Thursday, November 30, 2017

SALAM MAULIDUR RASUL







Assalamualaikum , selawat dan salam buat junjungan tercinta Muhammad Rasullullah .
hari ini hari lahir kekasih ku Muhammad SAW . 
baginda lelaki teragung dalam hidup ku.
baginda idola ku.
baginda selalu membuat aku rindu sehingga sukar nak digambar kan dengan kata-kata.
aku bukan seorang wanita yang baik , namun baginda hadir dimimpiku.
aku wanita tidak seperti Saidatina Khadijah , tidak seperti Siti Aisyah , tidak sealim Rabiatul Adawiyah , namun aku juga mencintai Rasullullah .
apa kah aku tidak layak mencintai junjungan ku ?
apa kah aku terlalu hina sehingga baginda tidak memandang pada ku ? 





aku masih ingat , dulu , sudah lama berlalu , 
aku berada di dalam khalayak ramai jemaah wanita di dalam sebuah masjid . 
bersebelahan ku terdapat tabir berwarna hijau menutupi bahagian jemaah lelaki .
terlalu ramai orang  , sehingga bersesak-sesak , 
apa kah yang membuat kan masjid begitu ramai jemaah pada ketika itu tanya hati ku ?
tiba- tiba seperti sesuatu berbisik di telinga ku , 
baginda hadir di masjid , baginda yang aku cintai .
YA ALLAH , baginda betul-betul di sebelah tabir tempat aku berdiri.
jika aku menyelak tabir itu pasti akan dapat menatap wajah lelaki teragung ku .
tidak terselak tabir itu dengan tangan ku.
namun aku terhidu keharuman baginda.
aku tahu baginda yang berdiri di sebelah ku.
tapi aku tak mampu menyelak tabir tersebut .
semenjak mimpi itu terjadi , aku tersangat merindui baginda , 
tak terlahir dengan kata-kata bagaimana kah rasa rindu ku ini.
sejak itu setiap kali berselawat , airmata bukan perkara pelik lagi , ia akan menitis sendiri.
tebal dada ku menahan perasaan ini .
mimpi itu membuat aku mahu terus bermimpi , terus dan terus lagi.

ada yang kata , baginda tidak sudi untuk bertemu dengan ku , itu pendapat masing-masing.
yang pasti aku bermimpi , yang pasti dia aku rindukan.
persetan kan dengan hinaan orang pada aku.
aku hidup bukan dengan belas ehsan mereka.
ALLAH dan RASULLULLAH yang aku cintai.
seluruh kehidupan ku hanya untuk ALLAH .
apa peduli dengan kutukan manusia , yang tak akan habis mereka cipta cerita dusta.

aku tidak dapat meneruskan kata-kata ku lagi , 
cukup dulu sampai di sini , kata orang banyak cakap akan banyak silap.
ini tentang junjungan ku Muhammad SAW , 
aku hanya mampu menyata kan rindu ini tidak berpenghujung.
setiap kali ia datang , setiap kali itu hati ku pilu memendam rindu.

SALLALLAHU ALAIHI WASSALLAM ...


 #Zainab , kenapa nama kedua ku Zainab ?








Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...