di bungkus cantik dengan pembalut yang menarik
kita buka balutan nya untuk merasa
bila tercecah ke lidah, manis nya bukan main
asyik kita mengunyah nya...
tapi lama-lama kita dah rasa lain
tawar , tak sedap lagi nak di kunyah
lagi lama ianya terasa pahit pula
dan kita akan membuang nya
begitu lah hubungan antara kita
mula perkenalan terasa indah
bila sedikit demi sedikit
rahsia terdedah, kita mula nak menyampah
ada saja perkara yang kita mula tak suka
dalam berbicara mula terselit dusta
dalam kata ada pula terasa
paling tidak pun kita terpaksa
kerana semata-mata hendak menjaga
kepentingan sesama kita
bila lagi lama kita dah jadi lain cerita
hendak di buang rasa sayang
tak sampai hati bila di kenang
sebab kelmaren sudah terlebih-lebih
membilang sayang bukan kepalang
sedang kan dalam hati dah mula muak
sudah mula merasa sesak....menyemak
alahai anak emak....
apa lah lagi dah TAWAR.....sudah tak ENAK !
aslinahali
211110