Wednesday, October 31, 2012

~ Susah nya menjadi CHANTIK ?





malam ini aku teringat kan seseorang yang telah pergi. 
seorang yang waktu muda nya merupakan wanita tercantik dalam zaman nya sekitar 1940an. 
menjadi kegilaan ramai lelaki , dari yang berjawatan tinggi sehingga lah seorang pekedai runcit.
aku pernah melihat sekeping gambar nya semasa muda , 
siap berpakaian kimono , dia sangat anggun dan pandai bergaya.
wajah nya mirip wanita Jepun 

Unggai  adalah panggilan kami  pada nya , sepatutnya kami  semua memanggil dia,  Mak Tunggal , 
tapi oleh kerana kepelatan kami sewaktu kecil , maka jadi lah sebutan nya Unggai.

Unggai berkulit putih kemerah-merahan , 
hidung mancung bak seludang , pipi pauh di layang , 
bibirnya merah bak delima merekah.
bertubuh sederhana , dengan pinggang yang ramping bak kerengga , 
dada nya bidang , pinggul nya tinggi , pendek kata  macam ratu .

Ibu nya meninggal dunia ketika dia di lahirkan ,
dia di pelihara dan di besarkan oleh nenek nya .
bapa Unggai berkahwin lain selepas beberapa tahun pemergian ibu nya.

Unggai membesar dengan penuh kasih sayang , dia terlalu di manjakan oleh nenek nya.
sementelahan dia anak yatim , namun bukan bererti dia tidak pernah kena marah , 
cuma dia memang manja , semua kerja rumah orang lain yang buat.
dia mengada-ngada sedikit, mungkin kerana dia anak tunggal .

semasa usianya awal belasan tahun , dia dinikahkan dengan seorang 'district officer' 
pegawai daerah itu sangat gilakan kecantikan nya , 
lantaran tidak sabar menunggu Unggai membesar sebagai seorang wanita yang matang , 
cepat-cepat dia sudah masuk meminang.
dan sememang nya pada zaman itu , 
anak dara tengah naik tidak boleh di simpan lama-lama di rumah , 
jika ada yang berkenan mereka akan di kahwinkan segera,  
kerana  bimbang akan gelaran 'anak dara tua'.

namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian , 
kerana Unggai gagal memberikan suaminya zuriat.
selepas bercerai , dia tidak perlu menunggu lama untuk memegang gelaran 'janda'.
sekali lagi di pinang oleh seorang penghulu. 
memang Unggai cepat laku ...mungkin kerana orang nya cantik dan ayu .
pun begitu , tetap di ceraikan juga kerana masaalah yang sama.

dia terus di pinang pula oleh seorang demi seorang , 
dan kerana tidak mahu serta takut bergelar janda 
Unggai pernah berkahwin sebanyak enam kali ,
namun tidak seorang pun diantara suami-suami nya itu berjaya mempunyai zuriat dengan nya.

takdir dan ketentuan Allah Subhana Wata'ala tiada siapa yang dapat mengingkari .
Unggai hidup sendirian setelah pemergian suami terakhirnya , 
ketika itu dia masih cantik dan masih ada lelaki yang mahu menikahi nya , 
namun dia enggan ... kata nya , 

" malu lah dah tua-tua nak kawin lagi.
memang lah sunyi tapi baik lah macam ni daripada makan hati dengan laki.
aku ni mandul , buat caci keji saja , tiap-tiap kali kawin tak beranak.
ada tanah dengan rumah untuk duduk dah cukup,
arwah Haji Mat Nor Keroncong ada tinggal kan sikit duit ,
emas pun cukup satu badan.
apa lagi yang aku risau.
kalau betul orang nak kan aku tak apa , 
tapi aku risau kalau orang nak kan harta yang sikit ni saja. "

Unggai tinggal sendirian , semasa banjir besar berlaku di seluruh Malaysia  pada tahun 1971 , 
rumah nya di hanyut kan air , dia tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang kemas yang di tinggalkan oleh suami nya.
segala nya musnah sekelip mata ... dan akhir nya Unggai  hidup dengan hasil ehsan saudara mara terdekat , serta wang bulanan yang tidak seberapa dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

tanah tapak rumah Unggai juga telah di belot , 
oleh kerana percayakan kata-kata dan janji manis adik tiri nya 
yang berjanji akan menjaga dia hingga keakhir hayat.

apa kah susah menjadi cantik ?
apakah takut hidup sendirian sebagai janda ?
pada aku , bukan soal kecantikan yang di pentingkan , 
bukan juga soal zuriat yang memanjang kan suatu  ikatan perkahwinan.
ikatan suci akan lahir dari hati yang ikhlas , biar tidak secantik mana seorang wanita itu , 
biar pun gagal memberikan zuriat kepada lelaki yang bergelar suami , 
namun jika  cinta yang ada di dalam jiwa  , 
lahir dari rasa kasih dan sayang yang benar-benar tulus, 
ianya tidak akan berakhir dengan perceraian.

akhir kata , ingat lah ... cinta itu anugerah terindah , 
ia nya tumbuh dan mekar di hati tanpa memandang paras rupa dan limpahan harta.


 ~ bunga selasih si bunga padi
lebat merimbun bunga kemboja
andai berkasih setulus hati
cangkul dan tanah pemisah kita ~


aslinahali
05.19 a.m
01111012



















Monday, October 29, 2012

~ Bulan Rindu ~








malam ini aku rindu 
rindu pada kenangan 
kaki ini pernah menjejaki bumi mu
indah waktu itu 
namun apa kan daya 
hanya bisa menatap 
yang tersimpan baik dalam lipatan kenangan ...

keramahan mu menggamit hati
keindahan mu menawan 
malam-malam mu meriah
beraneka warna melingkari

menapak di bumi mu 
aku tenang dan damai
sedang dulu di situ
pernah huru hara
dengan serangan bertalu
dari setiap penjuru 
punah ranah warisan ibu

namun kehidupan tetap dalam aturan Tuhan
apa yang pernah hilang 
kembali dalam gengaman
walau dulu awan hitam meliputi
kini cerah sinaran mentari di hiasi pelangi .

Ho Chi Minh City , rindu menggamit lagi ..


aslinahali
03.19 a.m
30102012












Saturday, October 27, 2012

... biru hati ku , mengenang mu ...





15 Oct. '12 ( 9.20 p.m )

 " I nampak miss call .
so dah makan ke ? "

" dah makan kat rumah mak .
baru kejap ni .
tomorrow ya . "

" ok lah u "

" ok u .
miss u k ... hehehe "

" of coz lah,  miss u too , 
gelak-gelak kelakar. "

" hehehe "

26 Oct. '12 ( 10.32 p.m )

" I dalam perjalanan ke Singapore.
my mother very sick ."

" please do take care .
u naik bas ke ?
kesian mak u. "

" flight "

" ok u .
apa-apa nanti msg I "

27 Oct.12 ( 1.07 a.m )

" mak I baru saja meninggal.
Innalillah ... "

" Innalillah ... sabar lah u.
 redha ya.
kita pun akan menyusul nanti ... "

... aku sudah biasa , 
kehilangan bagi ku bukan apa-apa lagi kini .
aku tahu kau juga seperti ku.
sudah lali sejak lama dulu ,
kita terbiasa dengan semua kedukaan silam.

engkau memang tabah , 
saat kehilangan 'dia'  dulu , 
kau tidak terus rebah menyembah tanah.
malah bangkit walau dalam payah dan sakit.
semangat mu untuk terus berdiri 
membuat kan aku tunduk , 
bila kau pernah berkata pada ku, 

" u tahu , selama bertahun-tahun , 
I hadap semua ni seorang diri.
budak-budak  dua orang ni masa tu masih kecil ,
masih memerlu kan perhatian dan kasih sayang.
I kerja keras , jual goreng pisang tepi jalan , 
semua nya I buat.
nak membesar kan budak-budak ni , 
perlu kan pengorbanan.
I tak mahu penting kan diri sendiri.
boleh saja kalau I nak jadi macam orang lain.
tapi I tak mahu .

boleh saja kalau I nak tinggal kan budak-budak ni 
dan I ikut kata hati , 
bukan susah kalau nak cari duit cara mudah.
pasang badan sikit , I pun bukan nya tak lawa.
tapi cuba u fikir , kalau I cari duit cara macam tu , 
berapa lama I boleh laku ? "

Alhamdulillah , sekarang I senang juga
budak-budak dah besar , 
masing-masing dah ada keluarga sendiri.
tak banyak sikit , I lega.
apa yang penting , I dah buat yang termampu 
dan itu mungkin yang terbaik dalam hidup.
kita laksana kan  saja tanggung jawap , 
anak-anak ini amanah Allah. "

... aku tak pernah sekali pun membantah kata-kata mu.
selama lebih dua puluh lima tahun mengenali mu , 
banyak perkara yang aku belajar.
kita tak pernah walau sekali pun berselisih faham , 
engkau ada lah seperti saudara kandung ku sendiri.
pahit dan manis kita harungi bersama , 
walau berbeza usia , berbeza gaya dan cara , 
namun hati kita sama.

hasrat hati ingin mengunjungi keluarga mu 
di Singapore kerap kali terbantut 
oleh kerana aral yang melintang perjalanan ku  kesana , 
namun Alhamdulillah , 
sebelum bunda mu kembali ke rahmatullah , 
Allah izin kan satu pertemuan yang indah
tatkala arwah di bawa oleh saudara kandung mu
berkunjung di sini tempoh hari.

wajah arwah masih terbayang di mata ku , 
redup dan sangat indah , 
manis,  lembut tutur kata nya 
membuat kan aku merasa bahagia 
walau sekejap saja dapat berjumpa.

aku tahu , kau tabah dan meredhai pemergian nya ,  
semoga roh nya di cucuri rahmat Allah , 
dan di tempat kan bersama mereka-mereka yang di kasihi Nya ... Ameen Ya Rabb.


aslinahali
03.45 a.m
28102012

biru hati ku ... mengenang mu











Monday, October 22, 2012

~ tak mampu ku tipu hati ~





... bertahun kau pergi
 aku masih di sini , terus menyusuri hari
kau tak akan pernah kembali
hanya terkadang hadir dalam mimpi
kala aku rebah tak berdaya
sentuhan mu singgah 
lembut dan berlalu

mengapa aku enggan
meski telah meredhakan
dengan derai airmata
beriring doa
sedang aku telah berjanji
saat tanah merah itu ku genggam
tak akan lagi aku meratapi
perjalanan mu ...

apakah aku menipu hati ?

aslinahali
05.46 a.m
23102012






Sunday, October 21, 2012

... bila mak bersenandung ...





... setiap kali aku mendengar lagu- lagu lama , 
pasti teringat kan 'mak' .
mak suka menyanyi  masa dia muda , 
suara mak mirip suara penyanyi 'Rokiah Wanda'.
bila nak tidur kan adik , 
mak selalu menepuk-nepuk bahu adik dalam pangkuan nya sambil menyanyi .
aku suka bila mak menyanyi , sambil mendengar , aku ikut sekali .
setiap bait-bait yang di lagu kan , aku rakam dalam hati , 
lantaran itu , banyak lagu-lagu 'klasik' yang aku hafal , 
cuma aku tak tahu tajuk nya sahaja.

masa lalu , rumah kami tiada radio , mak lah radio kami , 
semua rancangan ada , hiburan , ceramah , pendidikan , 
berita dalam negeri dan luar negeri pun ada.
tapi aku paling tak suka bila mak berceramah.
kalau dapat berceramah , mak tak boleh berhenti.

kadang-kadang aku jahat , 
bila mak berceramah tak berhenti, 
aku tekup telinga dengan dua tapak tangan
tak mahu dengar , tak tahan , 
masa tu kalau lah mak betul-betul sebuah radio , 
pasti aku sudah tukar ke siaran yang lain atau aku tutup kan saja ...

aahhh ... masa lalu aku degil 
apa yang mak kata sering tak mahu dengar
suka nak ikut abang 'long' pergi mandi sungai
sampai lemas , sebab tak tahu berenang
abang long pula suka benamkan aku dalam sungai
konon nak mengajar menahan nafas
biar pandai mengapung badan dalam air
tapi sebalik nya aku lemas
hingga kini , aku tak pernah pandai untuk berenang

aku suka ikut abang long masuk dusun orang , 
makan buah-buahan orang
mana lah tahu dosa pahala 
sebab itu lah mak bagi ceramah .

tapi , bila malam mak selalu suka menyanyi
kadang-kadang aku tanya mak ...

" mak nyanyi lagu apa ni ?
sedap lah .."

" ini lagu Titiek Puspa , 
dia penyanyi Indonesia , 
suara dia sedap , muka dia cantik ... 
nanti besok mak pinjam majalah Che' Mah
ada gambar dia , kau boleh tengok. "

... dengan mak , aku belajar sangat banyak ... belajar menulis , melukis , menyanyi , mengaji ... termasuk  belajar mengira , tapi bukan belajar berkira , sebab mak tak pandai berkira dengan orang ... kerana itu juga aku tak pandai berkira dengan sesiapa , baik dengan bangsa lain lebih lagi dengan bangsa dan saudara yang seagama dengan ku.

~ kita semua tak semesti nya sama dalam banyak perkara
tetapi kita semua menumpang di bumi yang sama.~


aslinahali
04.17 a.m
22102012


kini mak sering berlagu sendu , rindu kan abang long ... 
Al-Fatihah buat Long




Friday, October 19, 2012

Fatihah untuk mu ...









... hari ini  , 
genap setengah abad ... 
20 October 1962 yang lalu 
sama tahun kita ,  cuma bulan berbeza  
tetap lah aku , sedikit tua mendahului mu.
tapi ikatan kita sangat manis  
sesekali pahit kita telan
kita redha 
kerana aku milik mu
engkau milik ku
sejak mula , bagai yang sering aku katakan
takdir di sini , tertulis di azali 

hari ini , 
sebagai tanda kasih
doa ku menyertai mu dari jauh
semoga kau aman sejahtera
di dalam rahmat dan redha Ilahi Rabbi
aku tetap menyusul mu nanti ... pasti .

Fatihah untuk mu ...Kekasih ...


aslinahali
12.01 a.m
20102012






...







Tuesday, October 16, 2012

~ sepiring kuih kodok , secawan kopi manis ~





... hujan masih turun di luar , 
perut mu berkeroncong hebat di dalam 
sejak malam semalam kau tak makan 
tidur pun kau lupa , asyik terbayang kenangan silam 
segala nya muncul satu persatu , jelas di ingatan.

hujan lebat petang itu 

kau masih kanak-kanak  berusia enam tahun.
di tepi tingkap , kau memandang jauh  
langit begitu kelabu , angin kuat menderu
rumah kayu itu seperti tak mampu bertahan
tapi ia nya tak runtuh walau sini sana air meniris laju
dari atap yang berlubang bocor ... 
aahhh ... apa yang kau tahu waktu itu ?
perut mu pedih , minta di isi ... 

sedang ibu mu menjerang air diatas dapor kayu

kau masih melongo di tepi tingkap yang hampir kopak
memerhati hujan yang tak mahu berhenti
dalam hati mu bertanya ... kenapa kuat sangat hujan ?
air yang banyak turun dari langit kah ?

tapi kau begitu asyik sekali dengan langit yang kelabu

kau suka melihat langit , suka hujan yang lebat
suka angin yang kuat menampar pipi mu ... terasa  sangat sejuk 
kau suka semua itu ... tenggelam dalam rasa begitu ...

sedang kau begitu leka menatap hujan yang turun dari langit, 

 ibu mu menyapa mesra 
" nah, makan lah kuih kodok ni , baik-baik panas lagi , tiup dulu air kopi tu ... "

apa lagi yang lebih menyelerakan mu waktu hujan lebat begitu ... ?

sepiring kuih kodok dengan secawan kopi yang hitam lagi manis ...

sungguh , kau rindu kan rasa itu,  

rasa yang kau bawa bersama ... dalam kembara mu yang semakin jauh ... 


aslinahali

04.26 a.m
17102012















Sunday, October 14, 2012

~ lewat pertemuan yang lalu ~





" kerja ker hari ni ? "

" tak , staf ada , aku di rumah sekarang "

"seronok jadi bos "

" tak seronok mana pun , pening orang tak tahu "

" makan panadol "

" he he he "

terhenti hanya di situ ... 
pesanan ringkas tanpa suara , aku terima lagi dari mu ... 
sangat ringkas , tapi cukup untuk membuatkan aku tersenyum seketika ,
tatkala angin ribut melanda ketenangan suasana .

memang sekarang aku kurang tenang  , 
sekuat mana pun aku bertahan dengan segala dugaan yang tiba, 
aku tetap manusia yang mempunyai 'rasa' ...

kau sangat tahu aku  ...
kau tahu aku hanya ingin kan ketenangan untuk menghabis kan sisa-sisa usia yang masih ada , 
aku sudah terlalu letih dengan masa lalu yang 'biru'...
kau tahu aku tak ingin di ganggu , tahu yang aku suka bersendirian , 
jauh dari hiruk pikuk yang merimas kan.

segala nya telah aku cerita kan pada mu , 
lewat pertemuan kita yang lalu.

" aku nak tengok , 
bila aku balik nanti , 
kau dah senang .
kalau kau kaya aku boleh tumpang ... "

" aku tak akan kaya , 
mati hidup semula pun aku tak akan kaya , 
masa untuk aku jadi kaya dah terlambat , 
aku dah tua. "

" orang lain kenapa boleh buat , 
kenapa kau kata kau tak boleh ?
aku tak nak dengar macam-macam alasan ."

" aku dah cukup letih , 
biar lah semua ni , 
aku nak lepas kan saja.
tapi tak ada siapa nak ambil alih semua yang aku ada.
'dia' dah tinggal kan aku tiba-tiba , 
aku kena buat semua nya sendiri.
sampai bila aku nak kerja lagi ?
aku bukan macam dulu , 
masa muda aku buat semua yang orang lain tak mampu.
cukup lah apa yang aku ada sekarang , 
makan pakai , tak mengemis,  tak susah kan orang."

aku terkenang perbualan di kedai kopi pagi itu ...
sambil kita bersarapan.  
kau makan meehon sup , tak cukup semangkok ,  
tambah lagi dengan sepinggan nasi lemak , 
mungkin lapar sejak malam tak makan , 
berikhtikad dalam masjid , 
dan aku bukan main payah nak menghabis kan 
semangkok mee kari  
walhal itu makanan kesukaan aku ... 
aku memang susah makan sarapan pagi.

berbual dengan mu , membuat kan aku tenang. 
memang kau jarang-jarang datang bertandang.
tapi kau tak lupa kan aku  ... mengapa aku ?


" nanti kau bawa aku buat umrah ya ? "

" boleh , tapi bukan kau sorang , aku bawa ramai pergi sekali sama-sama. "

... pagi itu , 
ketika kereta ku pandu meluncur laju 
menuju perkarangan masjid , 
ada kata-kata mu yang membuat kan aku senyum dan tenang ... 


aslinahali
04.38 a.m
15102012









Thursday, October 11, 2012

~ mimpi indah kita ~




... bermula indah 
siapa sangka siapa menduga 
ikatan yang tidak ketara 
terjalin sekian lama

walau jarak memisah
waktu berlalu resah
riang berseloka
bermadah kata 
berselang ceria

ungkapan rindu terlalu biasa
bersambut sahut kata dan tawa
tiada secubit duka
apatah lagi curiga
segala nya bahagia ....

:: suatu ketika , tatkala terjaga dari lena , 
ada 'panggilan rindu' tertanda , 
di susuli 'pesanan ringkas' tanpa suara ... lalu salam bersambut mesra , bersuara ramah penuh tanya ...

" pesan apa , suara siapa , apa mahu nya , 
terlalu menyesakkan  dada , rimas menahan rasa ... 
duhai jiwa , biar lah segala nya terbang di bawa angin , 
usah pernah lupa akan janji di sini juga di sana ... pasti ...bersabar lah hati "

' cinta ku ibarat bongkahan batu-batu di pantai , 
tidak cantik di pandang mata ... tapi perlu .'

... dari itu usah bertanya lagi , 
kerana kau tak akan pernah 
mendapat jawapan ku nanti ... 


aslinahali
04.17 a.m
12102012


~ sesekali cecah paruh nya ... berkocak yang tenang di mata ~











Tuesday, October 9, 2012

~ aku tak terluka bila kau tak berdusta~





... entah mengapa  
aku singkap semua tentang kita  
satu demi satu ...  bermula  begitu indah ... 
belum aku buang segalanya
masih tersimpan  
apa yang telah kau beri kan

ikatan ini terputus tiba-tiba
bagaimana kau merasa 
aku merasa yang sama.
setiap kata berakhir duka
tak mampu lagi menahan rasa

akhir nya kita  tunduk  
akur pada ketentuan 
setiba di persimpangan  
kau dan aku bertukar haluan 
duhai hati ... 
begitu berat mengucapkan 'selamat jalan'  ...


aslinahali
04.59 a.m
10102012


~ aku tak terluka bila kau tak berdusta~











Thursday, October 4, 2012

~ harus kah ... mengingat mu lagi ? ~





" ...  u datang sini ke esok ?

tak kut ...

ok, tak pa ...

goodnite .

nite too ... "

... lebih dua minggu berlalu , sejak pertemuan itu , 
antara kita tetap berhubung dengan talian telefon 
walau pun tidak dengan kata-kata yang panjang berjela , 
namun 'pesanan ringkas' antara kita tetap ada.

kehidupan masing-masing tetap berjalan seperti biasa , 
pagi petang siang malam sama sahaja.
berulang serupa , itu lah 'kita' ...

pernah kata mu ,
masa tu  kita sarapan pagi di kedai kopi 
selepas aku menjemput mu dari masjid.

" kita ni sama jer, tapi cuba u tengok pakcik tu , 
happy jer kan ?
bawak wife dia naik motor , 
dah tua-tua  pun tapi hati senang jer , makan pencen  ,
walau  tak banyak dia dapat tapi boleh bahagia dengan wife dia ,
pagi-pagi lepas sembahyang subuh pergi jogging sama-sama , 
habis jogging breakfast kat sini , 
makan mee kari , berdua-duaan lagi .
kita ??? "
sambil mata merenung tepat ke dalam mata ku ...

aahhh , aku tak peduli sangat dengan kata-kata yang keluar dari bibirmu .
mee kari yang di depan mata masa tu lebih sedap lagi aku pandang.
walhal , sebenar nya pagi-pagi  
aku bukan 'lalu' sangat nak makan ,
tapi aku 'tolak' kan ke tekak,
entah mengapa selera memang tak hendak ,  aku paksa jugak.

" kenapa ?
u jeles eehh ?
biar lah , itu nasib dia orang , kalau u tak resigned awal dulu ,
maybe u pun macam dia orang jugak bila dah umur macam tu.
siapa suruh u resigned awal , kan dah menyesal ... hehehe
tak yah nak nyesal-nyesal eehh , tak guna dah ..."
balas ku selamba .

sebab memang kau degil , konon nak berniaga ,
sampai kan surat letak jawatan yang  kau hantar ke kementerian di koyak oleh 'ketua' .
bukan aku menempelak sikap mu dengan sengaja , 
tapi itu lah 'kau' yang aku kenal dulu ,
memang tak dengar kata sesiapa , 
asal 'kata' mu saja yang betul semua , 
orang lain peduli apa.

" itu dulu lah , memang i degil , u kan tau perangai i ?
dulu tak terfikir pulak , turun naik meniaga ni, 
ekonomi pun tegap masa tu ,
sekarang memang teruk kan ?
tapi tak apa lah , 
ni semua kita kena terima dengan redha , 
ketentuan ,takdir dah tertulis macam ni ,
so , kita jalan jer , 
sekarang ni i bukan nak fikir apa-apa sangat ,
cuma mati jer yang i ingat , 
kita dah semakin tua ... "

" eh ... u ... mati tu kan pasti ?
habis tu , sementara kita hidup lagi ni ,
kita nak tunggu masa jer ? 
duduk diam-diam ,
sampai masa nafas kita berhenti ke ? "
tiba-tiba , entah kenapa , aku beliakkan biji mata , 
dan kau terkedu dengan kata-kata aku.

" macam ni lah hidup i sekarang, 
kalau dulu arwah ada , hidup i terurus , 
semua dia yang sediakan , i senang.
tapi sekarang,  
masa i banyak di habis kan berikhtikad dalam masjid, 
di mana saja i singgah.
kalau rindu i pergi peluk nisan nya di sana ... "
tiba-tiba kau mengalih kan pandangan kearah lain , 
tak mahu aku tenung mata mu, 
mungkin malu bila aku memang terlihat perubahan yang ketara saat kau menyebut tentang 'dia'.

" itu lah u ... masa 'dia' ada , u manja ... kan ?
sekarang u nak manja dengan siapa ?
tengok i ni , kalau u tahu , u pun tak sanggup jadi diri i tau ?
tak payah i cerita , mesti u tak suka dengar , 
lagi pun i malas nak sebut pasal 'dia' ... 
kalau i sebut nama nya , i tak boleh tahan , 
mesti airmata laju jer ... "

aku memang tak dapat nak terus kan cerita tentang 'dia' , 
kau pun tahu aku bagaimana orang nya ... 
dulu 'dia' ada , aku manja , 
tapi bukan bermakna aku tak tahu bekerja , 
sebab 'dia' guru terbaik yang mengajar aku.

pagi ini , aku ke kedai kopi yang kita pergi kelmarin ... 
aku makan mee kari lagi .
terpandang seolah-olah kau ada bersama di situ , 
lebih dua minggu yang lalu ...
apa lah agak nya khabar mu ?

" i tengah makan mee kari , 
ingat u lah , 
u sihat ?

tak sihat dah dua hari , tq ...

u dah pergi doktor ?
makan ubat ya, 
take care tau.
dah lah 'yatim' ...

( sign senyum )

apa u senyum , betul kan ? ( sign senyum)

aku  terus makan ... 
teringat saat aku meninggal kan mu 
di laman masjid itu , 
lalu hari ku membiru ...

"ok ya ... tq , jumpa lagi , take care ..."
kata-katamu meninggalkan bekas 
membirat di hati , 
mengapa harus jumpa 
bila kita tak pasti akan kembali ...


aslinahali
02.56 a.m
05102012

~  kita sama tak sekata ...  berbeza tak seia ~









Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...