpulan nya kita semua sebenar nya telah bersedia untuk mati.
jangan kata amalan tak cukup , 
jangan fikir berapa banyak harta dan ringgit yang kita tinggalkan untuk anak-anak.
itu semua perkara pelik bagi aku .
kita menyimpan duit banyak-banyak untuk anak-anak.
hebat betul kan ?
sedang kan anak-anak telah pun ALLAH siap kan rezeki mereka .
apa yang perlu lagi kita bimbang ???

kalau kalian sibuk mengumpul harta dunia itu urusan kalian.
tapi bagi aku , aku tak terfikir nak menyimpan menimbun harta.
apa yang ada aku pakai dan bohong lah kalau tak menyimpan langsung.
tapi tidak lah sebanyak orang lain ... hehehe ... tak percaya ke ???

kalau sehari dua ni aku mati , aku cuma tinggal kan ilmu untuk anak-anak.
arwah Pak Muda aku Abdul Rahman pernah berpesan , 
" jangan kau tinggal kan anak-anak dengan harta ,
sebab bila kau mati anak-anak akan bergaduh berebut harta . 
tinggal kan lah anak-anak dengan ilmu secukupnya , INSYAALLAH selamat dunia akhirat . "
kata-kata ini aku pegang kuat !

AL - FATIHAH untuk Muda Abdul Rahman Bin Manap , dia adik Abah yang serupa saling tak tumpah.

ALHAMDULLILLAH , anak-anak aku sempat belajar hingga peringkat ijazah di universiti.
aku dah bekal kan mereka dengan ilmu , dah besar kan mereka dengan baik .
walau pun kehidupan turun naik , ada kala pernah susah tapi syukur lah.
mereka buat masa ini tidak menyusahkan aku.
pandai berdikari walau pun jauh dari keluarga.

aku menulis ini bukan untuk berbangga diri sendiri , tapi untuk berkongsi dengan kalian.
aku harap kalian pandai-pandai lah memilih , yang baik sila kan diikuti , jika tak baik tolong hindari.
sebab aku pun manusia biasa yang tak pernah sempurna.
banyak kelemahan dan kekurangan berbanding kelebihan .

rasa letih pulak , sebab petang tadi aku menebang pokok mulberry yang dah tua di depan rumah.
aku buang dua batang pokok bulan ini.
bukan tak sayang cuma dah tak kuasa nak pandang.
begitu lah juga dengan kita manusia.
" hari ini orang sayang mungkin besok kita di tendang "

pada aku , kita berhak menjadi diri sendiri.
tak perlu ada orang yang mengatur kehidupan kita.
kita mencipta bahagia dengan cara kita .
macam aku ni , bahagia bila dapat menulis di laman sendiri.
tak perlu bersaing dengan yang lain sebab kita tak akan dapat menjadi orang lain melainkan diri sendiri .

rasa nya cukup dulu buat kali ini , mungkin bertemu dilain ketika dan masa ya :)

ini nota lama yang aku nak kongsikan , kalau tak silap nota ini aku tulis pada tahun 2011.

~ apa harus kau menanggung ketidakselesaan hidup
hanya kerana menurut hukum
tenanglah 
belayar lah berpandukan arah hati
penunjuk risalah Tuhan mu
Tuhan ku satu

usah galau meracau
arus itu terkadang deras
pelayaran pasti terumbang ambing

tanpa itu semua 
tak kan ada syurga dan neraka di sana ... ~


Jane ... 2.38 am
28 Oct 2017





Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...