~ Mak Mah Kawin Lagi...~








Mak Mah seorang yang sangat jelita semasa muda, kecil molek orang nya.
peramah dan bersopan santun menjadi perhiasan diri.
dia suka berjenaka, selalu ceria, ramai orang senang bergurau senda dengan nya.
anak nya ramai, sepuloh orang tau...
suami nya juga baik dan sangat "loving".


kalau di kampong ada dua tiga orang yang serupa nama dengan nya.
tapi kalau orang tanya Mah yang mana satu ?
orang akan kata, 
alahhh...Mah Lawa...semua orang tahu siapa...hehehe...famous dia...
tambahan pulak dia bekas "mak andam"
mungkin itu lah sebab nya dia sentiasa nampak cantik dan menarik, 
ramai pakcik-pakcik suka mengusik
hmmm...orang cantik, apa nak pelik...?


masa berlalu, tiga tahun lepas, suami Mak Mah meninggal dunia.
tinggal lah Mak Mah seorang diri.
sebabnya, anak-anak yang ramai tu semua sudah berkeluarga dan tinggal berasingan.
kesian Mak Mah, anak ramai tapi satu pun tidak tinggal bersamanya, 
macam orang tak ada anak pulak.


tapi...baru-baru ni dalam lebih kurang setahun, 
terdengar berita yang mengejutkan, nak tahu apa...?
hahaha...Mak Mah sudah kawin !
tergamam di buat nya, macam tak percaya dia kawin dengan seorang polis pencen.


itu lah jodoh namanya, 
dan Mah Mah pun memang masih lawa.
tapi yang paling "best" tu, umur nya sudah tujuh puluh tiga tahun daaaaaa....!
suami baru nya pulak,  muda sikit dari dia...:)
bila di tanya kenapa dia kawin lagi ?
kata nya " dah jodoh, terima lah...Alhamdulillah. "


hehehe...macam mana dia bertemu jodoh ?
Mak Mah kata, masa dia pergi memancing.
aikk...pelik...???
masa bila pulak Mak Mah ni dah jadi "kaki pancing"...?


tanya punya tanya, akhirnya tahu cerita, 
masa dia sunyi, dia mula berkawan dengan ramai janda-janda yang seangkatan dengan nya.
dan mereka mempunyai aktiviti dan hobi yang sama.
di situ lah bermula episod baru dalam hidupnya.


tanya lagi, kenapa dia nak kawin,  sebab kan dia dah tua sangat...?
dia jawap senang jer, 
" bukan apa-apa, hanya nak teman bercerita, 
sesekali nak bermanja..."


hehehe...aku tak boleh nak kata apa-apa
dalam dunia macam-macam ada...
aku tumpang suka juga
Mak Mah akhirnya bahagia
dapat teman...maksud aku, suami lah kannn...
kini, kalau kemana-mana aku nampak mereka berkepit jer...
semoga Allah panjang kan umur dan jodoh mereka berdua, 
Ameen Ya Rabbal A'lameen.




aslinahali
250910

~ kalau jodoh sudah mari, mahu kemana lari...?...hi hi hi ~











Popular posts from this blog

ALANG ...

sejenak menjauh ...

~ Tenang ~