Aku terpanggil untuk bercerita lagi di sini. Kali ini mungkin bukan satu cerita yang kalian rasa seronok untuk di baca, mungkin ada yang akan terasa atau pun sakit hati dengan cerita begini.
Setelah lama aku berdiam diri, menyimpan segala yang aku tidak mahu kongsikan , tiba-tiba malam ini aku rasa ada diantara kalian yang tertanya-tanya .... mengapa aku suka berahsia dan jarang bersuara tentang sesuatu perkara yang menyentuh peribadi sendiri. Bukan semua perkara boleh kita kongsi, bukan semua hal boleh menjadi cerita yang menarik, namun pun begitu aku terpanggil untuk bercerita hanya sedikit sahaja dari hal yang begitu banyak terjadi dalam hidup KITA.
Aku ingin bercerita tentang satu hal yang telah biasa...CINTA TIGA SEGI.
Pernah mengalami nya ?
Mungkin ada yang kata "YA" dan ada yang kata "HUH...MINTAK JAUH KAN...TAK SANGGUP NAK BERKONGSI KASIH".
Begitu lah yang pernah aku alami satu ketika dulu...CINTA TIGA SEGI...memang amat menyedihkan. Bila kekasih kita terpaksa memilih satu antara dua yang dia sayangi. Ketika yang di pilih nya adalah orang lain dan bukan diri kita. Apa kah pilihan nya adalah sangat tepat ? Bila yang dia pilih itu membuatkan kita rasa orang yang terpilih adalah sangat HEBAT, sehinggakan bisa membuat kita merasa sangat dhaif dan begitu berjauh hati, kecil hati, meminggirkan diri dari kelompok yang ramai sebab kita rasa diri sudah tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan persoalan dari kawan-kawan yang mungkin akan bertanya..." EH, KENAPA YA, SANGGUP DIA TINGGALKAN KAU, SEDANGKAN KITA ORANG TENGOK KAU ORANG MACAM ROMEO AND JULIET ? "
Mana lah orang lain tahu tentang hubungan yang sebenarnya, mereka tidak akan pernah faham, bagaimana kalau kasih sayang di bahagi-bahagikan. CINTA pada aku bukan "BARANG MAINAN"...yang boleh di beli dan di campakkan ke tong sampah andai sudah rosak dan tidak boleh di perbaiki. CINTA adalah ANUGERAH ILAHI RABBI...harus di jaga baik dan di sirami agar mekar mewangi, harus di renda cantik dengan untaian KASIH...biar menarik.
Sebab itu aku kata...ianya amat menyedihkan, bila kita bukan pilihan seperti yang pernah satu ketika dulu aku harapkan. Yang terpilih mungkin berbangga kerana berjaya memiliki...aku mengalah dan membiarkan saja tanpa ada sedikit pun rasa ingin bersaing dengan orang lain. Sedar dengan kekurangan diri, aku berlalu pergi tanpa menoleh lagi dan terus membawa hati. Hampir rebah menyembah tanah ketika kekasih yang aku cintai menduakan CINTA nya.
Masa berlalu pantas, kalau dulu aku di tinggalkan kerana tidak terpilih, kini yang meninggalkan aku pula di tinggalkan kerana yang terpilih pula memilih insan lain...Putaran kehidupan sering demikian, hari ini kita mengecewakan orang, esok mungkin orang lain pula mengecewakan kita. Oleh itu, jangan main-mainkan perasaan orang lain, jika kita bukan benar-benar mencintai seseorang, JANGAN ADA DUSTA...di sini sana memperjudikan CINTA.
Tidak di hari ini, mungkin esok lusa kita akan dikhianati...amat merbahaya CINTA TIGA SEGI...lebih baik menarik diri dari awal kalau sudah kita sedari.
Okay lah...cukup sampai di sini saja...di lain masa aku cerita yang lain pula...Salam Sayang buat semua yang di kasihi.
~ aslinahali sudah lali di uji ~