malam ini aku teringat kan seseorang yang telah pergi.
seorang yang waktu muda nya merupakan wanita tercantik dalam zaman nya sekitar 1940an.
menjadi kegilaan ramai lelaki , dari yang berjawatan tinggi sehingga lah seorang pekedai runcit.
aku pernah melihat sekeping gambar nya semasa muda ,
siap berpakaian kimono , dia sangat anggun dan pandai bergaya.
wajah nya mirip wanita Jepun
Unggai adalah panggilan kami pada nya , sepatutnya kami semua memanggil dia, Mak Tunggal ,
tapi oleh kerana kepelatan kami sewaktu kecil , maka jadi lah sebutan nya Unggai.
Unggai berkulit putih kemerah-merahan ,
hidung mancung bak seludang , pipi pauh di layang ,
bibirnya merah bak delima merekah.
bertubuh sederhana , dengan pinggang yang ramping bak kerengga ,
dada nya bidang , pinggul nya tinggi , pendek kata macam ratu .
Ibu nya meninggal dunia ketika dia di lahirkan ,
dia di pelihara dan di besarkan oleh nenek nya .
bapa Unggai berkahwin lain selepas beberapa tahun pemergian ibu nya.
Unggai membesar dengan penuh kasih sayang , dia terlalu di manjakan oleh nenek nya.
sementelahan dia anak yatim , namun bukan bererti dia tidak pernah kena marah ,
cuma dia memang manja , semua kerja rumah orang lain yang buat.
dia mengada-ngada sedikit, mungkin kerana dia anak tunggal .
semasa usianya awal belasan tahun , dia dinikahkan dengan seorang 'district officer'
pegawai daerah itu sangat gilakan kecantikan nya ,
lantaran tidak sabar menunggu Unggai membesar sebagai seorang wanita yang matang ,
cepat-cepat dia sudah masuk meminang.
dan sememang nya pada zaman itu ,
anak dara tengah naik tidak boleh di simpan lama-lama di rumah ,
jika ada yang berkenan mereka akan di kahwinkan segera,
kerana bimbang akan gelaran 'anak dara tua'.
namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian ,
kerana Unggai gagal memberikan suaminya zuriat.
selepas bercerai , dia tidak perlu menunggu lama untuk memegang gelaran 'janda'.
sekali lagi di pinang oleh seorang penghulu.
memang Unggai cepat laku ...mungkin kerana orang nya cantik dan ayu .
pun begitu , tetap di ceraikan juga kerana masaalah yang sama.
dia terus di pinang pula oleh seorang demi seorang ,
dan kerana tidak mahu serta takut bergelar janda
Unggai pernah berkahwin sebanyak enam kali ,
namun tidak seorang pun diantara suami-suami nya itu berjaya mempunyai zuriat dengan nya.
takdir dan ketentuan Allah Subhana Wata'ala tiada siapa yang dapat mengingkari .
Unggai hidup sendirian setelah pemergian suami terakhirnya ,
ketika itu dia masih cantik dan masih ada lelaki yang mahu menikahi nya ,
namun dia enggan ... kata nya ,
" malu lah dah tua-tua nak kawin lagi.
memang lah sunyi tapi baik lah macam ni daripada makan hati dengan laki.
aku ni mandul , buat caci keji saja , tiap-tiap kali kawin tak beranak.
ada tanah dengan rumah untuk duduk dah cukup,
arwah Haji Mat Nor Keroncong ada tinggal kan sikit duit ,
emas pun cukup satu badan.
apa lagi yang aku risau.
kalau betul orang nak kan aku tak apa ,
tapi aku risau kalau orang nak kan harta yang sikit ni saja. "
Unggai tinggal sendirian , semasa banjir besar berlaku di seluruh Malaysia pada tahun 1971 ,
rumah nya di hanyut kan air , dia tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang kemas yang di tinggalkan oleh suami nya.
segala nya musnah sekelip mata ... dan akhir nya Unggai hidup dengan hasil ehsan saudara mara terdekat , serta wang bulanan yang tidak seberapa dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
tanah tapak rumah Unggai juga telah di belot ,
oleh kerana percayakan kata-kata dan janji manis adik tiri nya
yang berjanji akan menjaga dia hingga keakhir hayat.
apa kah susah menjadi cantik ?
apakah takut hidup sendirian sebagai janda ?
pada aku , bukan soal kecantikan yang di pentingkan ,
bukan juga soal zuriat yang memanjang kan suatu ikatan perkahwinan.
ikatan suci akan lahir dari hati yang ikhlas , biar tidak secantik mana seorang wanita itu ,
biar pun gagal memberikan zuriat kepada lelaki yang bergelar suami ,
namun jika cinta yang ada di dalam jiwa ,
lahir dari rasa kasih dan sayang yang benar-benar tulus,
ianya tidak akan berakhir dengan perceraian.
akhir kata , ingat lah ... cinta itu anugerah terindah ,
ia nya tumbuh dan mekar di hati tanpa memandang paras rupa dan limpahan harta.
~ bunga selasih si bunga padi
lebat merimbun bunga kemboja
andai berkasih setulus hati
cangkul dan tanah pemisah kita ~
aslinahali
05.19 a.m
01111012