~ ALLAHU AKBAR WALILLAH HILHAM ~






Aidil Adha datang lagi
bagai tahun tahun sebelum ini, 
aku sambut dengan penuh kesyukuran.
Alhamdulillah masih berkesempatan
untuk merayakan nya
bersama anak-anak dan keluarga.


Cuma yang terasa sangat 
ketiadaan orang-orang yang aku sayangi
yang telah kembali menyahut seruan Ilahi Rabbi.
Pun begitu bukan bererti aku harus memencil diri
berjauh hati mengenangkan semua ini.
Hidup harus di teruskan...
bukan kah ini juga satu pengorbanan...?
mengorbankan perasaan...lebih sukar
dari mengorbankan harta kemewahan dan wang ringgit.


bukan nya aku tidak mempunyai perasaan
bila melihat kebahagiaan orang lain.
adakalanya terbit juga rasa cemburu
melihat orang lain 
yang masih mempunyai insan yang mereka sayangi.
sedangkan aku
sepi dan sunyi sendiri di dalam hati.


namun aku redha dan bersyukur
kehadrat Ilahi, 
berjaya memujuk hati sendiri
bukan semuanya bisa aku miliki.
bukan semua orang Allah uji sehebat ini.
ada hikmahnya di sebalik semua yang terjadi
dan aku amat tahu 
sesuatu yang Allah uji itu
atas kemampuan yang bisa aku tanggungi.
dan Allah Maha Adil, 
tidak lah Dia akan memberi
yang tidak mampu buat hambaNya.


nekad dan tekad di dalam hati
telah aku gantungkan berjuta harap padaNya
perjalanan ini harus aku teruskan dengan berani
harus kuat dan tahan di uji


bak kata seorang teman lama ku
" jangan cakap kuat dan keras macam besi, 
tapi semangat lembek macam batang keladi "
aku jadikan pegangan kata-kata nya ini
anggap ianya sebagai dorongan
buat aku yang pernah satu ketika dulu
hampir mengalah dan kecewa
untuk meneruskan kerjaya.


anak-anak memerlukan aku
untuk menyara kehidupan
keluarga memerlukan aku
sebagai tempat untuk berpaut
jadi mengapa aku harus mementingkan
perasaan sendiri ?
dan aku anggap ini juga satu pengorbanan
buat insan-insan yang aku kasihi
mereka memerlukan aku di sisi


semoga Allah sentiasa memberikan aku
semangat dan kekuatan untuk meneruskan
satu perjalanan kehidupan yang entah bila 
akan sampai ke penghujungnya.
semoga impian dan harapan ku
untuk menyahut seruanNya
akan tercapai suatu hari kelak.
samada cepat atau lambat
aku redha dan pasrah pada ketentuan Allah.


aku berdoa dan tak akan pernah berhenti berharap
semoga akan di lambai
untuk menjadi Tetamu Allah jua...
Ameen Ya Rabbal A'lameen.



~ dari Dia kita datang , kepada Nya kita kembali ~














Popular posts from this blog

ALANG ...

sejenak menjauh ...

~ Tenang ~