Thursday, November 30, 2017

SALAM MAULIDUR RASUL







Assalamualaikum , selawat dan salam buat junjungan tercinta Muhammad Rasullullah .
hari ini hari lahir kekasih ku Muhammad SAW . 
baginda lelaki teragung dalam hidup ku.
baginda idola ku.
baginda selalu membuat aku rindu sehingga sukar nak digambar kan dengan kata-kata.
aku bukan seorang wanita yang baik , namun baginda hadir dimimpiku.
aku wanita tidak seperti Saidatina Khadijah , tidak seperti Siti Aisyah , tidak sealim Rabiatul Adawiyah , namun aku juga mencintai Rasullullah .
apa kah aku tidak layak mencintai junjungan ku ?
apa kah aku terlalu hina sehingga baginda tidak memandang pada ku ? 





aku masih ingat , dulu , sudah lama berlalu , 
aku berada di dalam khalayak ramai jemaah wanita di dalam sebuah masjid . 
bersebelahan ku terdapat tabir berwarna hijau menutupi bahagian jemaah lelaki .
terlalu ramai orang  , sehingga bersesak-sesak , 
apa kah yang membuat kan masjid begitu ramai jemaah pada ketika itu tanya hati ku ?
tiba- tiba seperti sesuatu berbisik di telinga ku , 
baginda hadir di masjid , baginda yang aku cintai .
YA ALLAH , baginda betul-betul di sebelah tabir tempat aku berdiri.
jika aku menyelak tabir itu pasti akan dapat menatap wajah lelaki teragung ku .
tidak terselak tabir itu dengan tangan ku.
namun aku terhidu keharuman baginda.
aku tahu baginda yang berdiri di sebelah ku.
tapi aku tak mampu menyelak tabir tersebut .
semenjak mimpi itu terjadi , aku tersangat merindui baginda , 
tak terlahir dengan kata-kata bagaimana kah rasa rindu ku ini.
sejak itu setiap kali berselawat , airmata bukan perkara pelik lagi , ia akan menitis sendiri.
tebal dada ku menahan perasaan ini .
mimpi itu membuat aku mahu terus bermimpi , terus dan terus lagi.

ada yang kata , baginda tidak sudi untuk bertemu dengan ku , itu pendapat masing-masing.
yang pasti aku bermimpi , yang pasti dia aku rindukan.
persetan kan dengan hinaan orang pada aku.
aku hidup bukan dengan belas ehsan mereka.
ALLAH dan RASULLULLAH yang aku cintai.
seluruh kehidupan ku hanya untuk ALLAH .
apa peduli dengan kutukan manusia , yang tak akan habis mereka cipta cerita dusta.

aku tidak dapat meneruskan kata-kata ku lagi , 
cukup dulu sampai di sini , kata orang banyak cakap akan banyak silap.
ini tentang junjungan ku Muhammad SAW , 
aku hanya mampu menyata kan rindu ini tidak berpenghujung.
setiap kali ia datang , setiap kali itu hati ku pilu memendam rindu.

SALLALLAHU ALAIHI WASSALLAM ...


 #Zainab , kenapa nama kedua ku Zainab ?








Friday, November 17, 2017

BUDI

perniagaan kedai makan aku memang terkenal satu ketika dulu.
tak menang tangan aku memasak dan melayan pelanggan .
setiap malam aku " berjoget " dengan kuali , senduk dan sudip.
berbagai-bagai menu yang aku masak , dan aku di bantu oleh Omar tukang masak nombor dua .
dia lah yang bersama membantu aku hampir dua puloh tahun lama nya .

itu kenangan masa lalu , masa yang telah pun aku tinggal kan dengan rela hati .
aku mengundurkan diri dari bidang perniagaan makanan kerana berbagai sebab.
tak perlu aku cerita kan lagi , itu semua sudah pun berlalu .

namun malam ini aku kembali mengingati peristiwa yang hampir lima belas tahun lampau.
setiap lepas maghrib aku akan ke kedai untuk memula kan tugas sebagai tukang masak.
segala persediaan telah pun disiap kan oleh pembantu-pembantu yang datang awal.

sebaik aku tiba dan memula kan tugas , pasti ada seorang budak lelaki , anak China campor Melayu yang duduk tunggu aku.
Along , panggilan yang biasa aku panggil dia.
dia seorang yang banyak bercakap , minta itu ini tapi selalu nak minta aku belanja.
" mak lang , belanja lah , lebih lah sikit "
itu ungkapan biasa dia pada aku.
" kau ni Long , asyik-asyik nak belanja jer , besok kalau kau dah kerja kau belanja mak lang pulak tau "

Along ni memang budak baik walau pun ada sikit-sikit nakal nya.
maklom budak umur sembilan /sepuloh tahun.
dia dari keluarga yang agak susah lah , sebab mak bapak dia menyewa rumah dan adik-adik dia semua masih kecil.
aku selalu akan masak kan lebih walau pun kadang-kadang dia minta makanan dalam lima ringgit .
selalu aku akan belanja dia air milo ais atau apa-apa yang dia teragak nak minum.
kadang-kadang pekerja aku hairan , sebab  aku selalu bagi percuma pada Along.

tapi itu lah aku , bila tengok budak-budak macam tu memang tak sampai hati nak hampa kan mereka.
atau ada kah aku teringat masa zaman aku kanak-kanak ?
zaman susah nak makan mewah macam orang lain ?
entah lah , hingga sekarang aku memang alah dengan budak-budak .



sedap pulak suara Arwah Pak Mat Jais dengan Kartina ni kan ?




nak jadi kan cerita , lepas makan di kedai Kak Zarah , aku teman kan dia mengemas dan dia ajak aku jalan-jalan ambil angin malam.
kesian Kak Zarah , dia penat berniaga , usia dah 67 tahun masih gigih lagi bekerja mencari rezeki.
dia lah kakak , dia lah kawan baik aku sejak kami mula-mula berniaga di Ampangan.
aku anggap dia kakak yang sangat baik.
selalu menenangkan aku bila aku kesedihan .
dia tempat aku meluah kan apa yang terbuku dalam hati.
hubungan aku dengan dia sangat rapat.

masa menaiki kereta , aku tanya dia nak kemana ?
"jalan-jalan lah As , pusing-pusing ... dah lama kita tak jalan-jalan ambil angin ."
aku pun start kereta , pandu slow-slow , ikut teragak hati aku saja lah.

" jom As , singgah McDonald's , I nak beli fillet o fish "
aku pun tak banyak cakap terus menuju arah ke McDonald's Ampangan yang baru dibuka .
setelah memesan makanan dan sundae seringgit kesukaan ku , kami menunggu di tempat mengambil pesanan.
tiba-tiba datang seorang budak lelaki menghulur kan pesanan kami.

" eh ! maklang ! "
" eh ! Along ! "
terkejut aku dia tegur dan masih kenal kan aku yang lama sangat tak jumpa .
" setelah menghulur kan pesanan kami dia suruh aku tunggu di depan sedikit.

sambil makan aiskrim , aku berbual pasal Along dengan Kak Zarah.
tiba-tiba Along datang dan bawa satu  bungkusan .
" nah mak lang , Along belanja "
terkedu aku , tiba-tiba dapat rezeki percuma .
setelah berbual sekejap , aku ucapkan terima kasih pada nya .
" lain kali mak lang datang lagi , dah tau Along kerja sini "
dia pun kata lama tak jumpa mak lang , tanya aku buat apa sekarang .
tak sempat nak berbual lama-lama sebab dia dalam bertugas , kami pun faham kerja dia.

menitis airmata aku , teringat masa Along kecik-kecik dulu.
dah besar dia sekarang , dah dua puluh empat tahun usia nya.
kalau dulu tak berapa handsome masa kecik , sekarang nampak dah lawa .
begitu lah masa merubah kehidupan .
kalau dulu mungkin susah , sekarang dia dah meningkat dewasa dan sudah senang agak nya.

" kak , I sedeh bila dia bagi makanan kat I , teringat juga dia budi I dulu.
kita tak sangka kan , orang akan kenang kita sekarang sebab mungkin cuma sedikit kebaikan kita pada nya "

ALLAHU AKBAR , begitu kehendak NYA.
kita tak pernah nak minta balasan tapi ALLAH akan beri petunjuk kekuasaanNYA.
buat baik sesama insan , tak akan kerugian .

esok sarapan aku ini lah dia ... hehehe ... percuma



Friday, November 10, 2017

Angsi , aku rindu ...







siapa kata perempuan tak boleh buat apa yang lelaki buat ?
hahaha ... ini bukti nya .
aku sampai ke puncak Angsi bulan lepas.
tanpa persediaan dan training , aku buat kerja gila !
malam tu aku langsung tak boleh tidur , sebab excited sangat nak memanjat gunung.
tapi memang aku susah tidur pun , itu perkara biasa bagi aku .

keseronokan mendaki hanya pendaki yang tahu.
orang yang tak pernah mendaki akan kata , kau buat susah badan saja buat apa ?
baik kau duduk rumah , pergi mall , bershopping , makan-makan , jalan-jalan.
pergi hutan ke gunung ke tu semua buat susah badan .

hahaha ... tak tau jangan cakap sembarangan , masing-masing ada kehidupan masing-masing.
ada hobi sendiri , kalau pun tak mendaki hobi kau mengumpat keji orang lain !
hahaha , itu aku tak campur , tak ambil tau , lantak korang lah !
dosa mengumpat tu kau tanggung lah ya ... kihkihkih




layan lagu lama ni kejap , aku nak minum air sejuk dulu :)




pagi tu aku dengan Yusof , Mas dan anak-anak nya , Amran pula bawa isteri dan anak perempuan nya.
memang rasa nak pewai lah masa mula-mula mendaki tu , itu pun biasa bagi aku !
selalu aku kata dalam hati , ini last time aku panjat gunung ... eehhh ... tau-tau dah sampai puncak !

Yusof lah yang setia tunggu aku , yang lain dah mencanak dulu .
apa pun selalu aku kata dalam hati tak mahu lah lagi mendaki , 
tapi bila dah seminggu tak mendaki rindu tu lain macam pulak .

keindahan alam semula jadi ni  punya tarikan tersendiri
hanya pencinta nya saja yang akan merindui bau hutan !
rindu pun bukan macam kau rindu kekasih tu , 
tapi rindu ni tak terungkap perkataan I love you , I miss you
suami aku kata , ada lah benda yang memanggil-manggil aku pergi kehutan.
tapi aku ketawa saja dan kata pada dia , jangan merepek lah .
sebenar nya dia tidak suka " hiking " , jadi dia tak berminat dengan cerita hutan dan gunung .
what to do ?
aku suka , dia tak suka , so tak boleh buat apa lah .
asal kan selama ini ada keizinan dari suami aku lepas lah mendaki , Alhamdulillah .



walau pun aku ni boleh dikata kan baru saja berjinak-jinak dengan hutan dan gunung semula ,  
tapi aku sudah ketagih rindu yang lain macam rasa nya.
betapa hebat  kekuasaan ALLAH , DIA datang kan rasa yang kita tak pernah sangka dan pinta !
FA BIAIYIALA IRABBIKUMA TUQAZZIBAAN
nikmat Tuhan yang mana kah yang mahu kau dusta kan ?

lain padang lain belalang , lain orang lain ragam nya.
ALLAH jadi kan kita manusia berbeza-beza namun ada yang bisa melengkapi sesama walau pun dalam banyak hal kita tidak serupa dan tidak sekata .

OK lah , rasa dah mengantuk pula , sampai jumpa di puncak yang lain ya ???
ALLAH ada bila kau rasa yang lain tidak bersama , DIA tetap ada !










Dia bukan siapa -siapa , dia adik kita !




Mohd. Farid Bin Ali , 
itu nama yang arwah Tuan Haji Hasan berikan untuk nya pada arwah Abah.
dia adik ke tujuh dalam adik beradik kami.
seorang yang degil tapi sebenar nya dia baik , 
cuma kuat sangat berkecil hati dalam banyak hal yang dia tak setujui.
aku berusia tujuh tahun sewaktu dia di lahir kan.
waktu kecil dia kus semangat ( gemok lah kata kan ) 
aku lah kakak yang mengkelek dia ke hulu ke hilir.
sampai sekarang rasa nya badan aku sedikit senget sebab mengkelek dia di pinggang.

hehehe , dia bijak masa kanak-kanak.
tapi keras kepala dan kami selalu bertelagah dalam banyak perkara.

itu zaman kanak-kanak yang penuh nostalgia .
bila aku kenangkan , tak sedar jatuh menitis airmata ...

ok , dengar lah suara dia yang pernah di rakam bersama kumpulan rock Blackshed pada awal tahun 90an.
aku tak boleh kata suara dia tak sedap sebab dia memang ramai peminat ... hehehe





tapi itu dulu , zaman kegemilangan telah pun berlalu.
dia kini sudah kurang upaya kerana  pembedahan " brain tumor "lebih sepuloh tahun lalu.
kalau tak silap dah hampir lima belas tahun penglihatan nya sudah tidak baik , 
namun masih boleh melihat sedikit.
medan penglihatan nya mungkin hanya 20 % sahaja berbanding manusia biasa.

dia masih belum berkahwin sekarang .
hidup sendirian dan mengasingkan diri dari kami adik beradik nya.
biar lah dia pilih kehidupan yang begitu , aku tidak mampu menahan kemahuan nya.

apa pun dia tetap adik aku , dia darah daging aku.
bergaduh lah macam mana pun , pada aku air di cincang tak akan putus !
kalau orang lain pandang dia buruk tapi pada aku dia adik aku !
cuma aku tak boleh nak buat apa-apa untuk menghalang kemahuan nya.

aku biar kan dia pilih haluan sendiri , biar dia yang tentukan kehidupan nya sendiri.
aku hanya mampu berdoa semoga segala nya akan baik-baik saja.
semoga dia tidak sakit dan ALLAH berikan kesihatan yang semakin baik pada nya.
semoga ALLAH pelihara dia dimana saja dia berada.

kita tak akan dapat mengatur kehidupan orang lain walau pun dia adik beradik kita.
hanya ALLAH yang akan memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia , kita tak mampu !

kenapa aku teringat dia malam ini ?
sebetul nya semasa makan di kedai aku terjumpa kawan-kawan dia.
kami bercerita tentang Farid , dan masing-masing masih mengagumi bakat dan suara nya.
dia tidak pernah ke kelas vocal atau kelas muzik , 
namun kalau dia menyanyi sambil memetik guitar kapok , korang akan terkedu !
hehehehe .... itu lah Farid , pesona nya masih berbisa .



abaikan gambar ini sebab tak ada kena mengena dengan cerita Farid , cuma aku selit kan sebab susah sangat nak memuat turun gambar Farid disini.

Thursday, November 9, 2017

Nuang Aku Datang





ini Cerro ketua kami dan Yusof anak buah ku.

Assalamualaikum semua , apa khabar kalian ?
semoga baik-baik saja hendak nya.
kali ini aku teruja nak bercerita tentang pendakian ku .

sabtu lepas aku dan Yusof bergerak dari Seremban menuju Hulu Langat jam 3 pagi.
singgah di Mantin untuk mengambil Arif yang hendak menumpang kereta kami.
sampai di Hulu Langat jam sudah 4.30 pagi kurang lebih.

kami singgah di surau yang berhampiran kaki gunung.
lepak-lepak sekejap , makan makanan yang aku bawa , pulut , nasi dan sambal ikan bilis.
sekejap tu dah masuk waktu subuh , 
solat jangan malas bak kata Masni Yahaya kawan baik aku yang tak jadi ikut trip ke Nuang sebab kerja cikgu ni terikat .
faham-faham lah kerja dengan kerajaan , tak boleh mengelat.

ok sambil - sambil baca nota , layan lagu sedap dari Francissca Peter ni ya ?




pendakian bermula jam 7.30 pagi setelah di beri taklimat oleh ketua kami Cerro .
dalam group yang seramai 30 orang tu aku yang paling tua , maklom lah dah nak masuk 56 tahun.
yang lain semua student  dan ada yang dah bekerja .
ada juga seorang pemuda dari Turkey , Umar Farouk nama nya.

pendek kan cerita , hutan dan gunung tak dapat dipisah kan .
tempat yang sangat indah untuk diterokai oleh para pencinta alam semula jadi.
bila di hutan yang penting jangan cakap besar , 
walau pun kita rasa handal tolong lah , be humble , no rush , no no no !!!
di hutan kita datang sebagai tetamu yang tidak diundang ,
jangan cakap sembarangan , jangan berlagak badak !
kita jalan melalui laluan yang di diami mahkluk yang kita tak nampak.
mereka ada dan kita tak tahu mereka mungkin memerhati kita .

 ini Elly ( Siti Norelliana ) yang buat kan milo untuk kami ,tQ dear Elly :)







dalam keadaan cuaca yang kurang mesra dan kurang mahu bersahabat , 
akhir nya sampai jua kami di kem Lolo .
aku tak malu mengaku aku lah paling siput sedut sekali.

oleh kerana hujan turun dengan lebat nya  sebaik kami tiba di kem Lolo , aku memberitahu Cerro yang aku akan berpatah balik di check point .
selama empat jam pendakian , kami mengharungi beberapa batang sungai yang berbatu  namun aku tak dapat nak memuat turun video nya sebab lappy kesayangan ni dah mula meragam buat hal.
maklom lah dah lama sangat di guna pakai , dah hampir nak minta nyawa dia , kesian lappy aku ni .

aku teringat pesan suami , kalau hujan jangan teruskan pendakian , itu tak mengutamakan keselamatan namanya.
dia bimbang "kepala air" yang mungkin datang tiba-tiba , 
pokok tumbang dan macam-macam kemungkinan selain trek yang licin .

wah ! sewaktu menaip ni pun hujan dah mula turun di tempat aku.
agak lebat , seronok pada yang sudah terlena awal . 


ini Ariff  yang menumpang kereta kami .

tapi aku tak akan dan tak pernah berputus asa , aku akan kembali lagi kesana , InsyaAllah.
pengalaman di hutan adalah sangat berbeza , aku jumpa apa yang aku cari selama ini.
kedamaian jiwa , menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH yang sangat indah dan sukar aku gambarkan dengan kata-kata.
kalau nak tau rasa nya kau kena lakukan sendiri , jangan dengar cakap-cakap kosong orang yang tak pernah mendaki !

anyway thanks a lot to Cerro and all the gangs in group , ualls the best !

aku dah penat , nak terus kan cerita pun mata dah ralit dan nak tido sekejap sebelum subuh .
InsyaAllah , tunggu #nuangakudatang !!!

sampai jumpa lagi , kalian jaga diri , jaga kesihatan , buat perkara baik tak merugi tau :)













Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...