Wednesday, June 17, 2015

~ Diari Yang Terbuka ~






~ Puteh , 14 minggu yang lepas ... 
terima kasih Salina Arifin sebab simpan gambar Puteh ~


hari -hari terakhir di bulan Syaaban tahun ini memang membawa kepiluan di hati.
dua hari yang lalu aku membawa Puteh ke klinik untuk mendapat kan rawatan doktor.
sebelum nya dia hilang  dari rumah  selama dua hari dan tiada yang menyambut aku pulang dari kerja dengan suara yang manja dan mengejar aku sampai kedapur untuk meminta makan.

petang ahad lalu Puteh kembali ke rumah dan  bersuara agak pelik , tidak langsung dia  lincah bermain dan enggan makan apa yang aku berikan.

apabila doktor memberitahu bahawa dia telah terkena jangkitan penyakit *sampa dan mungkin akan membawa maut , aku tidak terkata apa-apa lagi .
hanya airmata dan doa ku semoga Allah panjangkan umur nya supaya dia akan tetap menemani ku.

sejak kecil Puteh tak pernah sakit , sehingga lah usia nya hampir setahun dan terkena jangkitan yang merbahaya kerana dia bergaul dan bermain dengan bebas di luar rumah.

pun begitu , aku pasrah kehendak Yang Maha Esa , di berikan pinjam untuk sementara dan kini diambil nya semula.

aku telah terbiasa untuk berhadapan dengan *kehilangan... namun mana kan mungkin aku dapat menahan kesedihan ... Puteh telah pergi untuk selama-lamanya dan dia tak akan lagi kembali disisi.


*** Bersemadi lah dengan aman duhai Puteh ... mama akan merindui mu selagi mama belum di tarik ingatan oleh Allah dan saat manis kita tetap terbayang di mata ...
Innalillahi wainnailaihi rojiun ... dari Allah engkau datang kepada Allah engkau berpulang...
nama dan rupa mu tak mungkin mama lupa , engkau lah teman setia kala suka dan duka.

#Jane ... 


~ semua nya pinjaman sementara ,  
tiada yang kekal menjadi hak kita.~





Tuesday, June 16, 2015

Marhaban Ya Ramadhan




Bismillah hir rahman nir rahim ... 
Assalamualaikum buat semua pelawat-pelawat blog kataku jiwaku . 
( sebenar nya aku lebih suka menyebut pelayar-pelayar ... ia nya lebih sedap di dengar ... )

Alhamdulillah , syukur kita semua masih diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi Ramadhan yang sangat di rindui dan di nanti-nanti . 
InsyaAllah , jika di panjangkan  umur dan di beri kesihatan yang baik , 
maka dapat lah sekali lagi untuk tahun ini kita bersama-sama menjalani ibadah berpuasa di siang hari dan bertarawih di malam nya.

semoga tahun ini  amalan ibadah kita akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
itu harapan kita semua , 
pergantungan manusia hanya lah kepada Pemilik Jiwa yang mempunyai hak mutlak keatas setiap hambaNya.

Dikesempatan yang ada ini , di ruang yang sempit ini , aku mengambil peluang yang masih bersisa ... mohon maaf kan aku zahir dan batin jika ada perbuatan dan salah laku serta kata-kata yang pernah dengan sengaja atau pun tidak di sengajakan , yang mungkin telah membuat ada hati yang tersalah duga dan terluka.
segala yang baik itu datang dari Allah , dan yang tidak baik datang dari sikap manusia itu sendiri .

Aku sama seperti insan yang lain. 
Manusia yang tak pernah sempurna segala .
Namun masih berusaha untuk membuat sesuatu yang baik walaupun bukan yang *terbaik.

Salam sayang dan hormat tulus dari hati , selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih yang hanya datang setahun sekali.
rebut lah peluang yang masih ada ... jika tidak , mungkin kah kita akan berpeluang sekali lagi ?
semoga Allah menerima ibadahmu dan ibadahku ... InsyaAllah.

Ramadhan Kareem.


#Jane .
11.29 pm
16/06/2015


~  ada diantara mereka yang sudah tiada ... Al Fatihah ~

Thursday, June 11, 2015

~ Diari Yang Terbuka ~




Bismillah hir rahman nir rahim. 

setiap hari ada lah hari yang baru bagiku.
jika kelmaren dan semalam adalah hari yang Allah timpa kan ujianNya buat ku , 
namun hari ini aku bersyukur , 
masih di beri kesempatan untuk memperbaiki diri.

Allah masih sayangkan aku sebagai hambaNya yang tiada daya upaya walau secuil .
apabila aku memilih untuk tidak bersuara dalam beberapa perkara lagha dunia , 
Allah kurnia kan aku jiwa yang tenang dan memberikan aku kekuatan . 
aku masih dapat *bertahan hati .
Dia berikan aku kelapangan dalam menempuh jalan sukar yang terbentang panjang.
Dia berikan aku kesedihan kerana Dia mahu aku merayu dalam rintihan.

sebetulnya malam ini aku terasa ingin bercerita tentang sebuah madrasah yang agak lama tidak aku kunjungi.
namun keletihan seharian dengan kerja yang tak pernah usai membuatkan aku terpaksa berhenti setakat disini.

InsyaAllah , jika ada kelapangan aku akan cerita kan mengenai keindahan *rasa , ketika di sana.

Dengan lafaz kalimah *Hasbunallah  wa ni'mal wakil , ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan rasa.

Nota kecil buat diri ku sendiri :  Pilih lah sifat air yang sejuk mengalir bukan api yang bisa membakar diri.

#Jane.








Friday, June 5, 2015

ALLAHU RABBI ...





Sesungguhnya ALLAH tidak melihat rupa dan harta mu
tetapi DIA melihat hati dan amal mu.

" dan demi jiwa serta penyempurnaan nya maka kami ilhamkan kepada nya
jalan kefasikan dan taqwa, sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu
dan sungguh rugi orang yang mengotori nya. "
(Asy Syams : 7-10 )


duhai jiwa-jiwa hambaNya , 
apa khabar iman mu ?
apa khabar amal mu ?

berlapang dada lah , usah di buru kebimbangan  ...hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.

 ALLAHU RABBI ,  
selangkah aku mendekat , seribu langkah Engkau mengejar ku.










Thursday, June 4, 2015

Tenang lah ...





Duhai hati 
bertenang lah 
sesungguh nya yang tenang itu menang.

Jika diam itu baik , maka berdiam lah.
Cukup Allah mewakili ... Syahadah !



Thursday, May 14, 2015

~ Surat Tak Bersetem ~






~ Surat Tak Bersetem ~

....entah mengapa Allah temukan kita semula , 
namun kali ini ianya amat berlainan dengan pertemuan tiga puluh empat tahun yang lalu.

pernah aku bertanya  , apakah ianya hanya untuk keseronokan mengulangi percintaan yang terputus atas kehendak mu dulu ?
atau kali ini kau bersungguh untuk kembali menjadi kan aku insan kesayangan di hati ?

sedangkan perbezaan kini amat ketara ... aku adalah seorang yang biasa bercakap dengan dinding  dan kau telah pun memiliki segala-gala nya , lengkap sempurna ,  tiada apa yang kurang dalam hari-hari mu.
kau punyai ramai insan kesayangan dalam lingkaran mu.


namun jawapan yang aku terima di luar jangkaan sama sekali.
biar pun terlalu lama masa memisah kan kita , tak kuduga yang aku tidak pernah di lupakan sekian lama ini.
masih indah di hati mu.

setelah hampir setiap malam aku bercakap dengan dinding , akhir nya aku akur kehendakNya , jalan yang telah di bentangkan olehNya terpaksa aku redah biarpun langkah terasa amat payah, lenguh jiwa , semakin lelah tak berupaya .

aku redha ...takdir bagi ku tidak pernah kejam ...dan hanya pada Allah tempat aku menyerah diri , semua yang terjadi kini bukan kemahuan fikiran tapi qada dan qadar yang telah di tentukan.

biar pun aku pernah mahu lari jauh dari semua 'kegilaan ' ini , 
namun harus kemana pergi ?
mahu atau pun tidak aku harus akur akan kehendak Allah.

*hidup adalah tentang keberanian menghadapi yang tanda tanya, 
aku cinta pada mu dan cinta lah jua yang menjadi kan aku tabah mengharungi apa jua yang datang.
tiada yang akan dapat memisahkan kita kecuali atas izin Allah , 


Sayang , 
surat ini mungkin tak terbaca oleh mu , kerana tak pernah aku mempunyai setem lagi untuk ianya sampai kepadamu.


aku yang benar, 
*bulanrimau




~ hanya cangkul dan tanah yang akan memisah kan ~





Thursday, April 30, 2015

~ LATIF 3 ~




Assalamualaikum buat semua pelayar "kataku jiwaku".
sekian lama aku tak menulis di ruang senyap ini.
bukan niat untuk menyepi hanya kerana kekangan waktu yang terlalu
dan itu lah yang membuat kan aku seakan beku dan membisu.

masih kah ada yang ingat tentang kisah cinta yang pernah aku coretkan ?
atau mungkin kah sudah terlupa kerana telah terlalu lama aku tidak menyambung kisah tentang seorang yang bernama Abdul Latif ?

entah mengapa semenjak kali terakhir aku mencoret kan kisah Latif , 
ianya terhenti setakat episod 2.
tapi malam ini aku terasa ingin berkongsi lagi tentang nya.
seorang yang mendapat tempat pertama di tahkta hati.

bagaimana aku boleh menjalin hubungan percintaan dengan Latif selama kurang lebih empat tahun.
apakah kerana aku seorang yang sangat setia atau adakah aku memang seorang yang sangat naif tentang cinta ?

Mari ... ikuti lagi kisah Latif  ... walaupun sebenar nya aku sudah tidak tahu bagaimana mahu menyambung semula kisah cinta lama ini .

setelah menghantar aku pulang malam itu dengan motosikal  , dia mengucapkan selamat malam dan aku membalas  dengan senyuman yang tidak dapat dilihat oleh nya kerana waktu itu kampung ku belum ada lampu jalan.
Latif mempelawa aku untuk berjumpa lagi di hujung minggu berikut nya.
aku tanpa banyak alasan menerima pelawaan nya dan memang itu yang aku tunggu-tunggu.
maklom lah ... orang yang kita suka tentu kita tak akan banyak bertanya .

maka berjanji lah kami untuk bertemu ... dating lah ...dan aku  sangat gembira tak terkata ,
pucuk di cita ulam pun tiba ... sepanjang jalan menuruni anak bukit ke halaman rumah aku tersenyum gembira.
mujur juga suasana agak gelap sebab sudah hampir jam sepuluh malam , kalau tidak tentu ada yang ternampak aku berjalan sambil tersenyum seorang diri ... 

mengapa nama dan wajah nya tak pernah dapat aku padamkan dari kotak ingatan setelah sekian lama ini ?
pasti lah jawapan nya tidak lain ... it's all about love ... kata orang putih  ... dan saat aku mengetik-ngetik keyboard lappy ini aku sedang tersengeh seorang diri.

masih sahaja aku suka bercakap dengan dinding ... jangan tanya kenapa sebab ini lah kegiatan aku jika merasa sendiri dan tiada teman bicara disisi.


InsyaAllah ... akan ada sambungan nya nanti ... lagu cinta lama yang terus bersenandung di hati ... 
tak akan pernah terpadam sebuah melodi... selagi aku belum lupa , sampai nanti aku pergi menyahut panggilan  Ilahi Rabbi.


~ terbang helang tinggi diawan
tempua jua bersarang rendah
kasih mu tuan rasa nak tawan
sayang diri ku tidak di endah ~




Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...