Wednesday, November 10, 2010

Udang Sama Udang





Aku seronok nak jadi kan pantun dari lagu Datin Rafeah Buang ini sebagai satu cerita masyarakat kini. Banyak orang Bujang dan orang Tua aku sebut kan disini kerana cerita begini menarik hati. Kalau nak di kaji memang banyak lagi cerita yang lebih menarik dari apa yang aku papar kan ini. tapi cukup lah aku buat sikit je ni......





Udang Sama Udang


udang sama udang
masak gulai dalam kuali
bujang sama bujang
orang tua jangan iri hati



udang sama udang
enak lagi ikan tenggiri
bujang lawan nya bujang
si tua jangan tak sedar diri


udang sama udang
masak bersama daun kari
bujang cari lah bujang
orang tua kenapa di cari


udang sama udang
hidangan enak di tengahari
bujang masa nya panjang
orang tua insaf lah diri


udang sama udang
masak dengan daun selasih
si tua sayang si bujang
berapa lama bertahan kasih


udang sama udang
buat hidangan dalam kenduri
bujang kelak bertemu bujang
tinggal lah si tua menggigit jari


udang sama udang
mari di makan tepi perigi
bujang akan tinggal seorang
bila si tua akan cepat pergi



Kebanyakan sekarang ini lelaki tua mencari gadis muda, manakala wanita tua pula berpasangan dengan lelaki muda. Banyak terjadi masa kini, trend la kata kan.....Semoga apa yang aku papar kan ini jangan di salah erti....sekadar ingin berkongsi....Jadi kan lah panduan kalau mengerti.....


230610






Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...