Sunday, September 27, 2015

Hening berkawan sepi ...









sunyi bukan perkara asing bagi ku
enam tahun berlalu juga bukan hal yang penting buat orang lain
namun berlainan dengan diriku
enam tahun bersunyian sendirian banyak mengajarkan aku erti *sabar

bukan saja mendapat ketenangan tapi banyak juga kesukaran.

ini bukan perkara mainan yang senang di ucapkan oleh mulut tanpa pengertian dari dalam hati.
tidak ramai yang tahu hidup sebagai seorang balu yang di tinggalkan secara tiba-tiba apabila Allah menarik balik apa yang telah di pinjamkan Nya.

selama enam tahun berlalu ,aku hidup dalam bayangan orang yang paling hampir dengan ku yang berkongsi suka duka , teman bergurau dan bergaduh sama-sama .


namun kekuasaan Allah tak siapa pun menduga ...pada tarikh kepergian nya itu lah juga hari yang aku bertemu semula dengan suami yang ada sekarang.

dalam tempoh sebulan setelah pertemuan itu  kami bernikah , bukan kerana aku sunyi dan sepi dengan kekosongan hidup , tapi aku tidak mahu terjadi apa-apa hal yang mungkar.

jauh kami pergi semata-mata untuk mendapat kan redha Allah .

tidak mahu berlaku perkara maksiat.
usia yang sudah tua , untuk apa aku dan suami menunggu masa ...buang masa nak  mengenali hati budi lagi sebab bagi kami zaman untuk bercinta-cinta sudah berlalu.

restu mak , abang ,  adik beradik yang lain dan anak-anak  mengiringi kami untuk  pergi mendapat kan redha Allah.


dan kini walau pun aku sudah kembali bergelar *isteri , aku masih juga senang dengan kehidupan lalu.

aku suka bersendirian dalam hening dan sunyi seperti sekarang ini.
jika suami pulang kerumah , aku sedikit happy namun suasana tetap sunyi.
tiada leteran dan bebelan yang tak berhenti dari mulut ku.
aku terima keadaan sekarang seadanya.
Alhamdulillah , biar pun ketika suami pulang atau ketika bersendirian kehidupan aku tetap sama.


#Jane ... hidup adalah pilihan , untuk apa Allah beri akal dan fikiran ?

jika bermaksiat itu tidak salah kenapa perlu adanya sebuah ikatan pernikahan ?










Saturday, September 26, 2015

sudah tertulis ... Berkorban lah !





untuk sebuah kehidupan 
kita akan menghadapi berbagai ujian
kadang waktu kita berteman dalam riang
ada waktu berseorang

haruskah terhenti sebuah perjalanan
hanya kerana keseorangan?

bagi ku , enam tahun berseorangan berjuang bukan hal yang boleh dianggap ringan.
banyak hal telah berlaku yang ramai tidak tahu.
haruskah aku menceritakan satu persatu ?
semua nya tidak akan aku adu kan pada sebarangan orang.
kebanyakan nya aku simpan sendirian.

bukan aku tak punya ramai kawan , namun aku sebetulnya seorang yang *perahsia.
ramai kawan bukan berarti aku senang untuk menceritakan hal-hal sulit tentang kehidupan ini.
pada zahir nya , kawan-kawan akan melihat aku tersenyum gembira namun bila bersendirian di rumah atau pun di mana saja susah untuk melihat senyuman di wajah ku.
sehinggakan ada yang takut untuk menegur sapa dan menganggap aku seorang yang sombong.

namun bila di kedai tempat aku mencari makan , senyuman dan ketawa akan kedengaran.
aku harus menjadi peramah di mata pelanggan-pelanggan.
jika aku tidak ramah dan mesra dengan senyuman siapa yang akan singgah ?
pasti tak akan ada yang lalu nak makan di kedai .
dah tuan punya kedai muka masam mencuka , siapa yang suka ?

jadi , tidak hairan jika ada yang terperasan bahawa aku mempunyai dua sifat yang berbeza.
di kedai kelihatan riang gembira namun tidak sebegitu bila di tempat lain.

aku senang bercerita di sini , di ruangan yang aku ciptakan untuk tatapan insan-insan yang tersayang , suami , anak-anak , adik beradik dan semua rakan-rakan yang senang melayari nya. 
dan jika kelak aku sudah pergi untuk *berpulang kepangkuan Ilahi Rabbi , aku pasti ruang senyap ini akan tetap di lawati .

hidup ini sebetul nya begitu singkat , sangat singkat dan aku harus tahu bagaimana untuk memanafaatkan masa yang ada .
setiap kata yang aku taipkan disini ada makna nya dan bagi yang mahu memaknai nya aku ucapkan terima kasih tidak terhingga.
aku menulis bukan untuk menjadi terkenal dan ternama , sebab aku menulis hanya seperti menulis diary harian dan itu pun aku selalu culas.

dan di waktu masih ada lagi hari raya haji atau hari raya korban ini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya korban , mohon maaf zahir dan batin .

berkorban lah apa pun asal jangan sampai diri sendiri yang terkorban.
jangan ikut hati yang seolah-olah telah mati , 
tetapi ikut lah hati yang ada mata bersama nya .

#Jane ... pandang lah dengan mata hati , maka kita akan mengerti apa yang di beri oleh Ilahi Rabbi.









Saturday, September 19, 2015

Bersyukur aku tentang kamu ...





jujur ku mengagumi
pantas ku beri 
seribu pujian buat kamu

jauh di dalam hati 
selalu kurasa
bersyukur aku mengenal mu

kerna cinta dari kamu
jadi kan aku 
wanita terbahagia di dunia

bersama kamu 
ku jadi tahu 
erti nya waktu 
lebih berharga dari harta di dunia

bersama kamu 
ku rasa jauh lebih mengerti
erti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

kamu 
ku yakin tahu
ku yakin sama
tujuanmu dengan tujuanku

#Bunga Citra Lestari


@Kita dalam menghadapi kehidupan , jangan taruh pagar di sekeliling kita.
( In life , we should not build walls around ourselves. )

**Sudirman Haji Arshad**








Thursday, September 17, 2015

biar separuh jiwa ku kekal dengan mu ...




Sajak ini dari seorang yang aku sayang , yang berada jauh di Kota Bandung.

Imaaine Hilman , terima kasih ...bunda abadikan nya di ruang senyap ini ...



Anak Panah Dari Langit.



teh hangat selepas asar
menanti bintang diatas meja kayu
terang terpenggal tajam nya gelap yang sayu
ada kisah di kepul asap , memintal tumpuan
membawa mata, mencari aksara dan suara
malam tersenyum , sesekali mengibas
jubah dingin nya , dengan anggun

jika saja rebah ku di samping tiang-tiang tidak terpetik azan
lalu besi di tubuh kota merampas otak , siang tadi

ya , mungkin 
sepi menusuk
tangis rusuk 
di pelupuk , batu !
hati lisut , hari-hari.

hari masih saja cantik
kilau diatas nya bertemu gelas-gelas
ada bapak tua membawakan ku kait dan rasa
bertutur , bagaimana membuka pintu untuk warna
kemudian memetik seperti ia memetik makna
mulut berasap-asap satu badan , terkata kan
menari cahaya di sekitar tubuh

tidak selalu sunyi menjadi kan wajah-wajah yang di lahirkan puisi
atau mungkin di kuburkan nya , kerana kirana merupa benak

meski carut
memperurutkan  fikir
dalam perut
mati dan beku
ya , kerut

separuh malam , dunia tanpa hujung
masai tanya , tergelincir satu-satu memamah sinar
tak hirau dasar gelas di cumbu semut-semut dan angin
bapak tua , anak panah dari langit kah engkau , membirukan
seribu kaki huruf-hurufku , setidak nya kedalam ku
hingga semata ruang itu , resap
pada khabar nafas.

Bandung , September 2015










Wednesday, September 2, 2015

"Baraka Allahu Lakuma" بارك الله لكما





Perkahwinan adalah perkara murni yang di redhai Allah SWT.
bulan ini saja saya telah menghadirkan diri di majlis pernikahan dan persandingan anak-anak rakan-rakan sekolah saya .
Alhamdulillah , yang dekat dan jauh juga telah saya usahakan untuk hadirkan diri.

sejak pertengahan Syawal sehingga minggu lepas boleh di katakan setiap minggu ada saja majlis pernikahan yang di adakan dan sebagaimana yang telah saya kata kan , Alhamdulillah saya masih sempat hadir di majlis mereka.

setiap kali saya hadir di majlis pernikahan atau majlis persandingan , hati saya terdetik ...bila kah pula masa nya giliran saya menerima menantu...?
anak-anak saya tidak ramai , cuma ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang boleh di kata kan sudah layak dan cukup umur untuk berkahwin dan membina masa hadapan mereka.
namun itu semua bukan lah di dalam kekuasaan saya , hanya Allah jua yang menentukan bila kah masa nya mereka akan berumahtangga.

selalu saya gertak anak yang tua ... anak lelaki sulung supaya berkahwin cepat , kalau dia tidak mahu berkahwin kelak jika sudah berusia 30 tahun saya sendiri yang akan memilihkan calon nya.
namun dia menolak dengan baik dan sebalik nya menggertak saya pula bahawa jika saya berbuat begitu dia akan keluar negara meninggalkan saya di Malaysia.

ohhh ... duhai anak-anak ku , seberapa lama lagi kah  mengambil masa untuk berumahtangga ?
tidak kah kamu cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sebaya sudah menimang cahaya mata ?

berbeza pula dengan anak perempuan saya , dia merasa ingin berkahwin namun jodoh nya belum sampai.

ini baru dua orang saja anak , jikalau lah saya punyai ramai anak entah lah ...saya sendiri pun tak pasti bagaimana nanti ...

walau bagaimana pun , di ruangan senyap ini saya mengambil kesempatan mengucap kan tahniah buat rakan-rakan saya yang mana anak-anak mereka telah berumahtangga.
semoga kalian menjadi keluarga yang sakinah , mawaddah , warrahmah ... Ameen Ya Rabb.


#Jane ... pantun ini untuk kalian yang saya kasihi .

~ lebat merimbun pohon selasih
menambah seri di hujung laman
asyik menghimpun ramai kekasih
anak orang jangan persia kan ~









Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...