ini Cerro ketua kami dan Yusof anak buah ku.
Assalamualaikum semua , apa khabar kalian ?
semoga baik-baik saja hendak nya.
kali ini aku teruja nak bercerita tentang pendakian ku .
sabtu lepas aku dan Yusof bergerak dari Seremban menuju Hulu Langat jam 3 pagi.
singgah di Mantin untuk mengambil Arif yang hendak menumpang kereta kami.
sampai di Hulu Langat jam sudah 4.30 pagi kurang lebih.
kami singgah di surau yang berhampiran kaki gunung.
lepak-lepak sekejap , makan makanan yang aku bawa , pulut , nasi dan sambal ikan bilis.
sekejap tu dah masuk waktu subuh ,
solat jangan malas bak kata Masni Yahaya kawan baik aku yang tak jadi ikut trip ke Nuang sebab kerja cikgu ni terikat .
faham-faham lah kerja dengan kerajaan , tak boleh mengelat.
ok sambil - sambil baca nota , layan lagu sedap dari Francissca Peter ni ya ?
pendakian bermula jam 7.30 pagi setelah di beri taklimat oleh ketua kami Cerro .
dalam group yang seramai 30 orang tu aku yang paling tua , maklom lah dah nak masuk 56 tahun.
yang lain semua student dan ada yang dah bekerja .
ada juga seorang pemuda dari Turkey , Umar Farouk nama nya.
pendek kan cerita , hutan dan gunung tak dapat dipisah kan .
tempat yang sangat indah untuk diterokai oleh para pencinta alam semula jadi.
bila di hutan yang penting jangan cakap besar ,
walau pun kita rasa handal tolong lah , be humble , no rush , no no no !!!
di hutan kita datang sebagai tetamu yang tidak diundang ,
jangan cakap sembarangan , jangan berlagak badak !
kita jalan melalui laluan yang di diami mahkluk yang kita tak nampak.
mereka ada dan kita tak tahu mereka mungkin memerhati kita .
ini Elly ( Siti Norelliana ) yang buat kan milo untuk kami ,tQ dear Elly :)
dalam keadaan cuaca yang kurang mesra dan kurang mahu bersahabat ,
akhir nya sampai jua kami di kem Lolo .
aku tak malu mengaku aku lah paling siput sedut sekali.
oleh kerana hujan turun dengan lebat nya sebaik kami tiba di kem Lolo , aku memberitahu Cerro yang aku akan berpatah balik di check point .
selama empat jam pendakian , kami mengharungi beberapa batang sungai yang berbatu namun aku tak dapat nak memuat turun video nya sebab lappy kesayangan ni dah mula meragam buat hal.
maklom lah dah lama sangat di guna pakai , dah hampir nak minta nyawa dia , kesian lappy aku ni .
aku teringat pesan suami , kalau hujan jangan teruskan pendakian , itu tak mengutamakan keselamatan namanya.
dia bimbang "kepala air" yang mungkin datang tiba-tiba ,
pokok tumbang dan macam-macam kemungkinan selain trek yang licin .
wah ! sewaktu menaip ni pun hujan dah mula turun di tempat aku.
agak lebat , seronok pada yang sudah terlena awal .
ini Ariff yang menumpang kereta kami .
tapi aku tak akan dan tak pernah berputus asa , aku akan kembali lagi kesana , InsyaAllah.
pengalaman di hutan adalah sangat berbeza , aku jumpa apa yang aku cari selama ini.
kedamaian jiwa , menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH yang sangat indah dan sukar aku gambarkan dengan kata-kata.
kalau nak tau rasa nya kau kena lakukan sendiri , jangan dengar cakap-cakap kosong orang yang tak pernah mendaki !
anyway thanks a lot to Cerro and all the gangs in group , ualls the best !
aku dah penat , nak terus kan cerita pun mata dah ralit dan nak tido sekejap sebelum subuh .
InsyaAllah , tunggu #nuangakudatang !!!
sampai jumpa lagi , kalian jaga diri , jaga kesihatan , buat perkara baik tak merugi tau :)