engkau kah itu
berselindung disitu
di balik tabir kelam...kelabu
kaku memerhati ku
yang bertandang ke laman mu
lantas mengetuk pintu mu
kerana aku mahu
bertamu di kalbu mu
tapi aku tiba-tiba...malu
tiada kata menyambut sapa ku
tak terbuka pintu itu
atau ...
mungkin kau juga malu
menerima aku
seperti selalu....dulu
dan kau biar kan saja aku
menunggu
selama mana mahu ku
apakah aku yang terlalu mahu begitu
atau kau kah yang terlalu malu
untuk bertemu.
aslinahali
160610