Saturday, September 3, 2011

~ Zaki ~ ( 5 )



Akhirnya setelah lama tidak bertegur sapa dengan Zaki, aku terpaksa akur, begitu ketentuan Ilahi Rabbi. Tiada lagi harapan untuk aku mendekati nya, kami semakin jauh, bukan jauh dalam ikatan sahaja malahan aku terkedu apabila mendapat tahu dia akan berhenti kerja di kilang. Zaki telah mendapat tawaran bekerja di sebuah bank, dan aku hanya diam membisu apabila mengetahui tentang berita itu dari salah seorang rakan. Sedikit kesal terbit di hati, namun cepat-cepat aku menyedarkan diri sendiri, aku tak mahu hanyut di buai kesalan.....harus kuat kan hati, walau pun sedih dengan segala yang telah terjadi.

Semenjak Zaki tiada, perlahan-lahan, aku sudah boleh menerima kenyataan, bersendirian makan di kantin, sedangkan sebelum terjadi peristiwa pahit itu kami sering makan berdua....mahu tak mahu, aku harus memulakan episod baru sebuah kehidupan. Tanpa berteman....aku mula menjadi seorang yang  agak pendiam, malas berbual dan bergaul dengan orang lain. Aku memilih berdiam diri, bukan benci atau terlalu berjauh  hati tapi aku rasa perlu begitu. Bosan dengan sikap khianat Jan, aku menjauhi nya.... kerana dia adalah punca putus nya hubungan baik aku dengan Zaki. 

Segala nya sudah tertulis, bagai yang telah di janji Ilahi Rabbi, pada 1985 aku mengambil keputusan berhenti kerja di kilang. Lima tahun di sana, banyak yang aku lalui dan pelajari dalam mengenal erti hidup, bagaimana " kawan makan kawan ", dan mengenal sikap manusia yang berpura-pura...di depan kita dia manja ibarat "kucing", di belakang dia bertukar menjadi "singa"....menunggu untuk menerkam dan membaham  mangsa ! 

Masa berlalu, aku bertemu jodoh dengan lelaki pilihan hati, kami mendirikan rumahtangga , dan kebetulan pula suamiku tinggal sekampung dengan Zaki. Aduhai.....aku bagaimana menghadapi semua ini ?

Saya akan sambungkan kemudian jika ada kelapangan , harap bersabar menantikan sambungan kisah ini ya.
Sempena Syawal yang mulia ini, izinkan saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari jauh, andai selama ini saya terkasar bahasa , terlebih kata dalam menulis cerita, maklom lah saya juga "insan biasa"
Salam sayang buat semua .










BUDI

perniagaan kedai makan aku memang terkenal satu ketika dulu. tak menang tangan aku memasak dan melayan pelanggan . setiap malam aku "...