hari seterus nya di Yogyakarta , sebelah pagi aku ke Kalibiru ( Kali bermaksud Sungai jadi ianya membawa nama Sungai Biru ) .
di sini juga sukar untuk sampai , perlu menaiki jeep .
tempat ini ramai orang yang berkunjung , tiba-tiba waktu hendak pulang aku terlihat sepasang suami isteri yang aku kenal.
mereka berasal dari Gedong Lalang , Ampangan , tempat aku membesar.
aku tegur isterinya dan kami sempat berbual mesra.
kata nya mereka sudah mahu pulang ke Malaysia petang itu juga.
tapi aku masih mempunyai dua hari lagi disini.
sedang di Seremban kami jarang bertemu , tapi ALLAH temukan kan kami di tempat orang dan begitu jauh pula.
ini lah keajaiban Nya.
MasyaAllah , begitu lah kehendak Tuhan yang Maha Esa.
bagaimana aku mahu menidakkan kuasa ALLAH ?
petang , kami dua beranak ke Parangtritis Beach , aduhai sangat indah dan menawan hati pantai nya.
sesuai untuk melihat terbenam nya matahari .
kuda yang membawa kami , nama nya Cemplok .