Tuesday, October 27, 2015

... tulus nya cinta





cinta ku tak berdusta
tak mengenal engkar
tak kenal nestapa

cinta ku hanya indah
hanya bahagia untuk selamanya

apa yang kurasa kan ini
persembahan untuk diri mu
kau dengar kan kasih ku

mencintai mu 
tak mengenal waktu
tak mengenal puitis
hanya tulus nya hati

mencintai mu 
tak mengenal ragu
keyakinan hatiku
hanya untuk diri mu selalu

tak ada seribu janji
hanya bahagia untuk selamanya

#Anuar Zain


begitu lah aku ...mencintai mu tanpa syarat , tanpa had .
perlukah syarat tertentu di letakkan untuk sebuah cinta yang tulus ?
perlukah bermain kata-kata untuk memenangi cinta ?
perlukah merajuk dalam cinta untuk dipujuk ?
perlukah itu semua ???

ketulusan hati mencintai tak perlukan itu semua.
biar pun banyak orang meragui ketulusan hati dalam cinta tapi itu tidak bagiku.
sedikit pun tiada rasa ragu ...kerana cinta yang tulus ikhlas tak meragui apa lagi mencari-cari kesilapan untuk membenci.


#Jane ...renai yang turun dari pagi menyejukkan hati ...aku senang cuaca redup dan mendung kini ...damai ...



ini hasil karya ku ...sudah terlalu lama aku tidak melukis...





Jangan Kau Tahu Semua Tentang Kita ...








Aku pernah hancur
karena terlalu percaya
pernah juga patah karena memilih orang yang salah

Aku pernah ditinggal pergi 
karena tak cukup memberi

Aku pernah terkubur dalam-dalam
dalam hati seseorang yang ku selami
dengan niat untuk bisa ku mengerti

Aku pernah tertusuk pecahan hatiku sendiri
ketika serpihan nya sedang berusaha ku tata

Aku juga pernah di hakimi 
dan di usir keluar secara paksa karena melindungi

Aku pernah ditikam
karena terlalu jujur pada hati sendiri

Aku pernah di salahkan
karena berbicara yang sebenarnya

Aku pernah ...aku pernah seperti itu ... 
berkali-kali bangkit hanya untuk kembali dihancurkan  !

#Jane ... Elang Megananda ...bunda punya rasa yang sama ...
sama !






Biar masa menentukan . (2)






selama hampir dua belas tahun kita tidak menyapa antara satu sama lain namun di dalam hati ku masih teringat kan mu.
mana kan aku terlupa , kita pernah makan sepinggan tidur sebantal sewaktu remaja dulu.
engkau akhirnya berkahwin setelah di pertemukan jodoh oleh Allah SWT.

biar begitu lama kita hanya memandang dari jauh , mengikuti perkembangan masing-masing melalui teman-teman lain , dan aku tahu waktu itu kau sudah bahagia dengan suami mu.

aku pun bahagia dengan keluarga kecilku, di kurnia kan seorang anak lelaki yang montel dan bijak.
dan pernah di satu waktu aku kembali ke rumah mak ,  kebetulan kau lalu di situ untuk menghantar anak perempuan mu yang baru saja berusia beberapa bulan untuk kerumah kakak mu.
aku memandang dengan hati yang teringin untuk menegur sapa namun Allah tidak mengizinkan nya.

begitu lah kita , apakah aku yang sombong atau pun kau yang sengaja tidak memandang kearah ku ?
hari demi hari berlalu , sehingga memakan tahun lama nya... kita seperti bermusuhan walhal orang lain yang punya angkara tapi kita menjadi mangsa.

namun kuasa Allah siapa menduga ???
petang itu ... ketika aku memandu kereta kerumah mak , terlihat di rumah mu ramai orang sedang berkumpul dan ada yang menangis .
aku memberhentikan kereta , beranikan hati untuk singgah menjengguk keadaan apakah yang sedang berlaku.
bertanya aku pada salah seorang ahli keluarga mu , alangkah terkejut nya , mak kau sudah kembali kerahmatullah ... Innalillahi wainnailahi rojiun.
segera aku mencari dimana kah kau saat itu , dan terlihat kau sedang duduk termenung sambil menangis.

" Assalamualaikum ,.."
 sapa ku pada mu.
terkejut dan tergamam kau saat terpandang aku...lalu berdiri menyahut salam dan terus memeluk ku sambil menangis teresak-esak.

" Mak aku dah tak ada ... dia dah  pergi ...aku dah tak ada mak lagi ... "

" Sabar lah ... redha kan lah  dia , doa kan dia ..."

aku tak dapat meneruskan kata-kata lagi , satu demi satu kenangan waktu kecil sehingga remaja , membesar bersama-sama , bahagia , suka duka ...semua muncul kembali di ingatan ku.

Itu lah kita sebenar nya , kadang waktu kemarahan atau kebencian tak berpunca , mendengar fitnah dunia kita sengsara , merana di jiwa.

Namun aku bersyukur , kebencian tidak kemana sudah nya.
akhir nya Allah mengizinkan kebenaran itu menang mengalah kan fitnah durjana.
Sabar telah mengajar aku sejak lama dan ternyata bersabar dalam banyak hal yang tidak kita suka telah berjaya menenangkan kita .


#Jane ... dalam doa ku ada kamu , selalu ada ...



terima kasih Mohd Izad Emir Abdul Rashid ... untuk foto hiasan yang cantik ini.











Saturday, October 24, 2015

Biar masa menentukan .

 a



Sedang kan pantai lagi berubah , ini pula manusia yang hati nya di pegang oleh Allah SWT.
aku tetap bersabar dan berdoa semoga suatu hari yang manis itu akan tiba jua.
hanya Allah yang tahu apa yang terkandung di hati ku.
biar lah seteruk apa pun anggapan mu pada ku , itu bukan hal yang membuat aku bersedih melayani hati .

kita manusia , sekejapan hati akan berubah jika dibalikkan oleh Allah.
hari ini kebencian amat ketara , kemarahan beraja di mata , kemahuan fikiran bersultan dihati.
setiap apa yang aku lakukan bukan hal yang baik bagi pandangan mata mu.
seringkali kata-kata ku , kau salah mengerti.
setiap coretan ku kau tatapi dengan penuh kebencian dan keji.

itu yang menghairankan ku , engkau membenci namun tak berhenti mengintai setiap apa yang aku bentangkan untuk tatapan orang lain.
cemburu atau apakah di hati mu ?
kali ini  memang sengaja aku bertanya pada mu ... 
yang jawapan nya hanya engkau sendiri yang tahu !

tidak menjadi hal yang penting jika kau membenci diri ku .
aku bukan minta untuk di sanjung setinggi langit namun jangan pula untuk sesuka hati kau menghina tanpa usul periksa yang nyata.

sebenar nya aku tahu banyak hal yang telah berlaku namun seperti ramai yang sedia maklom  aku seorang yang perahsia.
bukan mudah untuk mencungkil rahsia yang tersembunyi diam di hati selama bertahun-tahun ini.

jika kemarahan mu itu baik bagi mu , maka silakan untuk terus memarahi ku.
tapi harus di ingat , sejauh dan selama mana hati akan membenci ?

aku akan terus berdiam ...pun selama mana ?
dan aku tidak berjanji untuk selama nya menyimpan rahsia hati.

hanya yang ingin aku kata kan  pada mu , 

@ Setiap yang membaca Al-Quran ,  yang telah menjadi makanan jiwa nya ... mengapa hati nya ada yang masih tidak dapat di bersihkan ?

Jika setiap manusia yang mengakui Islam agamanya , mengapa dalam kehidupan harian tidak mengikut dan mengamalkan ajaran Al-Quran ?

Banyak orang hanya pandai cakap dan tak tahu buat apa yang dia cakap.
Banyak orang yang hipokrit.
Di luar nampak cantik tapi didalam tersangat jelek.
Nampak alim dan warak , tak kira lelaki mahu pun perempuan ... hati di dalam kotor dan busuk !!!


#Jane ... selaraskan rasa dalam apa jua ketika ... biar masa menentukan kan sebuah kebenaran ...itu pun  jika di izinkan Tuhan.



Friday, October 9, 2015

Kalau Chantik Di Luar Biar Didalam Lebih Indah .








Pernahkah anda melihat wanita yang terlalu cantik, sempurna segala zahirnya, 
anggun bergaya dengan kosmetik dan perhiasannya bak supermodel? 
Bukan hanya lelaki yang suka memandang, bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap dipandang. 
Tetapi sayangnya, setelah anda mengenali hati budinya, dia sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala dalaman pula sungguh memeranjatkan!
Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. 
Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. 
Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup.
Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, 
manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beribu ringgit melabur supaya isteri berubah,
tetapi tidak juga berhasil usaha untuk ‘turn over’ hati dan sikapnya.
Setiap wanita yang dilahirkan dalam keadaan sempurna jasmaninya, 
jangan berpuas hati dahulu sebelum menilai kelemahan yang tersembunyi dari pandangan orang lain. Jika anda memiliki tiga sifat berikut ini, baik berhati-hati kerana setiap lelaki yang mengenali mungkin akan lari meninggalkan anda.

1 – Jahil
Dunia semakin maju, teknologi dan informasi terkini telah pun tersebar dengan pesat dan cepat. Wanita dulu dan sekarang jauh berbeza, tetapi yang tidak pernah berubah adalah kefahaman agama yang mesti dipegang dengan kuat, seiring beredarnya masa menuju akhir zaman yang semakin mencabar.
Jahil tentang ilmu dunia dan akhirat adalah kelemahan yang membuat anda nampak hodoh. 
Hanya ilmu yang boleh mengangkat status seseorang dan merubah sejarah hidup manusia. 
Ilmu dunia jika tidak diiringi dengan ilmu akhirat (agama) akan pincang.
Wanita yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi, antropologi, politik, sains dan lain-lain akan tersesat tanpa bimbingan ilmu agama yang sahih. 
Inikan pula wanita yang tidak tahu apa-apa selain kosmetik dan butik, jadi hendak ke mana dibawa anak-anak yang lahir dari rahim mereka ini?

2 – Buta hati
Cantik paras rupa tetapi buta hati. Tidak akan selamat sesiapa pun yang mendampingi wanita sebegini. Hati merupakan pusat tenaga pada diri manusia. 
Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah sebaliknya. 
Mengapa sibuk mandi aura bunga-bungaan sebagai pembangkit tenaga dalaman tetapi hati pula dibiarkan busuk dan bernanah.
Apakah yang menyebabkan hati sakit?
i) Tidak mengenal Allah dan Rasul dengan sebenarnya
Jalan mengenal Allah dan Rasul adalah dengan mempelajari al-Quran dan hadis. 
Bukan setakat dibaca tapi dikaji, difahami, diamalkan dn diperjuangkan. 
Kalau pergi ke pusat rawatan kecantikan atau salun pasti waktu habis dua tiga jam untuk satu sesi, mengapa pula jika belajar agama tiada masa dan asyik memberi alasan ‘sibuk’?
Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmu-Nya, semakin lama akan menjadi semakin kotor, sakit dan tenat kerana tabiat hati diciptakan Allah SWT memerlukan makanan. 
Makanan hati adalah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
ii) Terlalu berlebihan dalam perkara mubah
Banyak makan, tidur, sibuk dengan hiburan, permainan, shopping, menghias rumah berlebih-lebihan, sibuk bersenam dan berubat mengalahkan kewajipan sembahyang. 
Tidak tahu mana prioriti dalam kehidupan. 
Hal ini boleh merosakkan hati.
Agama tidak melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang antara dunia dan akhirat. 
Jika setiap hari keletihan akibat mengikut segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadah, tentu keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai. 
Jika sudah lalai, hati menjadi keras dan kotor, tidak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.
iii) Menjadikan syaitan sebagai teman akrab
Amat berbahaya jika syaitan duduk dalam hati manusia. 
Meniupkan angin dengki, prasangka buruk, dendam amarah, riak dan sombong. 
Jangan biarkan syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunnya. 
Berlindunglah kepada Allah SWT daripada gangguannya. 
Hati yang sakit melahirkan perangai-perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain. 
Tidak ada wanita yang lebih hodoh dari si pendengki, pencemburu buta dan pendendam.
Maka waspadalah!

3 – Kasar lidah
Kehodohan yang paling ketara adalah ketika seorang wanita melepaskan panahan lidahnya. 
Tajam menusuk hati orang yang mendengar, menyebabkan siapapun enggan bersahabat dengannya. Suami menghindari, anak-anak lari, jiran dan handai taulan menutup diri tidak mahu berhubungan dengan wanita yang tidak pandai menjaga lidahnya. 
Mengumpat, memfitnah dan mencaci telah sebati dalam dirinya. 

Al-Quran telah memberi amaran seksa bagi orang yang mengumpat saudaranya yang bermaksud, 
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), 
kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain.
Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? 
Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. 
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” 
(Surah al-Hujurat ayat 12)

Sesungguhnya jahil, buta hati dan kasar lidah adalah sehina-hina perangai yang dibenci makhluk apatah lagi Allah Taala yang Maha Suci. 
Kecantikan perlu diusahakan dan dicari, maka berhiaslah dan berubatlah untuk kecantikan zahir dan batin.

#Petikan dari ruang sahabat .
(Parsy Cat )


#Jane ...chantik di luar biar chantik juga di dalam .



Terima kasih Ja'afar Ahmad untuk foto ini.

Thursday, October 8, 2015

Sembunyi ...ada kah ia baik ...?








Biar pun sembunyi itu satu hal yang tidak begitu sihat namun ada beberapa sebab tentang beberapa hal yang perlu kita sembunyikan.
ada perkara yang kadang-kadang tak mampu kita cerita dan luah kan kepada sesiapa maka menyembunyikan perasaan itu baik buat kita.

Namun bagi yang bijak menilai , melalui gaya percakapan , renungan mata atau bahasa badan , mereka boleh memaknai sesuatu yang tersembunyi dalam diri seseorang.


Begitu pun tentang hal nya *Cinta , biar bagaimana kita menyembunyikan perasaan ianya boleh terbaca oleh pandangan mata.


Terserah pada diri ...samada mahu atau tidak untuk mengungkapkan kata cinta pada seseorang yang kita sayang atau sembunyikan rasa tersebut sehingga sampai masa kita tidak lagi mempunyai peluang untuk nya.


Hidup yang begitu singkat , bagaimana kita mahu mengakhiri nya ?

Jika waktu nya sudah tidak berkesempatan , tak usah menyesali setiap saat yang terlewatkan.

#Jane ... waktu yang ada tak akan terlepaskan  dengan sia-sia ...belajar menghargai masa.










Sunday, October 4, 2015

Where Could I Find Someone Like You ...?








I wanna cry but there's no more tears
I wanna smile but I've got no one
Had my destiny
already been fated ?
It's really unbearable
but I've got no choice .



Where could I find someone like you ?
Never would I be able
to live apart from you
With wrenching heart

The words wouldn't do the justice
for the feeling of you being away
Leaving me behind ...alone
with no one in a lonely alley

The bright world now turns bleak
The shining light I could no longer feel
As my heart is now weeping hard
It only add pains to my suffering
Yet you don't seem to come

Where could I find someone like you ?
Would it be in the heaven ?
I'm yearning for someone to cry with forever ...



#Tan Sri P. Ramlee


#Jane ... Al-Fatihah ... Abah .










Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...