Saturday, November 26, 2011

~ diam...biar lama terperam...~





~ akan ku buka
satu persatu
helai helai silam yang lalu
agar kau kenal siapa aku ~







~ sesekali angin menerpa
tersingkap tabir jendela
segala nya nampak jelas nyata
yang dulu terlindung rupa
hanya bisik rindu suara
menyata hasrat jiwa
kukuh tersimpan rahsia
diam di balik biasan kaca...~




~ bisa saja
kalau aku mahu teriak kan kuat
apa yang melintasi benak
semua rasa menyenak
bah kan aku bisa
memekak
andai itu enak 
pada gegendang mu
tapi aku pun tahu
bukan perlu semua itu
kerna rasa ku
kau dan aku
pasti malu...aaahhh...aku diam kan saja begitu
rasa ku dan kau menyimpan rasa mu...~





~ aku tak peduli 
bila kata-kata ku bukan lagi
bisa membuat kau tersihir
aku hanya ingin terus menulis
di kanvas hidup akan ku lukis
biar cantik warna dinding ku
biar pun kau tak ambil tahu
namun aku pasti
seri nya bisa membuat kau merasa iri
dan aku masih juga begini
menari kan pena ku
mengadun warna kesukaan ku
tulisan dan lukisan
dalam jiwa ku...~





~ sering kau mahu kan bahagia
namun sering risau
bila sudah bahagia
tak pernah puas
selama mana
masih mahu dan mahu
tak cukup di sini
mahu lagi di situ
kurang lebih
tak pernah setuju
hitung satu persatu
aaahhh...mana kan cukup satu
kurang-kurang tak mahu
semua mahu kau sapu
hingga sendat rasa terharu ku...~



~ aku lebih baik diam
kau tak terluka
bila aku tak berdusta...~
~ diam...biar lama terperam...~




Wednesday, November 23, 2011

~ biar senyum hadir di hari ku ~






hanya aku yang bisa mengerti
perjalanan ini ...




bukan mudah meniti hari





untuk tetap teguh berdiri





pun begitu terkadang di uji





biarkan saja...hanya aku yang tahu




mungkin sampai mati aku kan tetap di sini




~ terkadang hati memungkiri, namun begitu, setiap kali teringat, kita pasti 'kembali' pada NYA, pada 'tali' NYA, pada 'janji' kita dengan NYA...InsyaAllah...'PASTI'...hanya DIA 'PEMILIK' yang 'SEJATI'...kau dan aku sama mencari yang 'HAKIKI'  ~







Wednesday, November 9, 2011

~ Mak Mah Kawin Lagi...~








Mak Mah seorang yang sangat jelita semasa muda, kecil molek orang nya.
peramah dan bersopan santun menjadi perhiasan diri.
dia suka berjenaka, selalu ceria, ramai orang senang bergurau senda dengan nya.
anak nya ramai, sepuloh orang tau...
suami nya juga baik dan sangat "loving".


kalau di kampong ada dua tiga orang yang serupa nama dengan nya.
tapi kalau orang tanya Mah yang mana satu ?
orang akan kata, 
alahhh...Mah Lawa...semua orang tahu siapa...hehehe...famous dia...
tambahan pulak dia bekas "mak andam"
mungkin itu lah sebab nya dia sentiasa nampak cantik dan menarik, 
ramai pakcik-pakcik suka mengusik
hmmm...orang cantik, apa nak pelik...?


masa berlalu, tiga tahun lepas, suami Mak Mah meninggal dunia.
tinggal lah Mak Mah seorang diri.
sebabnya, anak-anak yang ramai tu semua sudah berkeluarga dan tinggal berasingan.
kesian Mak Mah, anak ramai tapi satu pun tidak tinggal bersamanya, 
macam orang tak ada anak pulak.


tapi...baru-baru ni dalam lebih kurang setahun, 
terdengar berita yang mengejutkan, nak tahu apa...?
hahaha...Mak Mah sudah kawin !
tergamam di buat nya, macam tak percaya dia kawin dengan seorang polis pencen.


itu lah jodoh namanya, 
dan Mah Mah pun memang masih lawa.
tapi yang paling "best" tu, umur nya sudah tujuh puluh tiga tahun daaaaaa....!
suami baru nya pulak,  muda sikit dari dia...:)
bila di tanya kenapa dia kawin lagi ?
kata nya " dah jodoh, terima lah...Alhamdulillah. "


hehehe...macam mana dia bertemu jodoh ?
Mak Mah kata, masa dia pergi memancing.
aikk...pelik...???
masa bila pulak Mak Mah ni dah jadi "kaki pancing"...?


tanya punya tanya, akhirnya tahu cerita, 
masa dia sunyi, dia mula berkawan dengan ramai janda-janda yang seangkatan dengan nya.
dan mereka mempunyai aktiviti dan hobi yang sama.
di situ lah bermula episod baru dalam hidupnya.


tanya lagi, kenapa dia nak kawin,  sebab kan dia dah tua sangat...?
dia jawap senang jer, 
" bukan apa-apa, hanya nak teman bercerita, 
sesekali nak bermanja..."


hehehe...aku tak boleh nak kata apa-apa
dalam dunia macam-macam ada...
aku tumpang suka juga
Mak Mah akhirnya bahagia
dapat teman...maksud aku, suami lah kannn...
kini, kalau kemana-mana aku nampak mereka berkepit jer...
semoga Allah panjang kan umur dan jodoh mereka berdua, 
Ameen Ya Rabbal A'lameen.




aslinahali
250910

~ kalau jodoh sudah mari, mahu kemana lari...?...hi hi hi ~











Tuesday, November 8, 2011

~ ...aku ingin... ~






aku ingin menyinari
kegelapan malam malam mu
bukan bagai cahaya
rembulan di awan
bukan indah umpama
bintang gemintang di langit terbentang
cahaya ku cuma sedikit terang nya
hanya seperti 
si kunang-kunang yang berterbangan
kecil namun cantik 
di pandang kala malam...

aslinahali
091111




~ kerna aku si kunang-kunang...bukan bintang ~

Monday, November 7, 2011

~ menerjah awan ~






burung kecil
ingin menerjah awan
menentang kuat nya
deruan angin
tapi tak mampu  bertahan
lelah merintih
luka sayap memedih
apa yang ada di balik awan
begitu menguja kan 
hingga tak keruan
masih mahu terbang ia
tinggi ke langit biru...

aslinahali
081111


~ aduhai , mampu kah ke situ ? ~

Sunday, November 6, 2011

~tetap lah di sini....bersama ku ~






aku kembali
ke ruang pengap
mendakap malam....gelap

pecah esak ku
sebak dada ku
saat selangkah
sebelum kau berlalu
meninggal kan aku

tiris airmata ku
basah dada mu
memekap wajah ku
biar kan aku lama di situ
rebah di dada mu...

tak mahu kau berlalu
tetap lah di sini
bersama ku...

aslinahali
01.07.10

~ usah pergi duhai kekasih hati ~

Saturday, November 5, 2011

~ Engkau Dan Aku...baik-baik saja ~





andai aku berkata benar
engkau jangan berdusta
bila aku jujur dan setia
engkau tak usah berpura
jika aku menjaga hati
engkau jadi lah yang terpuji
kalau aku berbuat baik
engkau pasti lah yang terbaik...


aslinahali
301110


~ baik-baik sayang kerna aku pun baik-baik saja ~




~ mematah kata ~





sepatah kata 
mungkin lebih bermakna
ungkapan indah 
berbunga-bunga
untuk apa ?
andai
sepatah kata 
bisa merungkai segala makna
mematah kan segala kata...


aslinahali
220910


~ berikan aku satu kata mu ~

~ Tua Dan Muda ~






hari ni aku sungguh terharu...kawan-kawan memberi semangat pada ku.
ramai yang perihatin , syukur Ya Allah...kawan-kawan yang tak berapa ramai ni lah yang sangat memberikan perhatian dan semangat untuk aku terus kan perjalanan hidup yang penuh berliku ini. 
biar pun aku hanya lah orang biasa-biasa saja, mereka tetap menerima aku seadanya. 
semoga sokongan dan kata-kata semangat mereka akan menjadi kan aku lebih kuat menempuhi apa jua yang bakal mendatang kelak. 
jauh di sudut hati ku yang paling dalam, aku sangat berterima kasih pada mereka, sesungguh nya aku sayang kan mereka...


owh ya...petang tadi aku kerumah "mak". 
lama tak jumpa mak kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa. 
malu aku pada diri sendiri, rasa macam apa lah aku ini...
mak yang sudah tua jarang aku kunjungi lantaran terlalu sibuk 
dengan segala rutin harian dan kerja yang entah bila akan sudah nya. 
"mak" maaf kan lah "Nanab" ya...
semua nya sekarang Nanab kena buat sendiri.
mak pun tentu sangat mengerti...ampun ya mak...


dalam pada tu, mak sempat lagi buat kan aku "kopi o"
Ya Allah...sedap nya kopi o yang mak buat. 
mak aku memang hebat ! 
patut nya aku yang buat, tapi memang perangai mak, 
kalau anak-anak datang dia tak sempat-sempat, 
nak hidang kan apa saja yang dia sempat buat.

terima kasih mak...Nanab sayang mak...
Ya Allah, ampuni lah segala dosa mak kalau ada.
panjang kan lah umur nya, 
semoga mak sihat dan berbahagia 
di dunia dan juga akhirat kelak.
Ameen...Ya Rabbal A'lameen.


malam pulak aku keluar makan 
dengan adik perempuan aku dan anak serta anak buah aku. 
kami berempat pergi makan di kedai  Tom Yam. 
masa nak duduk kat meja
aku terpandang satu pasangan yang duduk tak jauh dari kami.
yang lelaki nampak sudah tua , 
dalam lingkungan agak-agak lima puluhan.
yang perempuan...aduh ! 
gadis belasan dalam sembilan belas tahun aku rasa.
paling-paling pun dua puluh tahun jer. 
itu pun berdasar kan pandangan aku yang sudah tua ni la...

sangat lah romantis nya,
siap makan bersuap-suap lagi...eeee...
geli hati pulak aku, meluat pun ada...
dalam hati aku bertanya, 
apalah perasaan diaorang berdua tu...? 
tak malu ke..tak segan silu ke...?
satu tua , satu muda.

dah tu depan khalayak ramai pulak 
nak menayang-nayang yang diorang tu 
sedang berkasih sayang.
sangat hebat !

aku tabek lah kat lelaki tua tu...hmmm
siap menunjuk-nunjuk kat perempuan muda tu, 
handphone 3G dia.
perempuan muda tu pun bukan main suka nya.
hehehehe....aku senyum sendiri...
agak nya si tua nak tunjuk kaya lah konon kat si muda tu.
si muda pulak agak nya suka lah 
dapat boyfriend orang kaya...boleh kikis lah.
kami berempat senyum-senyum kambing pulak.
apa lah nak jadi dunia sekarang.

memang lah kalau nak ikut kan 
Nabi dulu kawin dengan Siti Aisyah pun , 
umur sangat berbeza....itu Nabi.
orang sekarang pulak tak macam cara Nabi.
ada agenda tersendiri....fikir la sendiri....apa nak jadi...?
aku pun bukan lah nak kata aku ni baik sangat...tidak...
banyak salah dan silap di sana sini. 
tapi aku rasa tak suka lah 
dan payah lah aku nak mengerti cara diorang ni.
hai...entah lah...

sekali aku fikir dan aku buat kesimpulan , 
kalau yang punya badan hendak...lantak ! 
bukan urusan aku nak sibuk-sibuk pasal orang.
asalkan jangan aku dan keluarga aku tak macam tu sudah lah. 
selisih malaikat...minta di jauh kan lah...

esok entah apa pulak cerita yang akan jadi...?
aku rasa aku penat dah ni...nak rehat kan minda dan badan pulak...

aslinahali
200610

~ ini lah salah satu dari kataku jiwaku 
yang pernah aku catatkan lama dulu ~

~ MAAF KAN AKU ~





Maaf kan
entah mengapa
kita terputus tiba-tiba
andai engkau terlihat nota ini
itu lah suara hati ku
memohon maaf dari jauh...


aslinahali
061111



~ bila bibir tak lagi bersuara ~

~ ALLAHU AKBAR WALILLAH HILHAM ~






Aidil Adha datang lagi
bagai tahun tahun sebelum ini, 
aku sambut dengan penuh kesyukuran.
Alhamdulillah masih berkesempatan
untuk merayakan nya
bersama anak-anak dan keluarga.


Cuma yang terasa sangat 
ketiadaan orang-orang yang aku sayangi
yang telah kembali menyahut seruan Ilahi Rabbi.
Pun begitu bukan bererti aku harus memencil diri
berjauh hati mengenangkan semua ini.
Hidup harus di teruskan...
bukan kah ini juga satu pengorbanan...?
mengorbankan perasaan...lebih sukar
dari mengorbankan harta kemewahan dan wang ringgit.


bukan nya aku tidak mempunyai perasaan
bila melihat kebahagiaan orang lain.
adakalanya terbit juga rasa cemburu
melihat orang lain 
yang masih mempunyai insan yang mereka sayangi.
sedangkan aku
sepi dan sunyi sendiri di dalam hati.


namun aku redha dan bersyukur
kehadrat Ilahi, 
berjaya memujuk hati sendiri
bukan semuanya bisa aku miliki.
bukan semua orang Allah uji sehebat ini.
ada hikmahnya di sebalik semua yang terjadi
dan aku amat tahu 
sesuatu yang Allah uji itu
atas kemampuan yang bisa aku tanggungi.
dan Allah Maha Adil, 
tidak lah Dia akan memberi
yang tidak mampu buat hambaNya.


nekad dan tekad di dalam hati
telah aku gantungkan berjuta harap padaNya
perjalanan ini harus aku teruskan dengan berani
harus kuat dan tahan di uji


bak kata seorang teman lama ku
" jangan cakap kuat dan keras macam besi, 
tapi semangat lembek macam batang keladi "
aku jadikan pegangan kata-kata nya ini
anggap ianya sebagai dorongan
buat aku yang pernah satu ketika dulu
hampir mengalah dan kecewa
untuk meneruskan kerjaya.


anak-anak memerlukan aku
untuk menyara kehidupan
keluarga memerlukan aku
sebagai tempat untuk berpaut
jadi mengapa aku harus mementingkan
perasaan sendiri ?
dan aku anggap ini juga satu pengorbanan
buat insan-insan yang aku kasihi
mereka memerlukan aku di sisi


semoga Allah sentiasa memberikan aku
semangat dan kekuatan untuk meneruskan
satu perjalanan kehidupan yang entah bila 
akan sampai ke penghujungnya.
semoga impian dan harapan ku
untuk menyahut seruanNya
akan tercapai suatu hari kelak.
samada cepat atau lambat
aku redha dan pasrah pada ketentuan Allah.


aku berdoa dan tak akan pernah berhenti berharap
semoga akan di lambai
untuk menjadi Tetamu Allah jua...
Ameen Ya Rabbal A'lameen.



~ dari Dia kita datang , kepada Nya kita kembali ~














Tuesday, November 1, 2011

~ seekor burung kecil ~








seekor burung kecil
tika lewat begini
belum terjumpa sarang
masih terbang
singgah lagi
dari ranting ke ranting
melayang dalam pekat malam

siang tadi sayap nya luka
lama di rawat nya
hingga mampu ia
 terbang mencari jalan pulang
ke sarang...


~ tanah basah menanti kering ~



seekor burung kecil
masih terbang 
tika kawanan nya telah lama pulang
berteduh di sarang

angin malam menderu
burung kecil keliru
nyanyian si burung hantu
berlagu mendayu-dayu
lantas melebarlah sayap kecil nya
mahu turut terbang ke awan
bermandi cahaya bulan...


 ~ burung kecil tak keruan ~



cicip burung kecil
riuh menyentak lena ku
tadi malam renai memanjang
hingga fajar menjelang
barangkali kesejukan ia
bagaimana mahu terbang
pasti perut nya tak kenyang
bila ibu nya tak pulang pulang


~ aduhai malang... ~

aslinahali
021111







Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...