Perkahwinan adalah perkara murni yang di redhai Allah SWT.
bulan ini saja saya telah menghadirkan diri di majlis pernikahan dan persandingan anak-anak rakan-rakan sekolah saya .
Alhamdulillah , yang dekat dan jauh juga telah saya usahakan untuk hadirkan diri.
sejak pertengahan Syawal sehingga minggu lepas boleh di katakan setiap minggu ada saja majlis pernikahan yang di adakan dan sebagaimana yang telah saya kata kan , Alhamdulillah saya masih sempat hadir di majlis mereka.
setiap kali saya hadir di majlis pernikahan atau majlis persandingan , hati saya terdetik ...bila kah pula masa nya giliran saya menerima menantu...?
anak-anak saya tidak ramai , cuma ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang boleh di kata kan sudah layak dan cukup umur untuk berkahwin dan membina masa hadapan mereka.
namun itu semua bukan lah di dalam kekuasaan saya , hanya Allah jua yang menentukan bila kah masa nya mereka akan berumahtangga.
selalu saya gertak anak yang tua ... anak lelaki sulung supaya berkahwin cepat , kalau dia tidak mahu berkahwin kelak jika sudah berusia 30 tahun saya sendiri yang akan memilihkan calon nya.
namun dia menolak dengan baik dan sebalik nya menggertak saya pula bahawa jika saya berbuat begitu dia akan keluar negara meninggalkan saya di Malaysia.
ohhh ... duhai anak-anak ku , seberapa lama lagi kah mengambil masa untuk berumahtangga ?
tidak kah kamu cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sebaya sudah menimang cahaya mata ?
berbeza pula dengan anak perempuan saya , dia merasa ingin berkahwin namun jodoh nya belum sampai.
ini baru dua orang saja anak , jikalau lah saya punyai ramai anak entah lah ...saya sendiri pun tak pasti bagaimana nanti ...
walau bagaimana pun , di ruangan senyap ini saya mengambil kesempatan mengucap kan tahniah buat rakan-rakan saya yang mana anak-anak mereka telah berumahtangga.
semoga kalian menjadi keluarga yang sakinah , mawaddah , warrahmah ... Ameen Ya Rabb.
#Jane ... pantun ini untuk kalian yang saya kasihi .
~ lebat merimbun pohon selasih
menambah seri di hujung laman
asyik menghimpun ramai kekasih
anak orang jangan persia kan ~