Thursday, October 27, 2011

~ bila meminjam usah di peram ~





Nia berkahwin dengan Zul setelah dua tahun kematian suami nya.
mereka memang pasangan kekasih semasa remaja.
namun cinta mereka tidak sampai ke jinjang pelamin,
kerana dalam waktu yang sama Zul bermain cinta dengan gadis lain, Tina.
Tina pula telah mengandungkan anak Zul,
perjudian dalam cinta tiga segi itu di menangi oleh Tina yang bertindak melulu.
sanggup menyerah kan kesucian diri hanya kerana mengejar cinta seorang lelaki.
maka demi kerana rasa tanggung jawab, mereka berkahwin akhir nya,
di saat perut Tina sudah memboyot hampir nak melahirkan.

Tinggal lah Nia terkapai-kapai sendiri
tak tentu kemana nak bawa hati.
kekasih yang di cintai memungkiri janji.
namun begitu keluarga Zul kalau boleh nak kan Nia sebagai menantu.
jadi hubungan mereka tetap berterusan
masih baik dan sering Nia mengunjungi rumah keluarga Zul.

Apabila Nia bertemu jodoh dengan arwah suami nya
hubungan mereka masih juga berterusan.
Tina pun tidak kisah, kerana dia menganggap Nia sebagai saudara nya pula.
masing-masing sudah berkeluarga, apa nak takut lagi,
pasti Nia tidak akan merampas Zul kembali.
tambahan pula anak-anak Tina dan Zul ramai, sebelas orang semua nya.
manakala anak-anak Nia pula seramai empat orang.

jangkaan Tina meleset.
setelah kematian suami nya, Nia mula menjalin cinta dengan Zul kembali.
hubungan mereka kali ini lebih hebat dari dulu.
selalu berdua-duaan kemana saja,
pergi memancing pun bersama-sama.
anak-anak kedua-dua mereka pula tahu
tentang hubungan cinta ibu dan ayah masing-masing.
hanya Tina saja yang tidak mengetahui nya.
bahkan seluruh ahli keluarga kedua-dua pihak juga
sudah tahu tentang percintaan yang kembali terjalin itu.

akhir nya Nia dan Zul bernikah di Thailand.
kerana tidak ingin berterusan membuat dosa dan maksiat.
maklum lah, masing-masing sudah berusia hampir setengah abad.
takut juga andai mati tak sempat nak bertaubat.

perkahwinan mereka di rahsia kan oleh seluruh ahli keluarga
Tina langsung tidak mengetahui nya.
sampai lah Nia melahir kan seorang anak.
dan Zul pula sering membawa anak nya pulang ke rumah Tina.
bila di tanya anak siapa, Zul hanya mengata kan
anak itu ada lah anak angkat Nia.
tapi anak itu terbiasa memanggil nya dengan panggilan ayah.

Tina pula seperti tidak kisah
dia percaya itu hanya lah perkara biasa.
masa sekarang ini bukan kah ramai yang membahasa kan diri
dengan panggilan mama, papa,ibu, ayah, mak, bapak....
walau pun dengan orang lain.
jadi itu bukan lah menjadi satu perkara yang asing bagi Tina.

sehingga kini, anak tersebut sudah hampir berusia tujuh tahun.
Tina masih tidak tahu yang itu ada lah anak tiri nya sendiri.
begitu rapi Nia dan Zul serta ahli keluarga yang lain
menyimpan rahsia masing-masing....sangat pandai bermain api.......

Zul pula, tidak pernah tak pulang kerumah Tina.
mana kan Tina nak mengesyaki yang diri nya
di khianati suami dan keluarga sendiri.

tapi satu yang tidak aku senangi ,
jawapan Nia pada soalan aku.

" macam mana nanti kalau anak kau dah dewasa ? "

"ahh....lambat lagi lah ....tak payah fikir lah perkara tu ."

dan satu lagi yang aku benci kata-kata nya ,

" susah lah kalau jadi bini kedua ni, kalau boleh tak payah lah."

" kenapa pulak ? " tanya aku menduga isi hati nya.

" aku kalau boleh nak dia sentiasa ada lah, ni tak, bila malam asyik kat rumah sana jer.
hari raya pun tak dapat nak cium tangan dia pagi-pagi raya."


Dengan selamba aku membalas kata-kata Nia,

" engkau ni memang tak sedar diri, dah suami orang kau kongsi, masih tak bersyukur lagi.

dah lah kau sembunyi kan perkahwinan kau, kalau boleh engkau nak bolot semua sekali.

patut nya kau bersyukur dah dapat tumpang kasih sayang suami orang, ni tidak,
kalau dapat engkau nak peram pulak.

adat lah kalau jadi bini kedua, faham-faham lah dia kena bagi masa.

cara engkau ni aku memang tak suka.

ingat la....hidup ni bukan lama, bila-bila Allah nak tarik nyawa, kau boleh sangka ke ?

dah lah, aku harap kau pergi jumpa bini pertama
pegang tangan dia, minta maaf dari dia......salah kau juga.

kalau dia nak marah pun , berapa lama ?
anak kau dengan suami dia pun dah ada.
kau tak rasa berdosa ke ? "

Nia terpinga-pinga dengan kata-kata aku......hmmmm...

terserah lah pada dia, samada dia nak ikut cara aku
atau nak terus hidup dalam pura-pura....." penuh palsu  " !


~ aslinahali ~




p/s nama -nama yang tersebut di note ini bukan nama sebenar, namun cerita ini adalah kisah benar.
saya harap seandai nya ada yang baik, jadi kan lah panduan , yang tidak baik sila abaikan.

salam sayang selalu dari saya.







Monday, October 24, 2011

~ bau harum sundal malam ~






siang tadi
aku lewati tanahmu
di situ berdebu
ada busuk terhidu
sungguh aku bersyukur
di sini
di tanah ku ini
masih sama
bunga-bunga ku
mekar menawan
tanahku terbau haruman


~ bau harum sundal malam ~






di sini 
bagai kemaren
dingin angin
menyepuh wajah
harum bau sundal malam
masih menyapa
di laman tika begini

~ tanah ku masih sama ~








tika lena mu
aku hadir
lewat dinihari
embun mula menitis
semilir angin membelai
harum sundal malam
menebar maya
mekar di persada
ku hirup wangi mu
yang tak sehangat lantana...


~ tanah ku harum berbau ~









telah aku terima
isyarat nya
terbentang rahsia malam
membongkar raga
yang tersimpan selaksa rasa
tersembunyi
melarut jiwa
dalam makna...


~ larutkan rasa tak mengenal batas asa ~







malam bukan asing di sini
masih bagai selalu
angin lembut bertiup
suara si burung tukang
terdengar sayup-sayup
gemersik sang cengkerik
ratip yang tak berhenti
bagai membawa isyarat
pada jiwa yang tebal karat...


~ tanah ini tetap begini ~








demi Allah
yang telah menciptakan
langit dan bumi
dan sekelian isi alam Nya,
bersaksi kan malam
dengan bulan separuh
di langit kelabu
percaya lah
tiada satu apa pun
yang berubah
tanpa izinNya jua
tetap teguh rasa ku
kerana aku tahu
begitu juga rasa mu...


~ tanah ini masih bagai selalu ~




andai esok
tiada lagi aku di sini
tanah ini kan tetap begini
basah dan lembap
sepanjang malam
semerbak mewangi
sundal malam
akan tetap kau cium
segar mengharum ~


~ mampukah kau menampung sendu ~





~ rindu dihati mu , tak mampu menipu ~




























Saturday, October 22, 2011

~ izin kan segalanya pergi , bila tak mungkin termiliki ~




raga tidak rela
melepaskan pergi
segala yang terpatri di hati
pun begitu
akur ketentuan diri
putaran ini belum berhenti
hidup bukan sehari lagi


~ harus tahu diri ~




segala tanya
tidak akan terjawap
biar berkurun lama
tetap dalam senyap
bisukan suara
simpan kan kata
dalam diam 
memeram rasa

~ tak akan terungkai makna ~




berikan aku 
sehari lagi
untuk lebih mengerti
kerna sulit benar
membuang kau pergi
dari sisi diri
bila hati ini 
bukan sekeras besi

~ tangisan di ranah hati ~




lukisan indah semalam
telah carik
warna nya larut 
bersama titis airmata
yang tumpah

~ tak nampak berdarah ~



sekali aku terluka
aku payah bersuara
terlalu lama mengambil masa
mungkin tak lagi kau dengari nya


~ sulit rasa jiwa ~




bila kau harus memilih
antara satu dalam dua
jangan keliru menyisih
biar jujur tanpa dusta


~ engkau boleh kah ...aku lurus bertanya...~




~ izin kan segalanya pergi , bila tak mungkin termiliki ~

Selamat hari lahir  ~ Z~
aku tahu kau amat mengerti aku...













Friday, October 21, 2011

~ Hujan ~





~ Hujan ~


awan berarak
angin menderu kencang
membawa titis yang bukan sedikit
tanah di bumi ku
memekat gelap...





rindu menggamit
saat ini hati menjerit
aku ingin terbang ke langit
di sini terlalu membingit






begitu pun aku akur
jarak dan waktu telah di atur
merindu yang tak tertatap pandang
bagai memuja bayang...



~ aslinahali terpandang-pandang yang jauh di seberang ~











Thursday, October 20, 2011

~ Cinta Tiga Segi ~






Aku terpanggil untuk bercerita lagi di sini. Kali ini mungkin bukan satu cerita yang kalian rasa seronok untuk di baca, mungkin ada yang akan terasa atau pun sakit hati dengan cerita begini.
Setelah lama aku berdiam diri, menyimpan segala yang aku tidak mahu kongsikan , tiba-tiba malam ini aku rasa ada diantara kalian yang tertanya-tanya .... mengapa aku suka berahsia dan jarang bersuara tentang sesuatu perkara yang menyentuh peribadi sendiri. Bukan semua perkara boleh kita kongsi, bukan semua hal boleh menjadi cerita yang menarik, namun pun begitu aku terpanggil untuk bercerita hanya sedikit sahaja dari hal yang begitu banyak terjadi dalam hidup KITA.


Aku ingin bercerita tentang satu hal yang telah biasa...CINTA TIGA SEGI. 
Pernah mengalami nya ? 
Mungkin ada yang kata "YA" dan ada yang kata "HUH...MINTAK JAUH KAN...TAK SANGGUP NAK BERKONGSI KASIH". 


Begitu lah yang pernah aku alami satu ketika dulu...CINTA TIGA SEGI...memang amat menyedihkan. Bila kekasih kita terpaksa memilih satu antara dua yang dia sayangi. Ketika yang di pilih nya adalah orang lain dan bukan diri kita. Apa kah pilihan nya adalah sangat tepat ? Bila yang dia pilih itu membuatkan kita rasa orang yang terpilih adalah sangat HEBAT, sehinggakan bisa membuat kita merasa sangat dhaif dan begitu berjauh hati, kecil hati, meminggirkan diri dari kelompok yang ramai sebab kita rasa diri sudah tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan persoalan dari kawan-kawan yang mungkin akan bertanya..." EH, KENAPA YA, SANGGUP DIA TINGGALKAN KAU, SEDANGKAN KITA ORANG TENGOK KAU ORANG MACAM ROMEO AND JULIET ? "


Mana lah orang lain tahu tentang hubungan yang sebenarnya, mereka tidak akan pernah faham, bagaimana kalau kasih sayang di bahagi-bahagikan. CINTA  pada aku bukan "BARANG MAINAN"...yang boleh di beli dan di campakkan ke tong sampah andai sudah rosak dan tidak boleh di perbaiki. CINTA adalah ANUGERAH ILAHI RABBI...harus di jaga baik dan di sirami agar mekar mewangi, harus di renda cantik dengan untaian KASIH...biar menarik.


Sebab itu aku kata...ianya amat menyedihkan, bila kita bukan pilihan seperti yang pernah satu ketika dulu aku harapkan. Yang terpilih mungkin berbangga kerana berjaya memiliki...aku mengalah dan membiarkan saja tanpa ada sedikit pun rasa ingin bersaing dengan orang lain. Sedar dengan kekurangan diri, aku berlalu pergi tanpa menoleh lagi dan terus membawa hati. Hampir rebah menyembah tanah ketika kekasih yang aku cintai menduakan CINTA nya. 


Masa berlalu pantas, kalau dulu aku di tinggalkan kerana tidak terpilih, kini yang meninggalkan aku pula di tinggalkan kerana yang terpilih pula memilih insan lain...Putaran kehidupan sering demikian, hari ini kita mengecewakan orang, esok mungkin orang lain pula mengecewakan kita. Oleh itu, jangan main-mainkan perasaan orang lain, jika kita bukan benar-benar mencintai seseorang, JANGAN ADA DUSTA...di sini sana memperjudikan CINTA.


Tidak di hari ini, mungkin esok lusa kita akan dikhianati...amat merbahaya CINTA TIGA SEGI...lebih baik menarik diri dari awal kalau sudah kita sedari. 


Okay lah...cukup sampai di sini saja...di lain masa aku cerita yang lain pula...Salam Sayang buat semua yang di kasihi.


~ aslinahali sudah lali di uji ~

Saturday, October 15, 2011

~ tanah ini dingin membeku ~




~ dosa kah aku
bila mungkir bahagia
salah kah aku
tika enggan bersuara
kerna hati bukan di sini
tak guna menipu diri
apa yang kucari
bukan mimpi lagi
aku mahu pergi
di sana menanti
segala nya pasti
bukan bagai di sini. ~



~ tika rembulan
meratap sedih
awan membelai suci
tiada pernah mungkir
menemani
begitu setia
kerdipan cahaya bintang
semakin jauh di pandang
perlahan-lahan lalu hilang ~




~ detik ini
 waktu bagai terhenti
kaku begini
sempurna kan siang
tak juga siap di malam
tak perlu lagi memburu
kerna bila bertemu
bukan itu yang kau mahu ~



aslinahali
~ tanah ini dingin membeku ~










Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...