~ Hang Li Po ~... LA ILAHA ILLALLAH !




















dia seorang puteri dari negeri China
di bawa oleh Cheng Ho Tuan Laksamana
untuk di persembahkan kepada Sultan
sebagai "bahan" merapatkan hubungan

apa kah dia rela seadanya ?
untuk mengahwini Sultan Melaka
bahagia kah dia tinggal di istana
bersama Sultan Mansyur Shah
yang terkenal di suatu ketika
memerintah negeri Melaka
di jadikan Li Po isteri nya yang ke lima

Tun Perpatih Putih
berjaya menawan hati Maharaja Yongle
hingga sanggup menghadiahkan seorang puteri
untuk Sultan nikahi sebagai isteri
begitu lah takdir yang tertulis di azali
rela nya hati
walau terpaksa meninggal kan negeri sendiri
Li Po akur ketentuan diri

bersama lima ratus pengiring perempuan
Li Po menurut segala yang di aturkan
memeluk Islam lalu di nikahkan
dengan seorang yang bergelar Sultan
manakala pengiring perempuan
bernikah dengan para pegawai
dari istana Sultan Melaka

di atas bukit terbina sebuah istana
sehingga kini terkenal di sana
Bukit China di berikan nama
perigi yang di guna juga masih ada
kekal dalam kenangan satu makna

Li Po akhirnya di anugerahi gelaran "Hang"
sebagai tanda dia di sayang
zuriat nya ada bersama Sultan
Paduka Mimat nama yang di ingat
begitu lah sejarah yang terpahat

Bukit China kini hanya tempat perkuburan
Perigi Hang Li Po tinggal kenangan
sebagai tanda sebuah penempatan
dan satu kewujudan

aduhai...mungkin kah salasilah ku berasal dari mu 
wahai "Nenda Hang Li Po"
aku tidak pasti namun yang aku faham
bangsa China sampai ke Melaka 
dan membiak di seluruh negara.

hanya ALLAH yang tahu siapa sebenar nya aku
dan bukan lah mustahil andai DIA berkehendakkan sesuatu terjadi
"KUN FAYAKUN"...!

aslinahali
130911


~ menerawang hati mengenal diri ~













Popular posts from this blog

ALANG ...

sejenak menjauh ...

~ Tenang ~