Sunday, November 28, 2010

Tak Beranjak








telah kau pulang kan

semalam yang aku cicir kan

dalam basah renai airmata

sesat menapak jejak

dalam payah berpijak

tetap tak beranjak



aslinahali

261110



Sunday, November 21, 2010

Bulan Ku Cantik.....






Bulan sangat cantik di langit
bergumpalan awan 

memutih bersih
terang benderang di sini

rasa nya ingin aku 
bermandi kan cahaya bulan 
hingga kesiangan 
begitu mendalam 
rasa kecintaan 
pada anugerah Tuhan 
kutatap sepuas mata memandang,
kerna esok 
belum tentu datang


aslinahali
221110





Saturday, November 20, 2010

TAWAR....TAK ENAK !




sama macam gula-gula getah
di bungkus cantik dengan pembalut yang menarik
kita buka balutan nya untuk merasa
bila tercecah ke lidah, manis nya bukan main
asyik kita mengunyah nya...


tapi lama-lama kita dah rasa lain
tawar , tak sedap lagi nak di kunyah
lagi lama ianya terasa pahit pula
dan kita akan membuang nya


begitu lah hubungan antara kita
mula perkenalan terasa indah
bila sedikit demi sedikit
rahsia terdedah, kita mula nak menyampah
ada saja perkara yang kita mula tak suka
dalam berbicara mula terselit dusta
dalam kata ada pula terasa
paling tidak pun kita terpaksa
kerana semata-mata hendak menjaga
kepentingan sesama kita


bila lagi lama kita dah jadi lain cerita
hendak di buang rasa sayang
tak sampai hati bila di kenang
sebab kelmaren sudah terlebih-lebih
membilang sayang bukan kepalang


sedang kan dalam hati dah mula muak
sudah mula merasa sesak....menyemak
alahai anak emak....
apa lah lagi dah TAWAR.....sudah tak ENAK !




aslinahali
211110


Friday, November 19, 2010

Hujan Malam (2)







meredah hujan malam

berseorangan

lencun kebasahan

menggelatuk kesejukan

entah kan bila

menanti reda 




aslinahali
211110




Thursday, November 18, 2010

Malu.....





engkau kah itu

berselindung disitu
di balik tabir kelam...kelabu 
kaku memerhati ku
yang bertandang ke laman mu
lantas mengetuk pintu mu
kerana aku mahu
bertamu di kalbu mu
tapi aku tiba-tiba...malu
tiada kata menyambut sapa ku
tak terbuka pintu itu
atau ...
mungkin kau juga malu
menerima aku
seperti selalu....dulu
dan kau biar kan saja aku
menunggu 
selama mana mahu ku

apakah aku yang terlalu mahu begitu
atau kau kah yang terlalu malu
untuk bertemu.



aslinahali

160610



terdampar diam






ada rasa terpendam dalam
bicara tersimpan diam
luka tak nampak berdarah
pedih merintih sedih
sepi bersembunyi
menyisih kasih
rindu terbiar jauh
sayang terbuang
hasrat tak kesampaian
belayar ke laut lepas
di alun ombak malu
waktu pun berlalu
terdampar sendiri
di tepian menanti
mengharu hati....


aslinahali
191110






Wednesday, November 17, 2010

APA KAH SAMA







langit ku di sini 
hanya ada bintang gemintang
menghiasi hamparan nya
tiada bulan purnama
begitu kecil dan jauh
cahaya nya
apakah langit mu di sana
bercahaya 
benderang gemilang
dari sinar purnama mengambang
memukau pandang
ahh.....khabar mu girang
serasa ingin ku jelang
bisakah aku 
datang bertandang ...?

aslinahali
181110








PENGORBANAN





Aidil Adha datang lagi,
bagai tahun tahun sebelum ini, aku sambut dengan penuh kesyukuran, Alhamdulillah masih berkesempatan 
untuk meraya kan nya bersama anak-anak dan keluarga.
Cuma yang sangat terasa ketiadaan orang-orang yang aku sayangi...yang telah kembali menyahut seruan Ilahi Rabbi.
Pun begitu bukan bererti aku harus memencil diri, berjauh hati mengenang kan semua ini. Hidup harus di terus kan....bukan kah ini juga satu PENGORBANAN. Mengorban kan perasaan...lebih sukar dari mengorbankan harta kemewahan dan wang ringgit.

Bukan nya aku tidak mempunyai perasaan bila melihat kebahagiaan orang lain. Ada kala nya terbit juga rasa cemburu bila melihat orang lain yang masih mempunyai insan yang mereka sayangi, sedang kan aku sepi dan sunyi sendiri di dalam hati.

Namun aku redha dan bersyukur ke hadrat Ilahi, berjaya memujuk hati sendiri....bukan semua nya bisa aku miliki. Bukan semua nya Allah uji sehebat ini. Ada hikmah nya di sebalik semua yang terjadi dan aku amat tahu kiranya ujian ini bukan lah suatu ujian yang tak mampu aku tanggungi.
Sesuatu yang Allah uji itu atas kemampuan yang bisa aku tanggung dan Allah Maha Adil, tidak lah Dia akan memberi yang tidak mampu buat Hamba Nya

Nekad dan tekad di dalam hati....telah ku gantung berjuta harap pada Nya, perjalanan ini harus aku terus kan dengan berani, harus tahan di uji.... Bak kata seorang teman yang sangat aku sayangi * jangan cakap kuat dan keras macam besi tapi semangat lembik macam batang keladi *. Aku jadi kan pegangan kata-kata nya ini.
Anggap ianya sebagai dorongan buat ku yang pernah satu ketika dulu hampir mengalah dan putus asa untuk menerus kan kerjaya.

Anak-anak memerlu kan aku untuk menyara kehidupan, keluarga memerlukan aku sebagai tempat untuk berpaut juga. Mereka memerlu kan aku....jadi mengapa harus aku mementing kan perasaan sendiri ?
Dan aku anggap ini lah juga satu pengorbanan buat insan-insan yang sangat aku kasihi. Mereka perlu kan aku di sisi....

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan aku kekuatan dan semangat untuk menerus kan sebuah perjalanan kehidupan yang entah bila akan sampai ke penghujung nya. Semoga impian dan harapan ku untuk menyahut seruan Nya akan tercapai satu hari kelak, samada cepat atau lambat aku redha dan pasrah pada ketentuan Allah. Aku berdoa dan tak akan pernah berhenti berharap...semoga akan di lambai untuk menjadi Tetamu Allah satu hari kelak....Ameen Ya Rabbal A'lameen.



aslinahali
181110





angin yang mesra




angin menerpa
menyapa wajah 
nyaman terasa
membelai manja
mempersona raga
membias 
panas yang membara
dalam hangat gelora
membahang dada
benak khayal seketika
di sapa angin yang mesra


aslinahali
171110








Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...