Friday, November 10, 2017

Dia bukan siapa -siapa , dia adik kita !




Mohd. Farid Bin Ali , 
itu nama yang arwah Tuan Haji Hasan berikan untuk nya pada arwah Abah.
dia adik ke tujuh dalam adik beradik kami.
seorang yang degil tapi sebenar nya dia baik , 
cuma kuat sangat berkecil hati dalam banyak hal yang dia tak setujui.
aku berusia tujuh tahun sewaktu dia di lahir kan.
waktu kecil dia kus semangat ( gemok lah kata kan ) 
aku lah kakak yang mengkelek dia ke hulu ke hilir.
sampai sekarang rasa nya badan aku sedikit senget sebab mengkelek dia di pinggang.

hehehe , dia bijak masa kanak-kanak.
tapi keras kepala dan kami selalu bertelagah dalam banyak perkara.

itu zaman kanak-kanak yang penuh nostalgia .
bila aku kenangkan , tak sedar jatuh menitis airmata ...

ok , dengar lah suara dia yang pernah di rakam bersama kumpulan rock Blackshed pada awal tahun 90an.
aku tak boleh kata suara dia tak sedap sebab dia memang ramai peminat ... hehehe





tapi itu dulu , zaman kegemilangan telah pun berlalu.
dia kini sudah kurang upaya kerana  pembedahan " brain tumor "lebih sepuloh tahun lalu.
kalau tak silap dah hampir lima belas tahun penglihatan nya sudah tidak baik , 
namun masih boleh melihat sedikit.
medan penglihatan nya mungkin hanya 20 % sahaja berbanding manusia biasa.

dia masih belum berkahwin sekarang .
hidup sendirian dan mengasingkan diri dari kami adik beradik nya.
biar lah dia pilih kehidupan yang begitu , aku tidak mampu menahan kemahuan nya.

apa pun dia tetap adik aku , dia darah daging aku.
bergaduh lah macam mana pun , pada aku air di cincang tak akan putus !
kalau orang lain pandang dia buruk tapi pada aku dia adik aku !
cuma aku tak boleh nak buat apa-apa untuk menghalang kemahuan nya.

aku biar kan dia pilih haluan sendiri , biar dia yang tentukan kehidupan nya sendiri.
aku hanya mampu berdoa semoga segala nya akan baik-baik saja.
semoga dia tidak sakit dan ALLAH berikan kesihatan yang semakin baik pada nya.
semoga ALLAH pelihara dia dimana saja dia berada.

kita tak akan dapat mengatur kehidupan orang lain walau pun dia adik beradik kita.
hanya ALLAH yang akan memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia , kita tak mampu !

kenapa aku teringat dia malam ini ?
sebetul nya semasa makan di kedai aku terjumpa kawan-kawan dia.
kami bercerita tentang Farid , dan masing-masing masih mengagumi bakat dan suara nya.
dia tidak pernah ke kelas vocal atau kelas muzik , 
namun kalau dia menyanyi sambil memetik guitar kapok , korang akan terkedu !
hehehehe .... itu lah Farid , pesona nya masih berbisa .



abaikan gambar ini sebab tak ada kena mengena dengan cerita Farid , cuma aku selit kan sebab susah sangat nak memuat turun gambar Farid disini.

Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...